Friday, June 24, 2011

Pi Mai Pi Mai Tang Tu







Teringat waktu kecil-kecil dahulu,sekitar 90-an.Kami sekeluarga akan duduk bersama-sama menonton rancangan pi mai pi mai tang tu di televisyen.Kalau tak silap,rancangan tersebut akan bersiaran setiap hari Rabu.
Dengan TV 12 inch ketika itu,kami cukup terhibur menonton rancangan tersebut. 

Pernah satu ketika hanya saya dan emak yang menontonnya.Dalam gelap..hehe..yang lain semua sudah tidur..=) 

Nostalgia flat Sri Wangi,Pak Uda,Mak Uda,Pak Busu,Mat Golok dan lain-lain telah meninggalkan bekas di hati peminat pi mai pi mai tang tu. 

Waktu pantas berlalu,flat itu semakin berkurang penghuninya. 

Hari Sabtu yang lalu,Pak Uda menuruti jejak Pak Busu.Buat selama-lamanya. 

Meninggalkan kawan-kawannya,meninggalkan Mak Udanya,meninggalkan nostalgia baju terbalik yang menjadi trade mark nya.
Pi mai pi mai tang tu bukan sitkom sembarangan.Sitkom yang penuh humor,tetapi penuh pengajaran.Lawaknya spontan,malahan sinis kadang-kala.Berkisar tentang apa yang berlaku disekeliling kita.
Dan saya banyak mempelajari simpulan bahasa di dalam sitkom ini. 

Tidak seperti kebanyakan sitkom pada hari ini.Humornya tidak difahami,bahkan yang membuatkan saya tersentap apabila menyelitkan unsur-unsur yang tidak elok.Dalam erti kata lain,bahasa yang digunakan kadang kala kasar dan menyentuh hal-hal yang tidak sepatutnya. 

Maka ketawalah pelawak itu seorang diri. 

Al fatihah buat Allahyarham Zami Ismail.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Dia pergi meninggalkan memori Pak Uda dan Pak Abu…


Wednesday, June 22, 2011

Hairan,hairan..






Fatimah bangun awal hari ini.Pukul 5:30 pagi.Terkejut emak dan Aishah yang sedang bersiap-siap ke sekolah dan tempat kerja.
Bila dia bangun sahaja,soalan pertama yang terkeluar dari mulutnya,
“ Mana berus gigi dengan ubat gigi kita,mak?”
Hari ini dia ada sesi menggosok gigi bersama-sama petugas kesihatan daerah.Saya rasa hairan bila melihat mukanya ceria bila hendak ke sekolah pagi itu.
Lain macam sahaja dia nie.Mesti ada benda yang tak kena.Kalau dia gembira macam kanak-kanak ribena tue,ada la benda-benda mengejut yang dia buat.
Benda-benda yang bisa membuatkan kakaknya ini semakin sayang padanya..hehe..
Sah,bila saya periksa,ubat gigi di bilik air hilang.
Ubat gigi baru,besar dan belum digunakan lagi itu sudah melenyapkan dirinya.Ghaib.Berus gigi pun sama.Hilang juga.Tanpa meninggalkan jejak DNA.
Berus gigi bersaiz L,itu hilang juga.Walhal gigi budak kecik itu bersaiz S,bukan L!
Siapa lagi yang menghilangkan kedua-dua barang tersebut,kalau bukan Fatimah.Sabar je la.Budak-budak.Semoga dia membawa pulang berus gigi dan ubat gigi sekembalinya dia dari sekolah nanti.InsyaAllah.
Pagi yang ceria dengan nyanyian burung yang indah.Sudah mencari rezeki.Sangat harmoni.
Saya terlihat bulan di langit.Teringat minggu lalu,berlaku fenomena gerhana bulan.Kami tidak dapat melihatnya kerana langit sangat gelap ketika itu.Pada sebelah petangnya,hujan telah turun dengan lebat.Justeru itu,waktu malam menjadi sangat sejuk dan keadaan menjadi sangat gelap.
Saya pernah terbaca,bulan boleh dilihat pada waktu siang,jikalau matahari kurang memancarkan cahayanya.Kita boleh melihatnya sayup-sayup di dada langit.Berbanding pada waktu malam,cahaya matahari tiada.Kerana itulah kita boleh melihat bulan bersinar dengan terang.
Berbalik kepada bulan yang dilihat tadi.Ia berada di sebelah kanan saya.Jauh.
Apabila saya melihatnya semula,eh,ke mana pergi bulan tadi??
Ia telah bertukar ke sebelah kiri saya pula.
Pelik,pelik…bagaimana ia boleh bertukar tempat?
Apa yang berlaku sebenarnya?
Ya,bumi kita sedang berputar.Bulan itu berada di kedudukan yang sama,manakala bumi kita sedang berputar,kerana itu kedudukan bulan berubah-ubah.Bila saya lihat semula,kedudukan bulan telah berubah lagi.Kali ini di atas kepala saya pula!
SubhanAllah.
Sungguh hebat ciptaan Allah.Kita tidak menyedari bumi ini sedang berputar mengelilingi orbit.Teratur sungguh pergerakannya,tiada perlanggaran sedikit pun.Apabila berlaku malam dan siang,barulah kita sedar,bumi yang kita duduki ini sedang menukarkan bahagiannya untuk mendapatkan cahaya matahari.Sedang bergerak.
Cantik perancanganNya.Hebat aturanNya.
Tengahari itu,
“ Fatimah bawa balik tak berus gigi dan ubat gigi pagi tadi?”
“ Tak bawak balik,kaklong.Sebab semua kawan-kawan kita tinggal kat sekolah.Mula tue kita nak bawak balik,pas tue kawan kita pujuk suruh tinggal..”
Fatimahhhhhh…..!!!

Monday, June 20, 2011

Pandan,daun kesum dan pokok pisang



Petang itu saya ralit memerhati emak dan adik-adik yang sedang berkebun dibelakang rumah.Adik yang lain ada yang sedang bermain badminton di halaman rumah.Waktu petang adalah waktu mengeluarkan peluh disamping membakar kalori yang tak diperlukan.Setuju?

Pindahkan pokok-pokok ke kawasan yang lebih luas.

Tersusun pokok pandan,daun kesum yang saya suka sangat baunya dan pokok pisang yang setia tumbuh bertahun-tahun di belakang rumah.Bertukar generasi.Apabila berbuah sekali,ia terus mati.Tumbuh pula pohon yang baru.

Saya tercari-cari buah nanas yang masak.Mana tahu,ada rezeki untuk saya.Untung-untung boleh buat air atau makan begitu sahaja dengan kuah rojak Mak Bee!..hehe..^_^

Saya tanya pada emak.

Jawabnya “ already finish,kaklong..”..

Wawawa..
Sambil lihat mereka asyik berkebun (baca:dengan gigihnya mengeluarkan peluh) terfikir sesuatu tentang pokok pisang,daun kesum dan daun pandan yang tumbuh subur  itu.

Pokok pisang

Kita selalu mendengar pepatah ‘pisang takkan berbuah dua kali’.Ya,pisang hanya berbuah sekali sahaja!selepas mengeluarkan buahnya yang pertama dan yang terakhir,ia akan mati.Daunnya akan mula berguguran,bertukar warna ke coklat keperangan dan pohonnya mula tunduk menyembah bumi.

Pokok pisang,fungsinya banyak.Buahnya boleh dimakan,batangnya digunakan sebagai tempat berkhatan pada zaman dahulu.Namun,masih ada lagi yang menggunakannya pada zaman sekarang.Mengimbau memori dulu.

Apabila disebut daunnya,serta-merta fikiran kita akan melayang kepada nasi lemak yang dibungkus daun pisang.Harum baunya.Nasi yang dibungkus dengan daun pisang,jarang basi.

Buahnya,menjadi kegemaran semua makhluk.Tahukah anda,untuk mengelakkan digigit nyamuk pada malam hari,kita hendaklah selalu makan buah ini.

Saya pun tidak pasti mengapa.Mungkin sebab bau pisang?=).

Pisang juga boleh dijadikan kuih-muih.Lepat pisang,pengat.Sodap.

Apa ibrah yang boleh diambil dari pohon yang bermanfaat ini?

Tumbuhnya hanya sekali.Tetapi mengeluarkan pelbagai fungsi.
Sewajarnya kehidupan kita begitu.Waktu yang pantas berlalu,harus diisi dengan perkara yang bermanfaat.

Sewaktu kita lahir,suara azan menyambut kehadiran kita ke dunia.
Sewaktu kita meninggal dunia,solat mengiringi kita ke alam kehidupan yang abadi dan hakiki.

Tempoh hidup kita adalah antara azan dan solat.Pendek.Dari kecil,dewasa hingga zaman usia senja.

Sebagaimana pokok pisang yang hanya hidup dan berbuah sekali,semoga kita juga dapat memberi sumbangan yang bererti dalam kehidupan kita.
Sedekah,perkongsian ilmu antara perkara yang boleh dilakukan.ikhlas adalah kunci utama.Memberi manfaat kepada orang lain.Agar mereka memperolehi faedah dari apa yang kita beri.

Peringatan buat diri sendiri.Agar menyumbang sesuatu yang signifikan untuk kehidupan ini.Kecil,tetapi bermakna.

Daun kesum.

Ada orang pernah cakap pada saya,kalau tak pandai pandai masak asam pedas,bukan orang Johor namanya.

 Salah satu ramuan yang terdapat dalam asam pedas,menaikkan aromanya bila ia dimasak didalam periuk adalah daun kesum.

Alahai.Kalau tak letak,memang tak sah.

Kurang ummphh,kata Jalaludin Hassan tue..hehe.
Justeru itu,menanamnya adalah harus.

Nak tanam daun kesum,tidak sukar.Cuma letakkan batangnya.InsyaAllah ia akan tumbuh selepas itu.

Satu benda yang unik mengenai daun kesum ialah,ia seolah-olah merebak pokoknya.Daripada sebatang pokok,ia akan melata tumbuhnya.Lebih-lebih lagi kalau diletakkan di tempat yang subur dan berdekatan dengan air.Contohnya ditepi sungai,paya.

Maknanya?

Setiap amalan yang dilakukan hendaklah dengan niat yang ikhlas kerana Allah.Misalnya ilmu.Jika kita mengajar seorang sahabat kita tentang matematik,apabila dia telah faham,dia akan megajar kawannya yang lain.Dan kawannya itu akan mengajar ilmu itu tadi pada yang lain-lain.
SubhanAllah.Merebaknya ilmu tersebut seperti mana melatanya daun kesum yang tumbuh dengan subur.

InsyaAllah manfaatnya akan kita perolehi.Kunci utamanya,hindarilah dari bersikap kedekut.Bakhil itu tidak perlu.

Bak kata kumpulan Rabbani dalam lagunya,Mana Milik Kita.

“..semua yang ada,Allah yang punya..”

Jika mahukan ganjaran yang berterusan ibarat kehidupan daun kesum,seharusnya sifat sharing is caring disemaikan dalam kehidupan kita.

Fatimah mula mengacau emak di rimbunan daun pandan.

Hehe..kejap lagi,terdengarlah suara..
Fatimah memang begitu,suka benar mengacau orang.Bila kita buat sesuatu,mulalah dia nak buat benda yang sama.
Nak tolong konon-kononnya.Penyudahnya,keadaan akan menjadi huru hara..haha..

Daun pandan yang wangi.Selalu juga dibuat bunga rampai dalam setiap majlis perkahwinan.

Diracik-racik menjadi lebih halus,dimasukkan dalam masakan,baunya tetap wangi.Bila diletakkan ke dalam nasi lemak,alahai..baunya membuka selera.
Sebagaimana wanginya si pandan,harapnya jua begitulah kita.Walau tiada lagi didunia,semoga kita meninggalkan nama yang harum mewangi dengan amalan-amalan yang baik,dengan nama yang baik.

Ada sesuatu untuk dikenang.

Ada benda untuk diingati.

Sewaktu kita masih hidup,sumbanglah sesuatu untuk kehidupan ini.

Sebagaimana pokok pisang yang memberi manfaat,walau hanya hidup sekali,seperti daun kesum yang tumbuh melata,walau cuma dipacakkan sebatang sahaja ke tanah dan juga ibarat daun pandan yang harum mewangi,menambah seri.

Memberi,berkongsi, dan semoga setiap amalan kita akan mewangi dan diterima oleh Ilahi.

Tiba-tiba terdengar satu suara,
“..Fatimah masuk,pergi mandi.Sudah-sudahlah kacau orang..!”..

Adik,adik.Macam-macam hal.Si kecil itu masuk dengan muka kelat..hehe..

Alhamdulilah,sudah mendapat ibrah hari ini.Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
Melainkan untuk difiikirkan oleh hambaNya.







Wednesday, June 15, 2011

Diam-diam Ubi







Assalamualaikum.

Alhamdulilah,saya selamat sampai ke kampung halaman beberapa minggu yang lalu.Syukur,Allah permudahkan musafir saya dari utara ke selatan.

12 jam dalam bus.Kadangkala letih.

Pejam celik,pejam celik,tengok di luar bas,masih jauh lagi perjalanan.
Tetapi perjalanan itu tidak pernah membosankan.

Waktu malam,boleh tengok bintang di langit.

Betapa cerahnya langit pada waktu malam disinari cahaya sang bulan.
Hebat sungguh ciptaan Allah.Dia Maha Berkuasa.

Petang sebelum saya bertolak,selepas saya menunaikan solat,saya seolah-olah tergamam.

Manakan tidak,surau ditempat saya berehat,betul-betul menghadap matahari terbenam.SubhanaAllah.Sangat cantik.Tak terungkap dengan kata-kata.

Hati rasa sedih pula tiba-tiba.Sebab akan meninggalkan tempat pengajian.Sungguh,saya sayang tempat menuntut ilmu ini.Tempat yang mengajar tentang pelbagai ilmu kehidupan.Dunia dan akhirat.

InsyaAllah,semoga akan kembali semula disini untuk beberapa bulan akan datang.

Cuti sekolah yang baru berlalu,memberi peluang untuk saya berjalan-jalan ke tempat orang.
Meronda-ronda..hehe..

Yang seronoknya bila menghadiri majlis perkahwinan.Dapat makan nasi minyak,nasi beriani,telur pindang.
Pernah makan telur pindang?

Sedap..

Cubalah..

Kawan-kawan pun ada yang sudah bertunang,akan melangkah ke jinjang pelamin,bahkan ada yang sudah menimang cahaya mata.

Cepat benar masa berlalu..

Serasa baru semalam membesar bersama-sama...
Semoga ukhuwah berpanjangan.InsyaAllah.

Diam-diam di rumah,akan dimanfaatkan di laman ini.InsyaAllah..
Diam-diam ubi,makin lama,makin berisi.Tak gitu?

psstt..sedap beno kucing kat atas tue tido..=)