Friday, September 28, 2012

Allah itu dekat di HATI



Ada dua peristiwa yang terjadi dalam minggu ini yang menyebabkan hati saya sebak kadangkala.Benarlah,Allah itu sangat dekat.Dekat sehingga ke lubuk hati.Dia Maha Mendengar.

Peristiwa pertama berlaku hari Sabtu yang lalu.Selepas Subuh,saya bersiap-siap untuk keluar menelaah kitab bersama sahabat-sahabat.Turun sahaja saya ke tempat meletakkan kereta di belakang blok,saya lihat Ira,adik kesayangan sudah siap menunggu disitu.Kami berjanji untuk turun pada pukul 7 :30 pagi.Kereta yang disewa akan sampai sebentar lagi.

Sambil menunggu kedatangan sahabat-sahabat yang lain,saya berbual-bual seketika dengan Ira.Dia bakal mengemudi kereta ye.Mukanya macam dalam kerisauan.hehe..

“Ira,dah lama tunggu?mana yang lain?”,tanya saya.

‘Baru je,kak..yang lain kejap lagi sampai kot.InsyaAllah.. "

‘Ira bangun pukul bape tadi ?’

‘Awal jugalah,kak..’,jawab dia sambil mata melihat samada kereta sudah sampai atau belum.

“Akak pun bangun Subuh juga tadi.Seronok kan kalau dapat Qiam sebelum tue.”

Dia tersengih mendengar saya mengomel.

“Tapi yang selalu terjadinya,jam tue dah bunyi pukul 4 atau pukul 5 pagi,pastue tangan pun matikan terus..alahai..bila bangun pagi,rasa menyesal kadang-kadang..”

“ha’ah,betul tue kak.Memang kita macam gitu kadang-kadang..”

“Lepas nie kalau jam tue berbunyi,nak tak nak,kita kena jihad bangun juga,Ira..hehe..”

Habis sahaja saya cakap begitu,kereta pun sampai.Afifah dan Amirah pun menyertai dan kami bertolak ke tempat pengajian.

Kuasa Allah.

Ketika sedang mendengar kuliah yang disampaikan,tiba-tiba Ustaz sempat selitkan tentang qiamullail.

“Kita nie,bangun pukul 3 pagi tue.Tapi bangun bukan nak sembahyang,tapi nak buang ayaq kecil atau besaq..haa,lepas habis kitab yang ketiga nanti,saya nak bagitahu pasai apa kita susah bangun malam dan cara-cara mudah nak bangun malam..”

You know my feeling at that time?

Ira menoleh ke belakang melihat saya.Saya pandang Ira.

Rasa sebak dan hendak menangis ketika itu.Ya Allah,Engkau mendengar suara hambaMu ini….

Berikut saya kongsikan sebab apa kita susah hendak bangun malam,dan semoga perkara-perkara ini kita hindarkan dari kehidupan seharian.InsyaAllah.

a)    -----> Seseorang itu sangat prihatin dengan dunia dan lalai daripada akhirat.Kata Ustaz,urusan dunia ini kita buat mana yang perlu sahaja waktu siang itu.So-so lah kiranya.

Ustaz sempat berkongsi tentang pengalaman ayahnya yang hanya mengusahakan bendang,tetapi istiqamah melakukan amalan ini.Ibaratnya,kita kerja seolah-olah kita hidup lama didunia ini,tetapi kita beribadat seperti mati keesokan hari.

b)   -----> Pada siang hari,sibuk dengan cerita-cerita dunia seperti bisnes,banyak bercakap benda yang lagha dan banyak riuh rendah.Diam itu lebih baik daripada berkata-kata yang tidak berfaedah.

c)    -----> Memenatkan anggota badan dengan kerja-kerja di siang hari.Contohnya seperti kerja-kerja pembinaan.Kan penat tue?

d)    ----->Yang keempat pula kata Ustaz,waktu siang tue banyak beno makannya.Bila dah banyak makan,gerenti banyak tidurnya.Kemudian,mensia-siakan waktu qaillulah,yakni tidur sekejap sebelum Zuhur.Sekitar pukul 10,11 dan 12 tengahari.

e)    -----> Waktu siang,banyak melakukan dosa tanpa bertaubat.Astaghfirullah…T_T

Kemudian, ustaz berkongsi tips cara-cara mudah hendak bangun malam.

a)    -----> Selepas Isyak dan hendak tidur,hendaklah perbaharui wudhu’.Sebab diri kita dalam keadaan bersih ketika itu.Mudah untuk bangun malam.InsyaAllah.

b)    -----> Sebelum matahari jatuh pada waktu Maghrib,banyakkan berzikir pada Allah.

c)    ----->Antara Maghrib dengan Isyak,banyakkan beribadah seperti sembahyang sunat,baca Al-Quran atau berzikir.Pesan Ustaz,kalau boleh,jangan tonton tv.Nanti lalai.Ingattttt…

Alhamdulilah.Itulah serba sedikit ilmu yang dapat dikongsikan.Semoga kita dapat istiqamah dengan amalan yang mahal sangat pahalanya ini.Teringat arwah atok pernah berpesan pada saya,kalau ada masalah,jangan mengadu pada manusia.Mengadulah pada Allah.

Bangunlah sembahyang malam.Waktu itu nak minta apa-apa,mintalah.Tahajud jangan tinggal,lebih-lebih lagi tengah menuntut ilmu sekarang.Banyak pertolongan daripada Dia yang diharapkan.

******************************************************

Peristiwa kedua pula berkaitan dengan laman sosial.
Ketika berbual dengan bonda dihujung talian,saya berkongsi rasa tentang pengurusan masa yang kadangkala lalai dan tidak efisien.

“Mak,macamana ek kita nak bahagikan masa supaya tak membazir,lebih-lebih lagi bila menghadap facebook..”

Kadang-kala bila menghadap facebook,bukan sedikit saya risau tentangnya.Banyak.Saya bimbang tentang peruntukkan masa yang diperlukan ketika menghadap benda alah itu.Saya bukanlah ‘facebook addicted’,cuma boleh dikatakan saya menggemari laman sosial tersebut.Disitulah saya tahu perkembangan kawan-kawan atau mengetahui tentang pelbagai event yang dianjurkan.Mujurlah saya cepat jemu kadangkala.Syukur!

Berbalik kepada sesi berkongsi rasa dengan emak tadi,dia memberikan pelbagai solusi bagaimana menguruskan masa dengan baik,termasuk juga peruntukan waktu untuk facebook.

Alhamdulilah.Terima kasih emak!hati saya lega sebentar disitu.

Nak dipendekkan cerita,hari Rabu yang lalu,ketika mendengar segmen Islam itu indah di Radio Ikim,saya bagaikan terkesima.

Prof Muhaya yang menjadi panelis program itu saban minggu, menceritakan tentang tajuk ‘Celik Mata Reset Minda:penggunaan laman sosial’.

doktor mata,doktor jiwa
Ya Allah,hati saya melonjak-lonjak kegembiraan.Tak putus-putus saya zahirkan kesyukuran pada Allah Taala.

Saya amati setiap bait-bait kata Prof Muhaya.

Antaranya Prof berpesan,share lah inspirasi dan motivasi kita dengan manusia,manakala kesedihan,ketakutan dan kebimbangan,share lah dengan Allah.Tidak semua benda kita boleh share dengan manusia,lebih-lebih lagi di facebook.

Prof juga menambah,kalau nak tengok kualiti hidup kita,tengoklah rakan facebook kita.Kalau kita mempunyai rakan-rakan yang baik,alhamdulilah.

Yang terakhir,Prof sempat berpesan,di laman sosial,jangan idolakan manusia,tetapi idolakan Nabi Muhammad s.a.w.

***************************
Dua peristiwa itu benar-benar membuka hati saya.Saya percaya,Allah Maha Mendengar.Dia sangat dekat dengan hambaNya.

Dekat sehingga ke lubuk hati.

Apa-apa yang kita lakukan,ingatlah,ia sentiasa dibawah pemerhatiannya Yang Maha Kuasa.Dia mengetahui gerak hati kita dan semestinya hendaklah bersandarkan hanya pada Dia.

InsyaAllah.