Hujan turun dengan lebat diluar
rumah.Alhamdulilah.Memang sekarang boleh dikatakan setiap hari hujan akan
turun.Samada pagi atau petang,atau sepanjang hari.Syukur.Sejuk sedikit bumi
selepas panas dengan isu orang bergaduh yang tak berkesudahan.Pening!
Petang itu didapur,sedang saya mengemas pinggan
mangkuk di sinki,telinga menangkap bunyi bising diluar rumah.Mulanya saya
abaikan sahaja agak saya,barangkali bunyi motor merempitt..preng prengg diluar
rumah.
Bila saya amati,bunyi itu semakin lama,semakin
kuat.Walaupun hujan lebat,ia jelas kedengaran.Selepas mengesat tangan,saya
menjenguk melalui pintu dapur.MasyaAllah,banyaknya anjing!agak saya dalam 6
hingga 7 ekor begitu.Keadaannya seolah-olah sedang bergaduh dengan sesuatu.Saya
terus amati kawanan anjing tersebut dan terpandang sesuatu yang berwarna
putih.Bagaikan ingin pengsan saya terpandang benda itu,seekor kucing putih yang
kecil!
Kasihannya!bayangkan seekor kucing sedang
bergaduh dengan sekumpulan anjing yang rata-ratanya bersaiz besar.Arghh,saya
geram.Dari jauh,saya nampak kucing itu bagaikan dibuli.Sekejap sekejap ia
bagaikan dilambung ke udara oleh anjing-anjing tersebut.Binatang mughalazah itu
mengerumuni kucing tersebut.Ya Allah,darah saya berderau.Kucing itu dimakan
oleh si anjingkah?bunyi ngiauannya semakin kuat.Saya pekikkan suara,menghalau
anjing-anjing tersebut.Shafie terus mengambil batu,dibalingnya kearah kawanan
anjing tersebut.Aishah dan Fatimah mula menghalau.Hati saya mula resah.Janganlah
kucing tersebut dibaham oleh binatang itu,sebab suaranya sudah tidak kedengaran
lagi.
Saya risau,takut kalau ada apa-apa terjadi pada si putih itu.
Bila anjing-anjing tersebut pergi,keadaan
menjadi sunyi sepi.Hati saya mula sebak.Hendak pergi ke tempat itu,saya tak
berani.Saya kalah bila melihat makhluk yang cedera.Saya panggil adik yang
berada di kebun untuk melihat kucing tersebut.”Pergilah tengok kalau ada
apa-apa terjadi kat kucing tue..kalau dia mati,kena cepat-cepat tanam..”,seru
saya.Aishah siap berpesan,hati-hati,jangan diangkat binatang itu sembarangan.Dikhuatiri
terkena air liur anjing tersebut.Dengan penuh cermat,adik pergi menjenguk
kucing tersebut.
“Kaklong,kucing hidup lagi..!”
Allah,rasa nak menangis saya ketika itu!syukur Alhamdulilah.
“Tapi
kalau tengok badan dia..sian weh..penuh dengan bekas warna hitam..kaki
dia patah..orang tak berani nak dekat..dia macam tengah marah lagi..badan dia
kena gigit dengan anjing..orang try nak angkat,tapi dia macam nak
terkam..agaknya dia ingat orang nak kacau dia..”,adik memberitahu.
“Sekarang nak buat macamana?”
Emak mencadangkan supaya kucing diangkat
menggunakan plastic hitam,kemudian dimasukkan kedalam kotak.Makhluk itu diam
sepanjang dibuat demikian.Agak saya,ia masih lemah lagi angkara anjing-anjing
kejam tadi.
Hendak dibawa ke veterinar,cuaca semakin mendung,gelap.Jarak
klinik veterinar juga agak jauh dari tempat kami.Lantas,kami putuskan kucing
tersebut diletakkan dibawah rumah beserta makanan dan air.Adik turut menyapu
ubat pada anggota yang tercedera.Kasihan,tentu ia menderita!
Keesokan harinya,saya tidak mendengar sebarang
bunyi dari kucing tersebut.Bila adik menghampiri kotak tempat mastautin
sementaranya,
“Kaklonggg..kucing dah matiii..!!”
Ya Allah……………………………………..
Saya terkesima.
Akhirnya makhluk yang tidak berdosa itu ditanam
bersebelahan rumah.Adik siap meletakkan batu sebagai tanda kuburnya.Bila
Fatimah pulang dari sekolah,dipetiknya bunga mawar dihalaman rumah,ditaburnya
bunga itu di atas kubur.Hati si kecil.
Sebelum ditanam,saya perhatikan badannya yang
penuh dengan bekas gigitan.Barangkali badannya tidak dapat menahan kuman-kuman
yang terkandung didalam enzim air liur anjing tersebut.Bukan seekor,tetapi 7
ekor!bayangkan.Walaupun kucing itu bukan milik kami sekeluarga,tetapi ia kerap
datang untuk menumpang makan,bermain dan sebagainya.Kata Aishah,kucing itu
sedang mengandung.Lagi bertambah pilu mendengarnya.
Ia juga makhluk Tuhan.Makhluk Allah.
Semoga ia damai disana.Bersama binatang-binatang
syurga.Ameen!
Bila diingat-ingat kembali,saya bertemu analogi
ini disebalik kisah tadi.
Disebalik kegembiraan kita menyambut Syawal
sekarang,kita bagaikan terlupa dengan saudara seagama yang sedang menderita.
Kita terlupa dengan isu rakyat Syria yang rakus
disembelih hampir setiap hari.
Kita alpa dengan isu Rohingnya yang dibersihkan
di negara sendiri.
Apatah lagi dengan isu Palestin yang tidak
berkesudahan sehingga ke hari ini.
Kita memang
lalai.Kita memang alpa.Kita memang cuai.
Saya yang
lalai.Saya yang alpa.Saya yang cuai.Kalau tiada yang ingatkan,memang tak ingat.
Sadisnya !
Bayangkan
kucing putih yang kecil itu saudara kita yang sering dizalimi.Dikerumuni
beramai-ramai,ditindas,dilambung-lambung dengan musuh Islam.Dia merintih
macamana sekalipun,orang yang menganiaya itu takkan peduli.Sampai mangsanya mati,barulah
dia puas hati.
Kalau
difikirkan anjing itu bukan berani sangat sebenarnya.Kata ayah,kalau dibaling
batu,memang ia akan lari lintang pukang.
Musuh kita juga
bukan berani juga.Kalau dibaling ‘batu serangan’ kita pada mereka,nescaya
mereka akan gelisah,gentar dengan orang Islam.
Batu serangan
kita ialah perpaduan.Batu itu bukan bersaiz kecil,ia hanya mewakili seorang
Muslim sahaja.Ia mestilah batu besar.Mewakili hati umat Islam yang bersatu
padu.
Kalau
diperhatikan juga,kucing itu mati akibat virus yang terdapat pada gigitan
anjing-anjing tersebut.Orang Islam zaman kini,yang semakin tenat akibat
digigit virus dari musuh kita.Virus hedonisme,virus fitnah yang menjadi-jadi
sekarang ini.
Lemah.Tak berdaya.Hanya tahu bertekak sahaja.
Sempena merdeka kali ini,saya ingin membuat
permintaan.Semoga umat Islam bersatu hati.Cukup-cukuplah musuh menganiaya
kita.Bertepuk tangan,tersenyum tatkala melihat kita bergaduh.
Kalau kita bersatu hati,Palestin,Syria,Rohingnya
dan sesiapa yang tertindas tidak akan bermandi darah lagi.
Carilah titik persamaan.Bukan titik perbezaan!
No comments:
Post a Comment