Lama tak mencoretkan sesuatu disini.Benar-benar
merasai ‘cuti heaven’ di rumah.hehe.Selamat berpuasa semua!maafkan beta kerana
lama menyepikan diri.Beta sihat-sihat aja.Alhamdulilah..:D.Kalau duduk di rumah,nak
menulis itu perlukan kekuatan fizikal dan mental.Maklum,secara automatik,status
bertukar menjadi surirumah.Bukan pembantu rumah,bukan jua orang rumah! >_<
Ramadhan semakin hampir ke penghujung.Alhamdulilah,tahun
ini dapat lagi saya berpuasa bersama keluarga.Walaupun kami semua tak cukup
korum sebenarnya.Ada yang berjauhan kerana memenuhi tuntutan sebagai pelajar.Kepada
adik yang berada di tempat orang nun,jangan sedih-sedih.InsyaAllah,ada
kesempatan kita akan berpuasa sama-sama semula satu hari nanti. *kakaknya pula
yang touching..lol..*
Memandangkan 10 malam yang terakhir kian
hampir,yok kita sama-sama melipatgandakan usaha untuk mencari Lailatulqadar.Mudah-mudahan
berjumpa la jua hendaknya tahun ini.Kalau qiamullail itu,jangan lupa doakan
saya ea..hehe..Teringat kata-kata Ustaz Syed Norhisham di radio IKIM tiap kali
sahur.Kata Ustaz,kita kena berusaha mencari Lailatulqadar.Kena
bersungguh-sungguh.Tambah Ustaz lagi,jangan tunggu pokok nak sujud,baru nak
cari.Zaman sekarang nie dah takda pokok sangat,jadi nak tunggu tiang eletrik
rukuk baru kita tahu malam itu malam Lailatulqadar ;).Mudah-mudahan Allah
mempermudahkan urusan kita.Biiznillah.
Sebut pasal puasa,teringat ketika duduk di
kampus waktu awal-awal semester dulu.Kalau nak berbuka,mesti telefon rumah.Orang
di rumah sudah sendawa,saya baru makan kurma.Ish ish.Tapi seronok kan?itulah
pengalaman namanya.
Hari Sabtu yang lalu,saya terbaca suratkhabar
yang menceritakan keadaan rakyat Malaysia yang berpuasa di luar negara.Antaranya
seperti di Finland,Sweeden,Britain yang sedang Olimpik sekarang,Korea dan lain negara.
Sedih pula baca kisah mereka.Manakan tidak,kalau di Finland misalnya,mereka
berpuasa selama 20 jam!pengsan tak pengsan.
Pada masa yang sama,disana sekarang
musim panas.Berbuka puasa sekitar pukul 12:00 malam macam tue,kemudian sahur
dalam pukul 2 atau 3 pagi,sebab subuhnya masuk awal.Tiada bazar ramadhan,sedih
terasa,kata mereka.
Kata kawan saya,Sharifah,tahun 2013,mereka mungkin akan
berpuasa selama 24 jam!pengsan lagi!bila nak berbuka tue?
Bersyukur duduk di Malaysia.Cuacanya anjal
setiap tahun,kemudahan beribadat dimana-mana. Itu pun kalau tak puasa lagi,gantung
je kat tiang bendera Dataran Merdeka nun.Wahaha..
Kena malu pada orang Palestin,Syria,Rohingnya
yang tetap berpuasa walaupun negara mereka dilanda peperangan.
Tahun ini juga,Fatimah si kecil kesayangan mula
belajar berpuasa penuh.InsyaAllah nanti saya akan ceritakan di lain entri. =)
No comments:
Post a Comment