Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Tuesday, April 15, 2014

Hamba Merindu


Sedang melayari facebook,saya terjumpa quote osem ini di page radio IKIM. 

Hati tersentuh.

“Rindu kepada Allah itu membuang dosa..”

~ Al Junaidi Al Baghdadi.

Seringkali. Dan selalu,Allah tak pernah lupa pada kita. Selalunya dan kerapkali terjadi,kita yang lupakan Dia.

Kita sibuk bekerja. Sibuk belajar. Sibuk dengan hal rumahtangga.

Sebenarnya bukan sibuk. Tapi buat-buat sibuk.

Satu hari,Allah hantarkan ujian pada kita.

Kemalangan. Duit hilang. Diberhentikan kerja. Keputusan peperiksaan jatuh.

Kita terduduk. Kita menangis. Kita terdiam. Kita mengeluh. Kita merungut. Kita mula mencari orang sekeliling untuk dipersalahkan.

“Sebab kau lah aku jadi begini!!” kita membentak.

Kita marah. 

Kita tidak menerima dugaan itu.

Kita mula memencilkan diri. Menyalahkan diri.

“Kenapa mesti aku?aku dah buat yang terbaik. Kenapa sampai macam gini sekali..” kita menangis sekuat hati.

Kita lupa. Yang diatas sana sedang memerhati perbuatan kita. Sedang memberi perhatian pada kita.

Dia memberi ujian bukan kerana Dia membenci. Tidak sama sekali. Kerana Dia pemilik Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Dia memberi ujian kerana Dia merindui kita. Sangat rindu.

Sudah lama dahi itu tidak berlama-lama sujud di sejadah. Berdoa berlama-lama di akhir solat. Sudah lama tidak berzkir panjang. Sekadar doa mohon keselamatan dunia akhirat. Itu sudah memadai bagi kita.

Sudah lama tangan itu tidak memberi sesuatu pada yang memerlukan. Sudah lama senyum tidak terukir,sebagai satu sedekah hubungan berpanjangan.

Sudah lama Al Quran tidak diselak. Sekadar membaca Yassin pada malam Jumaat. Untuk memenuhi syarat.

Sudah lama.

Sudah lama kita tinggalkan semua itu.

Allah rindu dengan kita yang dahulu. Dia rindu dengan doa kita. Dia rindu dengan rintihan kita. Dia rindu untuk menatap lama-lama wajah kita.

Dia teringin untuk melihat akaun pahala kita meninggi dari akaun dosa. Kerna Dia tidak sanggup melihat kita di neraka.

Dia berikan kita ujian. Nah.

Supaya kita kembali pada Dia. Supaya kita lebih banyak berdua-duaan denganNya.

Tenanglah dengan ujian itu. Duduk diam-diam. Berfikirlah. Jangan pandang sekeliling untuk mencari salah sesiapa. Tapi pandanglah keatas. Sedarlah ada yang sedang memandang dan menanti kita.

Ketahuilah. Dia sentiasa merindui kita. Siang dan malam. Menjaga kita 24 jam. Jangan sampai Dia lupa pada kita. Itu bahaya.

Ketika ujian menimpa,hitung satu persatu nikmat yang diberi. Kenang kembali kebahagiaan yang kita dapat selama ini.

Sungguh. Takkan dapat dibilang,walau dengan jari kaki!

Jangan dilihat pada ujian. Tapi lihatlah pada Pemberi ujian.

Kerana itulah yang Dia mahukan. Dari hambaNya yang sering kelalaian!



Tuesday, April 1, 2014

Biarlah setinggi langit


Sementara menunggu kelas yang akan bermula pada pukul 4 petang,saya dan Edlin duduk berbual-bual dihadapan Jabatan Sains Politik.

Asyraf,kawan saya yang lain turut serta. Edlin dan Asyraf agak ‘nerveous’. Diorang ada pembentangan sekejap lagi. Kelas Prof Agus.

Keep calm and do the best. Hehe.

Tengah berbual-bual,datang seorang pakcik. Bertanyakan tentang bilik pensyarah yang berhadapan dengan kami.

“Pensyarah itu ada di bilik tak?ada nampak dia keluar dari biliknya?”

“Tak nampak pula,tuan. Kami baru sahaja duduk disini..”

Melihatkan dia agak keletihan,saya mempersilakan dia duduk bersama kami.

Lalu dia membuka cerita. Rupanya,dia seorang pensyarah. Dari Sumatera,Indonesia.

Sedang menyiapkan thesis PhD. Di Bangi.

Dia berkongsi pengalamannya menjadi pensyarah,suasana di Sumatera.

“Dulu kamu belajar di mana?” dia bertanya.

“Di Sintok,tuan..” saya menjawab. Termenung jauh sekejap. Saya rindukan tempat yang aman damai itu. Oh!

“Oh,saya pernah ke sana dulu. Dekat dengan Thailand kan? Kalau mahu ke pekan,ada pekan namanya Changlun kan..”

Saya mengiyakan. Tempat nostalgia.

Dia kemudian bertanyakan benda yang sama pada Edlin dan Asyraf.

“Kamu sudah menikah belum?” haha. Saya dah agak. Mesti soalan ini yang akan ditanya.

“Belum,tuan. Calonnya tiada lagi..saya mahu menikah sama master dulu.” :D

“Kalau sudah ada calon,cepat-cepat menikahnya..”

Lalu dia bertanyakan apa yang kami belajar sepanjang pengajian sarjana ini. Kami bercerita tentang subjek politik yang kami pelajari. Apa yang saya dapat katakan,kami senang bercerita dengan dia. Ilmunya banyak dan dia juga senang berkongsi.

Dia bercerita tentang suasana politik di Indonesia. Rupa-rupanya,dia adalah pengerusi pilihanraya di wilayah Sumatera. Hebat.

Dia juga menasihati kami supaya belajar bersungguh-sungguh. Jangan putus asa mencari ilmu. Dia bertanyakan cita-cita setiap seorang dari kami. Katanya,anak muda hendaklah bercita-cita tinggi.

Tapi,ada satu pesannya yang saya ingat sampai sekarang.

“Orang muda itu,biarlah cita-citanya setinggi langit. Supaya bila dia jatuh kelak,dia masih berpaut pada bulan..”

Sangat mendalam ayat itu.

Jam semakin hampir ke pukul 4. Kami meminta diri untuk ke kelas Prof Agus.

Bila meninggalkan pakcik itu,baru saya teringat.

“Edlin,kita bual-bual dengan pakcik tue,kita lupa satu benda. Lupa nak tanya nama dia.. lepas tue,Husna pula pegi panggil dia ‘tuan’. Should call him ‘bapak’kan..”

Waduh. Waduh.

Jadi,anak muda. Bercita-citalah sepanjang usiamu!


Wednesday, March 6, 2013

Pahlawanku


Hari Ahad yang lalu,saya ke Mersing.Ikut emak dan ayah,hantar adik ke asrama.Sepanjang perjalanan,hati rasa tenang lihat pantai,pokok kelapa dan laut.Bila lalu di hadapan jeti nak ke Pulau Tioman dan Pulau Sibu,kat situ saya kena pakai ‘rayban’.wahaha.Sebabnya agak ramai pelancong-pelancong asing.


Faham sahajalah pakaian mereka macamana.Melihatkan suasana disitu,terkenang pada Pulau Langkawi yang pernah saya pergi tahun lalu.Sungguh,saya rindukan kenangan itu. :’)

Suasana di Mersing tak ubah seperti Terengganu dan Kelantan.Mersing adalah salah satu daerah di Johor.Ia terletak di bahagian timur negeri.Jadi,secara tak langsung sedikit sebanyak budaya dan suasana negeri pantai timur itu ada di Mersing.

Satu benda yang saya suka tentang Mersing,sudah tentu keropoknya!yeahh..ikan di Mersing juga sangat segar.Kalau sapa-sapa yang suka memancing tue,jemputlah datang ke Mersing.

Perhatian,perhatian *gaya pengumuman guna healer*,kepada kawan saya,Mrs S yang genius,yang tinggal di Rompin nun,haa andalah..hehe..bila Husna tengok pulau Tioman,Husna teringat pada anda! In shaa Allah kita kesana ye nanti J

Pulang dari mengahtar adik,saya berbual-bual dengan mak dan ayah didalam kereta.Macam-macam isu yang kami bincangkan.Bercerita tentang kerjaya masa hadapan.Tiba-tiba emak bercerita tentang arwah atuk.

“Tok Kassim suka sangat kalau anak cucunya kerja di bahagian perubatan,jadi cikgu dan askar..”

Pada atuk,ketiga-tiga kerja itu ada pahala amal jariah yang sangat besar.

Cikgu boleh mengajar ilmu yang bermanfaat buat anak muridnya.

Doktor pula boleh membantu pesakit sembuh seperti sediakala untuk berbakti pada Dia.

Manakala askar pula menjaga keamanan negara dari serangan musuh.

Kata atok lagi,jadi askar boleh dikira syahid.Sebab menjaga negara kan.

Alhamdulilah,ketiga-tiga kerja itu sudah dipenuhi oleh pakcik dan sepupu.

Sambung emak lagi,ada dua kerjaya yang atok tak benarkan pada anak-anaknya.

Apakah kerjaya itu?

Hehe..

Memandangkan sekarang Malaysia berhadapan detik-detik yang sukar,melibatkan pertahanan negara,saya terkenang kata-kata atok.

“Kesian diorang..bermati-matian berjuang kat Sabah sana..”kata emak.

Siapa yang tidak risau dan bimbang?

Kalau kita,jangankan angkat senapang,menembak pun terketar-ketar lagi.Bila saya lihat hal ini dipolitikkan,sedih sangat rasanya.

Hello..come on lah.Tangan kita memang pantas menaip komen-komen negatif di laman sosial,sebab kita tidak berada disana.Letakkanlah diri kita ditempat mereka.Mesti badan kita seram sejuk,bila tahu kita boleh ditembak bila-bila masa.

Tiada apa yang saya harapkan,selain berdoa semoga perwira-perwira negara itu selamat berjuang di Lahad Datu.In shaa Allah.

Sepatah kata Fedtri Yahya didalam MHI yang sempat saya tonton semalam.

‘Perginya seorang perwira meninggalkan anak-anak kecil menjadi yatim,seorang isteri menjadi balu dan sebuah keluarga hilang tempat bergantung mencari rezeki..’

Al fatihah.


Wednesday, January 23, 2013

Merinduimu!




Majalah Anis ku letak disisi kiri.Aku terdiam,kelu tanpa kata-kata.Aku malu.Malu yang teramat.Layakkah aku berjumpa dengannya nanti?kenalkah dia dengan diriku,yang tidak punya apa-apa ini?

Aku biasa-biasa sahaja.

Aku bukan orang kaya.Aku tiada harta.

Semestinya ramai umat manusia yang ingin berjumpa dengannya nanti.Adakah dia perasan akan kehadiranku?perasan tentang umatnya yang bernama Husna ini?

Sudah banyak biografi tokoh-tokoh dunia aku baca.Barat dan timur,aku selak satu persatu halaman biografi mereka.

How to build Singapore in 10 years.

Doctor in the House.

A secret behind Apple.


Permulaan semuanya boleh kata sama.Mulanya kebanyakan tokoh ini bukanlah orang senang.Mulanya dengan kepayahan,pengakhirannya dengan kesenangan.Kadangkala di pertengahan kehidupan mereka,dugaan datang bertimpa.Kebanyakan yang melanggar etika manusia kadangkala.

Ada yang terlibat dengan dadah.

Ada yang lahir sebagai anak luar nikah.

Ada yang terlibat dengan rasuah.

Dari situ aku simpulkan,cukuplah hanya membaca kisah-kisah mereka.Mana yang baik,aku ikut,ambil sebagai motivasi.Mana yang buruk,aku tinggal,sebagai pendiding diri.

Cuma kisah figura hebat ini benar-benar menjentik hati.Aku tak pernah jemu membaca biografinya.Mataku ralit membaca satu persatu dairi hidupnya.Kadangkala aku sering terfikir,siapakah yang menceritakan kisah hidupnya yang penuh warna warni ini,sejak dia kecil?

Dia yang menceritakan?bagaimana kisahnya sewaktu dia kecil dahulu?siapa yang mencoretkan pengalaman hidupnya ketika itu?

Apa yang pasti,bila membaca kisahnya,perasaanku bercampur baur.Kadangkala sedih,kadangkala aku ketawa,kadangkala aku tertanya-tanya.

Dia benar-benar hebat.

Kalau tidak,masakan dia dapat menyuap makanan ke mulut seorang Yahudi tua yang mengutuknya banyak kali?

Kalau aku agaknya,geram pun iya.Mahu saja ku biarkan perempuan tua itu.

Tetapi tidak bagi figura hebat ini.

Dihancurkan makanan itu perlahan-lahan,kemudian disuapkan ke mulut si perempuan itu.Sambil mulutnya tidak henti-henti mengutuk figura hebat.

Dia tak marah.Dia senyum sahaja mendengar omongan si tua itu.Dia tahu, si tua itu buta,tambahan pula bukan dia kenal atau cam figura hebat.

Bila dia wafat dan Abu Bakar mengambil alih tugas itu,tersentak si perempuan tua Yahudi  itu.

Mana tangan lembut yang menyuapnya dengan penuh kasih sayang selama ini?

Mendengarkan pertanyaan itu,menitis air mata Abu Bakar.

Aku yang membaca kisah itu turut menangis.Betapa Abu Bakar dan sahabat yang lain merindui dia.

Bilal pun begitu juga.Sampaikan dia tidak sanggup untuk mengalunkan azan.Terutama pabila sampai baris kedua lafaz syahadah.


Kuatnya kecintaan mereka pada figura hebat.

Dia bukanlah orang kaya.Aku pernah terdengar,ustaz kata,jubahnya hanya 2 helai sahaja kalau aku tidak silap.Dipakainya jubah itu sehingga lusuh.

Aku?berapa kali sejak kecil hingga dewasa ini bertukar baju?

Asal nampak sahaja baju cantik yang berkenan dihati,aku beli kadangkala.

Malunya aku dengan dia.

Sudahlah bajunya dibasuh sendiri.Malah,kadangkala kalau bajunya koyak atau tertanggal butang sekalipun,dicarinya benang dan jarum,dijahitnya sendiri.

Lelaki menjahit baju?tak mustahil.Figura hebat sendiri lakukan.Kenapa bukan kita?

Dia bukanlah pelajar universiti.Dia bukanlah pelajar Degree.

Dia tak pernah mendaftar di mana-mana sekolah.

Dunianya hanyalah berjual beli dan menggembala kambing sewaktu kecil.

Bila Jibril memeluknya,menyuruhnya membaca,dia tergagap-gagap menjawab,

“Aku tak pandai membaca”.

Sedihnya hatiku bila mengenangkan peristiwa ini.Betapa jujurnya dia memberitahu tidak pandai membaca.

Dia tidak pernah mendapat pendidikan formal.Tapi,dia mempunyai kekuatan ilmu yang luarbiasa.

Dia gigih meyampaikan ilmu-ilmu Allah.

Bahkan kalau ada sahabat yang ingin mengalunkan Al Quran,diterimanya dengan senang hati.Betapa dia menghargai sahabat yang setia menemani disisi.

Dibandingkan dengan umatnya hari ini.kadangkala peluang ke universiti disalahgunakan.Ilmu yang ada,kadangkala susah diberi.Takut ianya berkurang nanti.Kadangkala juga lewa dalam pengajiannya.Hanya mengharapkan pensyarah semata-mata,tanpa berusaha dengan gigih mencari ilmu dalam hati,dalam jiwa.

Dirinya seorang yatim piatu.

Tak sempat merasai kasih ayah,yang pergi sewaktu dalam kandungan.Dituruti dengan si ibu,ketika umurnya dalam usia muda.

Menumpang kasih datuk pun tidak lama.Begitu juga bapa saudara.

Kasihan dia.pada siapa dia mahu luahkan rasa hati?

Aku yang baru kejauhan sedikit dari keluarga kadangkala rindu pada ayah dan bonda.Sedang dia,tidak punya siapa-siapa untuk mengadu dalam usia muda.

Tapi aku tahu,Allah menjadi kekuatannya.Menjadi tempat pengaduannya.

Teringat ketika aku membaca kisahnya sewaktu berdakwah di Thaif.Dia dibaling batu bertubi-tubi bersama sahabatnya.Apa yang menghibakan hatiku,sahabatnya itu terperasan satu bunyi didalam kasut.

Nak dikatakan air hujan,mustahil.Waktu itu panas terik.Matahari terpacak diatas kepala.

Bila si sahabat menoleh,alangkah sedihnya hati.Kasut yang dipakainya berwarna merah.


Darah,ya Allah.Darah!KekasihMu cedera parah di kaki.Darah tidak henti-henti mengalir sehingga memenuhi kasut lusuh yang dipakainya.

Sampai di perenggan coretan kisah itu,mengalir air mataku.

Sakitnya,dia,ya Allah.Kasihan!

Bila malaikat meminta izin padanya untuk meruntuhkan gunung-ganang sekitar Thaif,bagi membalas dendam atas perbuatan mereka yang tidak berperikemanusiaan,dia menahan.

Jangan,katanya.Mungkin bukan golongan ini yang akan beriman.Moga-moga keturunan mereka kelak yang akan beriman pada Allah dan Rasulnya.

Aku tidak pernah berjumpa orang sebaik itu.Hatinya halus,ibarat sutera.

Bila ku melihat orang kafir hari ini yang mempersendakannya,aku sedih.

Aku juga hiba melihat reaksi umat Islam yang berarak disini sana.Orang dicederakan,polis lari bertempiaran bahkan pembunuhan itu bagaikan satu keperluan.

Bagaikan orang yang tiada akal pertimbangan! Umat apakah ini?

Aku tahu,dia melihat umatnya ini dari kejauhan.Barangkali hatinya rawan.Kemanakah nasib umatnya tatkala tiba hari pengadilan?

Aku rindukanmu,ya Rasulullah!


Wednesday, December 19, 2012

Kemelut yang melanda diri


Tengok tajuk,macam masalah besar.eheh.Alhamdulilah,saya sihat-sihat aja.Cuma agak kepeningan dua tiga hari ini.Dengan thesis.Mata pun kadangkala jadi macam gini -_-

Teruskan berdoa untuk thesis saya!amat mendambakan doa kalian.Bila kepeningan,teringat ‘my twin’ selalu pujuk.

“Jangan risau,kembar.Anggap sahaja buat thesis nie macam buat assignment.InsyaAllah boleh..”

Sweet..

Tapi bila pening itu sudah tidak lagi sweet. :’)

Dihari yang lain,jumpa adik junior.Dia sempat tanya pada saya.

“Akak buat thesis?rajinnya..”

Ameen.Mudah-mudahan terus rajin sampai ke syurga!

“Yup..doakan eh..” motivasi tue,wahai Husna!

Begitulah saya.Pergi mana-mana,jumpa siapa-siapa,memang doa dipinta dari mereka.Sangat mengharapkan doa kalian semua!

“InsyaAllah akak boleh..nama pun latihan ilmiah,kak..macam kita buat latihan..”

Iya adikku.Kakakmu ini mengharapkan sebegitu :p

Nak bercerita.

Setiap kali masuk waktu Maghrib di aras kolej kediaman,saya mesti pening.Teman sebilik pun sama.Kadangkala rasa nak pengsan.

Sebabnya ada upacara keagamaan di bilik berdekatan.Mesti anda tahu.

Bila melintasi bau itu,hati rasa macam nak jerit ‘iyahh..ke tepi, ke tepi..datin nak lalu..’

Malangnya suara tak terkeluar.Tak tergamak nak buat macam tue.hehe.

Bila saya fikir-fikirkan balik.Islam ini sangat indah,mudah dan praktikal.

Tak perlu nak bakar apa-apa sebelum berdoa.

Tak perlu meratap-ratap,ketuk kepala kat lantai mengadu.

Tak perlu menahan sakit,mencucuk badan sampai berdarah-darah supaya dosa diampunkan.

Tak perlu mengadu,merintih dengan orang agama yang duduk dalam satu bilik kecil.Kadangkala orang tue pun tak boleh percaya.Kadang dia pun buat salah juga (teringat babak dalam cerita what you did last summer,yang paderi tue jadi ghost..hehe)

Islam tak perlu semua itu.

Ia memang mudah.

Cuma ambil wudhu’,buat solat sunat dua rakaat dan terus berdoa.Direct pada Allah.

Kalau gundah gulana lagi,cari Quran.Baca.Kadang-kadang Quran nie magic juga.Macam tau-tau je.Kita baca ayat yang ngam-ngam kena dengan situasi sekarang.

Tenang je rasa.

Bila saya lihat orang Islam zaman sekarang tak sembahyang,saya rasa sedih.

Bila susah,baru ingat Dia.Bila senang,sejadah entah kemana.Ingatan buat saya terutamanya.

Teringat kata-kata Yusuf Islam.

“I’m luckily met Islam,before I met the Muslim..”

Sesi muhasabah diri sebelum buat thesis.Insaf.

Minta banyak-banyak pada Allah,Husna.InsyaAllah Dia tidak akan menghampakan kita.Kadang-kadang Dia bagi magic.hehe.

Gambateh..aja aja fighting!

sejuk oh! :)

Wednesday, December 12, 2012

Tabah



Sepatutnya tidak diberitahu.

Tapi entah kenapa,hati meronta ingin berkongsi begitu.

Sudahnya,siap dengan sendu.

Menangis tak berlagu.

Teresak-esak di hujung telefon tue.

Dihujung talian turut menangis bersama.

Bagai memahami rasa.

Kerana ikatan ini sudah lama ada.

Sejak azali,sejak Allah ciptakan engkau ke dunia.

Adat belajar,ada pasang surutnya.

Kadangkala tak memahami apa yang dibaca.

Kadangkala tugasan bagai tiada kesudahannya.

Kadangkala berlapar menahan rasa.

Lapar itu mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.

Dia akur.

Dia rela.

Kalau itu jalannya.

Dia redha.

Kalau dia tidak memahami pelajaran pada mulanya.

Lama-lama dia akan kuasai jua.

Itulah mehnah berjuang namanya !

Friday, November 16, 2012

Terdengar suara..


Maghrib semalam,ketika dia bersiap-siap hendak mandi,dia terdengar suara seseorang dibawah biliknya.Sayup-sayup dibawah sana.

Telinganya terus dirapatkan ke tingkap.Matanya mencari-cari dari mana sumber suara itu.Suasana sudah agak gelap diluar,membataskan penglihatannya.Dia hanya terperasan sebuah kereta dengan lampu didalamnya terpasang.

Dia terkesima.Duduk bersimpuh mendengar bait-bait alunan Al Mathurat yang disuarakan dari kereta itu.

Suara seorang ayah.Penuh berirama.Penuh khusyuk suara itu membaca Al Mathurat.

Sesungguhnya kami hayati petang ini dengan kesedaran bahawa kerajaan sekalian alam ini seluruhnya adalah milik Allah.Dan segala puji bagi Allah,tiada sekutu bagiNya,tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan.

Kami hayati petang ini dalam fitrah Islam,dan kalimat ikhlas dan dalam agama Nabi kami,Muhammad s.a.w dan dalam millat (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan seorang musyrik.

Lunak sungguh suara itu membaca Al Mathurat.Persis ayahnya.Dia teringatkan ayahnya yang berada di kampung.Apa khabar agaknya ayah disana?

Ayahnya yang sudah berusia,tetapi masih kuat bekerja.Baru-baru ini ketika dia pulang ke kampung,dia terperasan uban di kepala ayahnya semakin bertambah.

Ya Allah,panjangkanlah umur ibu dan ayahku,agar sempat aku membalas jasa keduanya.

Ketika dia menatap Berita Harian,hatinya bagai dihiris-hiris.Israel laknatullah menghentam Gaza lagi.

Kerja gila!anak kecil yang sedang bermain bola dibedil dari jauh.Penakut!

Dia terkenangkan anak-anak Palestin yang kehilangan ibu dan ayah sejak kecil.Kemana mereka hendak bergantung nasib?

Dirinya bersyukur masih punya ayah dan emak disisi.

Alhamdulilah.

Terdengar suara garau itu membaca Al Mathurat ketika waktu Maghrib tadi,dirinya teringat wajah polos ayah.

Ayah.Semoga ayah berbahagia dunia dan akhirat.

Anakmu ini akan belajar bersungguh-sungguh untuk menuntut bela nasib anak Palestin yang dibedil dengan kejam oleh tentera laknatullah.

Hutang darah dibalas dengan hutang ilmu!

Sunday, October 21, 2012