Sementara menunggu kelas yang akan bermula pada
pukul 4 petang,saya dan Edlin duduk berbual-bual dihadapan Jabatan Sains
Politik.
Asyraf,kawan saya yang lain turut serta. Edlin dan
Asyraf agak ‘nerveous’. Diorang ada pembentangan sekejap lagi. Kelas Prof Agus.
Keep calm and do the best. Hehe.
Tengah berbual-bual,datang seorang pakcik. Bertanyakan
tentang bilik pensyarah yang berhadapan dengan kami.
“Pensyarah itu ada di bilik tak?ada nampak dia
keluar dari biliknya?”
“Tak nampak pula,tuan. Kami baru sahaja duduk
disini..”
Melihatkan dia agak keletihan,saya mempersilakan
dia duduk bersama kami.
Lalu dia membuka cerita. Rupanya,dia seorang
pensyarah. Dari Sumatera,Indonesia.
Sedang menyiapkan thesis PhD. Di Bangi.
Dia berkongsi pengalamannya menjadi
pensyarah,suasana di Sumatera.
“Dulu kamu belajar di mana?” dia bertanya.
“Di Sintok,tuan..” saya menjawab. Termenung jauh
sekejap. Saya rindukan tempat yang aman damai itu. Oh!
“Oh,saya pernah ke sana dulu. Dekat dengan
Thailand kan? Kalau mahu ke pekan,ada pekan namanya Changlun kan..”
Saya mengiyakan. Tempat nostalgia.
“Kamu sudah menikah belum?” haha. Saya dah agak.
Mesti soalan ini yang akan ditanya.
“Belum,tuan. Calonnya tiada lagi..saya mahu menikah sama master dulu.” :D
“Kalau sudah ada calon,cepat-cepat menikahnya..”
Lalu dia bertanyakan apa yang kami belajar
sepanjang pengajian sarjana ini. Kami bercerita tentang subjek politik yang
kami pelajari. Apa yang saya dapat katakan,kami senang bercerita dengan dia. Ilmunya
banyak dan dia juga senang berkongsi.
Dia bercerita tentang suasana politik di
Indonesia. Rupa-rupanya,dia adalah pengerusi pilihanraya di wilayah Sumatera. Hebat.
Dia juga menasihati kami supaya belajar
bersungguh-sungguh. Jangan putus asa mencari ilmu. Dia bertanyakan cita-cita
setiap seorang dari kami. Katanya,anak muda hendaklah bercita-cita tinggi.
Tapi,ada satu pesannya yang saya ingat sampai
sekarang.
“Orang muda itu,biarlah cita-citanya setinggi
langit. Supaya bila dia jatuh kelak,dia masih berpaut pada bulan..”
Sangat mendalam ayat itu.
Jam semakin hampir ke pukul 4. Kami meminta diri
untuk ke kelas Prof Agus.
Bila meninggalkan pakcik itu,baru saya teringat.
“Edlin,kita bual-bual dengan pakcik tue,kita
lupa satu benda. Lupa nak tanya nama dia.. lepas tue,Husna pula pegi panggil
dia ‘tuan’. Should call him ‘bapak’kan..”
Waduh. Waduh.
Jadi,anak muda. Bercita-citalah sepanjang
usiamu!
No comments:
Post a Comment