“Husna,I miss your writings.Update la blog..”
Lama benar saya bertapa kan.uhuk uhuk.
Kisahnya,ada masalah waktu saya nak login
blogspot.Tapi sekarang alhamdulilah dah ok.hehe.
Saya sambung belajar semula. Alhamdulilah. In shaa
Allah,doakan saya eh.
Tempat baru. Kampus baru. Pensyarah baru. Kawan baru.
Roomate baru. Pendek kata,semuanya baru.
Semangat pun baru. Mudah-mudahan.
Saya bersyukur kerana setakat ini semuanya
berjalan dengan lancar. Mereka yang berada di sekeliling sangat baik. Sangat membantu.
Saya pun sudah boleh biasakan diri disini.
Minggu pertama disini,saya sudah boleh balik
kampung. Sendirian. Survive seorang.
Terkejut mak saya. Haha.
Tapi bukan ke dulu dia pernah cakap,”masih kat
Malaysia lagi kan?no worries too much..” -_-“
Pucuk pangkalnya,kalau tak tahu,tanya ;)
Berani dan yakin diri itu sangat penting.
Oh,kampus saya sekarang terletak dengan KLIA. Hari-hari
saya dengar bunyi kapal terbang lalu. Dan tiap-tiap kali itu juga,mesti saya
dongakkan kepala.
Hehe.
Masih terkenang apa yang terjadi pada MH370. Agak
terkejut. Jangan putus asa dan berdoa. Hati saya macam kuat mengatakan kapal
terbang itu masih ada lagi.
Konspirasi atau apa-apa teori,hanya mereka yang
pakar sahaja tahu.
Kami pernah bincangkan tentang hal ini didalam
kelas beberapa minggu yang lalu. Pensyarah tak galakkan kami mengatakan kes ini
berkaitan teori konspirasi.
Tapi,macam jelas ia berkait dengan teori itu
sekarang.
Pada saya,hanya mereka yang berada didalam kapal
terbang itu yang tahu. Apa yang sebenarnya berlaku.
Tapi apa yang saya perhatikan,ramai pula yang
jadi ‘penumpang tak rasmi’ kapal terbang tersebut.
Ramai juga yang jadi ‘krew kabin tak rasmi’. Eheh.
Dengan kes bomohnya. Glamer Malaysia ke satu
dunia. Siap ada application games bomoh lagi. Hebat.
Saya rasa,sudah sampai masanya MAS menukar
beberapa peraturan.
Misalnya,membaca doa sebelum memulakan
perjalanan. Macam Royal Brunei lakukan.
Pramugari hendaklah memakai pakaian yang sopan. Tiada
lagi kebaya ketat.
Arak. Tak payah dihidangkan didalam pesawat.
Peringatan solat jamak dan qasar.
Mesti ada yang kata,”alaa tak untunglah MAS
nanti. Dah la baru bankrup..”
Encik,nak untung dunia ke nak untung akhirat?
Saya tabik pada mereka yang bertungkus lumus
dalam menyelesaikan hal ini.
Pemangku Menteri Pengangkutan misalnya,baru saja
pulih rawatan jantung. Saya tak pasti samada CEO MAS atau orang lain. Yang mana
ibunya baru sahaja meninggal dunia beberapa minggu yang lalu.
Dengan tenangnya menjawab soalan dan memberi
laporan.
Bila dengar sidang media di radio,saya jadi
geram dengan reporter asing. Cara mereka menanya soalan,seolah-olah mereka
kenal dan membesar di Malaysia.
Grrr..
Itu belum lagi laporan The Telegraph dan CNN. Lagi
kasihan laporannya.
Bersatulah rakyat Malaysia dalam suasana sukar
ini.
Apa yang saya perhatikan. Negara lain bila
ditimpa musibah,rakyatnya akan bersatu padu menyatakan sokongan pada negara
masing-masing.
Tapi di Malaysia,bila ditimpa musibah,rakyatnya
semakin laju menuding jari. Salahkan mana-mana pihak.
Yang paling sadis,berganding bahu dengan media
asing. Percaya pada laporan mereka.
Ingat. Malaysia ini pernah digelar ‘Suvarnabhumi’
satu ketika dulu.
Semenanjung emas maksudnya. Jadi,ada banyak
mata-mata yang mengintai kita.
Mencari kekayaan yang kita sendiri tidak sedar
selama ini.
5 comments:
Assalamualaikum kak husna..
Tahniah da mymbg plajaran ke pringkat yg lebih tggi..xcakap pun ;)
Katna kak?
kat KLIA? yes! ahah!nanti kite balik kite hello2 husna jumpe kat KLIA. :D
Sabirah : alaaa..akak di bangi sekarang ;) doakan akak tau.semoga perjalanan menuntut ilmu dipermudahkanNya
Safura: boleh je.In shaa Allah. Make sure time tue husna ada kat kampus.eheh. Nak karpet Turkiyeeee ;D
hak hak hak! kapet turki? kalo balik malaysia naik kapet xpe la husna. haha!
Ya Allah... rindu sama kamu...
Post a Comment