Tengok tajuk,macam masalah
besar.eheh.Alhamdulilah,saya sihat-sihat aja.Cuma agak kepeningan dua tiga hari
ini.Dengan thesis.Mata pun kadangkala jadi macam gini -_-
Teruskan berdoa untuk thesis saya!amat
mendambakan doa kalian.Bila kepeningan,teringat ‘my twin’ selalu pujuk.
“Jangan risau,kembar.Anggap sahaja buat thesis
nie macam buat assignment.InsyaAllah boleh..”
Sweet..
Tapi bila pening itu sudah tidak lagi sweet. :’)
Dihari yang lain,jumpa adik junior.Dia sempat
tanya pada saya.
“Akak buat thesis?rajinnya..”
Ameen.Mudah-mudahan terus rajin sampai ke
syurga!
“Yup..doakan eh..” motivasi tue,wahai Husna!
Begitulah saya.Pergi mana-mana,jumpa
siapa-siapa,memang doa dipinta dari mereka.Sangat mengharapkan doa kalian
semua!
“InsyaAllah akak boleh..nama pun latihan ilmiah,kak..macam
kita buat latihan..”
Iya adikku.Kakakmu ini mengharapkan sebegitu :p
Nak bercerita.
Setiap kali masuk waktu Maghrib di aras kolej
kediaman,saya mesti pening.Teman sebilik pun sama.Kadangkala rasa nak pengsan.
Sebabnya ada upacara keagamaan di bilik
berdekatan.Mesti anda tahu.
Bila melintasi bau itu,hati rasa macam nak jerit
‘iyahh..ke tepi, ke tepi..datin nak lalu..’
Malangnya suara tak terkeluar.Tak tergamak nak
buat macam tue.hehe.
Bila saya fikir-fikirkan balik.Islam ini sangat
indah,mudah dan praktikal.
Tak perlu nak bakar apa-apa sebelum berdoa.
Tak perlu meratap-ratap,ketuk kepala kat lantai
mengadu.
Tak perlu menahan sakit,mencucuk badan sampai
berdarah-darah supaya dosa diampunkan.
Tak perlu mengadu,merintih dengan orang agama
yang duduk dalam satu bilik kecil.Kadangkala orang tue pun tak boleh percaya.Kadang
dia pun buat salah juga (teringat babak dalam cerita what you did last summer,yang
paderi tue jadi ghost..hehe)
Islam tak perlu
semua itu.
Ia memang
mudah.
Cuma ambil
wudhu’,buat solat sunat dua rakaat dan terus berdoa.Direct pada Allah.
Kalau gundah
gulana lagi,cari Quran.Baca.Kadang-kadang Quran nie magic juga.Macam tau-tau
je.Kita baca ayat yang ngam-ngam kena dengan situasi sekarang.
Tenang je rasa.
Bila saya lihat
orang Islam zaman sekarang tak sembahyang,saya rasa sedih.
Bila susah,baru
ingat Dia.Bila senang,sejadah entah kemana.Ingatan buat saya terutamanya.
Teringat kata-kata Yusuf Islam.
“I’m luckily met Islam,before I met the Muslim..”
Sesi muhasabah diri sebelum buat thesis.Insaf.
Minta banyak-banyak pada Allah,Husna.InsyaAllah
Dia tidak akan menghampakan kita.Kadang-kadang Dia bagi magic.hehe.
Gambateh..aja aja fighting!
sejuk oh! :) |
No comments:
Post a Comment