Wednesday, December 12, 2012

Bas nombor 12


Baru balik dari pusat kesihatan universiti (PKU).Mesti setiap kampus ada kan? J doktor bagi 2 ubat sahaja.Mulanya tak nak pergi.Sebab memikirkan ia akan cepat sembuh.Tapi emak kata,


‘Pergilah PKU,kaklong.Jangan tak.Mak risau..’

Emak.Begitulah :’)    
                        
InsyaAllah,cepat sembuh.

Balik dari PKU,waktu tunggu bas,nampak ada dua bas betul-betul di tengah jalan.Saya pun pelik bin hairan.Eh,kenapa pula nie?

Bila saya dekat,erkk..mengerikan.

Dua-dua bas itu eksiden rupanya.Sebelah bahagian bas itu tercabut.Berterabur komponen bas ditengah jalan.

Pemandu bas itu dengan gigihnya mengutip sisa-sisa yang bertaburan di jalan.Mujurlah pelajar dalam bas tue takda apa-apa.Alhamdulilah.diorang tukar bas lepas tue.

Tengok nombor bas..nombor 12.

Bas nie dulu sangat ‘legend’ di Kachi.

Waktu saya semester 1,saya suka naik bas ni.Rasa yakin dan selamat.

Sebabnya,pakcik bas nie tak pernah tinggal sembahyang berjemaah dimasjid.10 minit atau 5 minit sebelum waktu solat masuk,basnya sudah di parking sebelah masjid.Pakcik bas nie nampak pendiam.Kadangkala dia baca suratkhabar,sementara tunggu bas penuh.Saya pernah juga dengar beberapa kali dia berbual dengan pelajar Cina.Rupa-rupanya pakcik nie fasih berbahasa Cina.

Waktu saya duduk dengan Kak Jue dulu,kami pernah juga bercerita tentang bas nombor 12 nie.Kata Kak Jue,pakcik nie dah lama bawa bas tue.Maknanya,sebelum saya belajar disini lagi.

Sekarang pakcik tue dah tak bawa bas nombor 12 lagi.

Orang lain yang pegang stereng bas tue.

Bas tue pun dah nampak uzur sikit.

Agaknya sebab di’lenjan’ ke hulu ke hilir.Anak muda yang membawanya sekarang.

Saya pun tak tahu,kemana pakcik tue pergi.Lama tak nampak dia.Dulu,memang rasa ok bila naik bas.Pakcik-pakcik bas semua,macam ayah kita.Memang orang veteran.

Kalau kelas pukul 8 pagi,biasanya pukul 655 pagi saya sudah naik bas.Dan biasanya bas sudah ada waktu tue.Kena kejar bas awal pagi.Nanti  bas penuh dan takda.

Bila lihat bas nombor 12 tadi eksiden,teringat..rupanya saya sudah tidak lama untuk tinggal disini L

Terima kasih pakcik bas ! jasamu dikenang ! J


No comments: