wasiat Hassan Al Banna |
Sejak kecil,saya sering terperasan satu ‘benda’ yang diletakkan yang didalam bilik.Sejak berada di zaman prasekolah,ia tetap setia tergantung disitu.’Benda’ tersebut merupakan satu bingkai gambar yang mengandungi 10 wasiat Hassan Al Banna.Antara yang saya ingat kandungan wasiatnya ialah ‘apabila kamu mendengar azan, segeralah tunaikan solat dan tinggalkanlah segala urusanmu’.Antara lain wasiatnya ialah ‘kuasailah bahasa Arab,kerana ia merupakan bahasa syurga’.
Bila saya bertanyakan pada emak,dari mana emak memperolehi bingkai kata-kata tersebut,kata emak,ia merupakan hadiah perkahwinannya yang diberikan oleh seorang teman.
Dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun begitu,saya tidak begitu mengenali Hassan Al Banna.Saya hanya mengecam wajahnya.Bila sudah pandai membaca,barulah saya dapat membaca wasiat Allahyarham satu persatu.Akal kanak-kanak,ia hanya sekadar bacaan tanpa diambil pengajaran.
Bingkai kata-kata itu terus bersama bilik saya sehinggalah saya berpindah ke rumah baru.Ia berkekalan sampai saya ke sekolah menengah dan ke universiti.Saya teringat ketika berada di pra u,saya mengambil subjek sejarah.
Didalamnya terkandung pelbagai jenis tamadun yang perlu dipelajari,antaranya termasuklah tamadun Mesopotamia.Kami belajar tentang sejarah Mesir dan segalanya.Dan saya pernah bertanya kepada Cikgu Siti,di Mesir,apakah agama rasminya sekarang.Sebelum soalan dijawab,terlebih dahulu Cikgu Siti bertanya pada saya,siapa Perdana Menterinya kini?waktu itu,segera saya menjawab ‘Hosni Mubarak’,tanpa saya sedar dia telah memerintah Mesir dengan begitu lama.
Bila di universiti,saya mengambil subjek Politik Dunia Islam.Alhamdulilah,ia merupakan subjek yang sangat menarik.Pensyarah yang mengajar subjek ini berasal dari Iraq.Dr Abdul Waheed namanya.*tiba-tiba saya teringatkan Asma’.Kami berkongsi pensyarah @ ayah angkat yang sama!* sepanjang subjek ini berjalan,banyak ilmu-ilmu politik Islam yang saya pelajari.Kami juga belajar tentang politik di negara Mesir.Dr Abdul Waheed dengan penuh semangatnya bercerita tentang Muslim Brotherhood @ Ikwanul Muslimin.Dari situ saya mengenali siapa Hassan Al Banna,yang saya hanya kenal kata-katanya.Rupa-rupanya dia merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928.
Cerita pensyarah saya
lagi,Hassan Al Banna seorang yang sangat aktif berdakwah.Dia pernah bersyarah
didalam sebuah kelab malam!Dr Abdul Waheed juga memberitahu,Hassan Al Banna
mempunyai seorang cucu yang merupakan intelektual Muslim zaman kini.Beliau
adalah Prof Dr Tariq Ramadhan.Dr Abdul Waheed pernah berjumpa dengan Dr
Tariq.
Cucunya itu menurut cerita Dr Waheed,adalah seorang yang keras hati dan
lantang bersuara.Perwatakannya agak berbeza dengan nendanya.
Prof Dr Tariq Ramadhan |
Saya juga dapat mengenali
tokoh politik Islam yang lain,termasuklah Sayyid Qutb yang menulis sebuah kitab
di penjara.Beliau syahid di tangan Jamal Naseer,Perdana Menteri Mesir.
Cerita politik Islam
terhenti seketika disitu.
Semakin saya
banyak belajar tentang politik,semakin ramai orang yang saya jumpai.
Saya berkenalan
dengan Nabila Huda,kawan sepengajian.Dia banyak menceritakan tentang Tariq
Ramadhan.Minda saya bagaikan terimbas ketika mengambil subjek politik Islam
dahulu.Dia meminati setiap syarahan Tariq dan kami sering bertukar pendapat
tentang apa yang kami lihat,dengar daripada syarahan tersebut.
Pertama kali
dengar,mungkin agak sukar sedikit dengan slang bahasa Inggerisnya.InsyaAllah,ia
dapat dihadam lama kelamaan jua.Pada saya Tariq Ramadhan adalah seorang yang ‘out-spoken’.Setiap
kata-katanya memang menusuk hati,tetapi itulah kenyataanya.
Tapi saya suka
dengar setiap bait-bait kata-katanya.Antara peristiwa yang saya ingat adalah
ketika seorang pelajar Malaysia ingin mengambil autografnya disebuah majlis
pelancaran buku.Pelajar tersebut mengatakan dia begitu mengagumi Tariq.Tahu apa
jawapan Tariq ? I’m not your idol.I’m your brother.
Doakan saya
dapat menjadi pelajarnya satu hari nanti.InsyaAllah.Prof Tariq mengajar di
Universiti Oxford,dalam bidang Pengajian Oriental dan politik Islam.
Bila saya
melihat revolusi rakyat yang berlaku di Mesir tahun lalu,saya menyoroti setiap
peristiwa itu dengan penuh minat.Turut menambahkan keterujaan saya pabila
melihat peranan Ikhwanul Muslimin disebalik revolusi ini.Allahu Allah.
Saya sangkakan
ia sudah berkubur,lantaran ia pernah diharamkan ketika zaman Hosni Mubarak dahulu.Rupa-rupanya
ia masih aktif,bahkan semakin besar pengaruhnya dikalangan penduduk Mesir.
Akhirnya kemenangan
berpihak kepada mereka.Benarlah janji Allah itu kepada orang-orang yang benar.Allahuakbar !
Suara rakyat |
Begitulah kisah
Mesir yang melingkari kehidupan saya sejak dari kecil hingga kini.
Apabila saya
memutuskan untuk membuat thesis di tahun akhir,tajuk pertama yang terlintas
difikiran saya ialah ARAB SPRING! apabila saya spesifikkan lagi,saya terbayang
Hassan Al Banna di fikiran.InsyaAllah,thesis saya akan berkaitan revolusi
rakyat di Mesir.
Saya mohon
kalian doakan semoga urusan thesis ini dipermudahkan oleh Allah yang Maha
Mendengar.Sesungguhnya tiada niat lain saya menyiapkan thesis ini melainkan
keredhaan Allah semata-mata.Niat saya juga untuk menambahkan ilmu berkaitan
politik Islam kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan kita hingga akhirat
nanti.Wallahu’alam.
Perancangan Allah itu sentiasa cantik dan
unik.Saya yakin itu.
sedang mencari buku ini >_< |
1 comment:
subhanallah, sangat menarik =) jihad2!!
Post a Comment