Wednesday, February 29, 2012

Kelompatan Tarikh



Saya teringat ketika belajar Sains sewaktu darjah empat dahulu.Waktu itu kami belajar bab waktu dan hari.Dari situ baru saya tahu,rupa-rupanya setiap empat tahun sekali,bumi akan ‘terlebih’ mengelilingi matahari.Hasilnya,terjadilah tahun lompat.Yang berlaku hari ini.

Kalau diperhatikan,jumlah hari dalam tahun lompat juga akan berubah.Ia menjadi 366 ¼ hari,kalau saya tidak silap.

Ada sesiapa yang pandai Sains disini?mungkin boleh terangkan.hehe.Cikgu kami juga ada memberitahu,orang yang lahir pada tahun lompat juga sangat beruntung.

Masa tue,saya juga terfikir.’Bagusnya’ mungkin sebab dapat jimat duit beli kek kot.Alahai.

Tapi kasihan mereka.Kena menunggu 4 tahun sekali untuk menyambut hari lahir.

Hmm,kalau sambut hari lahir 4 tahun sekali,adakah pertambahan umur mereka juga berlaku 4 tahun juga?



4 tahun yang lalu,saya masih di sekolah.Sedang menelaah ilmu.Teringat waktu itu,berkobar-kobar semangat ke universiti.

Alhamdulilah,4 tahun kemudiannya,Allah tempatkan saya disini.

4 tahun yang lalu juga,umur saya masih belasan tahun.Kini sudah mencecah angka puluh.Umur pun semakin bertambah.

Saya tidak tahu apa yang akan berlaku 4 tahun akan datang.

Mudah-mudahan saya menjadi  sesuatu yang berharga buat ummah.InsyaAllah.

Mungkinkah saya masih dibangku pengajian pascasiswazah?InsyaAllah.Mudah-mudahan.Itulah doa dan harapan saya,siang dan malam.Doakan juga ya.

Ada sahabat yang mengusik,adakah 4 tahun nanti gelaran akan bertukar?

Erk..

Diharapkan Allah memberkati umur saya,untuk menikmati 4 tahun akan datang.Ameen.

Saya berharap,4 tahun yang  merangkumi tahun lompat akan tiba nanti,Allah senantiasa memayungi diri ini dengan kasih sayangNya siang dan malam.

Saya mahu menjadi lebih baik untuk 4 tahun akan datang.

Thursday, February 2, 2012

Pabila nama 'tempat jatuh' keluar di muka depan akhbar.


Sedang ralit menonton televisyen bersama Fatimah dan Aishah,saya terperasan nama ‘tempat jatuh’ keluar di bawah berita utama TV3.

Bot karam?

Bila diamati,rupa-rupanya bot yang membawa penumpang dari Iraq,Afghanistan karam di perairan Sedili.Kasihan!

“Ayah,tadi keluar berita pasal kapal karam kat Semayong..”.Mengkhabarkan pada ayah.

“Sedili memang selalu jadi transit nak pergi Batam,kaklong..”

Alahai.Mudahnya!

Pagi ini,kebanyakan akhbar memaparkan berita tersebut sebagai berita utama.

Saya terperasan nama ketua polis daerah.Macam kenal,tapi dimana ya?bila diingat-ingat semula,oh rupa-rupanya dia ialah ayah kepada Nana AF.Yang jadi deejay HotFm sekarang.

Selepas membaca berita tersebut,termenung sejenak.

Manusia sanggup menempuh ombak dan badai untuk mencari rezeki.Walau bahaya jelas didepan mata.Di Sedili sekarang,angin memang bertiup dengan kencang.Ombak pun sangat kuat dan tinggi.

Menurut berita,para pendatang tersebut hendak ke Batam,Indonesia.Transit sebelum ke Australia,untuk mencari pekerjaan.

Semangat meruap-ruap untuk mencari kerja,bagi menampung keluarga di kampung.

Namun,takdir Allah mengatasi segala-galanya.

Belum sempat ke batam,bot pancung yang mereka naiki dipukul ombak kuat.MasyaAllah.

Kerana kemahuan,manusia rela berdepan dengan sebarang cabaran dan dugaan.

Kerana tuntutan,manusia sanggup berdepan dengan segala mehnah kehidupan.


Wednesday, February 1, 2012

Cantik dan Tampannya..



Cantiknya seorang wanita bukan terletak pada mata yang melirik manja,tubuh yang meliuk lentuk pelbagai gaya,bukan pada perfume yang dihala ke serata anggotanya,bukan juga pada bibir petah berkata-kata tanpa idea...


Tetapi,cantiknya wanita itu terletak pada kehebatannya mendidik anak-anak menjadi ulama’ dan umara’ pewaris agama,kejelitaannya adalah ketika menitis keringat menguruskan rumah tangga,kemerduan suaranya ketika mengalunkan kalam cinta kurniaan Pencipta dan kegigihannya menjaga kebajikan keluarga.Berniatkan keredhaan Allah semata-mata.

Tampannya seorang lelaki bukan terletak pada wajahnya yang menggetarkan sanubari,bukan pada senyuman yang menggoncang hati si puteri,bukan jua pada renungan tajam menggoda hati.

Bukan..ketampanannya tidak terletak disitu.

Ketampannya terletak pada ’tanggung dan jawabnya’ menguruskan keluarga yang  dicintai,bijaknya dia menguruskan kewangan keluarga,kegigihannya melangkah ke rumah Pencipta setiap ketika,dia melimpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada famili dan syahid adalah impiannya yang abadi.

Itulah cantik dan tampannya bagi seorang gadis dan jejaka.

Jika kamu terpesona dan terpegun melihat gambar seorang gadis yang cantik dan jejaka yang tampan di laman maya,nanti dulu…jangan dipuji ketika itu.

Tahanlah hati.Jagalah ia agar tidak terleka dengan nikmat dunia.Barangkali itu sebagai cubaan buat dirimu,apakah bisa menjaga pandangan dan hati yang diberi oleh Ilahi.

Setiap yang diberi oleh Allah itu tidak abadi.Pinjamnya hanya sementara,semuanya akan disoal di akhirat sana.

Jangan kamu cemburu melihat si dia yang cantik dan tampan.Mereka sama sahaja seperti kamu.Percayalah.Hanya amalan yang membezakan kita semua.

Jika hati kamu masih mengatakan,

"Dia sangat cantik..aku?biasa sahaja..”

Cuba kamu renung tangan,kaki dan anggota tubuh badanmu.Sama sahaja dengan mereka bukan?

Barangkali Allah menciptakan yang lebih istimewa buat dirimu dari mereka.
Mungkin akalmu sangat cerdas menerima ilmu pengetahuan atau kamu segera melakukan amalan tanpa pertangguhan?

Nikmat yang diberi oleh Tuhan,kadangkala diluar jangkauan.MasyaAllah..

Syukurlah.Kamu masih diberi kasih sayang tidak bertepi oleh Allah.

Alhamdulilah…