Waktu saya tingkatan satu dahulu,dia merupakan
kaunseling sekolah.Masa tue kami ada minggu orinetasi.Antara kata-katanya yang
saya ingat sampai sekarang,
“Kalau kamu ingin berjaya,jumpa la saya.Saya
boleh kongsikan pengalaman anak saya.Dia dapat 5A,8A dalam exam nya.Macamana
dia study semua.Boleh saya bagitahu.”
Saya tak sempat jumpa dia.Sebab tak lama
kemudian,dia pindah ke sekolah lain,setempat dengan bonda.
Di situ,Aishah sering cerita pada saya,cikgu tue
selalu kongsi pengalaman anak dia yang tengah buat A Level.Mungkin terlalu
gembira,anaknya akan ke seberang laut.
Sejak minggu lepas.
Anaknya sering menulis status di laman
facebook,mohon teman-teman mendoakan ibunya.
Cikgu jatuh secara tiba-tiba.Doktor sahkan
bahagian kanan otaknya sudah tidak berfungsi lagi.Diserang strok.Harapan untuk membuka
mata,tipis sekali.
Allah.Sebaknya dalam hati saya.Hanya Dia yang
tahu.
Semalam,
Bonda menghantar mesej.
“Cikgu meninggal dunia pukul 12 tengahari tadi.Kebumikan
lepas Asar.
Al Fatihah.”
Saya tergamam.Baru malam semalamnya,saya meminta
Aishah membaca Yassin dan berdoa,semoga cikgu cepat sembuh.
Allah lagi menyayangi cikgu.
Cikgu seorang yang baik.Walaupun tidak
mengenalinya secara mendalam,saya tahu dia sangat baik.
Sampai sekarang,saya masih berhutang dengannya.Buku
yang saya pinjam dari bilik kaunseling,atas namanya,tidak dipulangkan lagi.Pernah
cuba untuk memulangkan dahulu,tetapi cikgu kaunseling yang baru menyuruh saya
menyimpannya sahaja.Sebagai panduan masa hadapan,katanya.
Saya sayangkan buku itu.Sayangkan ilmu
didalamnya.
Buku itulah antara motivasi terawal saya untuk
ke negara Hemisfera Utara,seperti anak cikgu.
Sekarang cikgu sudah pergi.
Al Fatihah untuk cikgu.Moga Allah tempatkan
cikgu dikalangan orang yang beriman.
Buat anak cikgu,tabahlah dan kuatkan semangat.Berdoalah
selalu,moga dapat berjumpa dengan cikgu di syurga kelak.
Kasih sayang ibu dan anaknya,tidak akan terputus
sampai mati.
___________________
Pemergian cikgu menyedarkan saya kepada tentang
beberapa perkara.Betapa saya perlu cepat dan tangkas,meraih setiap peluang yang
datang.
Peluang hanya datang sekali.Bukan berkali-kali.Sekali
datang,lekas-lekas ambil.
Manusia juga hidup hanya sekali.Sekali
pergi,takkan muncul kembali.
Sementara hidup di dunia ini,saya akan pastikan
tidak terlepas peluang yang datang.
Hidup kita singkat.Mati kita cepat.
Berjumpa dengan orang-orang yang baik,bersahabat dan raikanlah mereka.Sebab kita tidak tahu bila waktu kita pergi.Kita juga tidak
tahu,bila dia akan pergi.
Tak mustahil,hari ini kita bersenda gurau
dengannya.Esok kita mengurus jenazahnya.
Hari ini kita lihat statusnya di laman
facebook.Sedar-sedar esok dia membaca talkin ditepi rumah abadi kita.
Allah.HambaMu ini masih kurang amalannya.Masih
malu berjumpa denganMu.
Bila menyoroti status anak cikgu,saya terasa
dalam hati.Teringat ayah dan bonda yang jauh di mata.Saya tahu,mereka tidak
pernah lupa mendoakan anaknya ini.
Betapa masa saya bersama mereka semakin
singkat.Semakin sekejap.
Pulang ke rumah,saya sering terperasan,bila
memandang wajah-wajah kesayangan itu,mereka semakin berusia.
Badannya sudah tidak kuat-kuat lagi.Bila
mengangkat benda yang berat,diletakkan dahulu,dilepaskan kelelahan,barulah
diangkat semula.
Mukanya sudah tidak licin lagi.Sudah timbul
kedut-kedut disana sini.Saya selalu membandingkan wajah bonda dan ayah sewaktu
mereka muda dahulu,hingga sekarang.
Wajah itu semakin dimamah usia.
Makannya juga kadangkala berpantang.Jarang minum
minuman berais di rumah,jarang makan makanan yang berat-berat.Kadangkala sikit
saja suapannya.
Anggota tubuh badannya semakin terhad
menjalankan fungsi.
Kadang-kala saya curi-curi pandang keadaan
mereka ketika tidur.Tidurnya bukan tidur orang muda.Tidur penuh nikmat kata
orang.
Tidurnya kepenatan,setelah mencari rezeki buat
keluarga.Tila diamati di telapak kaki dan tangan,urat-urat timbul dibahagian
itu.
Berapa lama mereka berdiri ditempat kerja?
Mereka tak dudukkah?
Makankah mereka disana?
Makan apa?
Pastinya setiap ibu dan ayah sentiasa
mengharapkan yang terbaik buat anak-anaknya.Biarlah mengikat perut,asal anak
dapat makan yang sedap-sedap.
Biarlah tidak berganti baju,asal anak berbaju
baharu.
Biarlah tidak berduit,asal anak tidak sengkek.
Tanpa kita sedar,waktu kita bersama mereka
semakin singkat.Semakin kejap.Masa semakin pantas berlalu,kita semakin
besar,mereka pula semakin tua.
Berapa banyak masa berkualiti buat mereka?
Sematkanlah dalam hati.
‘Saya takkan lupa mendoakan mereka setiap hari.Mereka
adalah sumber kekuatan kehidupan saya di dunia.Panjangkanlah kasih sayang ini
sampai mati,Ya Allah.Sampai akhirat.Himpunkanlah kami sekeluarga di syurga
kelak,sebagaimana Engkau menghimpunkan kami didunia.’
Biar kita digelar anak emak,anak ayah.
Kerana emak dan ayah,darah daging yang abadi.
Buat cikgu,berbahagialah kerana memiliki anak
yang baik.Semoga cikgu aman disana.
“Ct scan. She just
had a brain stroke on the right side. The brain is consider dead. Its nothing
left i can hope for. Dr said she will never open her eyes. The time is nearly
up. Feels like my heart is stop beating. Ma i never said this to you but deeply
in my heart i always want to shout and say i love u so much.”
“Mama please bangun..
I really need u”
“Mama tlg bangun
mama..tolong bukak mata mama.. :'(
“Shes now critical.
Please please please pray for her”
Tears shed while read this status.