Wednesday, July 27, 2011

" Burung diatas lagi pening,ayah.."





Petang yang damai.Suasana yang redup.

Saya dan Dina sedang menanti makanan yang dipesan di gerai makan ala carte.Saya memilih nasi goreng kampung,manakala Dina dengan mee gorengnya.

Keadaan Bukit Kachi bila waktu petang,jarang sekali sunyi.Inilah masa terluang yang digunakan oleh penghuninya untuk beriadah.Ada yang menunggang basikal berduet..hehe,ada yang berjoging.Saya dan Dina memilih untuk mengisi perut.Berpandukan sunah nabi,makan sebelum maghrib.

Sambil menunggu menu yang dipesan,kami berbual-bual sambil menghirup ABC aiskrim.Sedapnya..aiskrim peppermint tue..=)

Anak Cik Yah datang menghampiri kami.Gerai ibunya,terletak bersebelahan dengan gerai makan ala carte tersebut.

Dina mengusik pipi dia.Comel!geram sungguh kami melihat si kecil itu.

Ibunya,Cik Yah datang menyertai kami.Bercerita dengan kami pelbagai perkara.

“Ibu,adik nak makan nasi goreng kampung,letak telur mata..”

“Haa,p la habaq kat cik nak makan nasi goreng tue..”

Terkedek-kedeklah si kecil itu pergi memesan makanan yang dipinta.
Cik Yah pun membuka cerita.

“Ada sekali tue,dia p ikut ayah dia ke pekan.Bawa burung dalam sangkaq.Sepanjang perjalanan tue,ayah dia nie naik hairan,pasai apa la burung nie diam ja dalam sangkaq.Pening ka.Kot la angin kuat,pastue pening time naik moto.”

Melihat muka ayahnya kehairanan,si kecil itu menjawab,

“Burung yang kat atas tue lagi pening,ayah.Angin kat atas lagi kuat..”jawab si kecil,merujuk burung-burung yang terbang di udara.

Kami berdua yang khusyuk mendengar cik yah itu bagaikan terkejut bercampur kagum dengan jawapan si kecil itu.

“Pandai nie,pandai..”.Cik Yah mengusap kepala si kecil itu.

Ya,si kecil itu memang pandai.
Menu sudah siap.Sambil menyuap rezeki ke mulut,saya terfikir.

Sedangkan si kecil yang berusia 5 tahun itu,boleh memberi jawapan yang unik,yang boleh mendekatkan rasa takjub pada kuasa Allah,yang boleh menambah ilmu tasauf,sedang saya kadang-kala ‘lalai dan cuai’ yang memberi jawapan sedemikian rupa.

Boleh jadi jawapan itu menjentik hati supaya mengingatkan tiada yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu melainkan dengan izinNya.

Boleh jadi juga jawapan itu menyentuh hati seorang manusia bukan Islam mencari cinta dan hidayah yang hakiki,abadi.

Si kecil kepunyaan Cik Yah itu menyuap nasi goreng kampung dan telur mata.Sambil itu,mulutnya tidak henti-henti bercerita itu dan ini kepada kami.
Suara dia sangat comel..memang comel..=)




Meninggalkan Mall Kachi menuju ke rumah Allah,saya memandang ke langit.Kelihatan burung-burung sedang terbang di dada langit.Mahu pulang ke sarang.

Ya,burung-burung tersebut tidak pernah pening.Walau angin kuat macamana sekalipun.Dan angin tidak pernah tiup sehala.Kadang kala ke barat,timur,utara atau selatan.Tetapi manusia,jarang sekali meniupkan ‘angin perubahan’ didalam dirinya.Selesa berada di takuk yang lama.

Yang dicari,rumah besar,kereta besar dan duit yang banyak.Bukan itu yang dicari sebenarnya,tetapi dia mencari emosi apabila memiliki harta terbabit.
Daripada duit seringgit,ia boleh menjadi seratus ringgit,kalau ditambah.Ibarat iman,daripada nipis,ia bisa menjadi tebal andai ditiup ‘angin perubahan’ didalam hati.

InsyaAllah ,kita boleh.Umat Islam boleh.

terima kasih adik kerana membuka pintu hati akak...^_^



No comments: