Saturday, November 17, 2012

Hello Mr.President!


Baru sekejap tadi saya membaca akhbar BH online.Bahagian mutakhir.Tiba-tiba,mata terpana sekejap pada tajuk ini,

“Obama ulangi pendirian AS sokong Israel..”

Sentap sekejap..

Hello Mr. President. Don’t you remember what happened to US recently? You want another disaster come to your country? shame on you Mr. President. You’re very scared with little tiny an evil Israel.

Huh..

Sejak dahulu lagi,setiap kali Amerika mengadakan pilihanraya,calon Presiden yang bertanding ‘wajib’ untuk mengampu sebuah pertubuhan kerjasama US-Israel.Dan kalau mereka berjaya mendapatkan sokongan daripada pertubuhan ini,secara automatik,mereka boleh bertanding pilihanraya dengan nafas lega.

Sokongan ini sangat penting bagi calon tersebut kerana,pertubuhan ini akan menyokong setiap pertumbuhan ekonomi di Amerika.Dan tidak hairanlah ekonomi di Amerika jatuh sekarang.Sebab orang kapitalis yang memegangnya.

Dan calon Presiden tersebut seharusnya mengikuti setiap undang-undang pertubuhan tersebut,demi meraih sokongan berpanjangan.Dan kebanyakan ahli kongress dan senat Amerika adalah yahudi.

Sayang Palestin?tak sanggup lihat airmata darah mereka lagi?

Tak lena tidur malam mengenangkan mereka yang dibom saban hari?

Tak lalu makan memikirkan anak-anak kecil yang kelaparan dari malam hingga ke pagi?

Boikotlah barangan Amerika.

Sekurang-kurangnya kita tak disoal di akhirat sana oleh para syuhada palestin!

Any information,you can get thru this website.


Friday, November 16, 2012

Terdengar suara..


Maghrib semalam,ketika dia bersiap-siap hendak mandi,dia terdengar suara seseorang dibawah biliknya.Sayup-sayup dibawah sana.

Telinganya terus dirapatkan ke tingkap.Matanya mencari-cari dari mana sumber suara itu.Suasana sudah agak gelap diluar,membataskan penglihatannya.Dia hanya terperasan sebuah kereta dengan lampu didalamnya terpasang.

Dia terkesima.Duduk bersimpuh mendengar bait-bait alunan Al Mathurat yang disuarakan dari kereta itu.

Suara seorang ayah.Penuh berirama.Penuh khusyuk suara itu membaca Al Mathurat.

Sesungguhnya kami hayati petang ini dengan kesedaran bahawa kerajaan sekalian alam ini seluruhnya adalah milik Allah.Dan segala puji bagi Allah,tiada sekutu bagiNya,tiada Tuhan selain Dia dan kepadaNya kami akan dibangkitkan.

Kami hayati petang ini dalam fitrah Islam,dan kalimat ikhlas dan dalam agama Nabi kami,Muhammad s.a.w dan dalam millat (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan seorang musyrik.

Lunak sungguh suara itu membaca Al Mathurat.Persis ayahnya.Dia teringatkan ayahnya yang berada di kampung.Apa khabar agaknya ayah disana?

Ayahnya yang sudah berusia,tetapi masih kuat bekerja.Baru-baru ini ketika dia pulang ke kampung,dia terperasan uban di kepala ayahnya semakin bertambah.

Ya Allah,panjangkanlah umur ibu dan ayahku,agar sempat aku membalas jasa keduanya.

Ketika dia menatap Berita Harian,hatinya bagai dihiris-hiris.Israel laknatullah menghentam Gaza lagi.

Kerja gila!anak kecil yang sedang bermain bola dibedil dari jauh.Penakut!

Dia terkenangkan anak-anak Palestin yang kehilangan ibu dan ayah sejak kecil.Kemana mereka hendak bergantung nasib?

Dirinya bersyukur masih punya ayah dan emak disisi.

Alhamdulilah.

Terdengar suara garau itu membaca Al Mathurat ketika waktu Maghrib tadi,dirinya teringat wajah polos ayah.

Ayah.Semoga ayah berbahagia dunia dan akhirat.

Anakmu ini akan belajar bersungguh-sungguh untuk menuntut bela nasib anak Palestin yang dibedil dengan kejam oleh tentera laknatullah.

Hutang darah dibalas dengan hutang ilmu!

Wednesday, November 7, 2012

Hilang?



Waktu saya pulang ke rumah hari itu,Arep merangkap sepupu dan juga drebar tak rasmi,asyik bercerita macam-macam benda.Terutama pengalamannya bekerja di hospital.

Hmm.Sabar jelah.Sudahlah jalan ke stesen bas itu gelap,sunyi sepi.Aliah yang ada bersama-sama saya juga bagaikan terdiam mendengar ceritanya.Cuma sesekali saya dan Aliah bertanya.

Cerita Arep,ada sekali tue dia ditugaskan untuk menjaga mayat seorang hamba Allah.Di bilik mayat.Mayat tue meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan.Kemudian,dia pergi ke tandas.Tak sampai dua minit katanya.Balik saja dari tandas..jeng jeng..jeng..

Mayat tue hilang!!

Kemudian dia cari merata-rata di bilik mayat tue.Ke hulu,ke hilir.Dia cari bersama kawannya.Tak jumpa.Waktu tue dalam pukul 12 malam.Seisi hospital gempar,mayat hilang.Doktor yang sedang menjalankan pembedahan di bilik sebelah pun terpaksa menghentikan sementara pembedahan.

Aik..pelik saya sebentar.

“Sampai macam tue sekali ke,Arep?” saya menyoal.

“Kalau mayat hilang,boleh jadi kes polis,kak..”

“Ohh..kenapa?” tanya saya lagi.

“Yelah.Dibuatnya orang curi ke.Mana tau ada gangster-gangster culik mayat tue.Pastue mana tau ada orang curi organ dia ke..” dia menjelaskan.

Oh.Mayat yang dijaga Arep tue non-muslim.

Bila sudah puas mencari dan tak jumpa,ada doktor suruh Arep panggilkan seorang M.A.

M.A itu kata,kes begini,biasa berlaku.

“Dia saja nak main-main dengan kita..”dududu..

Selepas M.A itu baca ayat-ayat Quran sedikit,tak lama kemudian,mayat hamba Allah itu pun dijumpai.Betul-betul di hujung pintu sebelah sana.Walhal,sebelum itu,puas sudah mereka mencari di setiap ruang bilik mayat,tapi tak jumpa.

Alahai..

Ada doktor kata “awak jangan takut.Kes macam nie selalu berlaku..”

Saya tanya pada Arep,seronok ke keja di hospital?berdepan dengan ragam manusia yang pelbagai.

Kata dia,seronok itu memang.’Tapi penat sikit,kak..Arep banyak jumpa doktor pelatih a.k.a HO yang kata menyesal jadi doktor waktu diorang HO..ada yang kata nak berhenti lepas nie..’

Allah…sayangnya! Mungkin ada yang terbaik buat mereka selepas ini.Semoga Allah memberi petunjuk buat mereka dan dipermudahkan segala urusan.Ameen.

‘Ramai doktor lelaki atau doktor perempuan,Arep?’,saya bertanya.

‘Off course lah ramai perempuan,kak..’

‘Sebab orang perempuan kan rajin belajar..haha..’gelak saya.

‘Tapi yang stressnya ramai perempuan..’jawab dia.

Glupp..

Emosi kena diuruskan dengan baik.Tekanan,stress,masalah tak pernah lari dari kehidupan kita.Kalau diuruskan dengan minat,’passion’,InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik.

Buat semua doktor seantero dunia,teruskan berjuang dalam bidang perubatan dengan semangat dan kesungguhan.InsyaAllah,moga kerjaya kalian menjadikan ia sebagai medan jihad dan pahala hingga ke syurga.

Teringat doktor Muhaya pernah berkata,kerjaya inilah yang paling dekat dengan ciptaan Allah.Mereka belajar ciptaan Allah yang paling tinggi.

‘Doktor,kalau dia belajar ciptaan Allah,kalau dia masih buta hatinya,memang dia orang paling buta.’

Astaghfirullahalazim.

#Teringat kecil-kecil dahulu nak jadi doktor.Sekali tengok orang kemalangan,pitam terus >_<#