Tuesday, September 27, 2011

Back for Good.







Dr Christopher Wylde terbang pulang ke England semalam.

Setelah hampir setahun di Sintok,mengajar kami subjek International Political Economy,dia meyambung kerjayanya di University of York.

Saya teringat semester lalu,saya seringkali curi-curi masuk ke kelasnya.Semata-mata untuk menuntut ilmu IPE lebih awal.

Dr Chris is a british man.

Saya membuat keputusan sebegitu untuk memahami loghat british yang digunakannya,melalui subjek yang diajar.Memang sukar pada awalnya.Sungguh,saya kurang mengerti apa yang dituturkan oleh Dr Chris.Laju,pekat dan berslang British.Arghh..!

Banyak kali curi masuk,alhamdulilah,baru boleh faham sedikit apa yang diucapkannya.Benarlah kata kawan saya,

Belajar IPE ibarat melihat movie Harry Potter tanpa subtitle.

Hehe..

Agak ralit juga kerana tidak sempat untuk meminta pandangannya berkaitan keadaan di Britain,terutama kes rusuhan yang berlaku beberapa bulan yang lalu.Prof Abdad banyak kali mengingatkan kami,supaya menemuinya untuk bertanyakan tentang keadaan politik dan ekonomi di UK.

Tiada rezeki.

Semalam,sewaktu berjumpa Kak Nor,dia sempat bercerita tentang Dr Chris.Maklumlah,Kak Nor kan merangkap adik tak rasminya.hehe.

Dr Chris berkongsi rasa tentang sikap pelajar disini yang agak payah bertanya di dalam kuliah dan berjumpanya diluar waktu kelas.Tambah Dr Chris lagi,jika di UK,ramai pelajar yang suka bertanya.Suasana kelas menjadi aktif.Tamat sahaja sesi pembelajaran,kalau ada 10 orang yang ingin bertanya,maka 10-10 lah yang akan menyerbu bilik pensyarah.Dimana yang tidak difahami,itulah yang akan ditanya.

Saya rasa,itulah masalah terbesar pelajar disini.Malu untuk bertanya,takut untuk berjumpa dengan pensyarah.Segan,takut,malu.Hmm..

Saya teringat salah seorang pensyarah berbangsa asing pernah berkata kepada kami.

“Kamu semua bukan tidak pandai.Saya tahu kamu pandai.Melalui jawapan yang kamu berikan ketika menjawab peperiksaan,saya tahu kamu boleh.Tetapi,di dalam kelas,kamu sangat pendiam.Sebarang pertanyaan tidak diajukan.Jadi,saya menyimpulkan kamu memahami apa yang saya ajar didalam kelas.Saya harap,berilah pendapat kamu ketika kelas berlangsung..”

Adakah ini keadaan pelajar Malaysia?

Mulai dari saat itu,saya memasang azam untuk menjadi pelajar aktif didalam kelas.InsyaAllah.

Saya tidak mahu pelajar Malaysia di cop sebagai pasif didalam kelas.

Jom,jangan jadikan stigma itu melingkari pemikiran dan etika kita!

Selain daripada Dr Chris,Dr Adam Tyson juga selamat pulang ke UK.Dia mendapat tawaran mengajar di University of Leeds.

Untuk kedua-dua pensyarah Intaff kami,selamat pulang dan selamat berbakti di tanah Eire.

p/s:minta maaf banyak2 kepada si penangkap gambar..T_T


Sunday, September 25, 2011

Bila bala tentera Cik Mon datang!







Dua tiga minggu ini,kolej kediaman saya hangat dengan satu isu.Cik Mon dan kaum kerabatnya menyerang bertubi-tubi ke kolej penginapan kami.Sungguh,ia benar-benar mencemaskan dan suasana menjadi tidak aman lagi.

Hurm,saya rindukan suasana yang dulu.Pada zaman dahulu (ececeh..)ketika hendak menunaikan solat subuh,seorang gadis yang ayu mesti akan membuka tingkap seluas-luasnya (baca:nak buka tingkap sungguh ketat),supaya udara pagi terus masuk ke dalam biliknya yang cantik.Kemudian bila malam,selepas maghrib,tingkap akan dibuka sekali lagi untuk menghirup angin malam.Oh damainya!

Sekarang saya tak boleh buat macam tue lagi.Semuanya angkara monyet!pernah sekali,baru-baru ini juga,sedang saya ralit menaip di laptop,saya terdengar suara mendayu-dayu dari tingkat atas.Walaupun ketika itu sedang memakai earphone yang besau,tapi masih boleh dengar lagi suara itu.Saya perlahankan lagu yang didengari.Saya amati betul-betul dari mana punca suara tersebut.Maklumlah,malam kan..hehe.

Sekejap lagi,zuuupppp..ok,saya nampak kakinya sedang bergayut di tingkap bilik saya.Mujur tingkap bilik ditutup kemas.Roomate yang sedang tidur,terus terjaga.Cik mon dan bala tenteranya turun seolah-olah macam dalam movie mission impossible lakonan Tom Cruise itu!aduhai.Saya terkejut yang amat.

Bunyi mereka (patutkah diguna perkataan ini?) sungguh kuat dan bising.Saya menggigil sekejap.Sebab ada pengalaman tak manis dengan hamba Allah nie..hmm.Sadis.

Saya rasa DPP sudah menjadi seperti babak dalam cerita Planet of The Apes pulak..huhu..

Semalam,saya terserempak dengan Jah,jiran saya.Jah menceritakan tentang seorang budak perempuan di blok teett dikejar Cik Mon hingga terjatuh.Cerita Jah lagi,budak perempuan itu seorang diri,manakala monyet yang mengejarnya adalah sebanyak enam ekor.Saya yang mendengar cerita Jah,terkejut sangat.

Sampai begitu sekali haiwan tersebut mengganas?ya Allah.Kesiannya dia!monyet yang mengejarnya besar-besar belaka.Si gadis berlari sambil menangis dan menjerit ketakutan.Jeritannya boleh didengari satu blok.Kasihannya!

Orang tak berani untuk menolong,bimbang akan ditimpa perkara yang sama.Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah melihat sambil berdoa semoga dia selamat.

Hmm..kenapa mereka tidak membaling sebarang objek seperti baldi ke arah binatang tersebut?eee,kalau saya geram sangat,mahu sahaja saya baling pisang (macam menggalakkan pula..hehe) pada monyet tersebut.Geram,geram.Ok,janganlah kita bertukar kepada makhluk hijau beramai-ramai sekarang.

Hari tue,Diana cerita pada saya tentang biliknya yang dimasuki binatang tersebut.Waktu itu dia sedang tidur.Tiba-tiba roomatenya menjerit sambil mengejutkan dia.Pabila dia sedar,dia mendapati ada seekor monyet sudah bertenggek diatas meja belajarnya.Diana pun apa lagi,terus membaling bantal ke arah monyet tersebut.Sudah ting tong kepalanya,terus ia keluar.

Saya yang mendengar cerita Diana,tak dapat tahan gelak.haha.

Waktu yang lain pula,sedang saya,Jah dan Diana duduk berbincang tentang perkara ini,Jah membangkitkan persoalan,samada untuk menembak atau tidak Cik Mon di Bukit Kachi.Yang saya tak dapat lupakan dialognya ialah :

“Kalau Cik Mus tak mahu tembak monyet-monyet kat sini,tak pa.Bak sini senapang tue kat saya.Tahu la saya nak buat apa..”

Adoiyai..saya ketawa besar mendengar cara dia bercakap itu!

Menurut Jah,sewaktu awal semester dulu,pernah ada seorang budak junior datang kepadanya,

“Kak,mana monyet-monyet itu.Kami nak bagi makan buah nie..”

Mereka sudah salah sangka tentang kejinakan bintang tersebut.Mereka ingatkan haiwan itu seperti di taman peliharaan.

Jawab Jah,

“Adik,tak payah nak bagi makanan atau apa-apa.Binatang tue sikit lagi masuk bilik hangpa cari makanan.."

Di page DPP,sana sini budak junior menceritakan hal ini.Mereka berasa bimbang.

Alhamdulilah,setakat ini bilik kesayangan saya masih selamat.Masih didalam pemeliharaan Dia.Mudah-mudahan tiada perkara buruk yang akan berlaku.InsyaAllah,doakan ye.





Sungguh,saya benar-benar risaukan tentang hal ini di Kachi.Kes budak perempuan itu heboh diperkatakan di sana sini sejak semalam.Ada yang kata,selepas peristiwa itu,dia ditempatkan di bilik rehat.Mukanya pucat lesi.Seolah-olah ternampak sesuatu yang menakutkan.

Semoga dia selamat dan kuat semangat.InsyaAllah.

Bayangkanlah,setiap kali mahu ke bilik air,pasti kami akan menjengah dulu,melihat samada ia dan konco-konconya berkumpul di tong sampah sebelah bilik air tue.Kemudian,sebelum ke kelas,kami akan berhati-hati menuruni anak tangga.Sudah macam Cindrelella turun dari kereta kacanya.Bimbang terserempak dengan Cik Mon,yang enak melayan blues di tembok tangga.Kalau membawa makanan,jika dari jauh ternampak dia dang geng gengnya sedang main pondok-pondok,kami akan berfikir dua kali untuk melalui jalan tersebut.

1001 cerita tentang monyet.

Tadi,sewaktu menelefon emak,dia bagi saranan yang marvelleous,

“Kaklong,pergi la buat report kat aduan rakyat tue.Mana tahu dapat masuk tv3..!”






Oh emakku.hehe.Adakah saya akan menuruti saranan itu?tungguuu..jeng..jeng..^_^/

Tuesday, September 20, 2011

Kejora Sinar Zaman







Entah kenapa tiba-tiba hati tergerak untuk membuka lagu kejora sinar zaman.Sayu bila mendengar dan menonton klip videonya lama-lama.T_T

Saya terkenang insan-insan dikasihi yang telah pergi.Ada yang sempat berjumpa,ada yang tidak.

Ada yang kenal lama.Ada yang kenal sekejap cuma.

Ada yang selalu bertegur sapa.Ada yang sempat ditegur melalui laman maya.

Tiba-tiba mendapat berita dia pergi,memang sukar dipercayai.Seolah-olah ilusi mimpi.

Ya.Saya mula sedar,insan-insan ini mula meninggalkan saya.Satu persatu.Saya mula keseorangan.Tetapi saya tahu Allah sentiasa menemani saya.

Mengenangkan perpisahan abadi itu,membuatkan saya selalu terfikir.Dapatkah saya berjumpa dengannya kelak di alam sana?dapatkah kami berkumpul seperti di dunia ini?dapatkah saya berbual,bermesra seperti di sini?

Ya Allah.Sebak mengenangkan hal ini kadang-kadang.

Atok,nenek,adik,makcik antara insan kesayangan yang sudah pergi.Bila atok pergi tahun lalu,saya benar-benar terkesan.

Saya tak sangka.Ia benar-benar di jangkauan pemikiran saya.Benar,Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Saya teringat sebelum pulang ke Sintok setelah cuti semester tahun lalu.Selalunya sebelum ke Larkin untuk menunggu bas,saya akan berehat sebentar dirumahnya dahulu.

Berbual,menonton al kuliyyah,menemaninya makan,berkongsi cerita.Bila kami sampai,atok biasanya berehat di ruang tamu itu.Kitab cinta sentiasa di sisi.Bila melihat berita,berulang kali dia pesan,cari ilmu,cari ilmu.Ilmu yang jaga kita sampai bila-bila.Ilmu yang membezakan kita dengan orang di luar sana.

“Husna balik bila,pukul berapa?belajar betul-betul.Tahajud jangan lupa.Kalau ada masalah apa-apa,mengadu dengan Allah.Jangan mengadu dengan manusia.Masalah tak akan selesai..”

Sedih.Sebak.Terharu.

Bila mendapat tahu dia sakit,kami bergegas ke JB.Arwah sudah terbaring di ruang tamu.Sempat dia bertanya bila saya akan pulang ke kampus semula.Belajar sungguh-sungguh pesannya.Keadaannya waktu itu sama ketika arwah pulang dari menunaikan ibadat haji dulu..

Sejak dia pergi,banyak kali air mata ini tumpah.

Dialah yang menyambut kepulangan saya pagi Jumaat.Menyuruh saya berehat,tidur melepas lelah.

Katanya,

“Husna,kamu nie macam emak kamu balik bercuti masa belajar kat Terengganu dulu..”

Sempat arwah titipkan pesanan kepada emak di penghujung usianya,

“Beritahu pada Safwan lepas nie teruskan belajar.Dah takda apa-apa nak dirisaukan..semuanya dah selesai..”

Dia seolah-olah tahu…

Ketika Safwan dan Ibrahim mengangkatnya ke bilik air,sempat dia berseloroh,”besarnya tangga rumah atok nie..hehe..”

Safwan dan Ibrahim ketika itu diam tak terkata apa-apa.

Sudah setahun dia pergi.Tanggal 8 September yang lalu.Semasa ke pusaranya Ramadhan dan Aidilfitri baru-baru ini,perasaan saya bercampur baur.

Adik yang pergi ketika usia muda.Dia sebahagian daripada kami.Berkongsi ibu,ayah dan ikatan yang sama.Selalu saya berdoa semoga Allah mengumpulkan kami sekeluarga selengkapnya di akhirat nanti.Dia sudah menanti kami.Menanti kaklongnya,emak,ayah,abang-abang dan kakaknya.

Saya rindu.Sungguh saya merindui insan-insan ini.Jika perpisahan dunia yang berlaku,saya bisa menggunakan teknologi sedia ada untuk merapatkan jurang itu.Tetapi bila perpisahan abadi,hanya pada Allah saya sandarkan doa dan diri.

Alfatihah buat :

Allahyarham atok,adik dan Ustaz Asri Ibrahim.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat.


insan-insan kesayangan saya ini pergi didalam bulan September.Manakala Ustaz Asri ketika bulan Ogos.

Monday, September 19, 2011

Kesedaran itu




idaman atau sandaran?

Cuba fikirkan ini :

Setiap tahun di Malaysia,kira-kira 100,000 memohon untuk belajar di IPTA.Tamat saja keputusan peperiksaan SPM dan STPM diumumkan,maka berduyun-duyun pelajar memohon memilih jurusan dan universiti yang dihajati.

Lepasan SPM,STPM,A Level,Matrikulasi,Asasi dan Diploma.Semuanya berhajat besar untuk belajar di menara gading dan mengenggam segulung ijazah pertama.Degree,semua orang berebut-rebut untuk mendapatkannya. 

Bila melangkah ke alam kerjaya kelak,terus diserap ke gred 41,pegawai gred A.InsyaAllah.

Apabila keputusan dalam talian (UPU) diumumkan,yang terpilih hanya 30,000 atau 50,000 sahaja.Alhamdulilah,syukur pada Allah,kita terpilih antara 30,000 orang itu.

Cuba renungkan ini pula :

Kenapa bila berada di universiti kita tidak serius untuk belajar?kadang-kala tidak datang ke kelas,tugasan atau assignment yang diberikan oleh pensyarah dibuat sambil lewa.Datang lambat,pabila pensyarah mengajar di depan,dia juga turut sama mengajar di belakang.Aduhai..!

Tamat sahaja sesi pembelajaran,buku tidak tahu diletakkan dimana.Hurm,ada juga yang kata,di universiti jugalah tempat mencari pasangan.Kalau tak,nanti pakwe @ makwe susah dicari.Bukankah Allah telah menentukan yang terbaik buat kita?kenapa perlu khuatir?jodoh,ajal,rezeki semuanya didalam genggaman Dia.

Selalu kan dengar kenyataan ini :

“ Ahmad(bukan nama sebenar) belajar elok-elok ye,sembahyang jangan tinggal.Nak buat apa-apa,ingat mak dengan ayah kat kampung..”

Atau ini :

Apakah??
“ Ahmad(bukan nama sebenar lagi),jangan lupa cari makwe ye,macam mak ea..comel macam aishawarya rai pun takpe..”

Kalaulah ada seorang ibu atau ayah berpesan sebegitu,eden pengsan rasanya!lol..

Kalau keseorangan,sedang duduk-duduk dibawah pokok,atau sedang menghadap tingkap bilik ketika ini,mari renung-renungkan kenyataan dibawah.

Allah beri kita peluang untuk belajar di universiti.Sebelum memohon,kita sembahyang hajat,berdoa siang malam supaya kita berjaya ditempatkan di IPTA yang diidamkan.Dan bila keputusan UPU dikeluarkan,Alhamdulilah,kita berjaya.Tidak mustahil kita melompat kegembiraan.

“ Yes,aku dapat!rasa macam mimpi..!”

Dikhabarkan berita itu kepada ibu bapa,adik beradik dan yang terdekat.Barangkali emak dan ayah menangis kegembiraan.

“ Anak aku masuk u.Terima kasih ya Allah..bisik hati mereka.

Maka,persiapan pun mula dibuat.

Dalam kekalutan menyiapkan segala dokumen,perkakas,baju semua,pernah tak kita terfikir,adakah kita bersyukur pada Allah atas kurniaan ini?

Kemudian,apabila masuk universiti,kita cuba ingati,apakah nasib kawan-kawan yang tidak terpilih ke IPT?

Apa yang mereka lakukan sekarang?sudah tentu bekerja bukan?

Bila rasa liat nak buat tugasan yang diberikan,sedarkah kita bahawa  bila melangkah ke alam kerjaya kelak,lagi mencabar tugasannya?

Bila tidak hadir ke kelas tanpa sebab,tahukah kita bahawa malaikat kiri dan kanan mencatit dan memerhati tindakan kita itu?bukan sahaja malaikat,Allah juga melihat kita.

Bila berjalan bersama pasangan ke sini dan ke sana di kampus,tidakkah kita kasihan dan malu pada ayah dan ibu di kampung?

Kita menyayangi orang lain bersungguh-sungguh sebelum menyayangi ibu dan ayah sepenuh hati.Merekalah yang menanggung kita di IPT,bukan pasangan kita.Bila peperiksaan menjelma,ibu dan ayah yang berdoa untuk kita.InsyaAllah makbul doa mereka.



pilihan atau terpilih?

Allah memberi peluang kepada kita untuk melanjutkan pelajaran lagi.Kita antara insan terpilih antara yang dipilih.Sweet bukan?Dia beri peluang pada kita untuk belajar bersungguh-sungguh supaya kita dapat merealisasikan cita-cita.

Bila sudah berjaya kelak,berjawatan,mempunyai kedudukan,kita mampu untuk menanggung keluarga di kampung.Supaya kehidupan keluarga bertambah selesa.

Dia memberi semua ini sebab Dia menyayangi kita.Doa kita sepanjang menunggu keputusan UPU tidak terlepas pandang.Dimakbulkan doa dan impian kita itu.

Bila melangkah ke menara gading,kita menyalahgunakan peluang itu.Sadisnya.

Justeru itu,

Nikmat yang mana lagi hendak kamu dustakan?

AllahuRabbi..

T_T

p/s: saya menasihatkan diri saya dahulu didalam entri ini....ya Allah,kuatkan semangatku untuk berjuang..redhailah apa yang daku lakukan sepanjang menuntut ilmu ini.Ampunkan kekhilafanku sepanjang masa lalu.
Terima kasih pada akak roomate,kak Jue yang banyak menyedarkan diriku.Bahagiakan dia dunia akhirat,ya Allah.
Buat adik-adik yang baru melangkah ke IPTA minggu lalu,selamat berjuang!InsyaAllah.

Sunday, September 18, 2011

Keyakinan = Confidence


confidence?


 Selalu tak dengar ayat dibawah nie? 


Saya risau la nak jawab exam..buku pun tak khatam lagi,air penerang hati tak minum lagi..adoiyai..lecturer pulak killer
-sejak bila pulak depa cap lecturer killer?..hehe-..
rasa tak confident jawab..habis la..result mesti x best punya..takut r..nanti pointer jatuh..mak ayah mesti marah..malu kat orang kampung..”


Oh.Ini ayat rekaan ye.Sila jangan terpedaya.hehe.Tapi kalau nak exam (bahasa antarabangsa),ayat-ayat ini selalu ditutur.Hmm..saya pun kadang-kadang cakap benda yang serupa.

Sebab Prof Dr Muhaya pernah cakap,jangan cari kesalahan orang lain,betulkan diri sendiri dulu.huhu.Sangat menusuk kalbu.


Macamana ye saya nak mulakan entri nie?sebab saya bukan orang yang kuat keyakinannya.sorb.sorb.Ayah pernah berpesan pada saya,kita mesti yakin dengan apa yang kita buat.Tapi,dia sambung lagi,jangan terlebih yakin pula.Kalau over confident,benda tue akan memakan diri kita.Bahaya.


Sekarang,saya cuba nak tingkatkan keyakinan saya.Ya Allah,saya bermohon padaNya supaya mempermudahkan urusan dunia akhirat.Banyak benda yang saya gagal lakukan hanya sebab tiada keyakinan diri.Eden malu dengan semua orang.-_-


Eden lagi malu dengan Allah.ish.ish.ish.


Hmm.Contohnya macam nak bawa motorsikal kan.Sampai sekarang,masih tak lepas lagi.Alahai.Bukan tak pernah bawa.Dulu,pernah la juga.Bila dah lama tak bawa,jadi kekok pula.hmm.Maka, keyakinan tue akan menurun dari 100% sampai 50% kot.gluupp.

Saya cuba untuk  belajar memandu dalam waktu terdekat nie.InsyaAllah.Tapi bila difikir-fikirkan macamana la kalau bawa kereta tepi lori tangki atau trailer nanti.Depa besaq-besaq na.


See,where is my confident?

nak beli keyakinan diri?apakah?

Cuti yang lepas,saya berkesempatan ke bandar dengan kawan, Adha dan Jamilah.Bila tengok Adha memandu dari Gembut ke Kota Tinggi,ia seolah-olah membuka mata saya.Adha memandu dengan yakinnya walaupun pada awalnya kami bertiga agak cuak.Kereta yang dipandu Adha bergesel dengan lori.Ok,saya yang berada ditempat duduk belakang agak pucat lesi rasanya.Alhamdulilah,kami tiada apa-apa.Adha pun mula down juga.

Apa yang membuatkan saya kagum ialah,dia tetap drive lagi sehingga kami pulang ke Gembut semula.Sangat tabah.Salute for her.Minggu lepas,dia mesej saya,menyatakan dia selamat sampai di UPM.Memandu dari Johor ke Serdang.Pertama kali ye.


Saya sedar,keyakinan itu sangat penting.Sebab dari keyakinan,kita boleh melakukan sesuatu perkara.Seterusnya tak mustahil kita beroleh kecemerlangan atau kemenangan.Sebagai orang Islam,lagi la kena kuat keyakinnya.Keyakinan pada Allah,yang telah menciptakan kita tidak sia-sia.InsyaAllah,saya akan meningkatkan lagi keyakinan saya.

Saya teringat arwah atok selalu pesan,setiap apa yang kita lakukan,kita tak perlu takut,risau bimbang dan yang sewaktu dengannya.Allah kan ada.Dia takkan biarkan kita keseorangan.Dia sentiasa menemani kita.Ya,saya akui benda itu.

Rindu arwah atok.


Dengan keyakinan,saya percaya,saya boleh menunggang motorsikal,memandu kereta,menunggang kuda ( eden nak cuba aktiviti nie untuk sem ini..hehe) dan mengejar cita-cita saya.InsyaAllah.


Doakan yang terbaik buat saya ya!

Tapi kalau aktiviti kat bawah nie,kena fikir banyak kali nak buat nih.Walaupun nampak macam seronok.hehe.


dengan lafaz bismillah,eden terjun..yeahh..





Saturday, September 17, 2011

Doakan Fatimah Azzahra.


suka posing..hehe.


Petang semalam,saya menelefon emak dirumah.Bertanya khabar,cerita macam-macam.Gosip??err..saya tak suka gossip.Hehe.Soalan wajib petang jumaat,

“ Tajuk apa al-kuliyyah hari nie,mak?”

“Tentang aidilfitri.Penceramahnya setiausaha persatuan pengguna Islam.”

“Oh..Dr Ma’mor.”

Peminat Al kuliyyah.InsyaAllah.Semoga minat ini berpanjangan.Nak dijadikan cerita,emak bertanya pada saya,”kaklong letak gambar Fatimah kat facebook ea?gambar dia dengan bendera tue?”

Oh,saya menidakkan.Bukan di facebook jawab saya.Di blog.Entri dibawah tue.Huhu.Emak cerita,semalam hari cuti umum.Sempena hari Malaysiaku yang tercinta.Fatimah telah melakukan satu eksperimen.Uish,eksperimen apakah itu?

Dia telah mengisar atau didalam bahasa antarabangsanya,”blender” buah pisang untuk dijadikan jus.Glupp.Apakah??

Saya yang mendengar cerita emak itu,agak terkejut juga la.Aik,dari mana budak kecik tue belajar ek?

Siap berpesan pada emak,belikan dia carrot,lepas nie nak buat jus carrot pula.Oh,saya rasa Fatimah telah menjadi perunding pemakanan kesihatan kami sekeluarga.Haha.

Emak menyambung cerita lagi,selepas dia mengisar buah pisang tue,dia telah mempelawa Aishah untuk minum.Malangnya kata emak,Aishah tak sanggup.Hehe.Kalau eden disitu pun eden tak songgup.Hehehe.

comel kan?hehe..


Mendengar cerita emak,saya teringat ketika saya bercuti dirumah 3 bulan yang lalu.Fatimah mengajar saya makan daun misai kucing.Saya tak terjamah daun itu.Tetapi Fatimah memakannya begitu sahaja.Dia belajar dengan arwah atok kami.Adik kecil saya itu seorang yang klasik kadang-kadang.Nak tahu,dia mengajar saya pelbagai manfaat dari pokok.Patutlah dia duduk di luar rumah berjam-jam kadang kala.

Ada sekali tue dia petik daun lidah buaya atau lidah jin,kemudian dia sapukan lendir daun tersebut di rambutnya.Katanya untuk melebatkan rambut.Ok,saya lihat rambutnya memang cepat panjang dan lebat sekarang.Waahh,really traditional my adik!

Fatimah,dia cepat tangkap apa yang dia dengar,baca,lihat.

Akhir coretan,doakan si kecil Fatimah berjaya dunia akhirat.InsyaAllah.Antara bait-bait kata-katanya yang diingati :

“Kaklong,orang nak jadi doktor.Nak pergi Oxford.Lepas tue nak tolong orang-orang Palestin..”

InsyaAllah adik,kaklong akan senantiasa mendoakanmu.Semoga cita-citamu tercapai.


Ayub dan Fatimah.Teman eksperimen bersama.

Friday, September 16, 2011

16 September 2011



Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke 48.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 54.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin.
Selamat menunaikan puasa enam.
Salam Jumaat yang penuh barakah.

Quote dari saya.

" Kemerdekaan tidak akan membawa sebarang erti sekiranya rakyat didalam sesebuah negera itu masih  bertelagah,pendapat bercanggah dan ego diri bercambah dalam diri masing-masing.Kemerdekaan yang sebenar adalah bebas dari sebarang pertikaian,bukan sahaja laungan merdeka yang perlu dilaungkan,tetapi pemikiran merdeka yang paling utama.."

p/s:Jangan lupa baca surah Al Kahfi.Semoga hari Malaysia lebih bererti.InsyaAllah.^_^