Tuesday, April 26, 2011

Love Story


Assalamualaikum..


Sejak kebelakangan ini,saya rasa bersemangat pula nak kemaskini blog green..hehe.Mungkin sebab ada sedikit masa terluang yang ada.Tambahan pula,musim imtihan,yakni peperiksaan sudah dekat.Tinggal lagi beberapa minggu sahaja.Rabbi yassir,wala tuassir.Permudahkanlah daku menjawab soalan imtihan kelak,ya Allah..ameen.Sahabat-sahabat tolong doakan juga ye.InsyaAllah.

Saya nak kongsikan satu mesej yang dikirim oleh sahabat saya.
Mesejnya bercerita begini…

“..Al kisah sebuah percintaan antara IMAN dan HATI.Kadang-kadang hati kering tanpa sinar hidayah daripadaNya.Oh iman,janganlah tinggalkan hati.Hati sayang iman.Andai iman pergi meninggalkan hati,pasti hati terluka.Imanlah penawar hati.Keranamu iman,hati mengenal Sang Pencipta yang Maha Pengasih,yang telah mengurniakan iman pada hati.Iman,hati perlukanmu,iman.Ya Allah,kau peliharalah imanku ini ya Allah.Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati..”

Apa khabar iman dan hati kita hari ini?Rasulullah pernah bersabda,sesungguhnya didalam badan manusia itu ada seketul darah.Kalau ia baik,maka baiklah kesemua anggota.Kalau tidak,maka tidak baiklah juga seluruh anggota.

Apakah seketul darah itu?ya,hati.Hati kita.
Pesanan buat diri dan juga sahabat-sahabat,didiklah hati kita ke jalan yang diredhai oleh Allah.Hati ini bukan milik kita sebenarnya.Hati ini milik Dia.Dia yang berhak pada hati kita.Justeru itu,nikmat yang mana hendak kamu dustakan?Astaghfirullahalazim.

Kadang kala ia berdolak-dalik kan.Itu memang saya tak nafikan sebab kadang-kadang diri ini melalui pengalaman yang sama.Sama-sama kita berdoa semoga Allah tetapkan hati kita ke jalan yang diredhai olehNya dan dijauhkan segala sifat mazmumah.Bila hati bersih,InsyaAllah doa mudah termakbul..ameen.




Sunday, April 24, 2011

Bila RahmatNya turun.







Saya suka hari hujan.Bila nampak sahaja kelibat awan mendung,mood akan berubah kepada gembira.Hujan itu motivasiku...hehe..

Bila air hujan mula menitis ke bumi,kita akan berasa damai,aman dan sejuk,kan?.Waktu itulah,bumi yang kita duduk sekarang sedang dibersihkan oleh sang hujan.

SubhanaAllah.

Dia Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Cuba tengok pula,selepas hujan,apa yang terjadi pada bumi?nyaman..Mood manusia juga akan berubah selepas hujan.Dan selepas itu,pelangi akan muncul mengambil tempat.


Cantiknya pelangi,sehingga tak terungkap dengan kata-kata.Cubalah renung keadaan alam selepas hujan di tepi pantai dan sawah padi..sungguh,sangat menakjubkan.Rasa takjub dengan kebesaran Dia.Pemilik langit dan bumi.

Pesanan buat diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian yang kadang-kadang tak keruan hidupnya,sesungguhnya Allah menciptakan tiap-tiap sesuatu bukan dengan sia-sia.Setiap ciptaan itu ada manfaat untuk diamati oleh manusia dan difikirkan oleh mereka.

Kadang kala kita sering berhadapan dengan keadaan dimana,tiada semangat dan motivasi untuk melakukan sesuatu.Tetapi,apabila teringatkan petikan Surah Ar-Rahman,rasa macam sayu di hati.

 Nikmat yang mana lagi hendak kamu dustakan?

Speechless.Tak terkeluar kata-kata..

Turunnya hujan,bererti turunnya rahmat dari Allah.Rahmat yang tiada bertepi,tiada batasan.Sungguh luas kasih sayangMu Ya Allah.

“ Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk ( menimbulkan ) ketakutan dan harapan,dan Dia menurunkan hujan dari langit,lalu menghidupkan bumi dengannya sesudah matinya.Sesungguhnya pada semua itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang menggunakan akalnya ”
Surah Ar Rum,ayat 24

Pensyarah saya pernah berkata,hujan itu satu rahmat,kan?
Jadi,sesiapa yang lari sewaktu hari hujan,adakah dia lari dari rahmat?
Kami para pelajarnya,senyum sahaja..=)
Renung-renungkan dan selamat beramal..
Wallahu'alam..
       

Saturday, April 23, 2011

Dia datang lagi!

Assalamualaikum..



Mesti kenal dengan poster ini kan?hehe..


Kepada ulat-ulat buku kat Malaysia,mesti berdebar-debar tunggu tarikh 22 April hingga 1 Mei 2011..

Ya,Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( PBAKL ) sudah tiba!!
(mood gembira)

Kali ini,tempatnya macam biasa seperti tahun-tahun sudah,di PWTC.Waktu pameran pula bermula pada pukul 10 pagi hingga 9 malam,kalau saya tak silap.Cantik kan poster dia?.Apa yang menariknya,tahun ini merupakan tahun ke 30 penganjuran pesta buku ini.

Saya pasti,peminat-peminat buku di tanahair sudah mula menyimpan duit sejak beberapa bulan yang lalu.Bukan sahaja menyimpan duit,malah menyenaraikan juga buku-buku yang hendak dibeli.Dan tak mustahil kalau senarai panjang buku itu mengalahkan senarai barang nak beli di pasaraya..hehe.Agak-agaknya,siapalah yang selalu buat senarai macam itu ye?oppss,bukan saya..=)

Di pesta buku ini,anda bukan sahaja mendapat buku dalam potongan harga yang cukup murah ( dalam harga yang sangat rendah pun ada) ,malah,dapat berjumpa dengan penulis-penulis buku yang anda minati.Seronok kan?selalu baca buku mereka,inilah peluang nak jumpa penulis kegemaran anda.InsyaAllah.

Saya merasakan,pembelian di pesta buku ini adalah pembelian yang bermanfaat dan berbaloi-baloi.Sungguh,buku itu seolah-olah mempunyai satu kuasa magis yang boleh menngubah sikap manusia sebenarnya.Sebab itu ada pepatah yang menyebut,mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.Betul tak?

Saya nak cari buku Ibnu Battutah yang terkenal,Al Rihlah tajuknya.Tapi,saya tak pasti,samada buku itu ada disana atau tak.Satu lagi buku yang saya nak cari adalah,buku Harun Yahya.buku itu menerangkan tentang konsep menolak Darwinisme.Kalau ada,InsyaAllah saya akan beli.

Bercerita tentang buku,saya sudah baca buku Dr Mahathir yang baru.Sambil baca,sambil senyum.Sebab macam tak percaya pegang “buku idaman ramai”..hehe.Sepupu saya cerita,dia tak tanggalkan lagi plastik yang membaluti buku Dr M tue..hehe.Sayang katanya.Sabo je la..
 

Nak dijadikan cerita,saya dapat tugasan berkaitan pemerintahan Dr Mahathir,jadi saya gunakan buku itu sebagai rujukan..hehe.Gunakan satu buku,boleh dapat semua info..hehe.ish,bagus kan?tak juga,saya kena cari journal dan thesis yang berkaitan dengan beliau.Oh,saya sudah berjumpa dengan Dr Mahathir,tahun lepas..hehe.Macam mimpi.Saya kagum dengannya.Dia nampak sihat walaupun sudah melangkui umur 80-an? Tun ada rahsia ka?sharing,sharing..^_^

Jauh bercerita sampai Dr Mahathir pula..hehe.Jom,pakat mai ramai-ramai ke pesta buku tue ye.Membaca memperkasakan minda.jangan lupa jaga keselamatan anda,kaum kerabat disana.Semoga Allah melindungi.InsyaAllah.

Thursday, April 21, 2011

Tersebutlah kisah

Cerita bermula pada satu petang yang nyaman.Angin sepoi – sepoi bahasa.Tak panas , dan tak sejuk.Selepas hujan.Maka,kelihatanlah  dada langit yang cerah dan bersih,selepas turunnya rahmat dari Dia.Syukur alhamdulilah..

Ada dua orang sahabat.Dirahsiakan nama dan identiti.Baru pulang dari mesyuarat.Sedang menjinjit makanan.Bukan sahaja makanan,tetapi juga ABC aiskrim.Sedapnya.Alhamdulilah..^_^

Sambil berjalan,kedua – dua sahabat itu riang bercerita tentang impian masa depan.hehe..

Sehinggalah,
Mereka memasuki sebuah blok untuk ke blok masing – masing…
Disinilah bermulanya,adegan yang tak diduga..
Apakah adegan itu?
Sama – sama kita baca sampai habis ye..
Suspen pula..hehehehe..senyum – senyum kucing.

Sahabat A : Eh awak,ada cik mon* la..
Sahabat B : Ha’ahlah..macamana nie..
Sahabat A : Takpe..takpe..x banyak tue..ada 2 ekor je..kecik – kecik je..

Kebetulan didepan kedua – dua sahabat itu ada penjual nasi lemak dan kuih.Kedua –dua akak itu statik di tempat masing – masing.Terkejut  dengan kehadiran cik mon barangkali..kehadiran yang tak diduga.Kehadiran yang boleh menyebabkan jantung berdegup selaju – lajunya.Ibarat orang berlari pecut macam Usain Bolt..hehe.Masing – masing diam + takut.Maklumlah,cik mon..gentar..gentar..

Sahabat A : meh la,kita lalu je.InsyaAllah,dia x kacau kita..
Sungguh positif sahabat A..Alhamdulilah,dia memang positif dan baik.
Sahabat B : InsyaAllah,jom.Semoga Allah melindungi kita..
Keyakinan sahabat A disokong oleh sahabat B.

Pada sahabat A dan B,hanya pada Allah mereka bergantung.Allah Maha Besar.Kalau Dia mengkehendaki,maka ,jadilah benda itu.Maha Suci Allah.Dia Maha Besar.

Lalu,apa yang terjadi seterusny?jeng..jeng..Kalau didalam novel,inilah bahagian klimaksnya..hehe..

Dengan lafaz basmalah terkumat – kamit di mulut dihati,ditambah dengan doa dan selawat,mereka melangkah dengan penuh hati – hati..

Namun begitu,malang tidak berbau ( siapa cakap malang berbau??? )sebaik sahaja mereka melangkah,cik mon dan bala tenteranya terus MENYERANG!!

“Ya Allah”..kata kedua – dua sahabat itu..menggigillah kedua – duanya..
Maka,tercampaklah rezeki – rezeki makanan yang mereka bawa tadi,dek kerana bimbang akan terkena gigitan oleh cik mon.Dan untuk pengetahuan semua,cik mon akan bertindak agresif kalau nampak makanan. Waktu puncaknya adalah selepas hujan.Normal la tue,kan?=)

Bukan sahaja tercampak rezeki,kedua –dua sahabat itu juga menjerit kerana ketakutan + keterkejutan..hehe..terkejut bila ternampak gigi cik mon yang tajam macam gergaji..hehe..sabo je la.Cik mon tak gosok gigi ke?hehe..

Cik mon dan bala tenteranya,datang segerombolan besar…bala..bala..dan terus menyentap makanan kedua – dua sahabat itu tadi.Maka,berlari – larilah kedua – duanya,ke blok berhampiran.Berlari – lari anak,khabarnya.Tak dapat digambarkan.

Sungguhpun begitu,cik mon dan geng – gengnya,seolah – olah tidak berpuas hati.Ibarat perlawanan belum berakhir bagi mereka.Macam game pula.
Maka,ketua turus angkatan tentera mereka telah mengarahkan bahagian prebet untuk mencari kedua – dua sahabat itu.Bagi memastikan kedua – dua makhluk Allah tadi tidak mengacau atau menuntut makanan yang telah dirampas.
Namun,hanya ada beberapa prebet sahaja yang taat perintah chief mereka itu.Kerana yang lain,termasuk ketua mereka,tengah khusyuk menikmati “rezeki serangan” tadi..

Apabila sudah berlindung di blok berhampiran,maka,ketawalah kedua – dua sahabat itu,dek kerana geli hati.Sungguh,mereka tidak menjangka akan berlaku perkara sedemikian.Kedua – dua sahabat itu saling berpandangan,dan kemudian ketawa..hehe..

Tiba – tiba,sahabat A teringatkan dompetnya yang tertinggal di markas cik mon tadi.Atas pertolongan sahabat lain,akhirnya,dia dapat kembali dompetnya itu.
Kedua – dua sahabat itu akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan jalan yang lain.Dan mereka juga telah pergi ke kafe,untuk menempah menu yang lain.Sudah tiada rezeki…
Mereka ketawa geli hati..hehe..pengalaman tue.

Menurut seorang saksi  yang berada tidak jauh dari tempat kejadian,sewaktu kedua – dua sahabat itu diserang oleh cik mon dan bala tenteranya,keadaan sungguh kalut  waktu itu.Tambahnya lagi,dia juga sangat khuatir.Dia tidak dapat membantu kerana tidak berupaya melawan segerombolan tentera yang besar.
Namun ,apabila melihat mereka berdua lari menyelamatkan diri,dia juga tidak dapat menahan gelak..hehe..bukan sahaja dia,tetapi orang sekeliling…hehe..

Sesungguhnya,peristiwa itu member banyak pengajaran kepada kedua – dua sahabat itu.Mungkin tiada rezeki disitu.Atau sebagai kifarah di atas dosa – dosa yang lalu.Mereka juga telah meniatkan makanan yang tak sempat dimakan itu,sebagai sedekah kepada bala tentera cik mon.Mungkin mereka semua lapar.Maklumlah,lepas hujan..

Alhamdulilah,kedua – duanya bersyukur kerana tidak diapa – apakan oleh cik mon.Itu sudah cukup baik bagi mereka.Allah melindungi mereka dari serangan.Alhamdulilah.syukur – syukur.

·         Cik mon dalam cerita diatas merujuk kepada nama manja cik Monkey..^_^

..:: Monyet oh Monyet,nak tembak,tak sampai hati.Bila tak tembak,menjadi – jadi.Nak ‘bako’,nanti jadi kes lain pula nanti.Suka kamu ye menyakat penduduk Kachi ::..

nampak je makhluk ini,mulalah keluar suara2 manja penghuni kachi.alahaii...




Thursday, April 14, 2011

Kerinduan ini


Sungguh,saya tak pernah lupakan dia.Saya rindu dia.Dia banyak beri semangat , nasihat pada saya.Dia kata “Husna,belajar sungguh – sungguh.Orang berilmu nie,beza dengan orang tak berilmu..cari ilmu di mana  mana.Jangan putus asa,Husna”.Sampai sekarang saya ingat kata – kata dia.

Sejak dia pergi,saya rasa macam mimpi sampai sekarang.Kadang – kadang bila saya fikirkan sesuatu,hati saya macam berdetik ‘oh,nanti nak tanya dialah.Mesti dia tahu’.Selepas itu,baru saya sedar dan macam kena suntik,baru saya tahu dia sudah tiada disisi saya.Selama – lamanya.

Saya pernah cakap kat bonda,saya masih dalam bayang – bayang dia.Allahuakbar.Saya tahu,bila saya cakap macam tue di telefon,mesti air mata gugur.Saya tak kuat nak tahan air mata tue.Dan bonda disebelah sana,mesti diam.Saya tahu dia pun rasakan benda sama.

Saya redha dengan takdir Allah.Saya percaya pada qada dan qadarNya.. kadang – kadang ,kerinduan ini menggunung.Saya teringat waktu – waktu akhirnya,berulang kali dia katakan pada kami,dia nak ‘pulang ke rumahnya’.Kami redha dengan dengan kepulangan dia ke  ‘rumahnya’ itu.Dan hari–hari yang mendatang,kami teruskan dengan semangat dan nasihat dia.Saya kena kuat.

Atok,walaupun atok sudah tiada disisi Husna,kasih – sayang ,dorongan dan nasihat atok tetap mekar di hati Husna.InsyaAllah,kita jumpa disana,tok.Kami adik beradik sudah tiada atok lagi di kedua-dua pihak.Adik saya selalu menuturkan betapa dia rindu pada atok...

Pada sesiapa yang ada atok dan nenek,tumpahkanlah kasih sayang anda sepenuhnya buat mereka.Layanlah mereka dengan lemah lembut.Sesungguhnya,mereka tahu samada kamu layan dia ikhlas @ tak.Mereka kaya dengan pengalaman.Duduklah dengan mereka,layanlah mereka berbual.Bagi mereka,itu sudah cukup menggembirakan.Saya teringat,saya selalu tanya dengan arwah tentang sejarah.Arwah cukup mahir dengan sejarah negeri saya.Atok juga ajar saya banyakkan membaca kalau nak jadi orang yang berpengetahuan.

Pesanan dia yang masih berbekas dihati saya ialah,mengadulah dengan Allah kalau ada masalah.Jangan mengadu dengan manusia,masalah tak akan selesai.Fikirlah positif selalu.

Kenangan motorsikal Honda,Muar,masjid,asam pedas,tongkat yang atok gunakan,radio ikim yang selalu atok dengar,Al – Quran, akan mekar di hati saya selama – lamanya.Ya Allah,tempatkanlah dia dikalangan orang beriman.Cucurilah rahmat ke atas rohnya.Saya sayang dia.Satukanlah kami sekeluarga disana kelak,Ya Allah.Amin.

Wednesday, April 13, 2011

April sudah mari.


ikatan rasmi

Alhamdulilah,sudah masuk bulan April.Masih lagi di awal  bulan rasanya.Hari tue,saya tengok kalendar, kita sudah berada di bulan Jamadilawal.Tak sabar tunggu Ramadhan. Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab dan kemudian Syaaban. Maka,tibalah bulan mulia itu. Seronok. Sungguh,saya tak tahu kenapa.
Mungkin sebab tahun ini,buat julung – julung kalinya sepanjang saya belajar di kampus,inilah kali pertama saya akan berpuasa penuh.Dirumah.Alhamdulilah.Syukur sangat2.Nanti kita cerita tentang Ramadhan di rumah ye.InsyaAllah.Kalau Allah izinkan.
Sebut tentang April,tak terlambat lagi rasanya saya nak ucapkan selamat pengantin baru buat sepupu kesayangan saya,kak Dayah.Dia diijabkabulkan dengan ‘sepupu baru’ kami pada 1 hb yang lalu,bersamaan dengan hari Jumaat.Alhamdulilah.Allah permudahkan majlisnya.Kepada abang Pian,selamat datang ke keluarga kami.Bertambahlah ahli keluarga kami.Hehe…..syukur.Selepas nie,tak bolehlah kacau kak Dayah lagi.huhu…kami selalu berkongsi rasa.Teringat dulu – dulu,masa  e-mail tak popular seperti sekarang,kami selalu berutus surat…hehe.sungguh klasik,kan?akak selalu gunakan alamat pejabat ayah.Jadi,ayah lah selalu yang akan menyampaikan pada saya.Sehingga sekarang saya masih menyimpan surat – surat itu.Setiap kali hari raya juga,saya selalu layangkan kad raya pada saudara – mara di Johor Bahru sana.Yang selalunya dapat,dia,makcik dan juga arwah atok saya.Bila kami sudah ada keluarga nanti,insyaAllah saya akan tunjukkan surat – surat itu pada ‘generasi’ kami…hehe.Saya malu nak gunakan perkataan ‘anak – anak’ .Muda lagi rasanya nak guna perkataan itu.Katakan pada mereka,bonda mereka dulu,sangat rapat ukhuwahnya..Alhamdulilah.
Oh ya,tahu apa yang menarik tentang sepupu saya ini?tarikh lahirnya sama dengan adik saya,si Fatimah.Kemudian,tarikh majlisnya sama dengan tarikh perkahwinan ibu dan ayah saya...hehe.Adik saya cerita,semasa bonda dan ayah nak pergi ke majlis belah lelaki,adik suruh bonda pakai baju sama dengan ayah kan.Yelah,sempena ulangtahun perkahwinan.Kebetulan serentak dengan majlis dirumah abang Pian.Bonda saya tak mahu.haha..dia malu.Tapi,bila saya tengok album perkahwinan kak Dayah,aloh macam sedondon pula dengan ayah saya…sabo je la…hehe..bukan setakat bonda dan ayah yang sama warna bajunya,Fatimah pun ikut sekali.ish..ish..budak kecik tue memang.
Saya tak dapat nak masukkan gambar,sebab ada teknikal error..huhu.Sabo je la.
Buat kak dayah,Selamat Pengantin Baru diucapkan.Semoga mahligai yang dibina,InsyaAllah berkekalan sehingga ke akhir hayat.Semoga Allah limpahkan nikmat berpanjangan sepanjang hidup bersama.Sepatah kata Ustaz Hasrizal ‘kelebihan pasangan disyukuri,kekurangannya diredhai’.InsyaAllah.