Cerita bermula pada satu petang yang nyaman.Angin sepoi – sepoi bahasa.Tak panas , dan tak sejuk.Selepas hujan.Maka,kelihatanlah dada langit yang cerah dan bersih,selepas turunnya rahmat dari Dia.Syukur alhamdulilah..
Ada dua orang sahabat.Dirahsiakan nama dan identiti.Baru pulang dari mesyuarat.Sedang menjinjit makanan.Bukan sahaja makanan,tetapi juga ABC aiskrim.Sedapnya.Alhamdulilah..^_^
Sambil berjalan,kedua – dua sahabat itu riang bercerita tentang impian masa depan.hehe..
Sehinggalah,
Mereka memasuki sebuah blok untuk ke blok masing – masing…
Disinilah bermulanya,adegan yang tak diduga..
Apakah adegan itu?
Sama – sama kita baca sampai habis ye..
Suspen pula..hehehehe..senyum – senyum kucing.
Sahabat A : Eh awak,ada cik mon* la..
Sahabat B : Ha’ahlah..macamana nie..
Sahabat A : Takpe..takpe..x banyak tue..ada 2 ekor je..kecik – kecik je..
Kebetulan didepan kedua – dua sahabat itu ada penjual nasi lemak dan kuih.Kedua –dua akak itu statik di tempat masing – masing.Terkejut dengan kehadiran cik mon barangkali..kehadiran yang tak diduga.Kehadiran yang boleh menyebabkan jantung berdegup selaju – lajunya.Ibarat orang berlari pecut macam Usain Bolt..hehe.Masing – masing diam + takut.Maklumlah,cik mon..gentar..gentar..
Sahabat A : meh la,kita lalu je.InsyaAllah,dia x kacau kita..
Sungguh positif sahabat A..Alhamdulilah,dia memang positif dan baik.
Sahabat B : InsyaAllah,jom.Semoga Allah melindungi kita..
Keyakinan sahabat A disokong oleh sahabat B.
Pada sahabat A dan B,hanya pada Allah mereka bergantung.Allah Maha Besar.Kalau Dia mengkehendaki,maka ,jadilah benda itu.Maha Suci Allah.Dia Maha Besar.
Lalu,apa yang terjadi seterusny?jeng..jeng..Kalau didalam novel,inilah bahagian klimaksnya..hehe..
Dengan lafaz basmalah terkumat – kamit di mulut dihati,ditambah dengan doa dan selawat,mereka melangkah dengan penuh hati – hati..
Namun begitu,malang tidak berbau ( siapa cakap malang berbau??? )sebaik sahaja mereka melangkah,cik mon dan bala tenteranya terus MENYERANG!!
“Ya Allah”..kata kedua – dua sahabat itu..menggigillah kedua – duanya..
Maka,tercampaklah rezeki – rezeki makanan yang mereka bawa tadi,dek kerana bimbang akan terkena gigitan oleh cik mon.Dan untuk pengetahuan semua,cik mon akan bertindak agresif kalau nampak makanan. Waktu puncaknya adalah selepas hujan.Normal la tue,kan?=)
Bukan sahaja tercampak rezeki,kedua –dua sahabat itu juga menjerit kerana ketakutan + keterkejutan..hehe..terkejut bila ternampak gigi cik mon yang tajam macam gergaji..hehe..sabo je la.Cik mon tak gosok gigi ke?hehe..
Cik mon dan bala tenteranya,datang segerombolan besar…bala..bala..dan terus menyentap makanan kedua – dua sahabat itu tadi.Maka,berlari – larilah kedua – duanya,ke blok berhampiran.Berlari – lari anak,khabarnya.Tak dapat digambarkan.
Sungguhpun begitu,cik mon dan geng – gengnya,seolah – olah tidak berpuas hati.Ibarat perlawanan belum berakhir bagi mereka.Macam game pula.
Maka,ketua turus angkatan tentera mereka telah mengarahkan bahagian prebet untuk mencari kedua – dua sahabat itu.Bagi memastikan kedua – dua makhluk Allah tadi tidak mengacau atau menuntut makanan yang telah dirampas.
Namun,hanya ada beberapa prebet sahaja yang taat perintah chief mereka itu.Kerana yang lain,termasuk ketua mereka,tengah khusyuk menikmati “rezeki serangan” tadi..
Apabila sudah berlindung di blok berhampiran,maka,ketawalah kedua – dua sahabat itu,dek kerana geli hati.Sungguh,mereka tidak menjangka akan berlaku perkara sedemikian.Kedua – dua sahabat itu saling berpandangan,dan kemudian ketawa..hehe..
Tiba – tiba,sahabat A teringatkan dompetnya yang tertinggal di markas cik mon tadi.Atas pertolongan sahabat lain,akhirnya,dia dapat kembali dompetnya itu.
Kedua – dua sahabat itu akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan jalan yang lain.Dan mereka juga telah pergi ke kafe,untuk menempah menu yang lain.Sudah tiada rezeki…
Mereka ketawa geli hati..hehe..pengalaman tue.
Menurut seorang saksi yang berada tidak jauh dari tempat kejadian,sewaktu kedua – dua sahabat itu diserang oleh cik mon dan bala tenteranya,keadaan sungguh kalut waktu itu.Tambahnya lagi,dia juga sangat khuatir.Dia tidak dapat membantu kerana tidak berupaya melawan segerombolan tentera yang besar.
Namun ,apabila melihat mereka berdua lari menyelamatkan diri,dia juga tidak dapat menahan gelak..hehe..bukan sahaja dia,tetapi orang sekeliling…hehe..
Sesungguhnya,peristiwa itu member banyak pengajaran kepada kedua – dua sahabat itu.Mungkin tiada rezeki disitu.Atau sebagai kifarah di atas dosa – dosa yang lalu.Mereka juga telah meniatkan makanan yang tak sempat dimakan itu,sebagai sedekah kepada bala tentera cik mon.Mungkin mereka semua lapar.Maklumlah,lepas hujan..
Alhamdulilah,kedua – duanya bersyukur kerana tidak diapa – apakan oleh cik mon.Itu sudah cukup baik bagi mereka.Allah melindungi mereka dari serangan.Alhamdulilah.syukur – syukur.
· Cik mon dalam cerita diatas merujuk kepada nama manja cik Monkey..^_^
..:: Monyet oh Monyet,nak tembak,tak sampai hati.Bila tak tembak,menjadi – jadi.Nak ‘bako’,nanti jadi kes lain pula nanti.Suka kamu ye menyakat penduduk Kachi ::..
nampak je makhluk ini,mulalah keluar suara2 manja penghuni kachi.alahaii... |
No comments:
Post a Comment