Wednesday, October 26, 2011

Rebut Peluang


Belajar bersungguh-sungguh.Selagi Allah memberi peluang!

Tangan-tangan Dalam Dulang?


it's sweet

Kolej penginapan sudah sunyi.Sahabat-sahabat semua sudah pulang ke kampung halaman malam tadi.Saya?masih disini,menaip entri.hehe.


Oh,saya mula merindui mereka semua.Tak sampai beberapa jam berpisah,beberapa minggu tidak bersua,beberapa saat tidak bertentang mata.


Macam orang bercinta!


Ya,saya memang bercinta.Bercinta dengan sahabat-sahabat saya.Cinta saya pada mereka mendalam.Oh,jangan salah sangka,semuanya perempuan.:)


Mungkin keberkatan makan didalam dulang.Setiap kali makan-makan,mesti ada satu benda yang membuatkan saya gembira super duper macam kanak-kanak riang (jangan bayangkan macamana) iaitu,kami akan menikmati rezeki di dalam dulang.


Makan didalam dulang?apa yang bestnya cik Husna?


Bayangkanlah,ketika sedang makan,tangan-tangan kami akan menggaul nasi bersama-sama.Kadang-kadang berselisih jari-jarinya.Kemudian suap-menyuap.Romantik gitu.Hehe..


sharing is caring

Ini bahagian saya.Ini bahagian awak.Oh,makanlah banyak-banyak.Wawawa..


Bila nasi tidak dapat dihabiskan lagi,ada kawan-kawan yang beri semangat,


“Jangan tinggalkan rezeki,mana tahu dapat suami soleh nanti.InsyaAllah..”


Motivasi yang kadang-kadang buat kami geli hati.Sebagai umpan mungkin?


Bila terpisah jauh,rindunya kadang kala tak dapat digambarkan dengan kata-kata.Terbayang-bayang saat bersama.Ke sana,ke mari berdua atau beramai-ramai.Paling seronok,jikalau ada majlis ilmu.Sama-sama kumpul pahala.Sama-sama mencari redha Dia.


we unite.

Bila akak senior,seorang demi seorang habis belajar,rasa sunyi mula ketara.
Kak Bai,Kak Bayani,Kak Maryam,Kak Hana,Kak Lin,Kak Shu,Kak Jue,Kak Siti,Kak Syai.Oh,kakak-kakak tak rasmi saya.


Merindui kalian.


Suci sungguh ikatan ini.Semoga ia kekal hingga ke Jannatul Firdaus nanti.Doa dalam hati.


"Friendship is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything." -Muhammad Ali

Wordless Wednesday : Waiting with patiently

source

Friday, October 21, 2011

Berita Hari Jumaat




1.Sana sini orang bercerita kematian Muammar Gaddafi.Beritanya menduduki carta nombor 1 hari ini.
Inallilahiwainnallihirajiun.

2.Dikatakan sebagai seorang diktaktor yang paling lama berkuasa di Libya,hampir 49 tahun.

3.Dicop sebagai ketua nepotisme,kerana banyak menyerahkan projek negara kepada puak-puaknya.


4.Sudah merasakan,nasibnya kelak akan sama seperti Saddam Hussein.Ditemui bersembunyi ditempat yang terpencil.Cuma penghujung mautnya berbeza.Saddam di tali bulat,ditutup kepala.Gaddafi di hujung beret senapang.


5.Begitulah manusia.Bila dibayangi jawatan dunia.


6.Disisi yang lain,Gaddafi sebenarnya seorang pemimpin yang 'baik'.Dia lah antara pemimpin Arab yang mengutuk penjajahan Israel keatas bumi Palestin.Masih ingat lagi peristiwa dia membaling buku perlembagaan PBB?


7.Mungkinkah daripada peristiwa itu,US dan puak kerabatnya geram dengan Gaddafi?


8."Berani sungguh dia condemn apa yang bestfriend aku buat kat Palestin?".Mungkin begitu suara kecil tak berperikemanusiaan kepala negara US?


9.Disisi yang lain,Libya juga adalah negara yang tidak mengamalkan bunga dalam setiap pinjaman yang dilakukan di negaranya.Sangat menarik,bukan?


10.Sebab itu,negaranya menikmati kekayaan melimpah ruah,kerana ramai pelabur datang menyinggahkan diri.Selain daripada negara pemegang Cik Duit Hitam terbesar di dunia.

11.Tindakannya yang menyerahkan nasib rakyatnya di hujung dam dam,memakan diri.Rakyat semakin membara semangat Revolusi.Mengambil semangat negara jiran Tuan Firaun dan Tuan Tunisia.Hakikatnya,rakyat sudah muak dengan pemerintahan kuku besi.


12.Orang mungkin boleh bersorak sekarang.


13."Yeah,Gadaffi has been killed..",jerit Tuan Kepala Negara US dan Tuan Kepala Serang NATO.


14.Kalau yang mengatakan itu kita,oh,alangkah malunya?


15.Fikirkan kesannya selepas ini.Kepada dunia,kepada negara dan ekonomi kita,umat Islam.


16.Ada ke negara Islam yang masih mengamalkan ekonomi percuma tanpa riba?


17.Siapa pula yang akan jadi Tauke Baru Cik Duit Hitam?


18.Negara seterusnya yang akan menduduki ranking negara termiskin di dunia?


19.Penjajahan baru di negara-negara Islam?


20.Siapa pula akan menjadi pemimpin yang akan ditiup angin pus-pus,supaya kehendak kejam diikuti?


21.Orang masih bersorak.Orang masih ketawa kegembiraan.Di sana,lagi besar ketawanya.Tetapi,disini,hanya sekejap ketawanya.Tak lama selepas itu,menangislah dia.

Awak nak cahaya yang mana?

 Ada sekali tue,waktu petang.

Kak Jue sedang baca kitab cinta.Saya pula sedang duduk-duduk di kerusi.Sempat mengerling  jam di atas meja.

Oh,ada lagi 10 minit sebelum masuk waktu asar.Akak pun sudah habis menatap kitab cintanya.Kami pun berbual-bual.

“Akak,Husna ada jumpa satu artikel.Kat ILI..hehe..”

Akak pun bertanya,artikel apa.

“Artikel tentang cahaya..jap ea.Husna bacakan..”

Kak Jue menanti dengan sabarnya.hehe.Comel betul mukanya waktu tue.Dengan telekungnya..:-)

Saya membaca artikel tersebut dihadapan Kak Jue.

“Masa hari kiamat nanti,semua wajah umat Nabi Muhammad akan bercahaya.InsyaAllah.Lebih-lebih lagi,orang yang tidak pernah meninggalkan wudhuk dan solatnya.Namun begitu,cahaya yang terpancar di wajah umat tersebut terbahagi kepada tiga,kak…”

“Apa dia?” akak bertanya.




 “Yang first,cahaya bintang.Ini untuk orang-orang yang mengambil wudhuk setelah azan berkumandang..mukanya akan berseri-seri,ibarat cahaya bintang..cuba kita tengok bintang di langit.cahayanya,terang biasa-biasa gitu..kan,kan?"


“Cahaya yang kedua?..”tanya akak lagi.

Bersemangat saya meneruskan.yeah!




 “Cahaya yang kedua,cahaya bulan.Haa,cahaya ini untuk hamba-hamba Allah yang mengambil wudhuk sebelum azan berkumandang lagi.Contohnya,sebelum 5 minit nak azan tue,dia sudah siap sedia ambil wudhuk,dan menunggu untuk menunaikan solat..”


“..Oohh,lagi,husna?”





“Cahaya yang ketiga,cahaya matahari.Cuba kita tengok,cahaya matahari bersinar sangat terang kan?hmm..bulan pun dapat cahayanya dari matahari juga.Cahaya ini untuk hambaNya yang mengambil wudhuk sebelum waktu solat,dan mengisi waktu tersebut dengan membaca Al Quran,selain daripada beriktikaf di masjid..”


 *******************************

Selesai sudah saya membaca artikel tersebut.

Azan asar pun berkumandang dari Masjid Imam As Shafie.

“Akak,InsyaAllah,kita cuba untuk dapatkan ganjaran cahaya matahari tue ye..”

“InsyaAllah..”jawab Kak Jue.
 Menunggu untuk bertemu yang Maha Esa.

Jadi,
Anda mahu cahaya yang mana?

Sunday, October 16, 2011

Patah Hati


Masa mula-mula ambil jurusan yang saya belajar sekarang,saya sering ting tong.
Sebab saya tak suka politik.
Teori-teorinya,tokohnya,aduii..memang bisa membuatkan saya jatuh.. 
Sehinggakan saya pernah bertanya pada senior,
Kenapa,kenapa dan kenapa mesti belajar tentang politik?

Jawab senior saya tue senang aje,

"Kehidupan kita sebenarnya adalah satu politik juga..sebab ada pemerintah dan rakyat.Maksudnya,kita adalah hamba Allah dan Dia juga adalah pemerintah kita.Malah,azan juga satu entiti politik.."

Kemudian,saya tanya lagi pada hamba Allah yang lain.
Dia pun sama.Beri jawapan yang buat saya think banyak kali,

"Ibaratkan ada kawan atau keluarga kita menghidap penyakit hodgkin's lymphoma.Mesti kita hendak tahu lebih lanjut kan tentang penyakit tue?macam tue la sebabnya kita perlu belajar tentang politik.."

Dia explain macam tue,membuatkan saya tertanya,apa itu penyakit hodgkin's lymphoma?Saya minta tolong encik google meng explain kan pada saya..huhu.

Alhamdulilah,sekarang saya sudah tidak kepeningan lagi..yeahh..
InsyaAllah,sudah boleh mengatur langkah perlahan-lahan dalam bidang ini..

Tentang penyakit hodgkin's lymphoma diatas tue,saya selalu melawat blog ini.
Sangat memberi inspirasi dan mengingatkan saya yang sering leka ini..

Ada insan yang lebih payah dari kita..
Walaupun dia sakit,tetapi dia sangat tabah.

Jemputlah baca.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Mas Afzal.

Saturday, October 15, 2011

Nor dan Daun nipah



Saya,Fatimah,emak dan ayah dalam perjalanan ke bandar.Cadangnya mahu menyelesaikan urusan dan membeli sedikit barang keperluan rumah.

Sepanjang perjalanan,kami berbual-bual sambil melayan kerenah Fatimah..hehe.Dia suka benar melihat kenderaan di belakang kereta kami.

Aduhai,malunya..alasannya,nak tengok muka pemandu-pemandu ketika membawa kereta!

Ah sudah..budak kecik nie memang.

Mak kata,dia nak pamer mukanya yang comel itu.Alahai Fatimah,Fatimah…

Macam-macam yang dibualkan oleh si kecil itu.Saya bertanya padanya,apa aktiviti yang dilakukan di sekolah biasanya.Jawabnya bermain,belajar.Makanan ok tak,dia menggagukkan kepala,sedap kata dia.Alhamdulilah.

Pesan Rasulullah,kalau makanan yang dihidangkan itu sedap,makanlah lebih sedikit.Kalau tidak menepati selera kita,jamahlah sedikit supaya tidak mengecilkan hati orang yang menghidangkan makanan tersebut.

Hargailah nikmat rezeki yang Allah beri,walau hanya sebutir nasi.Kutip,tiup dan makanlah butir nasi itu.Mungkin disitu ada keberkatan makanan tersebut.

Ayah memandu dengan kelajuan sederhana.

Di depan kenderaan kami,ada seorang penunggang motorsikal,sedang membawa daun nipah di tempat duduk belakang.Sebelah tangannya memegang pedal motorsikal,manakala tangan kirinya memegang dengan erat seikat daun nipah di belakangnya.

Ayah memotong penunggang motorsikal itu.

Sekilas saya melihat wajahnya.Oh,Nor rupanya!

Emak membuka cerita,

“ Kaklong kenal orang tadi?yang bawa daun nipah tue?”

“Kenal,mak.Nor namanya.Kenapa?”

“Kaklong tahu dia kerja apa sekarang?”

“Tak..”

Jawab saya.Pendek.Sejak belajar di negeri orang,saya bagai terputus maklumat tentang orang kampung.Aduss..sadisnya!

“Ayah dia sakit sekarang,kaklong.Pakcik Zali tue excident,pas tue tak boleh bergerak.Jadi,yang cari rezeki sekarang dia dengan maknya.Kaklong tahu dia cari daun nipah tue macamana?guna sampan dengan pendayung.Orang lain semua guna bot laju dengan enjin angkut daun nipah menyeberangi sungai,mereka anak beranak guna pendayung.Pagi-pagi keluar cari daun nipah,bila matahari meninggi,baru mereka pulang ke rumah.Dayung bergilir-gilir..”

Ya Allah.Saya bagai tersentak mendengar cerita emak.Di tengah-tengah sungai?perempuan?berdayung?

“Biar betul,mak?macamana mak tahu?”

Saya mendapatkan kepastian dari bonda.

“Mak pergi rumah dia,kaklong,settlekan masalah adik dia.Masa mak pergi rumah dia tue,mak si Nor tue bukan main ramah jemput masuk ke dalam rumah dia..mak masuklah”

Emak menyambung ceritanya lagi,

“Emak tanya pada si Nor tue,kenal Husna tak?jawabnya,kenal sangat.Siapa tak kenal anak teacher?Husna belajar kat U,teacher.Saya nie tak pandai..”

Sekali lagi saya bagai direnjat dengan elektrik.

Nor,kenapa cakap begitu?

Hati jadi sayu tiba-tiba.

Saya tak pandai,saya tak kuat seperti Nor dan emaknya.Memang saya belajar di universiti,tetapi ilmu alam saya masih cetek lagi.

Saya tak tahu mendayung.Saya tak tahu memilih daun nipah yang elok.Walhal,benda-benda itulah kadang kala yang bisa mendekatkan diri dengan ciptaan Allah.

Nor,ketahuilah,saya sangat-sangat meghormatimu.Kita semua sama.Tiada apa yang membezakan saya dan kamu.Mungkin usaha yang membezakan antara kita semua,Nor.Percayalah.Tak semestinya kita tidak boleh berjalan seiringan.Saya masih temanmu yang dulu.

Pesanan buat diri,

Walau belajar setinggi manapun,jangan kita menutup sebelah mata kepada orang kampung.Siapa tahu,didalam kepayahan mereka mencari rezeki,hati mereka telah dipasakkan keikhlasan?dan kerana itu,kita kena bersyukur pada Allah kerana memberi nikmat yang tak terkira pada kita.

Semoga Allah murahkan rezeki Nor sekeluarga.InsyaAllah.Mendoakan yang terbaik buat masa depan Nor.

Dan setiap kali melintasi pondok yang beratapkan daun nipah di mana-mana,saya pasti terkenangkan Nor.

Begitu juga bila membeli atau menikmati otak-otak,saya sering terfikir.

Adakah ini daun nipah yang dicari oleh Nor dan ibunya dengan seribu kepayahan?

Friday, October 14, 2011

Freedom



Freedom - Maher Zain.

Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us



:: Dengar lagu nie,teringat saudara seIslam di Palestin.


Thursday, October 13, 2011

Puding Kaklong

Rezeki.

Minggu lepas,saya,Farhana dan Afifah menerima tanggungjawab besar.Kami ditugaskan untuk membuat puding.Sepatutnya saya,Kak Izan dan Afifah yang membuatnya.

Tetapi Kak Izan tak berapa sihat.Jadi Farhana telah mentake overkan tugas Kak Izan.hehe.Jadilah kami bertiga,masing-masing anak sulung membuat puding pada petang itu.

Err..sebut pasal puding,mesti ada yang kata,

“Senang je buat buat puding..”

Dulu,pernah juga saya buat puding.Itu la kali pertama,itu juga yang terakhir.Sebabnya,kwang kwang.Tak jadi sangat..hehe.macam serik pula selepas tue.Jadi,setiap kali emak membuat puding di rumah,saya menjadi pemerhati tak rasmi.hehe.

Sedap tau puding kastard.Suka sangat!

Entah macamana,petang tue,kami tawakal pada Allah.Niat kami cuma hendak menjamu sahabat-sahabat semua malam tue.

Mula dari ambil periuk,kemudian kami bersihkan semua peralatannya.Kata Kak Izan,kuantiti untuk bahan puding tue adalah 1:4.Maknanya,kalau 1 cawan tepung kastard,4 cawan air.Kalau emak buat di rumah,dia akan membancuh tepung kastard tue dengan susu cair.

Wah..dah teringat-ingat!

Setelah selesai menyukat semuanya,kami pun mulalah mengacau.Disinilah cabarannya.Dulu,saya kantoi part nie la.Adunannya jadi melekat,sebab api terlampau kuat mungkin.

Saya,Farhana dan Afifah bergilir-gilir mengacau.Hati tak berhenti-henti berdoa.Semoga menjadilah hendaknya puding tersebut.Maklum,ia dibuat didalam kuantiti yang banyak.Kalau ada apa-apa yang terjadi,membazirlah jawabnya.Sayang rezeki.

Bila ia mula likat,kami pun perlahankan api.Waktu nie,kena kerah tenaga sepenuhnya.Yeahhh..macam nak kacau dodol tue.hehe.

Alhamdulilah,ia jadi!itu pun,entah berapa kali kami merasa adunan tersebut di hujung senduk.Untuk memastikan ia benar-benar masak.Kalau tak,alamat ada yang ulang-alik ke tandas malam nanti.

Tak mahu tanggung risiko..;-P

Kami pun menuang adunan ke dalam 3 buah mangkuk besar.Agak banyak hasil yang diperolehi.Tapi kami puas.Rasa bersyukur sangat pada Allah kerana mempermudahkan segala-galanya.


tadaaa...alhamdulilah siap..

Selesai menyejukkan adunan puding tersebut,kami membuat kuah koktelnya pula.Kuahnya tidaklah sesukar mana.Anda cuma perlukan buah koktel didalam tin,dan juga susu cair.Boleh juga tambahkan nata de coco kalau suka.Kemudian semua bahan tersebut dicampur.Ada orang,dia masak dahulu kuah tersebut.Untuk mengelakkan mual.Mungkin ada sesetengah antara kita,alah pada susu.Termasuklah teettt..=)


Malam itu,di jamuan..



si kecil sudah mula mengantuk.kesian arep..

Alhamdulilah,mendapat respons yang positif daripada sahabat-sahabat semua.Ada yang bawa balik lagi.Terharu mungkin.Rasa saya,kalau kita masak sedap-sedap,kemudian orang makan dengan rasa gembira,itu adalah kepuasan diri yang sebenar.Betul tak?


Ada yang tanya,

siapa yang buat puding?

Kami bertiga cuma tersenyum sahaja sambil memandang antara satu sama lain.hehe.Malu kami nak kabo kat depa sume.

Biarlah menjadi misteri.hehe.

Kak Izan kata,dia sudah boleh menarik nafas lega,sebab sudah ada pewaris.hehe.Farhana beritahu,puding banyak lagi,cuma kuahnya sudah ilek.Jadi kami pun membuat kuahnya di hari lain.Untuk menghabiskan saki baki puding yang tinggal.

Kali ini,saya buat dengan Kak Bai,Kak Bayani dan Farhana.Kak Bayani dan Kak Bai kena hantar laporan praktikum.Join kami sekali malam tue.hehe.


hidangan sebelum menyiapkan puding.yeah!thanx kak bai.alhamdulilah..=)

Paling tak tahan,sepanjang membancuh kuah puding tue,Kak Bayani belajar bahasa Perancis secara tak rasmi dengan saya.hehe.Mana yang saya tahu,saya ajar pada dia.Kita sama-sama belajar ye,kak?


Soleil,soleil.Çomment cava.Bon nùit.Mádámóiselle Bayani.

Ish..ish..sudah macam tutorial bahasa Perancis pula malam itu.Bahasa Perancis seronok dipelajari.Ada juga lagu-lagu bercorak Islamik.Contohnya macam lagu douce mere.Penyanyinya Miloud Zenasni.Nanti saya cerita mengenai bahasa ini di entri yang lain.InsyaAllah.

Kami pun mengagih-agihkan puding tersebut pada sahabat yang lain.Hmm,akak roommate saya,Kak Jue sudah pulang ke Terengganu.Kalau tak,boleh saya beri pada dia.Rindunya akak!



tangan misteri..jeng..jeng..

Alhamdulilah,puding tak membazir.Suka sangat.InsyaAllah,nanti kalau ada masa,boleh la saya buat lagi.hehe.Tak takut dah.Selepas nie,kalau emak nak buat puding di rumah,boleh cakap begini kot,


“Takpe mak.Biar kaklong buat.hehe..”

Esoknya,Kak Bayani..

“..Husna,soleil,soleil…comment cava..”

Wah,dia sudah pandai cakap fránçáis sekarang!hehe..lepas la ke Paris nanti..hehe..
 


Sunset di Kachi.Cantik kan?


Tuesday, October 11, 2011

Penghapus dosa




Dizzy.

 Semalam segar bugar,hari ini sudah terlantar.
Semalam boleh berlari-lari anak ke sana ke mari,hari ini sudah duduk diam sendiri.
Semalam ketawa keriangan,hari ini kepala kepeningan.
Semalam boleh makan pelbagai hidangan,hari ini tak terjamah rezeki Tuhan..(astaghfirullah..maafkan hambaMu ini ya Allah..)
Semalam ada mood nak berbual-bual'an' (erkk,salah tatabahasa nie),hari ini mulut kunci dari sebarang jawapan.
Berehat dari dunia luar.huhu.

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Monday, October 10, 2011

Bon Anniversáiré má péré!




kek ini sangat klasik.I like!=)


Beep.Mesej masuk.Oh,Aishah rupanya yang menghantar mesej.Segera saya membuka mesej tersebut.

“Assalamualaikum kaklong,nak tahu tak?waktu awak sekolah dulu kan ada ambik gambar saiz pasport.Lepas tue,Fatimah sepahkan gambar-gambar tue.Orang pun kutip r sambil membebel-bebel.Tiba-tiba ayah menyampuk.Dia kata pada Fatimah,’jangan main gambar tue.Bukannya kaklong boleh kecik semula nak ambik gambar macam tue lagi.Takkanlah nak suruh dia pakai baju sekolah balik,lepas tue ambik gambar tue semula..mak yang dengar time tue jeling kat ayah..”

I can’t stop myself to big laugh after read the message!haha..ayah,ayah.

Itulah ayah.Kalau dia buat lawak,mesti muka dia selamber je.Agaknya kami adik beradik mewarisi sifatnya yang itu lah.Adik-adik saya memang suka loyar buruk kadang-kadang.Rumah kami jarang sunyi.Terutama bila berkumpul ramai-ramai.Gamat sekali!

Menjadi anak ayah,tidak senang.Banyak cabarannya.Hanya kerana ayah menjaga sunnah nabi,kami adik beradik mendapat tempiasnya.Macam-macam panggilan yang ditujukan pada ayah.Paling saya tidak boleh terima apabila di zaman persekolahan dulu,orang membandingkan ayah dengan ciptaan Allah yang lain.Saya tidak boleh lupa kata-kata mereka.Dia ayah saya.Saya ada hak untuk mempertahankannya.

Bila kami bercerita pada ayah dan ‘berhasrat’ untuk membalas balik perbuatan tersebut,jawapan ayah simple sahaja.

“Orang yang suka ejek orang lain tue,akhlak dia rendah..kalau ada orang ejek kamu,biarkan dia.Kalau kamu balas balik,bererti kamu sama dengan dia.Nak macam tu?”

Glupp..rasanya tidaklah kami teringin berbuat demikian.Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

Dan sekarang,bila kami adik beradik berjumpa dengan insan-insan baik hati yang pernah memberi pelbagai gelaran dahulu,semuanya bagaikan tertunduk malu.

Bukanlah saya ingin mendabik dada.Tidak sama sekali.Cuma barangkali mereka segan dengan ayah.Walau diberi gelaran pelbagai,ayah buat muka seposen je.

“Pakcik..apa khabar?sihat?” tegur mereka.

Ada diantara mereka itu kadangkala menegur kami adik beradik dengan mesra.Saya tak salahkan mereka.Mungkin pengaruh persekitaran yang membuatkan mereka sebegitu.Tak cukup kasih sayang kot..hehe.Takpela.

Kalau orang buat jahat pada kita sekali,balaslah kebaikan pada mereka sepuluh kali.

Menginjak ke alam dewasa,pabila saya mula duduk di asrama,saya semakin menghargai erti kekeluargaan.Bila berjauhan,wajah-wajah insan di rumah tue selalu terbayang di fikiran.Saya sentiasa teringatkan ayah,emak dan adik-adik.

Gambar tue memang selalu ditatap.Sebab ustaz kat sekolah pernah berpesan,kalau tengok wajah emak dan ayah,kita dapat pahala.Bukan tengok gambar orang yang bukan muhrim dengan kita.Eeee..

Seingat saya,cabaran terbesar duduk di asrama ialah bila peperiksaan besar menjelma.Semasa saya mengambil SPM,saban hari saya menelefon emak dan ayah di rumah.Mohon mereka mendoakan anaknya ini.

Kadang-kadang touching juga tau.Yelah,orang lain dapat bersalam dengan emak dan ayah sebelum menuju ke dewan peperiksaan.Saya nak salam siapa?

Jealous ye..!

Itulah kehidupan berdikari namanya.Kan,kan?hehe..

Mengenali ayah,dia tidaklah garang sangat.Cuma mungkin waktu kecil-kecil dahulu,kami agak lasak,ayah bersikap tegas waktu itu.

Kami belajar mengaji daripada Muqaddam sehingga Al Quran dengan ayah dan emak.Belajar cara solat yang betul.Saya masih ingat lagi,pernah kami adik beradik disuruh beratur untuk diuji bacaan doa qunut.Alahai,kalau tak lepas,roti panjang la jawabnya!

Ayah juga mengajar kami wirid-wirid dalam solat.Dengan saya,ayah turut menitipkan pelbagai pesanan.Katanya,kalau tiada apa yang hendak dicakap,lebih baik berdiam diri.

Pernah sekali saya dan adik-adik melihat program lawak di youtube.Kami ketawa besar time tue (walaupun saya tak tahu dimana lawaknya).Ayah senyap sahaja dan membiarkan kami menontonnya sehingga habis.

Kemudian,di hari yang lain,sewaktu saya baru pulang dari bandar bersamanya,ayah menyampaikan nasihat.Kata ayah,

Orang yang paling banyak ketawa dan membuat lawak di dunia ini,akan paling banyak menangis di akhirat nanti.Sebabnya dia akan menyesal dengan apa yang diperkatakannya.

Adeihh..terkena den!dalam hati saya,nie mesti kes hari tue tengok program lawak kat youtube..huhu.

Hari ini hari lahir ayah.Hampir setengah abad usianya.Dan hampir sedekad lebih saya menjadi anaknya.Alhamduliah,terima kasih ya Allah kerana memberi peluang ini.

Sebagai seorang setiausaha tak rasmi kepada ayah dan emak,saya memikul amanah yang besar.

Pada saya lah ayah dan emak sandarkan harapan.Pada saya juga mereka sandarkan impian.Tunjukkan teladan dan akademik yang terbaik.Baru adik-adik kamu boleh ikut,pesan mereka.

Semuanya di kedua belah bahu insan yang lemah ini.

Cuma,pinta saya,semoga diri ini bisa menjadi anak yang solehah,yang tidak lupa mendoakan kesejahteraan ibu dan ayahnya setiap kali seusai solat.

Buat ayah,

Selamat hari lahir.Kaklong doakan ayah sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.InsyaAllah.Thanks a lot because being the best father for me and adik-adik.Among the best thing I got from Allah Taala.I love you dad.Semoga keluarga kita dapat berkumpul di syurga nanti.Sebagaimana kita berkumpul di dunia ini.InsyaAllah.

Pesanan ayah yang paling mahal bila sudah masuk usia 20an nie:
Esok,kalau hendak cari husband,carilah yang beragama dan penyabar..=)

Emak cakap,dia buat surprise pulut kuning..waa,jeolousnya!

Sunday, October 9, 2011

Tak Pernah Keseorangan.









“Kak Husna,nanti update lah blog akak.Masih entri back for good lagi ea?”Amira menyoal saya malam tadi.

"ha'ah la Mira.Akak tengah cari idea..hehe.."jawapan klise.
Kami cik-cik muslimat baru selesai membuat liqa’.

“Kami tak tahu bab IT nie..lagi-lagi pasal blog” Yana menambah.

“Haa,tanya Kak Husna.Dia tahu,Kak Yana..”Amira menambah.

Alamak!mana ada..!

Alahai,saya senyum.Tak tahu nak cakap apa.Sebab saya pun tak berapa mahir.Tengah bertatih lagi.hehe.

Di hari yang lain.

“Husna,blog awak best.Kalau saya blogwalking,mesti saya buka blog awak..”

“Shh..Asma.Jangan cakap macam tue.Saya malu.Siapalah saya..”

Ya,saya tiada apa-apa tanpa Dia.Kekasih agung saya itu lebih layak mendapat pujian.

Saya tak sedar sebenarnya blog ini menjadi bacaan kawan-kawan.Ya Allah,jauhkanlah perasaan riak,ujub dan takbur.Saya tak berniat begitu.

Sebenarnya,bila kita menulis,lagi berat tanggungjawab yang dipikul,dikendong.Sebabnya,apa yang kita tulis itu,kita kena LAKSANAKAN DAHULU.Baru orang lain boleh buat.

Contohnya,kalau kita memperkatakan mengenai sifat mahmudah yang awesome,kita kena ber’mahmudah’ dahulu.Sungguh.

Actions speak louder than words.

Kejap lagi saya bertukar menjadi Hulk,mesti ada orang kata,

“Aik,Husna itu sihat ke idak?”..hehe..

Cakap tak serupa bikin,kata orang.Benda yang paling saya takut,risau,gusar.

Melangkah sebatu dalam blog,ia banyak menyedarkan saya.Setiap apa yang saya  lihat,saya akan tulis.Sebab itu nama blog saya,from my view.

Kerana dari view itu lah saya memerhati,kenapa jadi begitu.Kenapa,mengapa dan apa resolusinya.Saya tak layak untuk menghakimi orang,sebab saya tahu saya pun kadang-kadang sama dengan mereka.Keturunan yang sama,jenis yang sama.Jadi,kenapa perlu saya mengkritik dan menjatuhkan hukuman sewenang-wenangnya?

Teringat emak pernah berpesan,

Siapa kita untuk marah pada orang,benci pada orang.Kita semua sama.Keluar ke dunia dari tempat yang sama.Itu pun kadang-kadang eksyen lagi.

Aduhaii..sentap!

Menulis blog adalah satu cara saya merenung diri.Perkara-perkara yang berlaku,barangkali bisa menjadi teladan buat saya di masa hadapan.InsyaAllah.

Merenung ciptaan Allah,saya cuba kaitkan ia dengan kehidupan yang sekejap ini.Matahari yang terbenam,burung yang berkicauan,titisan hujan yang turun,siang dan malam,semuanya ada hikmah yang tersendiri.

Allah tidak menjadikan ia sia-sia.Percayalah.

Teringin  menjadi golongan Ulul Albab.Seperti yang terkandung dalam surah Ali Imran,ayat 190.

Untuk menyeru dengan kata-kata,mungkin suara ini tak didengari kadang kala.Maka,dengan tulisanlah saya menukilkan apa yang saya rasa.

Kerana saya tahu,bila saya memandang langit yang kebiruan,saya tak keseorangan.Dia setia menemani saya sehingga ke akhir hayat.

Keluarga,kawan-kawan..
Doakanlah saya berjaya dan mendapat keredhaanNya dunia dan akhirat.