Monday, October 10, 2011

Bon Anniversáiré má péré!




kek ini sangat klasik.I like!=)


Beep.Mesej masuk.Oh,Aishah rupanya yang menghantar mesej.Segera saya membuka mesej tersebut.

“Assalamualaikum kaklong,nak tahu tak?waktu awak sekolah dulu kan ada ambik gambar saiz pasport.Lepas tue,Fatimah sepahkan gambar-gambar tue.Orang pun kutip r sambil membebel-bebel.Tiba-tiba ayah menyampuk.Dia kata pada Fatimah,’jangan main gambar tue.Bukannya kaklong boleh kecik semula nak ambik gambar macam tue lagi.Takkanlah nak suruh dia pakai baju sekolah balik,lepas tue ambik gambar tue semula..mak yang dengar time tue jeling kat ayah..”

I can’t stop myself to big laugh after read the message!haha..ayah,ayah.

Itulah ayah.Kalau dia buat lawak,mesti muka dia selamber je.Agaknya kami adik beradik mewarisi sifatnya yang itu lah.Adik-adik saya memang suka loyar buruk kadang-kadang.Rumah kami jarang sunyi.Terutama bila berkumpul ramai-ramai.Gamat sekali!

Menjadi anak ayah,tidak senang.Banyak cabarannya.Hanya kerana ayah menjaga sunnah nabi,kami adik beradik mendapat tempiasnya.Macam-macam panggilan yang ditujukan pada ayah.Paling saya tidak boleh terima apabila di zaman persekolahan dulu,orang membandingkan ayah dengan ciptaan Allah yang lain.Saya tidak boleh lupa kata-kata mereka.Dia ayah saya.Saya ada hak untuk mempertahankannya.

Bila kami bercerita pada ayah dan ‘berhasrat’ untuk membalas balik perbuatan tersebut,jawapan ayah simple sahaja.

“Orang yang suka ejek orang lain tue,akhlak dia rendah..kalau ada orang ejek kamu,biarkan dia.Kalau kamu balas balik,bererti kamu sama dengan dia.Nak macam tu?”

Glupp..rasanya tidaklah kami teringin berbuat demikian.Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

Dan sekarang,bila kami adik beradik berjumpa dengan insan-insan baik hati yang pernah memberi pelbagai gelaran dahulu,semuanya bagaikan tertunduk malu.

Bukanlah saya ingin mendabik dada.Tidak sama sekali.Cuma barangkali mereka segan dengan ayah.Walau diberi gelaran pelbagai,ayah buat muka seposen je.

“Pakcik..apa khabar?sihat?” tegur mereka.

Ada diantara mereka itu kadangkala menegur kami adik beradik dengan mesra.Saya tak salahkan mereka.Mungkin pengaruh persekitaran yang membuatkan mereka sebegitu.Tak cukup kasih sayang kot..hehe.Takpela.

Kalau orang buat jahat pada kita sekali,balaslah kebaikan pada mereka sepuluh kali.

Menginjak ke alam dewasa,pabila saya mula duduk di asrama,saya semakin menghargai erti kekeluargaan.Bila berjauhan,wajah-wajah insan di rumah tue selalu terbayang di fikiran.Saya sentiasa teringatkan ayah,emak dan adik-adik.

Gambar tue memang selalu ditatap.Sebab ustaz kat sekolah pernah berpesan,kalau tengok wajah emak dan ayah,kita dapat pahala.Bukan tengok gambar orang yang bukan muhrim dengan kita.Eeee..

Seingat saya,cabaran terbesar duduk di asrama ialah bila peperiksaan besar menjelma.Semasa saya mengambil SPM,saban hari saya menelefon emak dan ayah di rumah.Mohon mereka mendoakan anaknya ini.

Kadang-kadang touching juga tau.Yelah,orang lain dapat bersalam dengan emak dan ayah sebelum menuju ke dewan peperiksaan.Saya nak salam siapa?

Jealous ye..!

Itulah kehidupan berdikari namanya.Kan,kan?hehe..

Mengenali ayah,dia tidaklah garang sangat.Cuma mungkin waktu kecil-kecil dahulu,kami agak lasak,ayah bersikap tegas waktu itu.

Kami belajar mengaji daripada Muqaddam sehingga Al Quran dengan ayah dan emak.Belajar cara solat yang betul.Saya masih ingat lagi,pernah kami adik beradik disuruh beratur untuk diuji bacaan doa qunut.Alahai,kalau tak lepas,roti panjang la jawabnya!

Ayah juga mengajar kami wirid-wirid dalam solat.Dengan saya,ayah turut menitipkan pelbagai pesanan.Katanya,kalau tiada apa yang hendak dicakap,lebih baik berdiam diri.

Pernah sekali saya dan adik-adik melihat program lawak di youtube.Kami ketawa besar time tue (walaupun saya tak tahu dimana lawaknya).Ayah senyap sahaja dan membiarkan kami menontonnya sehingga habis.

Kemudian,di hari yang lain,sewaktu saya baru pulang dari bandar bersamanya,ayah menyampaikan nasihat.Kata ayah,

Orang yang paling banyak ketawa dan membuat lawak di dunia ini,akan paling banyak menangis di akhirat nanti.Sebabnya dia akan menyesal dengan apa yang diperkatakannya.

Adeihh..terkena den!dalam hati saya,nie mesti kes hari tue tengok program lawak kat youtube..huhu.

Hari ini hari lahir ayah.Hampir setengah abad usianya.Dan hampir sedekad lebih saya menjadi anaknya.Alhamduliah,terima kasih ya Allah kerana memberi peluang ini.

Sebagai seorang setiausaha tak rasmi kepada ayah dan emak,saya memikul amanah yang besar.

Pada saya lah ayah dan emak sandarkan harapan.Pada saya juga mereka sandarkan impian.Tunjukkan teladan dan akademik yang terbaik.Baru adik-adik kamu boleh ikut,pesan mereka.

Semuanya di kedua belah bahu insan yang lemah ini.

Cuma,pinta saya,semoga diri ini bisa menjadi anak yang solehah,yang tidak lupa mendoakan kesejahteraan ibu dan ayahnya setiap kali seusai solat.

Buat ayah,

Selamat hari lahir.Kaklong doakan ayah sihat sejahtera dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.InsyaAllah.Thanks a lot because being the best father for me and adik-adik.Among the best thing I got from Allah Taala.I love you dad.Semoga keluarga kita dapat berkumpul di syurga nanti.Sebagaimana kita berkumpul di dunia ini.InsyaAllah.

Pesanan ayah yang paling mahal bila sudah masuk usia 20an nie:
Esok,kalau hendak cari husband,carilah yang beragama dan penyabar..=)

Emak cakap,dia buat surprise pulut kuning..waa,jeolousnya!

No comments: