Wednesday, January 18, 2012

Tiket Bas vs Tiket ke Syurga


Alhamdulilah,peperiksaan sudah habis dua tiga hari yang lalu.Syukur pada Allah.Lega rasanya.Tapi kelegaan itu tidak berpanjangan,selagi pensyarah masih menanda kertas jawapan.

Ya Allah.Saya sandarkan yang baik-baik padaMu.Tetapkanlah yang terbaik buat hambaMu ini,kerana dia sendiri tidak tahu apa yang terbaik buat dirinya.

Ameen.

Habis sahaja exam,hati runsing sekali lagi.Kawan mengkhabarkan,tiket ke selatan sudah habis dijual.

Erk..alamak,macamana nie?hmm..saya perlu balik pada tarikh sekian sekian kerana ada majlis jemputan.

Ya Allah.Semoga Engkau permudahkan urusanku.Doa saya dalam hati.

Dalam perjalanan ke rumah pakcik,saya singgah di stesen bas untuk membeli tiket.Hmm,barangkali waktu itu kerisauan saya berganda-ganda rasanya.

Ya Allah,mudah-mudahan ada la tiketnya.

Sampai sahaja di kedai Uncle yang menguruskan tiket bas,terus saya ajukan samada tiket sekian-sekian pada tarikh teett,masih dijual lagi atau tidak.

Jawab anak Uncle dengan muka sebaknya ,

“Sudah habis,dik..”

Oh.Sabarlah Husna.Ujian apakah ini?ececeh.Baru ujian tiket.

Sedang saya mengeluarkan diri dengan longlainya dari kedai,anak Uncle terus ke belakang kedai.Bertanya pada ayahndanya,yakni Uncle yang penyayang itu.

“Adik mau balik teett ka?kejap uncle telefon Shahab.Berapa hari bulan mau balik?”tanya Uncle.

Saya pun membertitahu tarikh dan waktu perjalanan.

Seusai saja Uncle menelefon,mukanya terus berseri-seri.Berita baik?oh..

“Adik,tiket ada.”dengan girangnya Uncle memberitahu.

Alhamdulilah.Tak terkata apa-apa saya dibuatnya!speechless…terima kasih Ya Allah kerana mempermudahkan urusanku.

Sesungguhnya,setiap kesulitan itu ada kemudahan.InsyaAllah.

Selepas membayar tiket,mesej ditaip,memberitahu dia.

“I got the ticket.All praise to Him..:-).”

Butang send ditekan.

Sebentar kemudian.

“Baguslah.Lepas nie kena usaha dapatkan tiket ke syurga pula..;-).”

Wow.Buzz..buzz.buzz..macam kena inject rasanya.


muka kena inject mesej tarbiah.

Ya,InsyaAllah saya akan berusaha untuk mendapatkan tiket ke sana,sebagaimana saya gigih mendapatkan tiket ke kampung halaman.

Ini kerana kampung halaman saya yang abadi adalah di akhirat,nun jauh,tak terjangkau dek pandangan mata.

Bagasi sebenar saya adalah amalan yang disimpan selama kehidupan di dunia.

Harganya pula adalah ketabahan dan kesabaran.

Dan saya tidak mahu keseorangan ke syurga idaman.

Mari kita berpimpin tangan?

Tuesday, January 17, 2012

Pandangan Dia lagi BERHARGA



Sedang kita berjalan-jalan,kita terpandang sebuah rumah besar.Banglo barangkali.Villa pun mungkin juga.3 tingkat rumahnya.Rekaan banglonya memang cantik.Ada gaya moden dan fusion.Halaman rumahnya sangat luas.Berderet kereta pelbagai jenama disitu.Jenama yang mantap-mantap.

Mercedes,Lamborghini,Porsche..

Ada air terjun,taman yang cantik di halaman rumah tersebut.

Kelihatan tuan rumah sedang enak bersantai di halaman sambil menghirup kopi.Manakala suratkhabar berada di sebelah kanan tangan kanannya.Barangkali membaca berita ekonomi agaknya.Melihat turun naik saham syarikatnya.

Ada anak kecil berlari-lari,sambil mengejar rama-rama.Mereka ketawa riang.Sakat menyakat,usik mengusik.Si anak diacah oleh ibunya.Maka ketawa besarlah kedua-dua beranak itu.

Suasana sungguh harmoni.



Pada pengamatan kita, 

“Bahagianya orang itu..punya rumah yang besar,kereta yang mewah,keluarga yang bahagia…sedang aku?tiada apa-apa…”

Satu hari bos meminta kita ke luar negara untuk projek syarikat.Dengan rasa gembira,kita pun menyediakan barang-barang dan membuat persiapan.

Tiba pada hari yang dinantikan,kita pun menaiki kapal terbang menuju destinasi yang dituju,negara Queen Elizabeth.Erkk..

Didalam perut kapal,kepala kita tertinjau-tinjau,mana tahu dapat melihat rumah kesayangan.Dapat tengok sipi-sipi,sayup-sayup pun jadilah,pada pengamatan kita.

Hampa.Kita tidak dapat melihatnya.

Kemudian kita teringatkan rumah banglo yang kita lihat 2 3 hari yang lalu.

“Haa,mesti rumah tue dapat tengok.Sebab rumah tue beso,confirm punyalah.Tak dapat tengok dinding,bumbung pun jadilah..hehe..”

Malangnya,usahkan bumbung,kereta tuan rumah yang mewah-mewahan khabarnya pun tidak dapat kita tengok.

Mana pergi Lamborghini,Mercedes dan saudara maranya?


Mana pergi famili tuan rumah yang dikatakan bahagia?

Syarikat dia?hmm..lagi lah tidak nampak.

Tak dapat dilihat.Semuanya tak terjangkau dek pandangan kita yang terbatas.
Sambil bersandar di kerusi penumpang,kita termenung jauh.Sambil melihat awan yang tersusun disebelah kapal terbang.

*********************************


Ya Allah,itu baru pandanganku,belum lagi pandanganMu.Aku yang baru berada beberapa kaki dari bumi,sudah tidak nampak rumah banglo,kereta mewah dan material lain yang aku kagumi selama ini.

Semuanya kecil-kecil,sayup-sayup di pandangan mata.

Sedang Engkau semestinya tidak memandang semua itu.

Engkau Maha Besar dan Maha Melihat.Engkau menilai hati-hati kami,bukan material yang kami ada.

Engkau menilai saham amalan kami,bukan saham syarikat yang dimiliki.

Engkau tidak memandang rumah besar,kereta mewah yang kami miliki.Kerana di syurga itu,ada yang lebih baik menanti.

Engkau akan mengumpulkan kami sekeluarga dalam keadaan harmoni,sebagaimana Engkau mengumpulkan kami di dunia yang fana ini.Selagi keluarga ini mentaati perintahMu,ya Rabbul Izzati.

Semua yang ada itu hanya pinjaman yang bukan abadi dan hakiki.

***********************************

Sesungguhnya pandangan Dia lebih berharga dari pandangan manusia.Jadikan diri kita bebas dari pandangan,pujian dan penghargaan manusia.InsyaAllah.

Monday, January 16, 2012

Kerana Ali Imran.




Berita penghijrahannya saya terima lewat daripada teman-teman sekuliah.Mulanya saya tidak percaya,tetapi setelah mendengar cerita teman A,saya akur kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

“Husna,semalam masa kami nak sembahyang kat surau,kami terkejut.Kami nampak tettt masuk surau sekali.Kami heran la kan.Rupa-rupanya,kata kawan,dia dah masuk Islam,Husna..”.A bercerita.

Whatt?masyaAllah.Terkejut saya dibuatnya.Terkedu pun iya juga.Benarlah hidayah itu milik Allah.

“Lepas tue,korang semua macamana?”tanya saya lagi.

“Kami semua gembira,terharu pun ada juga bila tahu dia dah jadi saudara kita,Husna..”.si A menambah.

Allah.Engkau benar-benar Maha Berkuasa.

“Patutlah,cheq..patutlah..”.saya teringat perbualan dua tiga bulan yang lalu.Sebelum dia menjadi umat Nabi Muhammad.

“Patutlah kenapa,Husna?”. A menyoal.

“Patutlah dia pernah tanya pada Husna,kenapa ayat Al-Quran ada 666 ayat.Masa tue Husna pun tengah cari jawapannya kenapa.Pastue dia tanya tentang aurat perempuan Islam.Berpeluh-peluh juga nak menerangkan kat dia..kena speaking pulak tue..hehe..”.saya mengimbas peristiwa yang berlaku sebelum ini.

“Macamana dia boleh tertarik pada Islam,A?”.saya menagih jawapan.Berita penghijrahan ini benar-benar membuatkan saya rasa sayu dan gembira.

“Kawan dia cakap,dia suka baca tafsir Quran,Husna.Lepas dia baca surah Ali Imran,dia terus tertarik nak mendalami Islam lagi..”.jawab A.

Surah Ali Imran?adakah dia juga terpesona dengan ayat 190?

Selepas sahabat saya itu pulang ke biliknya,saya membuka tafsir Quran.Surah Ali Imran..surah Ali Imran..surah Ali Imran,hati saya bagaikan terkumat-kamit menyebut nama surah itu.Setelah ditemui,saya cuba membaca maknanya satu persatu.

Saya terpaku pada ayat 74.

“Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar..”

Dan ayat 85.

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima kepadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi..”

Adakah kerana ayat-ayat cinta ini?wallahuala’m.

Saya pandang kitab tafsir yang terletak diatas meja.

Kitab itu benar-benar kitab hidayah kepada golongan yang belum memeluk Islam.Ia bukan kitab biasa.Ia kitab mukjizat,dan akan kekal sehingga hari kiamat.

Kalau tidak,masakan saintis-saintis barat menggunakan Al Quran sebagai rujukan utama?

Kemudian seorang demi seorang melafazkan,

Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Selang dua tiga minggu kemudian,saya menemui sahabat saya itu.Kebetulan,pada sebelah malamnya,ada diadakan bacaan Yassin dan solat hajat di masjid.

Biarlah saya namakan dia K.

“K,malam nie ada baca Yassin dengan sembahyang hajat kat masjid.Jemput datang..”.saya mempelawanya.

“InsyaAllah,kak.Saya masih belajar Muqaddam lagi.Tak mahir dengan surah Yassin..”

“Oh..takpe takpe..kamu belajar dengan siapa?”

“Dengan kawan..”dia memberitahu.

“K macamana setakat nie,ok?”

“Alhamdulilah..ok,kak.”.Mukanya berseri-seri kegembiraan.

“Kalau ada confuse apa-apa,ustaz-ustaz kat sini pun ada.Boleh tolong sekali.InsyaAllah..”.saya memberi cadangan.

Dia mengangguk,tanda mengiyakan.

"Kak,ada nota IPE tue tak?".Ada,jawab saya.

"Nanti akak beri pada kamu ea.Jangan tinggal solat."pesan saya.

"InsyaAllah,kak."jawabnya pendek.

 Kadang kala,saya ternampak kelibatnya di surau fakulti.Kata kawan saya,dengar azan sahaja,segera dia menunaikan salah satu rukun Islam itu.

MasyaAllah.Moga istiqamah selama-lamanya.

Hidayah itu milik Allah.Yakinlah itu.Dia akan beri pada sesiapa yang Dia hendaki.Dia juga akan tarik pada sesiapa yang Dia hendaki.

Ya Allah.Panjangkanlah hidayah sepanjang hidupnya,kuatkanlah hatinya dan matikanlah dia didalam golongan yang beriman.

Ameen.


Thursday, January 12, 2012

"Jangan pandang ke langit.."




“Jangan selalu pandang ke langit..” kata seorang teman.

Saya menyoalnya kembali.”Kenapa?”

“Nanti cepat lupa..”.dia memberitahu.

“Ohh..siapa beritahu?”.Tanya saya lagi,mendapatkan jawapan.

“Orang tua-tua cakap.”dia menjelaskan.

Waktu itu kami sedang duduk-duduk di ruang tamu rumahnya.Petang itu sungguh damai.Redup cuacanya,tidak panas,tidak hujan.Sedap nie kalau tidur,getus hati saya.Tetapi mengenangkan larangan Rasulullah yang melarang umatnya tidur selepas Asar,dipendamkan sahaja keinginan itu.Malam nanti masih ada.12 jam lagi untuk tidur selena-lenanya.

Pulang dari rumah sahabat saya itu,saya terimbau kata-katanya.

”Jangan selalu pandang ke langit..”

Lalu,saya dongakkan kepala ke langit.Kenapa tak boleh ea?saya pelik dan hairan.

Kelihatan burung-burung sudah mula berterbangan pulang ke sarang.Matahari sudah mula pudar cahayanya.Saya terdengar bunyi kapal terbang yang agak perlahan berdesing di telinga.Saya amati kapal terbang tersebut.Barangkali ia menghala ke Changi atau Senai,agak saya.

Saya pandang lagi ke langit.MasyaAllah,awan sedang bergerak perlahan-lahan ditiup angin.Perlahan dan lembut ia ‘berjalan’.Lemah gemalai,diibaratkan seperti seorang gadis ayu yang berjalan dengan penuh kesopanan.

Saya amati warna awan-awan itu.Ia disimbahi warna perak dan langit kirmizi.Barangkali ia menerima tempias dari cahaya matahari yang mula melangkah ke waktu senja.Warnanya jingga,kemerah-merahan.




Lalu saya menyoal diri,siapa yang tak terpikat meilhat suasana itu?

Siapa yang tak terpegun?

Siapa yang takkan terkeluar dari bibirnya tasbih keagungan?

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam...
(Surah Az-Zumar:5)

SubhanaAllah.Alhamdulilah.Allahuakbar.

MasyaAllah.Cantik.Tak terungkap dengan kata-kata.

Saya mempercepatkan langkah menuju ke rumah.Senja akan tiba sebentar saja lagi.Tak elok duduk di luar rumah bila waktu senja.Waktu itulah syaitan berkeliaran,memulakan kerjanya berlipat kali ganda.

Di tempat saya,memang agak cepat waktu terbenamnya matahari.Kadangkala,jam baru sahaja pukul 7 malam,tetapi sudah gelap gelita.Manakala waktu pagi,biasanya pukul 6:45,langit sudah terang.

Terang tanah kata ayah.

Malam mula tiba.Selepas maghrib,saya membuka tingkap rumah.Saja,hendak merasai angin malam yang sejuk dan damai.Tenang rasanya.

Kebetulan,di dada langit bulan sedang mengambang penuh.Terang sungguh cahayanya.Sekali lagi,hati begitu takjub dengan keajaiban Allah.Sebak rasa tiba-tiba.




Saya memanggil Fatimah.

“Fatimah,bulan terang nie.Nak tengok tak?cantik sangat..”

“Mana,mana?”.si kecil itu menyoal.

“Itu,nampak tak?”,saya menunjukkan bulan di langit.

“Ha’ah la kaklong.Cantik kan.Kita rasa macam nak pergi bulan sekarang la..”

Ah sudah,gerutu hati saya.Nak pergi bulan pula,si kecil ni.

Fatimah belajar betul-betul.Mana tahu boleh jadi angkasawan wanita Islam pertama pergi bulan..macam Maryam Al Ajlia.Dia tue pandai tau,pasal bulan,bintang-bintang nie semua..”

“Nanti pergi kat bulan,boleh lambai kiteorang kat rumah nie ,dik..”Shafie menyampuk.Loyar buruk betul.^_^

Teringat tahun lalu,ketika gerhana bulan berlaku.Kami semua duduk berkumpul di beranda rumah,menanti proses gerhana bulan.Sungguh,waktu itu langit sangat terang,sehinggakan kami mengambil keputusan menutup lampu seisi rumah.Mengamati gerhana bersama-sama.

Jangan selalu pandang ke langit.Saya teringat kembali kata-kata seorang sahabat.

Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.
 (Surah az-Dzariyat;47)

Hati saya bagai ingin membicarakan sesuatu.Langit lah tempat saya belajar mentarbiah diri.Langitlah antara ciptaan Allah yang mendamaikan hati.Menyedarkan saya,bahawa saya tidak pernah keseorangan berjalan di muka bumi ini.

Seingat saya,sejak kecil,saya suka memerhatikan langit.Pagi,petang,siang dan malam,kalau ada kesempatan berada diluar rumah,saya akan mengamati langit dengan ‘khusyuknya’.

Teringat dulu,sewaktu menaiki kereta atau membonceng motorsikal bersama ayah pada waktu malam,saya sering dijentik kehairanan.Lebih-lebih lagi bila waktu bulan mengambang penuh,yang biasanya terjadi dari 10 hingga 15 setiap qamari.

“Kenapalah bulan nie asyik ikut je..?”.soal saya didalam hati.Maklumlah,akal kanak-kanak,tidak mengerti lagi.Saya sering perasan,memang bulan itu seolah-olah mengikut motor atau kereta yang dipandu.Sampaikan saya sering mengusik adik,

“Tengok,bulan itu suka kat Kaklong.Dia ikut je Kaklong pergi mana-mana..”

Ish ish ish..

Bila sudah besar sedikit,sudah belajar bermacam perkara,barulah saya mengerti.Bulan itu tidak ‘mengikut’ sebenarnya.Tetapi saya yang bergerak di bumi ini.




Nak dipendekkan cerita,ketika di bangku sekolah,saya memasang cita-cita.Untuk menjadi seorang ahli astronomi.Semuanya kerana terpikat,terpegun dan terpesona dengan bulan,bintang,langit dan isi kandungan cakerawala.

Tetapi ia terhenti disitu.

Kemudian,cita-cita itu tersubur kembali.Kali ini saya berminat untuk menjadi seorang jurutera aeroangkasa pula.Alamak,mendengar namanya memang cukup gah.Belajarnya pun 'gah' juga.Saya menarik diri dari ‘pertempuran’ itu.Tambahan pula,kursus ini kebanyakannya didominasi oleh kaum Adam.Ikhilat amatlah dititikberatkan.

Bayangkan sekiranya saya didalam bidang itu?dengan tudung besarnya,baju labuhnya,bergelumang dengan mesin-mesin semua.

Sungguh dahsyat disitu.ish ish ish.*geleng kepala*

Ia tidak pernah terhenti.’Cinta’ saya pada langit sentiasa menjentik hati.

Saya terbaca buku karangan Harun Yahya yang bertajuk ‘Indahnya langit diwaktu malam’ kalau tak silap.Ralit membaca,sehingga tidak sedar apa berlaku di sekeliling.Saya membayangkan sedang membaca buku tersebut di kaki langit,ditemani bintang-bintang disisi.Oh,sangat tinggi ya imaginasi saya!




Ketika menunggu keputusan peperiksaan selama 6 bulan dirumah,saya sering mendengar radio IKIM.FM.Kadangkala,ada petikan ayat-ayat Al Quran yang ke udara bersama dengan maknanya.Saya bagaikan terbuai-buai dan jatuh cinta dengan surah Ali Imran,ayat 190.

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

Sebak kadangkala menerpa.Ya Allah,Engkau menciptakan itu tidak sia-sia.Benar sungguh ciptaanMu itu,Ya Rabbi.

Allah menyebut penciptaan langit dahulu,daripada bumi.Saya terfikir,mesti ia mempunyai hikmah yang besar.Sungguh,saya yakin itu.Yakin dan pasti.

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. 
(Surah Fusilat; 12)

Langit,ia adalah kanvas kehidupan kita.

Asalnya waktu pagi,ia cerah.Kadangkala bersih tanpa awan,kemudian ia ditemani matahari yang sentiasa memancarkan cahayanya sehingga hari kiamat.Biiznillah.




Kemudian,bila melangkah ke tengahari,awan gemawan pula berarak.Bentuknya beropol-ropol,sebagai pelindung kepada manusia di bumi.Ini kerana,matahari mula tegak di kepala,terutamanya bila waktu tengahari.Bila waktu begini,selalunya manusia akan cuba mencari tempat redup,untuk mengelakkan kepanasan.Kadangkala angin sepoi-sepoi bahasa meniup ke muka,aduh,enak sungguh!

Di waktu petang,langit mula redup sedikit.Matahari semakin kurang pancaran sinarannya.Waktu inilah manusia bergerak ke padang permainan untuk beriadah.Waktu ini juga,sangat enak sekali tidurnya.Tetapi,janganlah selalu diamalkan.

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya).
(Surah al-Anbiya; 33)

Menginjak ke waktu senja,langit mula bertukar warna.Dari cerah,terang,redup,ia mula samar-samar.Waktu ini,cahaya matahari sudah ‘sipi-sipi’ kata orang.Jingga,kekuning-kekuningan,atau kemerah-merahan.

Cantik sungguh.SubhanaAllah.

Matahari mula beransur-ansur hilang,untuk menjalankan tugasnya kepada dunia disebelah lagi.Nun di hemisfera utara sana.

Malam.Selalunya langit tidak pernah atau jarang keseorangan,kecuali waktu hujan.Itu pun ditemani hujan juga.Kalau tak bulan,bintang-bintang setia disisi.

Pernah sekali,waktu itu saya sedang berdiri diluar rumah.Tiba-tiba ada komet melintas didepan mata.Menggigil saya dibuatnya.Sebab dalam sejarah ia berlaku,sekilas sahaja didepan mata.

Bagaimana kejadian langit,’teman-temannya’ setiap masa,ia memberi kita peringatan.

Bila kita pandang ke langit,kita akan berasa tenang.Sungguh,rasa kekuatan dan kebergantungan pada Allah itu sangat menebal.

Penciptaan matahari yang memberi cahaya,yang sangat-sangat berguna.Kalau matahari tiada,seisi dunia akan gelap gelita dan sejuk beku semuanya.Maka tidak bernyawalah hidupan didunia ini.




Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa dan Maha Mengetahui. 
(Surah Yaasin;38)

Penciptaan bulan.Walaupun ia nampak tidak ‘cantik’,dengan kawahnya,permukaannya,udaranya,siapa yang ingin tinggal disana?tetapi cuba lihat bila mengambang penuh.Cantik sangat kan?ibarat seorang manusia,bila ilmu penuh didada,akhlaknya sangat baik,orang tidak akan memandang rupa parasnya,kerana ilmunya yang didamba.Hanya jauhari mengenal manikam.



Bintang-bintang.Waktu saya belajar sains darjah 4 dahulu,barulah saya tahu,rupa-rupanya bintang boleh membentuk buruj.Kalau tidak,masakan Ibnu Battutah memanfaatkan buruj-buruj ini ketika berlayar.

Sejak itu,kadangkala saya cuba mencarinya di waktu malam.

Ada belantik,anak panah,kala jengking.MasyaAllah,benar-benar cantik bentuknya.

Komet,bima sakti,galaksi.Antara ciptaan Allah yang terdapat diluar bumi kita.Jangan dilupa planet-planet yang berputar mengikut orbit masing-masing,mengelilingi matahari.




Langit yang Allah cipta sangat misteri.Tetapi,awal-awal lagi,Allah sudah memperingatkan kita,Dia tidak menciptakan ia sia-sia.

Pandanglah selalu ke langit.Terutama di sepertiga malam,4 pagi keatas.Waktu itu kita akan dapati,langit begitu bersih.Rasa kerdil sangat detik itu.Kemudian tunaikanlah tahajudmu.Pasti menitis air mata,mengenangkan kebesaranNya.

Mungkin kata-kata sahabat saya itu ada benarnya,mungkin juga tidak.Wallahu’alam.saya terfikir,kalau katanya melihat langit selalu boleh menjadi lupa,bagaimana hendak dicari ilmu tasauf dan menjadi golongan Ulul Albab?


Kata Amira,mungkin signifikannya begini.

Dikhuatiri bila selalu memandang ke langit,akan lupa pada rumput dibumi.Akan lupa pada tanah yang dipijak,akan lupa pada udara yang dihirup.Dibimbangi akan berada di awang-awangan,tanpa hala tuju yang jelas!

MasyaAllah.Saya mohon keampunan dariNya atas kekhilafan ini.

Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. 
(Surah al-Baqarah; 29)

Monday, January 2, 2012

"My Dear Allah.."


kredit

Fatimah sudah pandai mengirim mesej kepada saya sejak kebelakangan ini.Kadangkala,sedang saya menaip mesej untuk Aishah,tiba-tiba mesej yang dibalas ‘oleh Aishah’ berubah ejaannya.Menjadi penuh dan ringkas.Tahulah saya,siapa lagi yang menaipnya,kalau bukan si kecik tue.

Kadang kala,dia menelefon,hanya untuk mengusik,

“Kaklong takut kucing ea..hihi..”

Grr..ok,emak beritahu saya semalam,dia menerima kelahiran ‘anak-anak baru’.Err,maksud saya anak kucing.4 ekor semuanya.Semuanya dilahirkan pagi semalam.

“Baby tahun baru..”kata bonda.Yolah tue.

Dan ‘mangsanya’ adalah saya..glupp..

Saya hairan,macamana si kecil Fatimah itu sudah pandai menaip mesej.Ya,saya tahu dia sudah pandai membaca dan menulis sekarang.Aishah yang mengajarnya?impossible.Awal-awal lagi saya sudah pesan pada Aishah,jangan ‘dedahkan’ adik dengan teknologi sangat.

Cukup sahaja untuk dia mengenali televisyen,radio dan internet kadang-kadang.Itu pun sudah memeningkan kami semua.huhu.Tetapi tidak untuk telefon bimbit.

Say ‘no’ to handphone.

Lalu,petang semalam,saya cuba merisik-risik cerita dengan si kecil tue.Sudah semestinya saya harus menyiasat kegiatannya itu.hehe.Sudah macam Sherlock Holmes.hehe.

“Fatimah,siapa yang ajar tulis mesej nie?..”

Off course dia membalas menggunakan telefon Aishah.

*kata Aishah,bankrap dia lama-lama*.

Fatimah : Maiderallah..

“Hah..apa tue?”

Tak lama kemudian,dia pun menelefon.

“Kaklong,dapat tak mesej tadi?”

“Dapat..tapi tak faham Fatimah tulis apa..”

“Oh..kan kaklong tanya,siapa yang ajar kita tulis mesej kan?”

“Ye..siapa?”

“Kita nak tulis kat situ,’MY DEAR ALLAH’..MY DEAR ALLAH yang ajar kita tulis mesej..”

See,her spelling above?dia cuba untuk menulis ‘MY DEAR ALLAH’.Tapi yang jadinya ‘Maiderallah..”




SubhanaAllah.Saya terdiam.

Sejujurnya,saya rasa macam hendak menangis lewat petang semalam.Nafas saya bagaikan terhenti,degup jantung saya laju bergerak.Tiba-tiba saya rasa sangat malu,takut dan insaf.Dia beri saya jawapan tauhid.

Allah..

Hati saya rasa sangat sayu.

Fatimah,kamu membuatkan kakakmu menyedari bahawa segala bakat,kepandaian yang kita ada hari ini,segalanya milik Allah,dik.

Segala harta,kekayaan yang melimpah-ruah selama ini kita perolehi adalah pinjaman dari Dia,dik.

Kalau Allah tak izinkan kita memperolehi waima setitis ilmu pengetahuan sekalipun,kita tak akan dapat ilmu tersebut.

Apa yang kita perolehi hari ini,tidak selama-lamanya kekal.

Walaupun ‘ilmu menaip mesej’..

Mana milik kita..
Tidak ada milik kita..
Semua yang ada..
Allah yang punya..

-          Rabbani : Mana milik kita -