Sunday, January 1, 2012

Alhamdulilah..2012 comes!

man jadda wa jadda.


Masa tengah taip entri nie,hujan renyai-renyai turun di luar.Dari malam tadi hujan sebenarnya.Alhamdulilah.Rahmat Allah.Tanganku mengeletar kebekuan di kala ini.grr…

I can’t stand with cold weather sometimes..huhu.

Ya,hari ni 1 Januari 2012.Hari pertama tahun masihi.Alhamdulilah,Allah masih pinjamkan usia untuk menikmati tahun baru ini.Syukur banyak-banyak pada Dia.

2012.Macam-macam ramalan *konon-kononnya* dikatakan.Paling hot tentulah tentang judgement day.Sebagai orang Islam,yang percaya pada kuasa Allah melebihi segala-galanya,jangan dipercayai benda sebegitu.Bagiku,biarlah mereka dengan angan-angannya.Kun fayakun.Kalau Allah kata ‘jadilah’,maka benda itu akan terjadi.

2012.Hmm,kami di Sintok ini bergelut dengan peperiksaan akhir sem.Kalau semalam (31/12/2011),ada orang tanya,

“Bila Husna exam?”

Saya pula dengan gigihnya menjawab,

“Tahun depan..”

Ececech..walhal esoknya nak exam.Sangat kreatif disitu bila menjawab ‘tahun depan..’..lol..

Doakan saya dan sahabat-sahabat dipermudahkan urusan menjawab exam.InsyaAllah.

Semester yang lalu,benar-benar mencabar diri.Banyak ‘pantang larang’ yang sebelum ini dijaga,telah dilanggar ke baboom oleh saya.Ish ish..saya berharap benar mudah-mudahan tahun 2012 ini,pantang larang tersebut kembali seperti sediakala.Ameen.InsyaAllah.

2012.Orang selalu sambut tahun baru dengan bunga api,countdown,jalan-jalan,tetapi menjelang tahun baru kali nie,hati saya rasa sangat-sangat tersentuh.Sebabnya,di Kuala Lumpur,ada lebih kurang lima ceramah agama,sebagai countdown juga.

Paling dinanti-nantikan,tentulah di Shah Alam nun.Dengan ustaz glamer 2011,Ustaz Azhar Idrus dan Zizan.Tadi,sewaktu menyoroti entri teman blog,dipaparkan suasana ketika ceramah tersebut berlangsung.

Hasilnya,orang sangat ramai.Padat.Sesak.


fenomena 2011

Ya Allah.Terharu sungguh.Pada saya,orang zaman sekarang *termasuk diriku*,mula mencari-cari ilmu agama.Ilmu makrifatullah.Alhamdulilah,ini satu perkembangan positif.Mana tahu,2012 ini,ada ceramah perdana seantero Malaysia?hehe..ameen.

Doakan dia dapat ke Bukit Kachi semester baru nanti..>_<

Menyambut tahun baru dengan kegembiraan berlebihan,tidak manis dipandang.Alangkah eloknya jika ia diisi dengan menadah tangan kesyukuran kerana masih diberi nyawa lagi di tahun baru?

2012.Saya sudah menghampiri ke bibit-bibit semester yang akhir.Sekejap sungguh masa berlalu.Serasa baru semalam mendaftar masuk di Sintok dan menjalani rutin sebagai mahasiswa.InsyaAllah,semoga semuanya baik-baiknya sahaja.Sudah menyiapkan plan B untuk sebarang kemungkinan.hehe..

2012.Si kecil Fatimah akan mendaftar sebagai budak paling kecik di sekolah rendah.hehe.Rindu kat Cik Mah,my sweeetheart.Hari tue,Aishah sms pada saya,bertanya bila saya akan pulang ke rumah untuk cuti semester.

“Kaklong.Bila awak balik kampung?”

“Sekian,sekian tarikhnya.Kenapa?”

“Oh..baguslah.Nak minta tolong tulis nama kat buku Fatimah..”

Apakahh?

Mesti dia comel dengan uniformnya.hehe..Cik Mah,wait for me..!





2012.Umur ku sudah meningkat lagi untuk tahun ini.Tiada apa yang diharapkan selain Allah merahmati setiap apa yang daku lakukan.Semoga Dia mengampuni dosa-dosaku semalam,hari ini dan esok.Semoga dipayungiku dengan kasih sayangNya setiap masa.

Ini kerana,

Solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanya untukMu,ya Allah,Tuhan sekalian alam.

Psst,bulan ini sangat istimewa buat saya.hehe.


1 comment:

ur ex-rumate said...

cin husna, happy new year,meminjam beberapa ungkapan indah dan mudah tetapi bermakna dari Prof Muhd Kamil Ibrahim "Kita mahu menjadi insan yang terpilih, yang sedikit di kalangan umat akhir zaman... Melakukan amal ibadah yang mudah dan ringkas, iaitu berpandukan rukun Islam yang lima... Kita tidak perlu bergelar seorang Ustaz (ustazah) untuk bangun malam atau tidak perlu menjadi lulusan Azhar untuk melaksanakan solat Dhuha" smg kt dpt jd insan terpilih tu, aminnnnnnnnnn
psst, sy th knp bln jan ni istimewa utk cik husna, hehe