Tuesday, December 20, 2011

Prof kata..




Alhamdulilah,hari ini hari terakhir kelas Kaedah Penyelidikan (KP).Eheh,maksud saya disini,kelasnya telah tamat dengan sempurna.Dikhuatiri kalian berfikir saya suka sebab kelasnya telah habis.Itu pun boleh jadi juga..hehe..

Niat kena betul..huhu.

Belajar KP,sangat seronok dan rasa tidak puas *tiap-tiap semester,dilemanya inilah*…huhu.Tapi agak kepeningan sedikit sebab ada kira-kira.

’Saya suka kira-kira’..yeayy..!

Sebelum kelas tamat hari ini,Prof cerita macam-macam dengan kami.Paling saya suka time dia cerita pengalamannya menjadi pensyarah.

Motivasi,motivasi..yes..!

“Result saya masa first degree,biasa.Tak macam kawan-kawan lain.Tapi start daripada first degree tue la saya dah aim nak jadi Profesor Madya..habis sahaja degree,saya terus sambung master..kemudian sambung lagi PhD..”

Temperature motivasi sudah jadi 90%..hehe..

“Jadi pensyarah nie seronok sebenarnya..seronok sebabnya kita berpeluang mewakili U ke luar negara..”

Wah wah..ok,jadi 95%..hehe..

“Kita kena hadiri seminar,bentang kertas kerja..Alhamdulilah,setakat ini,Allah sudah beri peluang pada saya untuk berjalan-jalan serata dunia.Saya dah pergi Malta,Sepanyol,Jerman,Paris,China..macam-macam tempat.Malta antara tempat paling cantik saya pernah pergi.Masa kat Jerman,saya jadi teruja sekejap,sebab dapat melawat muzium kereta Mercedes Benz.Di Stulgart.Bayangkan,kita dapat tengok kereta Mercedes dari zaman dulu,sampai edisi sekarang.Teknologinya berubah.Kat sana best..tiket pengangkutannya murah..saya bertolak ke Jerman,dari Paris.Naik train..pemandangannya cantik..”


Mercedes dolu-dolu punya

Bila Prof sebut tentang Jerman,saya teringat Ain nun jauh disana.Mesti tengah mengigil kebekuan..hehe..

Semangat tak? 98% motivasi sudah sampai?hehe..InsyaAllah.Mudah-mudahan.

“Tapi bila jadi pensyarah,ada cabarannya sendiri.Kamu kena banyak membaca dan kena membaca lebih daripada orang lain.Kalau tak,kamu akan menjadi pensyarah biasa dan duduk di tempat yang sama bertahun-tahun.Kena ada peningkatan dan perubahan.Nak dapatkannya,adalah melalui bacaan..”

99% motivasi sudah di kemuncaknya.

InsyaAllah,dengan izin dan kasih sayangNya,saya akan berusaha dengan gigih mencapai tujuan hidup saya.

Itulah 1% yang berbaki.Motivasi dan semangat untuk mencapai apa yang dicita-citakan harus bermula dengan 100%.

Doakan yang terbaik buat diri ini.Husna boleh dan boleh..!Ameen..mudah-mudahan..!

No comments: