Saturday, December 10, 2011

Jangan stress-stress..


Semakin menghampiri hujung tahun,semakin bertambah kerja.MasyaAllah,diri ini kadang-kadang tidak tahu bagaimana mahu mentafsirkannya.

Jangan aku merungut,ya Allah.Jangan.Siapa diriku untuk mengeluh apabila melakukan sesuatu?

Barangkali semua ini ada hikmah di kemudian hari.Ya,saya pasti itu.Barangkali juga kesibukan hari ini adalah sebagai latihan untuk menghadapi kesibukan masa akan datang.

Tidak mustahil kesibukan akan datang akan lebih hebat lagi.Cubalah didik diri untuk berfikiran positif,Husna.Semuanya ada hikmah.Allah aturkan semuanya tidak sia-sia.Percayalah.

Kadang kala,keletihan itu benar-benar terasa.Stress?hanya saya dan Dia yang tahu.Tidak arif untuk mentafsirkan stress itu bagaimana.Adakah stress itu benar-benar sakit kepala yang membuatkan diri pening dengan keadaan sekeliling?

Atau stress itu bermakna tiada mood untuk melakukan segala-galanya kerana khuatir memikirkan sesuatu?

Kisah Traffic Jam.

Setiap kali pulang ke rumah dan berjalan-jalan,saya akan cuba elakkan satu benda,TRAFFIC JAM.

Entahlah.Saya memang tak suka traffic jam.Kadangkala bila ikut ayah ke JB,seboleh-bolehnya saya cuba mohon pada dia,janganlah pulang petang,yakni pukul 5 ke atas.Saya tak nak terkandas didalam kesesakan lalu lintas.

Hanya Allah sahaja yang tahu macamana.Diri saya tak dapat menerima keadaan yang hingar bingar dengan bunyi hon kenderaan,kereta yang bersusun.Kadangkala ada orang yang marah-marah,kemalangan pun boleh jadi juga.




Saya susah untuk menerima.huhu.

Saya faham,masing-masing mahu pulang ke rumah cepat.Tetapi mungkin disebabkan keletihan yang teramat,ditambah pula dengan ketidaksabaran pemandu lain,semuanya jadi haru biru.

Arghh..tension,tension..

Pening,pening..

Cuma ada sekali tue,saya berbual-bual dengan emak dan Aishah didalam kereta.Kalau tak silap,waktu tue,kami dalam perjalanan pulang dari JB.Ayah pula disisi emak.Sedang memandu kereta dengan perlahan.

Saya beritahu emak,bila saya bekerja nanti,kalau boleh saya mahu kerja di JB sahaja.Kemungkinan untuk ke KL itu agak tipis,walau sudah ada tawaran mendatang.SubhanaAllah,Dia sebaik-baik pengatur.

Sebab KL sangat-sangat sesak dan cepat jem.huhu.Walaupun tidak tinggal disana,tetapi setiap kali saya mengikuti rombongan ke situ,waaa..peningnya hanya Allah yang tahu.

Aishah yang berada di sebelah saya terus mencelah..

“Kaklong,traffic jam tue la ujian cara kita menghadapi stress..”

Emak yang berada disebelah mengiyakan.

Ya,bila saya fikir-fikir,renung-renung semula,benar apa yang Aishah beritahu.Kini,dengan kerja yang ‘sedikit’,ia benar-benar menguji ketahanan diri.

Saya harus bersikap tenang,tidak gopoh gapah,cermat dan berhati-hati ketika bertindak.Saya rasa,dalam apa-apa hal yang kita lakukan,mindset positif itu sangat penting.

Sangat-sangat penting.


i miss paddy field so much..!nak kelik rumah tante..eheh..

Sebab,kalau kita berfikiran positif dalam segala hal,semua kerja akan dianggap sebagai jawapan.Bukan persoalan,bukan bebanan.

Persoalan : "Kenapa mesti aku yang buat benda ini?mana orang lain?"
Bebanan  : "Banyaknya kerja..!"

Kalau kita berfikiran positif juga,kita akan berasa ‘enjoy’ untuk melakukan sebarang kerja.Sebab kita tahu,kalau niat ikhlas,mahu hasil yang baik,pasti Allah akan tolong.Yakinlah.

Dia takkan biarkan kita membuat kerja keseorangan.

Sekarang tugas besar saya ialah..positif,positif,positif dan optimstik dalam segala hal.InsyaAllah..!

Mana tahu,keputusan sem ini ber’colour-colour’..hik hik.Ameen,mudah-mudahan..!  

yeah..problem,you're so small for me..!i'm a big for you..!


No comments: