Thursday, March 8, 2012

Bila Berjaulah ke Pulau Mahsuri


Petang Khamis yang lalu,sampai sahaja di Pantai Chenang,malamnya saya terus menelefon bonda dirumah.

Saja menyakat dia.Menyuruhnya meneka dimana saya ketika itu.Bila saya beritahu saya berada di Pulau Mahsuri,antara nasihat yang dia beri ialah,

“Hati-hati beli coklat tue nanti.Tengok tanda halal dengan contains nya..”

Ok,mungkin dia memahami anak daranya ini akan pengsan bila jumpa coklat.hehe.Yup,saya suka coklat.Bila pening kepala buat sesuatu kerja,Cadbury selalu menjadi peneman hati.Nak buat assigment,kalau tiada idea waktu tue,coklat akan menjadi sebagai mukadimah.Sebelum idea datang mencurah-curah.Rasanya semester lepas,coklat selalu didalam beg.Buat peneman dikala kerja mengelilingi.

Oh coklat!

Awak suka coklat tak?meh kita geng sama-sama.hehe.

Selepas sahaja berbual dengan bonda,kawan se’trip’ mengajak keluar.Berjalan-jalan di pantai waktu malam.Saya agak keletihan dan menolak ajakan mereka.Duduklah saya seorang diri didalam bilik.Tak lama kemudian,kawan tadi pulang dengan muka kelat.

“Awatnya?”soal saya.

“Husnaaaa..hujan..”.beritahu mereka.

Bagus hujan malam Jumaat nie.Alhamdulilah.Sungguh,saya rasa tenang duduk di chalet penginapan kami.Ia betul-betul menghadap pantai.Bangun dan sebelum tidur,akan kedengaran bunyi ombak.

Ombak rindu kata kawan saya.

Baik ‘Hafalan Solat Delisa’ kata saya.Kuat sikit tarbiahnya daripada tueee..

Apa-apa pun,I love the scene.


Pagi Sabtu keesokannya,selepas bersarapan 12 ringgit *erkk..*,kami terus bergerak untuk aktiviti Island Hoping.

Masa mula-mula sampai,awal-awal lagi saya beritahu Diana,saya agak takut sikit nak join aktiviti nie.Dikhuatiri mabuk laut.Kata Diana,tenangkan hati.InsyaAllah takda apa-apa.


Sudah lama rasanya tak naik bot.Mulanya saya rasa agak kepeningan sekejap.Plus,orang yang bawa bot tue macam nak terbang.haha.

Kami pergi ke tiga pulau,iaitu Pulau Beras Basah,yang kata Diana,tak payah basuh berasnya lagi,terus tanak.Malangnya saya tak nampak dimana beras tersebut.Tapi,pantainya memang sangat-sangat cantik.SubhanAllah.

Kemudian ke Tasik Dayang Bunting.Pemandu bot tue bagitahu,nama Dayang Bunting tue diambil sempena bentuk pulau tersebut seperti orang hamil.Disitu,kami hanya berendam kaki dan ramai sangat pelancong mandi.Oh,tak sanggup tengok!pulau tue pun cantik.Tapi banyak kera.

Alahai,sudahlah di Kachi ada kera.Disini pun ada juga.Kami agak menggigil jugalah bila berhadapan makhluk Allah yang ajaib nie.Pelancong boleh tangkap gambar dan beri makan lagi pada binatang tue.Kalaulah diaorang tahu apa yang jadi kat Kachi,confirm berpinar mata tourists nie..hoho.

And lastly,kami ke Pulau Singa.Haa,kat sini,nama je singa.Tapi singa takdak.Yang banyak helang.hehe.Serius,saya suka tengok binatang nie.Sebab dia nampak macam gagah dan ‘berani’ *what??*.Helang disini besar dan burung nie makan kulit ayam.Zati siap tanya lagi,boleh tak letak kulit ayam tue kat tapat tangan,pastue beri helang makan.Jawab Diana,boleh.Ambil insurans tangan dulu.

Ya Allah,saya yang dengar time tue tak dapat tahan gelak.haha.Macam-macam hal.


Pada saya,aktiviti yang paling best adalah bila menaiki kereta kabel atau ‘cable car’.Awalnya memang gayat tak ingat.Taknak pandang bawah.Tapi bila dah sampai kat Gunung Mat Cincang,wah…speechless.Macam di puncak Gunung Everest.hehe.Sejuknya mencengkam.Kemudian boleh nampak keseluruhan bandar.Cantik.

Teringat Mak Anjang pesan,naik cable car tue,orang semangat waja je boleh naik.hehe.Takpe,nanti kalau datang dengan mak dan ayah,nak ajak diorang naik.hehe.

Saya beli buku.

What,book?

Kedai buku yang saya pergi tue pun sangat menarik.Boleh leka dibuatnya didalam tue.Sambil menunggu kawan-kawan berbelanja,saya ralit dari satu rak ke rak buku yang lain.

Masakan saya tidak terleka,walaupun kedai tersebut kecil,tapi,didalamnya,ada macam-macam buku pelbagai bahasa.Wahh…pitam2.hehe.

Ada buku didalam bahasa Inggeris,Rusia,Perancis,Belanda,Jerman,Jepun.Korea je takda.hoho.

Kena pilih buku yang betul-betul berkenan untuk dibawa pulang.Akhirnya saya memilih buku ‘Call the Midwife’.Hmm,didalamnya siap terselit nota ‘terima kasih’ lagi.Sempat juga saya bertanya kepada tuan kedai,macamana boleh dapat buku-buku dengan pelbagai bahasa antarabangsa.



Kata makcik tue,selalunya pelancong akan menukar buku yang mereka bawa dari negara asal dengan makcik tue.Biasanya ia dijual dan makcik akan beri 2 buah atau sebuah buku sebagai tukaran dan ‘oleh-oleh dari Malaysia’.Oh begitu rupanya!

Saya suka Langkawi.

Walaupun pada mulanya agak ‘terkezut’ juga melihatnya.Kadang-kala juga sukar nak percaya,tapi masih menyukai dan tetap menyukai Langkawi.Cewaahh..

Cuma rasa terkilan juga.Pada saya,sepatutnya Langkawi mengekalkan budayanya yang tersendiri tanpa budaya pihak luar.Maksudnya,tanpa pengaruh asing.

Contohnya,saya perhatikan,banyak kafe atau hotel yang dibina dengan budaya pelancong tue sendiri.Seperti English tea café,Mexico,La formiddable restaurant.Tak salah untuk mendirikan kafe-kafe tersebut.Tapi benda tue semua sudah familiar kata orang, bagi pelancong tue sendiri.Tiada beza dengan negara asal mereka.

Macam sama sahaja mereka melancong disini,sebab apa yang ada kat Mexico contohnya,ada kat Malaysia.Betul tak?

Apa kata,cuba buka kedai makan Melayu atau Siam.Saya perhatikan juga 2 3 buah kedai mamak di Langkawi nun,penuh juga dengan pelancong asing.Haa,siapa cakap depa tak minum teh tarik dan makan roti canai?kecuali jangan dihidangkan dengan durian sudah.Pengsan nanti,takda sapa nak angkat.Hoho..


Langkawi kena berdiri dengan identitinya sendiri.Jangan dibiarkan terpengaruh dengan budaya luar.Supaya bila orang melancong ke sana,mereka akan rasa lebih eksklusif,sebab hanya Langkawi sahaja yang ada benda tue di dunia.Itulah namanya identiti bangsa dan nasionalisme.Dan kalau boleh juga,biarlah semua nama tempat di Langkawi itu didalam Bahasa Melayu.Bahasa menunjukkan suasana.Betul tak?

Yeahh..bila anak Malaysia berbicara!


Apa-apa pun,kami pulang dalam keadaan letih yang teramat sangat.Hehe.Saya pergi dengan beg sandang bahu dan belakang.Kecik je beg saya.Balik pun dengan beg yang sama juga.Bagus kan?meh kita jadi pengguna yang berhemah ketika berbelanja.lol.

Bonda juga ada bertanya pada saya.Tak beli sudu ke?sebab katanya sudu Langkawi cantik-cantik.

Teman tak jumpa sudunya.Maafkan anaknda,bonda.Hoho..

Keesokan paginya,saya bagaikan terngiang-ngiang bunyi ombak menghempas pantai.InsyaAllah,akan kembali semula kesini satu hari nanti!


No comments: