Wednesday, March 6, 2013

Pahlawanku


Hari Ahad yang lalu,saya ke Mersing.Ikut emak dan ayah,hantar adik ke asrama.Sepanjang perjalanan,hati rasa tenang lihat pantai,pokok kelapa dan laut.Bila lalu di hadapan jeti nak ke Pulau Tioman dan Pulau Sibu,kat situ saya kena pakai ‘rayban’.wahaha.Sebabnya agak ramai pelancong-pelancong asing.


Faham sahajalah pakaian mereka macamana.Melihatkan suasana disitu,terkenang pada Pulau Langkawi yang pernah saya pergi tahun lalu.Sungguh,saya rindukan kenangan itu. :’)

Suasana di Mersing tak ubah seperti Terengganu dan Kelantan.Mersing adalah salah satu daerah di Johor.Ia terletak di bahagian timur negeri.Jadi,secara tak langsung sedikit sebanyak budaya dan suasana negeri pantai timur itu ada di Mersing.

Satu benda yang saya suka tentang Mersing,sudah tentu keropoknya!yeahh..ikan di Mersing juga sangat segar.Kalau sapa-sapa yang suka memancing tue,jemputlah datang ke Mersing.

Perhatian,perhatian *gaya pengumuman guna healer*,kepada kawan saya,Mrs S yang genius,yang tinggal di Rompin nun,haa andalah..hehe..bila Husna tengok pulau Tioman,Husna teringat pada anda! In shaa Allah kita kesana ye nanti J

Pulang dari mengahtar adik,saya berbual-bual dengan mak dan ayah didalam kereta.Macam-macam isu yang kami bincangkan.Bercerita tentang kerjaya masa hadapan.Tiba-tiba emak bercerita tentang arwah atuk.

“Tok Kassim suka sangat kalau anak cucunya kerja di bahagian perubatan,jadi cikgu dan askar..”

Pada atuk,ketiga-tiga kerja itu ada pahala amal jariah yang sangat besar.

Cikgu boleh mengajar ilmu yang bermanfaat buat anak muridnya.

Doktor pula boleh membantu pesakit sembuh seperti sediakala untuk berbakti pada Dia.

Manakala askar pula menjaga keamanan negara dari serangan musuh.

Kata atok lagi,jadi askar boleh dikira syahid.Sebab menjaga negara kan.

Alhamdulilah,ketiga-tiga kerja itu sudah dipenuhi oleh pakcik dan sepupu.

Sambung emak lagi,ada dua kerjaya yang atok tak benarkan pada anak-anaknya.

Apakah kerjaya itu?

Hehe..

Memandangkan sekarang Malaysia berhadapan detik-detik yang sukar,melibatkan pertahanan negara,saya terkenang kata-kata atok.

“Kesian diorang..bermati-matian berjuang kat Sabah sana..”kata emak.

Siapa yang tidak risau dan bimbang?

Kalau kita,jangankan angkat senapang,menembak pun terketar-ketar lagi.Bila saya lihat hal ini dipolitikkan,sedih sangat rasanya.

Hello..come on lah.Tangan kita memang pantas menaip komen-komen negatif di laman sosial,sebab kita tidak berada disana.Letakkanlah diri kita ditempat mereka.Mesti badan kita seram sejuk,bila tahu kita boleh ditembak bila-bila masa.

Tiada apa yang saya harapkan,selain berdoa semoga perwira-perwira negara itu selamat berjuang di Lahad Datu.In shaa Allah.

Sepatah kata Fedtri Yahya didalam MHI yang sempat saya tonton semalam.

‘Perginya seorang perwira meninggalkan anak-anak kecil menjadi yatim,seorang isteri menjadi balu dan sebuah keluarga hilang tempat bergantung mencari rezeki..’

Al fatihah.


Monday, March 4, 2013

Tak boleh tidur


Semalam,saya mengajar & memantau Fatimah buat kerja sekolahnya.Dah macam cikgu displin.Garang.haha.Yang penting kena siapkan malam tadi juga.Hari ini sudah sekolah.Kerjanya kena dihantar hari ini.

Tapi bila tengok dia gunakan sempoa bila siapkan kerja matematik,dalam hati terdetik,pandai juga si kecil nie gunakan sempoa.Laju jarinya gerakkan not sempoa tue.Kena belajar dengan makcik nie nanti.hehe.


Habis sahaja kerja sekolahnya,saya menyemak.Ada jawapan yang salah,saya suruh dia betulkan.

Mula-mula dia macam sudah penat,bosan.Saya ajar dia cara mengira dengan cepat.

Lama-lama dia seronok.Kemudian dengan penuh semangat,dia betulkan jawapan yang salah.

‘Semangat kita buat kerja math nie,kaklong..’

Ewah ewah..:p

Selesai semuanya,saya suruh dia ambil wudhuk,baca doa,kemudian tidur.

Lama dia balik-balikkan badannya,terus dia kata,”tak boleh tidur la,kaklong..’

Fatimah bangun.Dia cari buku doa.Then dia suruh saya cari doa tak boleh tidur malam.

Macam-macam hal..-,-

Melihatkan doa yang agak panjang itu,takut dia tak terbaca.Saya beri dia tasbih.Suruh dia baca surah @ zikir apa-apa,sambil dikira menggunakan tasbih itu,hingga tertidur.

Tak lama saya tinggalkan dia,saya jenguk sekejap,tidur sudah si kecil tue.

Dengan tasbih di tangan.

Tenang hati. Alhamdulilah!