Semalam,saya mengajar & memantau Fatimah buat kerja sekolahnya.Dah macam cikgu displin.Garang.haha.Yang penting kena siapkan malam tadi juga.Hari ini sudah sekolah.Kerjanya kena dihantar hari ini.
Tapi bila tengok dia gunakan sempoa bila siapkan kerja matematik,dalam hati terdetik,pandai juga si kecil nie gunakan sempoa.Laju jarinya gerakkan not sempoa tue.Kena belajar dengan makcik nie nanti.hehe.
Habis sahaja kerja sekolahnya,saya menyemak.Ada
jawapan yang salah,saya suruh dia betulkan.
Mula-mula dia macam sudah penat,bosan.Saya ajar
dia cara mengira dengan cepat.
Lama-lama dia seronok.Kemudian dengan penuh
semangat,dia betulkan jawapan yang salah.
‘Semangat kita buat kerja math nie,kaklong..’
Ewah ewah..:p
Selesai semuanya,saya suruh dia ambil wudhuk,baca
doa,kemudian tidur.
Lama dia balik-balikkan badannya,terus dia kata,”tak
boleh tidur la,kaklong..’
Fatimah bangun.Dia cari buku doa.Then dia suruh
saya cari doa tak boleh tidur malam.
Macam-macam hal..-,-
Melihatkan doa yang agak panjang itu,takut dia
tak terbaca.Saya beri dia tasbih.Suruh dia baca surah @ zikir apa-apa,sambil
dikira menggunakan tasbih itu,hingga tertidur.
Tak lama saya tinggalkan dia,saya jenguk
sekejap,tidur sudah si kecil tue.
Dengan tasbih di tangan.
Tenang hati. Alhamdulilah!
2 comments:
salam husna....fatimah sekolah cina ka? pandainya dia...btw knp x balas sms...Inshaa Allah jumpa bulan 10ni...thiah doakan semoga husna berjaya dalam bidang yang husna pilih. amin.
fatiah,husna rindu anda sangat2.maafkan husna kerana tak balas mesej anda.husna doakan semoga urusan thesistiah dipermudahkan Allah.contactlah husna kalau perlukan apa2.fatimah sekolah kebangsaan sahaja,tiah.hehe :)
Post a Comment