Saturday, May 14, 2011

Salam Sejahtera ke atas KAMU







Assalamualaikum..

Jarang benar saya menaip dan mulakan tulisan di laman ini dengan ucapan salam sejahtera @ “ Assalamualaikum ”

Sepatutnya begitulah..

Supaya pengunjung-pengunjung semua beroleh keberkatan.Walaupun tidak semua sahabat-sahabat saya tahu akan kewujudan blog ini.
Sekurang-kurangnya malaikat kanan dan kiri saya menjawab salam itu,ye tak??^_^

Maafkan saya atas kekhilafan ini,Ya Allah.InsyaAllah saya akan cuba mendidik diri menulis ucapan salam.Tidak kira dimana-mana.

Walaupun di mesej sekalipun.

Bercerita tentang mesej,kadang-kadang saya dilemma.Alahai,dilemma apa,Husna?^_^

Begini,setiap kali menerima mesej dari kawan-kawan,kebanyakannya memulakan mesej itu dengan ucapan “salam”.Dulu,masa zaman 'kanak-kanak' lagi la,ada yang tulis,'akum','askum'..alahai..
Yang lagi parah,tulis 'camekum'..erkk..terdiam sekejap..psst,saya rasa macam nak bagi khutbah pada orang-orang macam nie..=)
Kalau sudah tulis macam tue,apa maksudnya eh..huhu..

Saya tak tahu nak jawab apa.Kalau hamba Allah itu tadi menulis ‘assalamualaikum’ pada awalan mesejnya,InsyaAllah,saya akan jawab semula salamnya.Sebab dia mendoakan saya supaya dalam keadaan sejahtera.Alhamdulilah.Jikalau dia menulis ‘salam’,patut dijawab ‘salam’ jugakah?

Saya selalu ingat ‘salam’ itu cuma SALAM TANGAN je..tapi,mana ada orang salam tangan di handset..mustahil,mustahil..sepatah kata Usop Kak Limah tue,

"..nampak beno nipunya.."..hehe..

Meh saya kongsikan sedikit ilmu yang diajar oleh ustaz ko-k saya.Ini berkenaan sampaikan salam a.k.a kirim salam.
Ustaz kata,kalau kita ingin sampaikan salam untuk seseorang,kita hendaklah menyatakan ucapan salam itu.Contohnya begini,

“ Husna,nanti sampaikan salam kat Adha ea dengan lafaz Assalamualaikum w.b.t..”..psstt,saya rindu sangat kat kawan saya nih..>_<

Begitulah pernyataan ‘sampaikan salam’ yang sebenar.
Mudah bukan?sebabnya,kata ustaz,kalau kita cuma cakap ‘kirim salam’,seolah-olah ucapan salam kita tadi takde roh.Bila takde roh,keberkatan salam itu akan berkurang.Begitulah kisahnya.

Macam tue juga dengan ucapan salam di mesej handset.Tulislah penuh…Assalamualaikum….InsyaAllah,saya gembira membaca mesej kamu..=)

Sebagaimana kamu sudi mendoakan kesejahteraan pada orang lain,saya juga akan mendoakan benda yang sama buat anda.Semoga kita beroleh keberkatan.InsyaAllah.

Oh ya,antara ciri-ciri penghuni syurga adalah mereka saling berbalas ucapan salam antara satu sama lain.Semestinya kita berusaha untuk ke sana kan?InsyaAllah..

Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain).

-      Surah Al Waqiah : ayat 25 hingga 26


Bahkan,mereka menerima ucapan salam dari Dia Yang Maha Pengasih.Seronoknya…

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.
-      Surah Yassin :ayat  58


Salam yang sering kita lafazkan,berikan dan sampaikan itu adalah satu DOA daripada seorang muslim kepada seorang saudaranya yang lain.Mendoakan agar sentiasa saudaranya itu berada dalam keadaan sejahtera.Bukankah semua muslim itu bersaudara?
Indah sungguh agama Allah ini.

Nak nyanyi lagu "assalamualaikum",dendangan Rabbani?Silakan..
Atau lagu Raihan dan Tan Sri SM Salim??
"..assalamualaikum,apa khabar saudara dan saudari sekalian,daku mendoakan agar kamu selamat sejahtera.."...

Salam sejahtera ke atas kamu…peace,no war..=)
Pstt..nanti tulis penuh ea lafaz salam..


Thursday, May 12, 2011

Bila Waktu Telah Berakhir







“ Husna,abang long Seha sudah meninggal dunia..”
Sahabat saya,Afifah menghantar mesej.
Inallihiwainnallilahirajiun.Daripada Allah kita datang,kepada Allah jua kita kembali.

“ Bila dia meninggal,Fifah?”.Pantas saya menaip.Mendapatkan kepastian.

“ Semalam..abang dia yang kita pergi majlisnya hari tue”.

Saya terkesima sebentar.Allahyarham baru melangsungkan majlis perkahwinannya pada bulan Februari yang lalu.Saya,Afifah,Dina dan Kak Izan sempat menghadiri majlisnya.

Serasa macam baru semalam menghadiri majlisnya.Melihat dia diarak dengan paluan kompang.AllahuRabbi.Dan kini,dia sudah dijemput pulang oleh Illahi.Isterinya sedang hamil anak pertama.
Kak Ziah,bersabarlah!Semoga Kak Ziah kuat menempuhi dugaan ini.

Berita kedua

“..Dukacita dimaklumkan,Dr Syed,pensyarah kita telah pulang ke rahmatullah semalam.Saya mewakili sahabat-sahabat menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Syed..semoga rohnya dicucuri rahmat.. ”

Terkejut.

Sewaktu meneliti status sahabat-sahabat di facebook,tangan ter ‘ stop ’ di status ini.Ya Allah…

Saya pernah berjumpa dengan Dr Syed sewaktu sem 2 dahulu.Masa tue,saya menghadiri program motivasi.Allahyarham merupakan penceramah dalam program tersebut.Dia seorang yang sangat baik.Bercerita tentang pelbagai perkara dengan kami semua.Dan dia cukup gembira bercerita mengenai anaknya yang menjawat jawatan MPP di sebuah IPTA.

Antara pesanannya,kejayaan bisa dicapai sekiranya kita percaya pada keyakinan diri.Dan elemen itu jugalah yang diterapkan pada anaknya.

Kebanyakan student memanggilnya dengan dengan gelaran ‘ustaz’.Mengetepikan gelaran ‘Dr’ yang ada di pangkal nama.

Dia memang baik macam ustaz!

Al Fatihah untuk Allahyarham Dr Syed.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Berilah maghfirah dan rahmatMu,ya Allah kepadanya.Semoga ilmu yang ditinggalkan itu menjadi pahala berterusan buat Allahyarham.Ameen.

Imam Al Ghazali

Satu hari,sewaktu pengajian bersama anak muridnya,Imam Ghazali bertanya kepada mereka.

“..apakah benda yang paling dekat dengan kita?..”

Lantas,pelbagai jawapan yang dikemukan kepada Imam Al Ghazali.Berbagai versi.

Namun,kesemua jawapan itu salah belaka.

Lalu dijawab Imam Al Ghazali,

“ ..benda yang paling dekat dengan kita adalah MATI,anak muridku..”
Kematian sentiasa menghampiri kita.Semua hamba Allah akan menghadapi waktu itu.

“ Setiap yang bernyawa,pasti akan merasai mati..”

Persiapkanlah diri kita untuk melalui detik itu.Rasulullah sendiri menyarankan umatnya supaya mengiringi jenazah ke perkuburan.Supaya mengambil iktibar dan pedoman.

Kerana,kita juga akan dimandikan.Bukan lagi memakai sabun mandian follow me.

Kerana kita akan dikafankan.Bukan lagi memakai baju import dari luar negeri.

Kerana kita akan disembahyangkan.Bukan lagi menggerakkan qiam sendiri.

Dan kerana kita akan dikebumikan.Kita tak mungkin akan merasa lemas di dalam liang lahad nanti.

Bila Allah mengkehendaki,maka Izrail tidak akan berbelah bahagi lagi.Melaksanakan tugasnya yang hakiki.Pulanglah manusia ke pangkuan penciptanya yang abadi.Membuat perhitungan amalan selama hidup didunia ini.

Bagi yang berat bahagian kanannya,syurga menanti.Manakala yang berat pada bahagian satu lagi,neraka akan ditempatkannya nanti.Astaghfirullahalazim.

Wallahu’alam.

Al Fatihah buat Allahyarham abang Seha,Dr Syed dan Aimi Jarr...









Wednesday, May 11, 2011

La Petit Canari






Pagi-pagi yang hening dan sunyi sepi lagi,ia sudah mencicip di tepi tingkap bilik.Berzikir barangkali.

SubhanaAllah.

Sejak kebelakangan ini, rasa macam banyak pula burung di Bukit Kachi.Ia terbang dalam bentuk kumpulan.Semangat berpasukan.Bunyinya pun pelbagai.

Imigrasi dari hemisfera utara?mungkin..
Tapi disana sedang musim bunga dan akan ke musim panas.

Mungkin penghijrahan dari bahagian Australia dan New Zealand.Nanti saya chek  semula ensaiklopedia ^_^


Rezeki burung



Terfikir rutin si burung.Pagi-pagi lagi ia sudah meninggalkan sarang.Berterbangan mencari makanan.

Si ibu atau si bapa akan keluar mencari makanan buat anak-anaknya yang tinggal di sarang.Anak-anak yang menanti dengan kelaparan dan keupayaan yang terbatas.

Pergi sewaktu matahari belum lagi menunjukkan cahayanya.

Pulang sewaktu senja mula merangkak tiba.

Jarang ia pulang dengan kecewa.Apabila ia berjaya menemui makanan,pantas dibawa pulang untuk ‘disuap’ kepada anak-anak di sarang.Kemudian,ia keluar lagi.Mencari dan terus mencari rezeki.

Tanpa jemu.
Sehinggalah waktu petang,burung-burung ini akan ‘punch card’ untuk hari itu.


Diri kita




Rutin kita pun,sama.Berpagi-pagian,kata orang-orang tua.


Pergi ke tempat kerja,pada sesiapa yang sudah berkerjaya...
Pergi ke kelas,pada mereka yang yang sedang menuntut ilmu di pusat pengajian...
Pergi ke pasar barangkali,buat suri rumah 24 hours...
Apa link kita dengan cik burung?
Apa ibrah yang boleh kita ambil dari makhlukNya yang kecil itu?

Konsep tawakal dan pergantungannya pada Allah.
Pagi-pagi sewaktu ia meninggalkan sarang,ia tiada makanan.Anak-anak  ditinggalkan sesama mereka.

Barangkali  suara hati si ibu menyerahkan pada Allah untuk menjaga anak-anaknya di sarang.Malah,si ibu juga berharap agar dimurahkan rezeki hari itu.Sememangnya ''la petit canari" tidak pernah putus asa.Hebatnya ia..

Tawakalnya ia pada Allah dan keluarlah dari sarang,berusaha mencari makanan untuk seisi keluarga.Jikalau tak,kelaparanlah mereka semua.Pulangnya pada waktu petang tak pernah dalam keadaan hampa.Perut kenyang,hati senang..

Diri ini yang bergelar insan..hambaNya..

Bagaimana pula kita meletakkan pergantungan pada Dia?


Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Dia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Surah Al Mulk : ayat 19 

patutkah kita menutup mata?
Astaghfirullah..

Monday, May 9, 2011

Perempuan yang terpelihara






 Bismillahirahmanirahim..

Siapakah mereka?

Mereka yang terpelihara daripada menyintai lelaki lain sebelum masanya,dan mengharapkan cinta Allah semata-mata.

Andainya seorang perempuan itu terkandas dalam percintaannya,terputus di tengah jalan,ketahuilah,sebenarnya Allah memilihmu untuk meraih cintaNya kembali.

Mahu semula merintih,berdoa dan mengharapkan yang terbaik dari Allah.
Dia lah pemilik cinta sebenar.

Cinta yang hakiki.Dan abadi.Cinta yang tiada galang ganti.

Mari kita rebut cinta Ilahi.Kepada yang sedang mencari,teruskan pencarian itu.InsyaAllah,semoga ia berhasil.

Berdoalah.Jangan berputus asa.Sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

Cintakan bunga,ia  akan layu..
Cintakan manusia,dia akan mati..
Cintakan Allah,kekal abadi..