Saturday, March 31, 2012

Bon Voyage!

Selamat tinggal bulan Mac.InsyaAllah,panjang umur kita jumpa lagi tahun hadapan.Pastinya ketika itu umur saya sudah bertambah.Seiring juga dengan pertambahan amal.Ameen.

Bulan ini juga dianggap bulan perpisahan abadi.Terlalu ramai hamba-hamba Allah yang baik disekeliling meninggalkan diri,berjumpa pemilik hati yang hakiki.
Ya Allah,tempatkanlah mereka dikalangan orang yang beriman.Berilah maghfirah kepada mereka di akhirat sana.

Rasa macam baru minggu lalu nampak mereka berjalan disisi,tiba-tiba hari ini menerima berita pemergian yang mengejutkan hati.

Semoga kita dapat berkumpul di jannah kelak.
Amin.ya Rabbal alamin.

Bon Voyage!

Thursday, March 29, 2012

Kalau Dulu..


Kalau dulu,kadang-kadang beli majalah hiburan.Mangga,URTV,Hai and so on.

Sekarang nie,tiap-tiap bulan mesti tak pernah tinggal majalah Solusi,Anis,GenQ dan Q & A.

Kalau dulu,tiap-tiap minggu,jarang tinggal drama-drama Latin,Sinetron dan segala jenis movie di tv.

Sekarang nie,tiap-tiap minggu rasa tak sabar menunggu Al Kuliyyah,Forum Hal Ehwal Islam dan program hot,30 minit Bersama Ustaz Don.hehe.

Kalau dulu,asal bukak youtube je,mesti nak tengok siaran bola yang tertunda,tengok klip video artis-artis ke,yang kadang-kadang sampai menggigil tengok aksi mereka.

Sekarang nie,tengok jugak youtube tue.Tapi tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus,Ustaz Kazim,Brother Shuaib dan sebagainya.Tengok juga klip video lagu,tapi tengok Maher Zain,Irfan Makki,Raihan dan lain-lain.Lagi best!

Kalau dulu,asal bukak radio je pagi-pagi,mesti bukak radio yang gelak ketawa sepanjang masa,yang keluarkan lagu macam-macam rupa.Sekali dengar,terus hafal,walaupun tahu,maknanya kadangkala entah apa-apa.

Sekarang nie,kalau bukak radio je,mesti cari frekuensi radio IKIM.Pagi-pagi dengar ayat Quran,Al Mathurat,Motivasi Pagi,rasa tenang jiwa.Rasa semangat untuk mulakan kerja.

Kalau dulu,keluar je citer baru kat pawagam,excited tengok siapa pelakonnya,sampai ingat setiap babak citer tue.Cerita dengan kawan,tujuh hari tak habis.hoho.

Sekarang nie,tengok citer juga.Tapi bukan tengok hero,heroinnya.Tapi tengok nilai-nilai apa yang boleh ambil.Untuk dijadikan sebagai contoh dalam kehidupan.

Kalau dulu,selalu baca Mastika.Sampai nak pergi toilet pun takut.Mana tau,jap lagi ada kuar benda alah warna putih lambai-lambai nak berkenalan,ada tak cukup tanah nanti lari.Wahaha..

Sekarang nie,dah tak baca.Kalau boleh tak nak baca.Sebab tahu,hebat macamana pun makhluk Allah yang lain,ia takkan berkuasa tanpa izinNya.Sebab Allah yang mengaturkan segala-galanya.

Kalau dulu,bila mak suruh baca Quran,baca la juga tanpa tahu makhrajnya,tajwidnya semua.Asal lepas setiap juzuk jadi lerr..

Sekarang nie,ada kawan yang baik hati tolong chekkan tajwid,nahu semuanya.Bila usrah pula,selalu citer pasal ayat-ayat tue.Baru sedar,ia bukan sekadar kitab umat Islam,ia juga kitab sejarah,psikologi,semuanya.Baru dia rasa beruntungnya jadi hamba Allah yang Esa.

Kalau dulu,nampak je orang tak pakai tudung,tak tutup aurat,berdua-duaan pakwe makwe,mesti geleng kepala.Apalah nak jadi kat orang tue,dalam hati berkata.

Sekarang nie,kalau lihat je,cepat-cepat doa,supaya Allah bagi hidayah pada mereka.Supaya boleh masuk Jannah bersama-sama.InsyaAllah.

Zaman dah berubah.Dunia dah maju.

Maju macamanapun,Islam tetap syumul sepanjang zaman.Hingga hari pembalasan.

Ia tetap relevan sampai mati.

::Pengalaman seorang teman yang bertemu hidayah.Alhamdulilah..::

Friday, March 23, 2012

Bertemu 'Fenomena 2011'



“Rasulullah kata,di akhirat nanti,orang yang sedekah RM100,RM1000 atau RM1 juta pada masjid akan berasa sangat menyesal.Menyesal bukan sebab bagi duit tue,tapi sebab melihat nikmat dan ganjaran yang mereka perolehi di syurga kelak.Kalau mereka tahu pahalanya berganda-ganda,nescaya mereka akan menginfakkan seluruh harta mereka pada masjid.Macam Abu Bakar,Uthman,hampir separuh harta mereka disalurkan pada Islam.Begitu juga dengan sahabat Nabi yang lain..”

“La nie sedang berlaku perang Salib yang kedua di timur tengah.Di Afghanistan,umat Islam dibunuh,Al Quran dibakar begitu juga di Iraq,Syria semua.Orang kafir tak puas hati dengan kekalahan mereka pada perang Salib yang lalu,jadi sekarang mereka balas dendam.Dah tue kita buat apa kat Malaysia?..”

Bila ditanya soalan,

“Ustaz,apa pendapat ustaz kalau Ulama tak bagi undi tettt dalam pilihanraya akan datang?”

Jawabnya,

“Ni kalau kita jawab nie,ada naik lori nanti.Mu takpa,sebab mu yang tanya soalan.Kita nanti yang kena soal siasat.Hehe..dalam soal ini,saya tidak menyebelahi mana-mana pihak.Cuma,kita diingatkan,kalau pemerintah berlaku tidak adil,bertindak zalim terhadap Islam,kita hendaklah menolak kerajaan begitu.Bila wang zakat tidak diberi dengan adil,bila Islam dimain-mainkan,haa time tue,kita kena bertindak..”

:: Madrasah Islahiyah Padang Serai,Kulim ::
18/03/2012


“Pok Mang asalnya seorang nelayan yang mencari rezeki di laut pantai Terengganu.Saya mula mengenali beliau apabila saya pergi memancing di laut dengan menyewa botnya.Dia dikenali oleh rakan-rakan nelayan sebagai Man Dakwah atau Man Janggut dan berasal dari Kampung Ladang,Kuala Terengganu.Dia sangat berminat pada perkara-perkara yang berkaitan agama dan orangnya mudah mesra.

Apabila keadaan ekonominya tidak menentu kerana hasil tangkapan semakin berkurangan akibat saingan bot-bot nelayan luar,saya mengajak Pok Mang untuk bersama saya sebagai pembantu kuliah.Mulai saat itulah Pok Mang selalu bersama saya.
Saya menjadikan Pok Mang sebagai model dalam kerja-kerja fotografi untuk menunjukkan kepada dunia fotografi,gambar yang CANTIK tidak SEMESTINYA menggunakan model-model wanita muda yang mendedahkan aurat.Hasilnya,Pok Mang sekarang sudah dikenali di seluruh dunia dalam dunia fotografi..”

:: Majalah Anis Mac 2012 ::


Thursday, March 22, 2012

Jangan Tinggalkan Daku


Kelas comparative politics habis awal tadi.Pensyarah subjek menyuruh kami menanda kehadiran dan kemudian mengarahkan kami ke perpustakaan untuk mencari jurnal.Sebagai tugasan.Saya dan kawan-kawan dengan gigihnya berjalan kaki ke dengan cuaca yang agak terik diatas kepala.

MasyaAllah.Janganlah hati ini mengeluh,Husna.Dia Maha Mengetahui.Sampai sahaja di perpustakaan,mata bagaikan terpana sekejap dengan bangunan baru perpustakaan.

Cantik dan kemas.Boleh bertapa lama-lama disini.Yess..!

Habis sahaja mencari bahan yang diingini,saya melangkah pulang,menuju ke perhentian bas.Dari jauh,sayup-sayup saya ternampak sepasang manusia,berlainan jantina.Segera mencari tempat duduk untuk menghilangkan penat.Sambil roti sosej ditangan kanan,buat pengalas perut.

Telinga saya menangkap sesuatu.Perbualan antara sepasang insan tersebut.

“Nak balik ea..nak balik ea..”kata si teruna.

“Ala..janganlah tinggalkan saya sorang kat sini..temankan la..”balas si dara.Ye,romantis katanya.

Si teruna terus menyakat si dara.

Saya yang duduk berhampiran mereka nak tergelak kat situ juga.

Kih..kih..kih..

Saya nak tergelak bukan sebab jenaka yang dibuat si lelaki tersebut,tapi pening melihat fiil manusia.Kata seorang teman,kalau orang tengah berkasih,rasa macam nak pengsan kat situ juga melihat mereka.

 Macam-macam ragam,macam-macam gaya.

Allah kan ada.Jangan risau..^_^

Ya Allah,jangan tinggalkan saya,jangan lupakan saya,jangan abaikan saya.Sebab saya tahu,tanpa kasih sayangMu,tanpa perhatianMu,tanpa rahmatMu,saya tidak punya apa-apa.Kerana maghfirahMu ya Allah,saya masih bernyawa,saya masih bernafas di muka bumi ini.Masih punya kudrat untuk melakukan ketaatan padaMu,masih punya kekuatan untuk melakukan perintahMu.

Remind myself!