Wednesday, June 22, 2011

Hairan,hairan..






Fatimah bangun awal hari ini.Pukul 5:30 pagi.Terkejut emak dan Aishah yang sedang bersiap-siap ke sekolah dan tempat kerja.
Bila dia bangun sahaja,soalan pertama yang terkeluar dari mulutnya,
“ Mana berus gigi dengan ubat gigi kita,mak?”
Hari ini dia ada sesi menggosok gigi bersama-sama petugas kesihatan daerah.Saya rasa hairan bila melihat mukanya ceria bila hendak ke sekolah pagi itu.
Lain macam sahaja dia nie.Mesti ada benda yang tak kena.Kalau dia gembira macam kanak-kanak ribena tue,ada la benda-benda mengejut yang dia buat.
Benda-benda yang bisa membuatkan kakaknya ini semakin sayang padanya..hehe..
Sah,bila saya periksa,ubat gigi di bilik air hilang.
Ubat gigi baru,besar dan belum digunakan lagi itu sudah melenyapkan dirinya.Ghaib.Berus gigi pun sama.Hilang juga.Tanpa meninggalkan jejak DNA.
Berus gigi bersaiz L,itu hilang juga.Walhal gigi budak kecik itu bersaiz S,bukan L!
Siapa lagi yang menghilangkan kedua-dua barang tersebut,kalau bukan Fatimah.Sabar je la.Budak-budak.Semoga dia membawa pulang berus gigi dan ubat gigi sekembalinya dia dari sekolah nanti.InsyaAllah.
Pagi yang ceria dengan nyanyian burung yang indah.Sudah mencari rezeki.Sangat harmoni.
Saya terlihat bulan di langit.Teringat minggu lalu,berlaku fenomena gerhana bulan.Kami tidak dapat melihatnya kerana langit sangat gelap ketika itu.Pada sebelah petangnya,hujan telah turun dengan lebat.Justeru itu,waktu malam menjadi sangat sejuk dan keadaan menjadi sangat gelap.
Saya pernah terbaca,bulan boleh dilihat pada waktu siang,jikalau matahari kurang memancarkan cahayanya.Kita boleh melihatnya sayup-sayup di dada langit.Berbanding pada waktu malam,cahaya matahari tiada.Kerana itulah kita boleh melihat bulan bersinar dengan terang.
Berbalik kepada bulan yang dilihat tadi.Ia berada di sebelah kanan saya.Jauh.
Apabila saya melihatnya semula,eh,ke mana pergi bulan tadi??
Ia telah bertukar ke sebelah kiri saya pula.
Pelik,pelik…bagaimana ia boleh bertukar tempat?
Apa yang berlaku sebenarnya?
Ya,bumi kita sedang berputar.Bulan itu berada di kedudukan yang sama,manakala bumi kita sedang berputar,kerana itu kedudukan bulan berubah-ubah.Bila saya lihat semula,kedudukan bulan telah berubah lagi.Kali ini di atas kepala saya pula!
SubhanAllah.
Sungguh hebat ciptaan Allah.Kita tidak menyedari bumi ini sedang berputar mengelilingi orbit.Teratur sungguh pergerakannya,tiada perlanggaran sedikit pun.Apabila berlaku malam dan siang,barulah kita sedar,bumi yang kita duduki ini sedang menukarkan bahagiannya untuk mendapatkan cahaya matahari.Sedang bergerak.
Cantik perancanganNya.Hebat aturanNya.
Tengahari itu,
“ Fatimah bawa balik tak berus gigi dan ubat gigi pagi tadi?”
“ Tak bawak balik,kaklong.Sebab semua kawan-kawan kita tinggal kat sekolah.Mula tue kita nak bawak balik,pas tue kawan kita pujuk suruh tinggal..”
Fatimahhhhhh…..!!!

1 comment:

Nur Amira said...

salam mahabbah kak,hehe..
ohh,inilah si kecil fatimah. subhanallah,namanya smanis tuannya.mg mmbesar mnjadi spt Saidatina Fatimah puteri Rasulullah SAW insyaAllah..=)

rindu kak husna..=(