Saturday, November 26, 2011

Dr Rei dan Radio Taiso


 
Pagi semalam,sewaktu kelas Nasionalisme,saya tertinjau-tinjau (erk,betulkah tatabahasaku ini?) kaki Dr Rei.Wohhaa,mesti kalian tertanya-tanya apakah yang menyebabkan saya jadi begitu.hehe.Oh,jangan salah faham,saya masih tidak melanggar undang-undang universiti.Malah AUKU sekalipun..:-P

Sejak minggu lepas,Dr Rei sudah buat satu kelainan yang menyebabkan saya saya dan rakan-rakan berkata,

“Oh,kenapa,kenapa,kenapa?”

Sebabnya,Dr Rei memakai kasut disebelah kaki kanan,dan selipar disebelah kaki kirinya.Hmm,kenapa jadi begitu ea?mulanya saya tak perasan,kemudian Izzati yang berada disebelah mencuit saya.

“Husna,ce try tengok kaki Dr Rei.Kenapa lain-lain ye?”

Masa tue saya tak berapa dengar apa yang diberitahu oleh Izzati.Habis saja kelas Nasionalisme,barulah saya perasan.Ish ish ish..memang benar,dia memakai kasut tanpa pasangannya.

Kemudian….jeng jeng jeng.Rupa-rupanya kaki kiri Dr Rei berbalut.huhu.Mungkin sebab dia cedera.Saya bagitahu Izzati,nie mesti kes jatuh kuda.Dr Rei sangat suka menunggang kuda,dan dia ada kudanya sendiri disini.Namanya Sakura.

Sweet..;)

Tapi saya tabik juga sebenarnya.Dia sangat ‘selamber’ bila memakai kasut yang berlainan.hehe.Kalau saya,mesti malu juga kan?mesti orang tengok pelik.hehe.Kalian macamana?mesti sekutu dengan saya..wohoo..

Semoga kakinya cepat sembuh.InsyaAllah.

Belajar dengan seorang pensyarah Jepun,memberi motivasi yang tinggi pada saya.Walaupun,sejujurnya saya pernah mengalami sesuatu perkara yang tak best dengannya,tapi saya cuba berfikir positif.Mungkin ada hikmah di kemudian hari.Dan saya sangat suka belajar dengan Dr Rei.Dia seorang yang baik,rajin.And off course,she is a caring lecturer.

Jalannya bukan macam kita,err,maksudnya saya.Lenggang Mak Minah.Dia berjalan dengan pantas,dan setiap kali dia melangkah,rambutnya juga akan beralun sama.
Haa.Tak ke semangat kalau kita tengok sifu kita macam tue?kan,kan?;)

Semalam juga,kami belajar tentang nation state,atau negara bangsa,didalam bahasa ibunda kita.

Bila bercerita tentang nation state,automatik kita akan teringat negara kita kan.Habis saja kelas Nasio,saya usik cik kecik,Intan.

“Intan,homeland can make homesick kan?”

Tersengih makcik tue.hehe.


cik sushi dan geng-geng dia.hehe..

Ok.kalau kamu belajar dengan saya semalam,kamu akan nampak betapa GEMBIRANYA  Dr Rei bercerita tentang tanah kelahirannya,Jepun.Dia tunjukkan pada kami gambar gunung Fuji,kimono,musim sejuk di Jepun,sushi.Oh,matanya bersinar-sinar okeh.hehe.Jelas keterujaanya.hehe.



Gunung Fuji.Misteri tue..

Cerita Dr Rei,bila kapal terbang hendak mendarat di Tokyo,petugas kapal akan memberitahu penumpang supaya melihat disebelah kanan mereka.Kerana disitu terletaknya Gunung Fuji.Dan berduyun-duyunlah orang Jepun ke bahagian kanan untuk melihat gunung tersebut,walaupun kata Dr Rei,mereka meninggalkan Jepun dalam tempoh masa yang singkat.

Waktu dia bercerita tue,kami semua didalam kelas..

‘Wow…”.

Mujur kapal terbang tak senget sebelah.Dush dush,you are naughty Husna!

Ya,bila kita berjauhan dengan tanah air,baru kita merasai nikmat tinggal di Malaysia kan?baru terasa rindu pada nasi lemak,sawah padi,suasana di Malaysia,walaupun bila kita duduk disini,kita tak senang kadangkala dengan keadaan sekeliling.

Memang betul.Homeland can make homesick.

___________________________________

Radio Taiso.

Sesi radio Taiso

 
Satu benda yang menarik diceritakan oleh Dr Rei adalah perihal radio Taiso.Mulanya saya ingatkan radio itu seperti radio-radio yang terdapat di Malaysia.Yang putarkan lagu,inform kalau ada apa-apa maklumat.Pelik juga kenapa Dr Rei beritahu kami,radio Taiso merupakan salah satu ikon di Jepun.Oh,sangat salah tanggapan saya.

Kata Dr Rei,orang Jepun akan bangkit pada awal pagi.Kemudian,pukul 6:30 pagi (highlight pukul 6:30 tue..hehe),mereka akan membuka radio Taiso untuk mendengar muzik kalau saya tak silap,dan mereka akan bersenam mengikut alunan muzik tersebut.

Berdisplinnya mereka,sehinggakan tidak pernah meninggalkan amalan ini setiap pagi.

Menarik,sangat menarik.Kadangkala mereka akan bersenam seorang diri,atau beramai-ramai.Kalau di syarikat besar,contohnya seperti Honda,Toyota,Mistubishi,meraka akan bersenam dengan kawan sekerja di kilang.

Saya pernah terbaca,pekerja Mistubishi biasanya,sebelum memulakan kerja,mereka akan melaungkan “AKU JUARA”sebanyak 20 kali.MasyaAllah.Tidak hairanlah bangsa Jepun boleh maju walaupun dibom dan negara mereka musnah sama sekali.

Mitsubishi masa depan?
 
Bagus kan?

Tambah Dr Rei lagi,radio Taiso bagaikan sinonim dengan orang Jepun.Mereka seolah-olah statik dihadapan radio tersebut.Cerita Dr Rei lagi,pelajar sekolah yang berjaya memperolehi cop yang mencukupi selepas sesi senaman tersebut,mereka akan memperolehi pensil,pemadam atau alat tulis yang lain.

Ayahnya tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak dulu lagi.Dan sekarang ayahnya telah berusia 70 tahun lebih.Tetapi,masih berupaya memanjat pokok dan menguasahakan tanaman.

Mak aihh..ok,speechless.Dr Rei siap joking lagi dengan kami.Dia kata,dia malu dengan ayahnya.Lebih sihat daripada dia.huhu.

Apa perasaan anda selepas membaca cerita ini?

Kagum kan?ya,saya pun turut merasakan benda yang sama.Bayangkan seawal 6:30 pagi,mereka sudah bangkit dan bersedia untuk bekerja.Saya teringat ayah pernah cerita dulu,

“Kita kadangkala malu dengan orang Jepun dan Korea.Company dyorang semuanya start keja pukul 7 pagi..kemudian habis bila waktu malam..bila bekerja,mereka akan buat dengan bersungguh-sungguh..bila tak dapat perform yang terbaik,dyorang akan rasa bersalah..”

Benar cerita ayah.

Kadang kala,kita sebagai orang Islam,sering terbabas subuhnya.Jangankan 6:30 pagi,pukul 7 pun kadangkala kita sedang enak dibuai mimpi yang indah.Benarlah pesan Rasullulah yang menyeru kita supaya berpagi-pagian,kerana disitu terletaknya keberkatan rezeki kita.InsyaAllah,mari kita lakukan ia.Ingatan buat diri saya dahulu.
Disisi yang lain,saya sangat bersyukur kerana dapat belajar dengan Dr Rei.Dia banyak membuka mata saya,betapa masa itu sangat berharga.Selain dari kegigihannya.
Berdisplin,rajin,kuat berusaha,berilmu.Ya Allah,semoga berinspirasi.

p/s:selepas basuh baju tadi,tercium pelembut yang digunakan.Baunya seperti baju mak.Sama.Tiba-tiba teringat bonda kesayangan.Adakah ini ikon rumahku?homeland can make homesick……..

Selamat mendengar sambil baca entri.Nak belajar main piano satu hari nanti.Moga Allah izinkan.Ameen..=)



No comments: