Saturday, December 3, 2011

Laptop Hati

laptop HP kesayangan.



“Jibah,ada nota KP tak?Husna nak boleh?”

“Ada.Nanti kami pergi bilik awak.Hantar notanya.Sebab Diana pun nak guna external kami.Nanti dia ambil pada Husna la ea..”

“Ok.Thanx Jibah..nanti Husna bagi pada Diana..”

Petang itu,Najibah dengan rajinnya menghantar external hard disknya.Saya pun dengan hati berbunga-bunga memindahkan nota KP kedalam laptop.Masa nak pindahkan notanya tue,ada tanda merah di bahagian D.Saya pun bertanya dengan Diana.Macama nak buat nie?

Diana kata,biar sahaja.Memang macam itu hard disk D bila masuk ke laptop orang lain,katanya.

Ok.Saya mula rasa tak sedap hati.huhu.Diana pun dengan kegembiraan yang berganda,mengambil hard disk tersebut.Dia nak ambil cerita Korea.hehe.Ya,peminat k-Pop disitu.eheh.

______________________


Tidak lama kemudian….

“Husnaaa….”

Saya terdengar suara Najibah di luar bilik.

Alamak.Nie mesti ada benda yang tak kena.Dup dap,dup dap,ya hati saya sudah bergerak seperti Usain Bolt berlari.Gementar barangkali?

“Husna,habis cerita yang saya simpan dalam hard disk.Nota sem 4 pun dah takda.Hilang habis semua…kuat betul virus kat laptop awak..”

“Hah,Jib..Ya Allah.Husna minta maaf sangat-sangat.Tadi masa nak transfer tue pun,macam ada benda yang tak kena..tapi Diana kata takda apa-apa.Biasa la tue kata dia..Jib,sorry sangat-sangat..”


kasihan Najibah..!


Saya sudah agak.huhu.

Diana kat sebelah dia sudah gelak besar.Saya pula sudah macam mati kutu.Kasihan Najibah!saya rasa sangat bersalah pada dia.

“Ha’ah..kami balik bilik nie penuh excited nak ambik cite Korea.Sekali bila cucuk je kat laptop,haa kuat betul bunyi alarm virusnya..haha..”

“Dahsyat betul virus laptop Husna..ish ish..”

Diana bercerita.

Saya pula bagaikan terpaku.Memandang muka Najibah dan Diana silih berganti.

“Kesian Husna.Terdiam terus kena dengan suara kuat saya.Takpelah,benda dah berlaku..” Najibah cuba untuk meng’cool’kan keadaan.

“Jib,minta maaf banyak-banyak.Husna tak sangka sampai macam gini keadaannya..”

“Husna pakai antivirus ape?” tanya Diana.

“Avira..” jawab saya.

“Laa,itu anti virus zaman nenek moyang punya dulu,Husna.Orang dah tak pakai antivirus tue.Orang pakai bitdefender sekarang nie.Bitdefender 2012 punya tue..”

Kih..kih..saya memang lemah sikit dalam bab-bab IT nie.eheh..

“Takpe,nanti Husna format balik laptopnya.Pastue cakap kat abang tue,saya nak bitdefender antivirus.Tak mau dah avira..lagipun avira senang kena ceroboh dengan virus,Husna..”

“InsyaAllah..Jib,Husna minta maaf ea..”

“Takpelah..benda dah lepas.Cuma sayang kot sebab ada cerita-cerita yang saya sayang nak buang dah takda..”.kasihan Najibah!perasaan bersalah saya semakin bertambah..

“Takpalah Jib.Hang ambik dengan aku ja.Aku banyak cerita..hehe..”Diana masih tergelak lagi.

“Format cepat-cepat tau..”pesan si Najibah.

“Ya,petang nie juga Husna pergi kedai tue..Jib,sorry ea..”

Malam tue,saya ke kedai komputer di Kachi Mall.Berunding untuk menghantar laptop saya ke bilik pembedahan.ish ish..cuma tuan kedai tue cakap,bitdefender takda.Jadi,dia tawarkan saya ambil antivirus kaspersky.Ok la saya cakap pada dia.

Yang penting bukan avira.Saya sudah serik!kasihan kawan saya.

Selang dua hari kemudian,saya pun ambil semula laptop tersebut.Alhamdulilah,semuanya ok setakat nie.

Dan sekarang,di laptop yang ‘ganas virusnya’ inilah saya menulis.hehe.Dan setiap kali terserempak dengan Najibah,kasihan pula saya lihat mukanya.Tapi,itulah Jib.Selamba je muka dia kadang-kadang.Wohaa..

____________________________________


Oh,saya sudah jumpa idea untuk menulis entri.eheh..ambil kes laptop saya tue.hehe.Alhamdulilah,idea datang!

Laptop kita macam hati pula saya terperasan.

Sekali diserang virus,habis hilang semua maklumat yang tersimpan didalamnya.Lesap terus benda-benda kesayangan yang kita simpan dan sayang untuk buang selama ini.Termasuk cerita Korea.eheh..

tangkai hati.


Sama dengan hati kita.Bila sekali terbit sedikit atau sebesar lubang jarum sekalipun sifat mazmumah didalamnya,habis semuanya amalan kita yang dibajai sebelum ini.

Especially bila ke serang dengan Cik Bongkak,Cik Belagak dan Cik Kerek…ish ish..sadis,sadis.

Contohnya macam sedekah.Kita memang sudah niat untuk bersedekah.Amalan mahmudah,bila sudah pasang niat,terus dapat pahala.Baru niat,belum lagi buat.Tak susah untuk buat benda baik nie sebenarnya.

Tapi yang susahnya bila ‘tengah’ atau ‘lepas’laksanakan tue.Mana tahu tengah letak duit kat tabung masjid,tiba-tiba nampak ada Imam Muda Aran pun lalu.Ish ish.Kesian Imam Muda.Namanya takda kaitan langsung dengan post nie.Minta maaf ye.

“Mesti Aran puji aku nie.Mesti dia kata aku orang yang paling baik pernah dia jumpa..boleh dapat anugerah jemaah yang paling dermawan nie..”



ya,anda di tepi tabung tue?tengah buat apa?senyumkah?:)


Ya,kita pun berangan-angan la di tepi tabung masjid tue.Sambil Pak Imam tak berkelip tengok kita.

“Apa kena budak nie..tersengih-sengih tepi tabung.Pastu buat gaya macam dapat anugerah imam muda..macam-macam hal..”

Tokok tambah semata-mata.Sekian.

Tadaa *style orang buat silap mata pakai topi tinggi keluarkan cik arnab dari topi*,nampak tak?kat situ sudah ada sifat mazmumahnya.Iaitu riak dan menunjuk-nunjuk.Hilang kisah pahala bersedekahnya tadi.

Sayang kan?kalau kita niat,sudah dapat satu pahala.Kemudian bila sudah letak duitnya,InsyaAllah sudah ada pahala.Tapi bila hati terbit sifat-sifat mazmumah,hancusss terus semuanya.

Dan kita bila pulang ke rumah pun tersenyum lebar.

“Aku sudah sedekah hari nie kat masjid…”

Tapi.Hanya Allah yang tahu nilai amalannya.Samada dapat pingat gangsa,perak atau emas.*mood sukan SEA barangkali*.



amalan tidak segar lagi?

Bahaya kan?ish ish..

Orang kata,susah untuk mendidik hati sebenarnya.Ya,perkara itu memang benar.Hati kita ini kadang kala kerasnya seperti bongkah ais.Kemudian bila sudah cair,boleh jadi seperti air.

Kalau time jadi bongkah ais tue pun terbahagi juga pada dua.

Bongkah ais yang tahan dengan segala sifat mahmudah sebagai perisainya atau bongkah ais yang kental dan kebal daripada menerima hidayah?minta dijauhkan.Tetapikalau sudah jadi seperti air,adakah bermakna ia benar-benar cair untuk melawan segala mehnah hidup?

Astaghfirullah..hanya pada Allah kita berserah.

Ya,Nabi Muhammad yang kita sayangi ada bagi antivirus hati pada umatnya.hehe.Ingatkan laptop je kan yang ada anti virus?nie Kaspersky pun tak boleh lawan.Kalau Avira,ish ish..tinggal batu dua la jawabnya.:-P

5 antivirus hati yang Nabi kita wariskan.Kalau tak ingat,ya,jangan risau.Kenal  tak Opick?ada dalam lagunya.Tajuk “Tombo Ati”.Didalam bahasa melayunya bermaksud “Ubat Hati”.Ya itu bahasa Jowonya.


Tombo Ati iku limo perkorone
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo iso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Allah nyembadani

Obat Hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Qur’an dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi


InsyaAllah kita cuba berikan antivirus yang terbaik buat hati kita.Kadangkala hati manusia ini cepat benar berubah sifatnya.Kita akan cuba pasakkan dengan antivirus pertama sampai ke lima.

InsyaAllah biar kita mempunyai hati yang kental,sepertimana orang terdahulu.

Seperti Masyitah yang harum makamnya.Seperti Rabiatul Adawiyah dengan kisah cintanya.Seperti Bilal bin Rabah dengan kekuatan Tauhidnya.

Kita pun sama-sama mengimpikan syurga seperti mereka kan?updatelah selalu antivirus hati kita dengan meg’upgradekan’ amalan-amalan kita.InsyaAllah,Allah tak pernah tinggalkan kita.

Semakin kita jauh,semakin Dia datang dekat.Kalau kita merangkak padaNya sekalipun,Dia mendatangi kita dengan berlari.

MasyaAllah..

Semakin kita dekat,semakin Dia hampir pada kita.


Ya.Lepas nie kalau nak format laptop,format dulu hati kamu,Husna.Hari-hari kena format.Takda tapi-tapi,takda nanti-nanti.

Amaran tegas dari empunya diri.

Erkk..ya,saya akur.Sebab saya tahu,ada syurga yang menanti.

No comments: