Monday, December 19, 2011

Too Much Brave?




Kadang  kala bila ada persoalan yang bersarang semut di hati,selalunya persoalan itu akan dilontarkan..

Samada untuk mencari jawapan dan penyelesaian..

Dan juga mendapatkan kefahaman yang lebih jelas.Supaya kepala tidak kepeningan,kerana semakin kekusutan.

Samada di kelas,bersama teman-teman ukhuwah fillah,duduk berdua dengan mere (mum),forum atau program sekalipun,mencuba menguatkan hati dan diri untuk berani berdiri,bertanya.

Walau kadang kala soalan yang dilemparkan itu semua orang sudah mengetahui jawapannya.

Suka mendengar dari sudut pandangan orang lain.Sebab mengetahui,setiap manusia mengetahui sisi yang berbeza tentang setiap isu atau tajuk yang dibicarakan.

“Dia nie suka tanya soalan pelik-pelik..”

Sudah biasa mendengar ayat itu..

Cuma kadang kala terkandas bila mengutarakan hujah-hujahnya.Mungkin senang memerhati pandangan orang lain,sehingga terlupa hujah sendiri untuk dinyatakan.

Bila diingatkan supaya tidak terlalu ‘brave’,walau ketika melahirkan pandangan dan persoalan,dia bagaikan terkesima.

Ya Allah.Aku bersyukur padaMu.Masih ada insan di sekelilingku yang masih mengingati,masih menyayangi dengan kata-kata hati.

Too much brave,can make your condition unsafe.It means you reveal yourself to the enemy.Sometimes we can expect a person like us,always eating together and go everywhere is our enemy.

Dear Allah..only from You,I need protection.

Lapangan yang aku ceburi ini,adalah bersandarkan keyakinanku padaMu.Menjadi medan untuk diriku menyebarkan ayat-ayat cintaMu,mempertahankan maruah saudara seagamaku dan mengangkat kembali kemuliaan agamaMu ini,Ya Rabbi.

Redhailah apa yang daku lakukan dunia akhirat.Walau kadang kala menyedari ada musuh-musuh yang memandang,tutuplah pandangan mata dan hati mereka,ya Allah..tetapi jangan ditutup pintu Hidayah mereka..

Aku tawakkal padaMu.Hanya padaMu aku berserah diri.

Jalan ini sangat ooseemm..!

p/s : Ilmu itu diperolehi dengan bertanya...

No comments: