Monday, January 16, 2012

Kerana Ali Imran.




Berita penghijrahannya saya terima lewat daripada teman-teman sekuliah.Mulanya saya tidak percaya,tetapi setelah mendengar cerita teman A,saya akur kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

“Husna,semalam masa kami nak sembahyang kat surau,kami terkejut.Kami nampak tettt masuk surau sekali.Kami heran la kan.Rupa-rupanya,kata kawan,dia dah masuk Islam,Husna..”.A bercerita.

Whatt?masyaAllah.Terkejut saya dibuatnya.Terkedu pun iya juga.Benarlah hidayah itu milik Allah.

“Lepas tue,korang semua macamana?”tanya saya lagi.

“Kami semua gembira,terharu pun ada juga bila tahu dia dah jadi saudara kita,Husna..”.si A menambah.

Allah.Engkau benar-benar Maha Berkuasa.

“Patutlah,cheq..patutlah..”.saya teringat perbualan dua tiga bulan yang lalu.Sebelum dia menjadi umat Nabi Muhammad.

“Patutlah kenapa,Husna?”. A menyoal.

“Patutlah dia pernah tanya pada Husna,kenapa ayat Al-Quran ada 666 ayat.Masa tue Husna pun tengah cari jawapannya kenapa.Pastue dia tanya tentang aurat perempuan Islam.Berpeluh-peluh juga nak menerangkan kat dia..kena speaking pulak tue..hehe..”.saya mengimbas peristiwa yang berlaku sebelum ini.

“Macamana dia boleh tertarik pada Islam,A?”.saya menagih jawapan.Berita penghijrahan ini benar-benar membuatkan saya rasa sayu dan gembira.

“Kawan dia cakap,dia suka baca tafsir Quran,Husna.Lepas dia baca surah Ali Imran,dia terus tertarik nak mendalami Islam lagi..”.jawab A.

Surah Ali Imran?adakah dia juga terpesona dengan ayat 190?

Selepas sahabat saya itu pulang ke biliknya,saya membuka tafsir Quran.Surah Ali Imran..surah Ali Imran..surah Ali Imran,hati saya bagaikan terkumat-kamit menyebut nama surah itu.Setelah ditemui,saya cuba membaca maknanya satu persatu.

Saya terpaku pada ayat 74.

“Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar..”

Dan ayat 85.

“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima kepadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi..”

Adakah kerana ayat-ayat cinta ini?wallahuala’m.

Saya pandang kitab tafsir yang terletak diatas meja.

Kitab itu benar-benar kitab hidayah kepada golongan yang belum memeluk Islam.Ia bukan kitab biasa.Ia kitab mukjizat,dan akan kekal sehingga hari kiamat.

Kalau tidak,masakan saintis-saintis barat menggunakan Al Quran sebagai rujukan utama?

Kemudian seorang demi seorang melafazkan,

Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Selang dua tiga minggu kemudian,saya menemui sahabat saya itu.Kebetulan,pada sebelah malamnya,ada diadakan bacaan Yassin dan solat hajat di masjid.

Biarlah saya namakan dia K.

“K,malam nie ada baca Yassin dengan sembahyang hajat kat masjid.Jemput datang..”.saya mempelawanya.

“InsyaAllah,kak.Saya masih belajar Muqaddam lagi.Tak mahir dengan surah Yassin..”

“Oh..takpe takpe..kamu belajar dengan siapa?”

“Dengan kawan..”dia memberitahu.

“K macamana setakat nie,ok?”

“Alhamdulilah..ok,kak.”.Mukanya berseri-seri kegembiraan.

“Kalau ada confuse apa-apa,ustaz-ustaz kat sini pun ada.Boleh tolong sekali.InsyaAllah..”.saya memberi cadangan.

Dia mengangguk,tanda mengiyakan.

"Kak,ada nota IPE tue tak?".Ada,jawab saya.

"Nanti akak beri pada kamu ea.Jangan tinggal solat."pesan saya.

"InsyaAllah,kak."jawabnya pendek.

 Kadang kala,saya ternampak kelibatnya di surau fakulti.Kata kawan saya,dengar azan sahaja,segera dia menunaikan salah satu rukun Islam itu.

MasyaAllah.Moga istiqamah selama-lamanya.

Hidayah itu milik Allah.Yakinlah itu.Dia akan beri pada sesiapa yang Dia hendaki.Dia juga akan tarik pada sesiapa yang Dia hendaki.

Ya Allah.Panjangkanlah hidayah sepanjang hidupnya,kuatkanlah hatinya dan matikanlah dia didalam golongan yang beriman.

Ameen.


No comments: