Tuesday, September 25, 2012

Kisah Thesis Mesir

wasiat Hassan Al Banna

Sejak kecil,saya sering terperasan satu ‘benda’ yang diletakkan yang didalam bilik.Sejak berada di zaman prasekolah,ia tetap setia tergantung disitu.’Benda’ tersebut merupakan satu bingkai gambar yang mengandungi 10 wasiat Hassan Al Banna.Antara yang saya ingat kandungan wasiatnya ialah ‘apabila kamu mendengar azan, segeralah tunaikan solat dan tinggalkanlah segala urusanmu’.Antara lain wasiatnya ialah ‘kuasailah bahasa Arab,kerana ia merupakan bahasa syurga’.

Bila saya bertanyakan pada emak,dari mana emak memperolehi bingkai kata-kata tersebut,kata emak,ia merupakan hadiah perkahwinannya yang diberikan oleh seorang teman.

Dalam lingkungan umur 5 atau 6 tahun begitu,saya tidak begitu mengenali Hassan Al Banna.Saya hanya mengecam wajahnya.Bila sudah pandai membaca,barulah saya dapat membaca wasiat Allahyarham satu persatu.Akal kanak-kanak,ia hanya sekadar bacaan tanpa diambil pengajaran.
Bingkai kata-kata itu terus bersama bilik saya sehinggalah saya berpindah ke rumah baru.Ia berkekalan sampai saya ke sekolah menengah dan ke universiti.Saya teringat ketika berada di pra u,saya mengambil subjek sejarah.

Didalamnya terkandung pelbagai jenis tamadun yang perlu dipelajari,antaranya termasuklah tamadun Mesopotamia.Kami belajar tentang sejarah Mesir dan segalanya.Dan saya pernah bertanya kepada Cikgu Siti,di Mesir,apakah agama rasminya sekarang.Sebelum soalan dijawab,terlebih dahulu Cikgu Siti bertanya pada saya,siapa Perdana Menterinya kini?waktu itu,segera saya menjawab ‘Hosni Mubarak’,tanpa saya sedar dia telah memerintah Mesir dengan begitu lama.

Bila di universiti,saya mengambil subjek Politik Dunia Islam.Alhamdulilah,ia merupakan subjek yang sangat menarik.Pensyarah yang mengajar subjek ini berasal dari Iraq.Dr Abdul Waheed namanya.*tiba-tiba saya teringatkan Asma’.Kami berkongsi pensyarah @ ayah angkat yang sama!* sepanjang subjek ini berjalan,banyak ilmu-ilmu politik Islam yang saya pelajari.Kami juga belajar tentang politik di negara Mesir.Dr Abdul Waheed dengan penuh semangatnya bercerita tentang Muslim Brotherhood @ Ikwanul Muslimin.Dari situ saya mengenali siapa Hassan Al Banna,yang saya hanya kenal kata-katanya.Rupa-rupanya dia merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin pada tahun 1928.

Cerita pensyarah saya lagi,Hassan Al Banna seorang yang sangat aktif berdakwah.Dia pernah bersyarah didalam sebuah kelab malam!Dr Abdul Waheed juga memberitahu,Hassan Al Banna mempunyai seorang cucu yang merupakan intelektual Muslim zaman kini.Beliau adalah Prof Dr Tariq Ramadhan.Dr Abdul Waheed pernah berjumpa dengan Dr Tariq.

Cucunya itu menurut cerita Dr Waheed,adalah seorang yang keras hati dan lantang bersuara.Perwatakannya agak berbeza dengan nendanya.

Prof Dr Tariq Ramadhan
Saya juga dapat mengenali tokoh politik Islam yang lain,termasuklah Sayyid Qutb yang menulis sebuah kitab di penjara.Beliau syahid di tangan Jamal Naseer,Perdana Menteri Mesir.

Cerita politik Islam terhenti seketika disitu.

Semakin saya banyak belajar tentang politik,semakin ramai orang yang saya jumpai.

Saya berkenalan dengan Nabila Huda,kawan sepengajian.Dia banyak menceritakan tentang Tariq Ramadhan.Minda saya bagaikan terimbas ketika mengambil subjek politik Islam dahulu.Dia meminati setiap syarahan Tariq dan kami sering bertukar pendapat tentang apa yang kami lihat,dengar daripada syarahan tersebut.

Pertama kali dengar,mungkin agak sukar sedikit dengan slang bahasa Inggerisnya.InsyaAllah,ia dapat dihadam lama kelamaan jua.Pada saya Tariq Ramadhan adalah seorang yang ‘out-spoken’.Setiap kata-katanya memang menusuk hati,tetapi itulah kenyataanya.


Tapi saya suka dengar setiap bait-bait kata-katanya.Antara peristiwa yang saya ingat adalah ketika seorang pelajar Malaysia ingin mengambil autografnya disebuah majlis pelancaran buku.Pelajar tersebut mengatakan dia begitu mengagumi Tariq.Tahu apa jawapan Tariq ? I’m not your idol.I’m your brother.

Doakan saya dapat menjadi pelajarnya satu hari nanti.InsyaAllah.Prof Tariq mengajar di Universiti Oxford,dalam bidang Pengajian Oriental dan politik Islam.

Bila saya melihat revolusi rakyat yang berlaku di Mesir tahun lalu,saya menyoroti setiap peristiwa itu dengan penuh minat.Turut menambahkan keterujaan saya pabila melihat peranan Ikhwanul Muslimin disebalik revolusi ini.Allahu Allah.

Saya sangkakan ia sudah berkubur,lantaran ia pernah diharamkan ketika zaman Hosni Mubarak dahulu.Rupa-rupanya ia masih aktif,bahkan semakin besar pengaruhnya dikalangan penduduk Mesir.

Akhirnya kemenangan berpihak kepada mereka.Benarlah janji Allah itu  kepada orang-orang yang benar.Allahuakbar !

Suara rakyat
Begitulah kisah Mesir yang melingkari kehidupan saya sejak dari kecil hingga kini.

Apabila saya memutuskan untuk membuat thesis di tahun akhir,tajuk pertama yang terlintas difikiran saya ialah ARAB SPRING! apabila saya spesifikkan lagi,saya terbayang Hassan Al Banna di fikiran.InsyaAllah,thesis saya akan berkaitan revolusi rakyat di Mesir.

Saya mohon kalian doakan semoga urusan thesis ini dipermudahkan oleh Allah yang Maha Mendengar.Sesungguhnya tiada niat lain saya menyiapkan thesis ini melainkan keredhaan Allah semata-mata.Niat saya juga untuk menambahkan ilmu berkaitan politik Islam kerana ia adalah sebahagian dari kehidupan kita hingga akhirat nanti.Wallahu’alam.

Perancangan Allah itu sentiasa cantik dan unik.Saya yakin itu.

sedang mencari buku ini >_<


:: Hari ini kampus saya menjalankan pilihanraya kampus.Kami akan memilih tampuk pemerintahan MPP yang baru.Adakah akan berlaku revolusi? ::

1 comment:

Sekeping Hati Milik Allah said...

subhanallah, sangat menarik =) jihad2!!