Sedang melayari facebook,saya terjumpa quote
osem ini di page radio IKIM.
Hati tersentuh.
“Rindu kepada Allah itu membuang dosa..”
~ Al Junaidi Al Baghdadi.
Seringkali. Dan selalu,Allah tak pernah lupa
pada kita. Selalunya dan kerapkali terjadi,kita yang lupakan Dia.
Kita sibuk bekerja. Sibuk belajar. Sibuk dengan
hal rumahtangga.
Sebenarnya bukan sibuk. Tapi buat-buat sibuk.
Satu hari,Allah hantarkan ujian pada kita.
Kemalangan. Duit hilang. Diberhentikan kerja. Keputusan
peperiksaan jatuh.
Kita terduduk. Kita menangis. Kita terdiam. Kita
mengeluh. Kita merungut. Kita mula mencari orang sekeliling untuk
dipersalahkan.
“Sebab kau lah aku jadi begini!!” kita
membentak.
Kita marah.
Kita tidak menerima dugaan itu.
Kita mula memencilkan diri. Menyalahkan diri.
“Kenapa mesti aku?aku dah buat yang terbaik. Kenapa
sampai macam gini sekali..” kita menangis sekuat hati.
Kita lupa. Yang diatas sana sedang memerhati
perbuatan kita. Sedang memberi perhatian pada kita.
Dia memberi ujian bukan kerana Dia membenci. Tidak
sama sekali. Kerana Dia pemilik Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Dia memberi ujian kerana Dia merindui kita.
Sangat rindu.
Sudah lama dahi itu tidak berlama-lama sujud di
sejadah. Berdoa berlama-lama di akhir solat. Sudah lama tidak berzkir panjang. Sekadar
doa mohon keselamatan dunia akhirat. Itu sudah memadai bagi kita.
Sudah lama tangan itu tidak memberi sesuatu pada
yang memerlukan. Sudah lama senyum tidak terukir,sebagai satu sedekah hubungan
berpanjangan.
Sudah lama Al Quran tidak diselak. Sekadar membaca
Yassin pada malam Jumaat. Untuk memenuhi syarat.
Sudah lama.
Sudah lama kita tinggalkan semua itu.
Allah rindu dengan kita yang dahulu. Dia rindu
dengan doa kita. Dia rindu dengan rintihan kita. Dia rindu untuk menatap
lama-lama wajah kita.
Dia teringin untuk melihat akaun pahala kita
meninggi dari akaun dosa. Kerna Dia tidak sanggup melihat kita di neraka.
Dia berikan kita ujian. Nah.
Supaya kita kembali pada Dia. Supaya kita lebih
banyak berdua-duaan denganNya.
Tenanglah dengan ujian itu. Duduk diam-diam. Berfikirlah.
Jangan pandang sekeliling untuk mencari salah sesiapa. Tapi pandanglah keatas. Sedarlah
ada yang sedang memandang dan menanti kita.
Ketahuilah. Dia sentiasa merindui kita. Siang
dan malam. Menjaga kita 24 jam. Jangan sampai Dia lupa pada kita. Itu bahaya.
Ketika ujian menimpa,hitung satu persatu nikmat
yang diberi. Kenang kembali kebahagiaan yang kita dapat selama ini.
Sungguh. Takkan dapat dibilang,walau dengan jari
kaki!
Jangan dilihat pada ujian. Tapi lihatlah pada Pemberi ujian.
Kerana itulah yang Dia mahukan. Dari hambaNya
yang sering kelalaian!
No comments:
Post a Comment