Tuesday, April 15, 2014

Hamba Merindu


Sedang melayari facebook,saya terjumpa quote osem ini di page radio IKIM. 

Hati tersentuh.

“Rindu kepada Allah itu membuang dosa..”

~ Al Junaidi Al Baghdadi.

Seringkali. Dan selalu,Allah tak pernah lupa pada kita. Selalunya dan kerapkali terjadi,kita yang lupakan Dia.

Kita sibuk bekerja. Sibuk belajar. Sibuk dengan hal rumahtangga.

Sebenarnya bukan sibuk. Tapi buat-buat sibuk.

Satu hari,Allah hantarkan ujian pada kita.

Kemalangan. Duit hilang. Diberhentikan kerja. Keputusan peperiksaan jatuh.

Kita terduduk. Kita menangis. Kita terdiam. Kita mengeluh. Kita merungut. Kita mula mencari orang sekeliling untuk dipersalahkan.

“Sebab kau lah aku jadi begini!!” kita membentak.

Kita marah. 

Kita tidak menerima dugaan itu.

Kita mula memencilkan diri. Menyalahkan diri.

“Kenapa mesti aku?aku dah buat yang terbaik. Kenapa sampai macam gini sekali..” kita menangis sekuat hati.

Kita lupa. Yang diatas sana sedang memerhati perbuatan kita. Sedang memberi perhatian pada kita.

Dia memberi ujian bukan kerana Dia membenci. Tidak sama sekali. Kerana Dia pemilik Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Dia memberi ujian kerana Dia merindui kita. Sangat rindu.

Sudah lama dahi itu tidak berlama-lama sujud di sejadah. Berdoa berlama-lama di akhir solat. Sudah lama tidak berzkir panjang. Sekadar doa mohon keselamatan dunia akhirat. Itu sudah memadai bagi kita.

Sudah lama tangan itu tidak memberi sesuatu pada yang memerlukan. Sudah lama senyum tidak terukir,sebagai satu sedekah hubungan berpanjangan.

Sudah lama Al Quran tidak diselak. Sekadar membaca Yassin pada malam Jumaat. Untuk memenuhi syarat.

Sudah lama.

Sudah lama kita tinggalkan semua itu.

Allah rindu dengan kita yang dahulu. Dia rindu dengan doa kita. Dia rindu dengan rintihan kita. Dia rindu untuk menatap lama-lama wajah kita.

Dia teringin untuk melihat akaun pahala kita meninggi dari akaun dosa. Kerna Dia tidak sanggup melihat kita di neraka.

Dia berikan kita ujian. Nah.

Supaya kita kembali pada Dia. Supaya kita lebih banyak berdua-duaan denganNya.

Tenanglah dengan ujian itu. Duduk diam-diam. Berfikirlah. Jangan pandang sekeliling untuk mencari salah sesiapa. Tapi pandanglah keatas. Sedarlah ada yang sedang memandang dan menanti kita.

Ketahuilah. Dia sentiasa merindui kita. Siang dan malam. Menjaga kita 24 jam. Jangan sampai Dia lupa pada kita. Itu bahaya.

Ketika ujian menimpa,hitung satu persatu nikmat yang diberi. Kenang kembali kebahagiaan yang kita dapat selama ini.

Sungguh. Takkan dapat dibilang,walau dengan jari kaki!

Jangan dilihat pada ujian. Tapi lihatlah pada Pemberi ujian.

Kerana itulah yang Dia mahukan. Dari hambaNya yang sering kelalaian!



Tuesday, April 1, 2014

Biarlah setinggi langit


Sementara menunggu kelas yang akan bermula pada pukul 4 petang,saya dan Edlin duduk berbual-bual dihadapan Jabatan Sains Politik.

Asyraf,kawan saya yang lain turut serta. Edlin dan Asyraf agak ‘nerveous’. Diorang ada pembentangan sekejap lagi. Kelas Prof Agus.

Keep calm and do the best. Hehe.

Tengah berbual-bual,datang seorang pakcik. Bertanyakan tentang bilik pensyarah yang berhadapan dengan kami.

“Pensyarah itu ada di bilik tak?ada nampak dia keluar dari biliknya?”

“Tak nampak pula,tuan. Kami baru sahaja duduk disini..”

Melihatkan dia agak keletihan,saya mempersilakan dia duduk bersama kami.

Lalu dia membuka cerita. Rupanya,dia seorang pensyarah. Dari Sumatera,Indonesia.

Sedang menyiapkan thesis PhD. Di Bangi.

Dia berkongsi pengalamannya menjadi pensyarah,suasana di Sumatera.

“Dulu kamu belajar di mana?” dia bertanya.

“Di Sintok,tuan..” saya menjawab. Termenung jauh sekejap. Saya rindukan tempat yang aman damai itu. Oh!

“Oh,saya pernah ke sana dulu. Dekat dengan Thailand kan? Kalau mahu ke pekan,ada pekan namanya Changlun kan..”

Saya mengiyakan. Tempat nostalgia.

Dia kemudian bertanyakan benda yang sama pada Edlin dan Asyraf.

“Kamu sudah menikah belum?” haha. Saya dah agak. Mesti soalan ini yang akan ditanya.

“Belum,tuan. Calonnya tiada lagi..saya mahu menikah sama master dulu.” :D

“Kalau sudah ada calon,cepat-cepat menikahnya..”

Lalu dia bertanyakan apa yang kami belajar sepanjang pengajian sarjana ini. Kami bercerita tentang subjek politik yang kami pelajari. Apa yang saya dapat katakan,kami senang bercerita dengan dia. Ilmunya banyak dan dia juga senang berkongsi.

Dia bercerita tentang suasana politik di Indonesia. Rupa-rupanya,dia adalah pengerusi pilihanraya di wilayah Sumatera. Hebat.

Dia juga menasihati kami supaya belajar bersungguh-sungguh. Jangan putus asa mencari ilmu. Dia bertanyakan cita-cita setiap seorang dari kami. Katanya,anak muda hendaklah bercita-cita tinggi.

Tapi,ada satu pesannya yang saya ingat sampai sekarang.

“Orang muda itu,biarlah cita-citanya setinggi langit. Supaya bila dia jatuh kelak,dia masih berpaut pada bulan..”

Sangat mendalam ayat itu.

Jam semakin hampir ke pukul 4. Kami meminta diri untuk ke kelas Prof Agus.

Bila meninggalkan pakcik itu,baru saya teringat.

“Edlin,kita bual-bual dengan pakcik tue,kita lupa satu benda. Lupa nak tanya nama dia.. lepas tue,Husna pula pegi panggil dia ‘tuan’. Should call him ‘bapak’kan..”

Waduh. Waduh.

Jadi,anak muda. Bercita-citalah sepanjang usiamu!


Sunday, March 30, 2014

Dunia baru


“Husna,I miss your writings.Update la blog..”

Lama benar saya bertapa kan.uhuk uhuk.

Kisahnya,ada masalah waktu saya nak login blogspot.Tapi sekarang alhamdulilah dah ok.hehe.

Saya sambung belajar semula. Alhamdulilah. In shaa Allah,doakan saya eh.

Tempat baru. Kampus baru. Pensyarah baru. Kawan baru. Roomate baru. Pendek kata,semuanya baru.

Semangat pun baru. Mudah-mudahan.

Saya bersyukur kerana setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Mereka yang berada di sekeliling sangat baik. Sangat membantu.

Saya pun sudah boleh biasakan diri disini.

Minggu pertama disini,saya sudah boleh balik kampung. Sendirian. Survive seorang.

Terkejut mak saya. Haha.

Tapi bukan ke dulu dia pernah cakap,”masih kat Malaysia lagi kan?no worries too much..” -_-“

Pucuk pangkalnya,kalau tak tahu,tanya ;)

Berani dan yakin diri itu sangat penting.

Oh,kampus saya sekarang terletak dengan KLIA. Hari-hari saya dengar bunyi kapal terbang lalu. Dan tiap-tiap kali itu juga,mesti saya dongakkan kepala.

Hehe.

Masih terkenang apa yang terjadi pada MH370. Agak terkejut. Jangan putus asa dan berdoa. Hati saya macam kuat mengatakan kapal terbang itu masih ada lagi.

Konspirasi atau apa-apa teori,hanya mereka yang pakar sahaja tahu.

Kami pernah bincangkan tentang hal ini didalam kelas beberapa minggu yang lalu. Pensyarah tak galakkan kami mengatakan kes ini berkaitan teori konspirasi.

Tapi,macam jelas ia berkait dengan teori itu sekarang.

Pada saya,hanya mereka yang berada didalam kapal terbang itu yang tahu. Apa yang sebenarnya berlaku.

Tapi apa yang saya perhatikan,ramai pula yang jadi ‘penumpang tak rasmi’ kapal terbang tersebut.

Ramai juga yang jadi ‘krew kabin tak rasmi’. Eheh.

Dengan kes bomohnya. Glamer Malaysia ke satu dunia. Siap ada application games bomoh lagi. Hebat.

Saya rasa,sudah sampai masanya MAS menukar beberapa peraturan.

Misalnya,membaca doa sebelum memulakan perjalanan. Macam Royal Brunei lakukan.

Pramugari hendaklah memakai pakaian yang sopan. Tiada lagi kebaya ketat.

Arak. Tak payah dihidangkan didalam pesawat.

Peringatan solat jamak dan qasar.

Mesti ada yang kata,”alaa tak untunglah MAS nanti. Dah la baru bankrup..”

Encik,nak untung dunia ke nak untung akhirat?

Saya tabik pada mereka yang bertungkus lumus dalam menyelesaikan hal ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan misalnya,baru saja pulih rawatan jantung. Saya tak pasti samada CEO MAS atau orang lain. Yang mana ibunya baru sahaja meninggal dunia beberapa minggu yang lalu.

Dengan tenangnya menjawab soalan dan memberi laporan.

Bila dengar sidang media di radio,saya jadi geram dengan reporter asing. Cara mereka menanya soalan,seolah-olah mereka kenal dan membesar di Malaysia.

Grrr..

Itu belum lagi laporan The Telegraph dan CNN. Lagi kasihan laporannya.

Bersatulah rakyat Malaysia dalam suasana sukar ini.

Apa yang saya perhatikan. Negara lain bila ditimpa musibah,rakyatnya akan bersatu padu menyatakan sokongan pada negara masing-masing.

Tapi di Malaysia,bila ditimpa musibah,rakyatnya semakin laju menuding jari. Salahkan mana-mana pihak.

Yang paling sadis,berganding bahu dengan media asing. Percaya pada laporan mereka.

Ingat. Malaysia ini pernah digelar ‘Suvarnabhumi’ satu ketika dulu.

Semenanjung emas maksudnya. Jadi,ada banyak mata-mata yang mengintai kita.

 Mencari kekayaan yang kita sendiri tidak sedar selama ini.



Monday, October 28, 2013