Saya peminat buku.Setiap kali ke bandar atau berjalan-jalan ke tempat orang,bukan cenderamata yang saya borong.kalau ada rezeki lebih,selalunya saya akan borong buku.Wah,sangat seronok ye..hehe..
Begitu juga kalau keluar dengan family.Kedai buku seolah-olah destinasi wajib dikunjungi oleh kami.Lain orang,lain minatnya.Ada yang minat kumpul kasut,beg,dan sebagainya.Saya boleh ralit berjam-jam di kedai buku.Dari satu rak ke satu rak,saya rasa macam mahu borong satu kedai buku tue..hehe.Dan saya rasa geram kat tuan punya kedai buku…eee..tau tak sebab apa?sebab dia kaya dengan buku.Saya sangat cemburu.Pakcik,boleh bagi sikit tak pada saya? ^_^
Selalunya,sebelum ke kedai buku,saya akan senaraikan dahulu buku yang hendak dibeli.Sebabnya,saya selalu 'terbabas’ beli buku yang saya tidak diingini.Contohnya,jika saya hendak beli buku tentang biografi seorang tokoh,saya akan ‘terjumpa’ buku biografi tokoh yang lain.Dan selalunya saya takkan lepaskan peluang nak beli buku tersebut.Saya akan berasa sedih kalau tengok buku itu tinggal satu di rak.Sebabnya,saya tak tahu,bila lagi akan ketemu buku tersebut.Jadi,saya akan berusaha untuk beli buku tersebut..huhu..
Masa zaman persekolahan dulu,saya baca la juga novel cinta..hehe...Bila sudah meningkat dewasa,saya semakin kurang baca novel-novel sebegini.Sebabnya?saya risau terpesong dengan novel tersebut.Sejak saya belajar menilai garis panduan yang ditetapkan oleh Islam,saya mula belajar tentang adab-adab pergaulan dalam Islam.Kebanyakan dalam novel tersebut,dari pembacaan saya lah,ada bahagian – bahagian yang tak berapa kena.Saya tak menyalahkan penulisnya.Mereka orang yang kreatif.Mereka menulis berdasarkan permintaan dan idea semulajadi.Cuma,apa yang saya bimbangkan,apa yang ditulis itu akan diikuti oleh para remaja hari ini…
Dan,sekarang pula berlaku fenomena lambakan novel cinta Islami.Oh,semestinya saya gembira dengan situasi tersebut.Tapi,maaf cakap,cinta yang diterapkan itu menyimpang dari landasan Islam yang sebenar.
Penulis kegemaran saya?cukup banyak.Mari tengok list..hehe..
Ustaz Hasrizal
- Saya kira semua orang kenal buku dia yang ‘best seller’ di Malaysia.Siapa tak kenal dengan bukunya yang bertajuk aku terima nikahnya,bercinta sampai ke syurga dan juga murabbi cinta.Ustaz juga ada tulis buku travelog.Tajuknya,rindu bau pohon tin dan secangkir teh pengubat letih.Buku ini,saya belum dapatkan lagi.InsyaAllah,satu ketika nanti ada pada koleksi.Ustaz juga aktif menulis di saifulislam.com.
suka buku..! |
Ramlee Awang Murshid
- Wah,ini penulis thriller nombor satu di Malaysia ye.Saya mula meminati karyanya semasa menunggu keputusan SPM.Terima kasih kepada Teacher Najiha yang memperkenalkan saya dengan novelis profilik ini..hehe..Baca novel nya,buat saya jadi tak senang duduk.Novelnya yang terakhir saya baca adalah,Mikhail.Saya suka nama itu.Menggambarkan empunya diri kuat jati dirinya..
Jk Rowling
- Siapa tak kenal dengan penulis ini?novelnya saja,terjual beberapa juta naskhah seantero dunia.Harry Potter and the gang.
Saya lebih menyukai novelnya,daripada filemnya.Sebab,dalam filem,banyak adegan dia'cut’.Atas faktor nak jimatkan masa,barangkali.Bila baca novelnya,saya rasa macam nak terbang..haha..dan rasa seolah –olah tenggelam dalam dunia magis.Saya suka watak Hermoine.Dia seorang bijak,tetapi agak kalut sedikit.Saya tak suka Professor Snape pada mulanya.Tetapi apabila baca novel yang terakhir,saya mula mengerti,kenapa dia sangat benci pada budak spek mata bulat tue.Sebabnya?haa..kamu kena baca,okeh.Nanti tak surprise..hehe.Snape tak jahat seperti yang disangkakan.Oh,saya menangis sewaktu baca bahagian Dumbledore dibunuh oleh Snape..ish..ish..
Saya lebih menyukai novelnya,daripada filemnya.Sebab,dalam filem,banyak adegan dia'cut’.Atas faktor nak jimatkan masa,barangkali.Bila baca novelnya,saya rasa macam nak terbang..haha..dan rasa seolah –olah tenggelam dalam dunia magis.Saya suka watak Hermoine.Dia seorang bijak,tetapi agak kalut sedikit.Saya tak suka Professor Snape pada mulanya.Tetapi apabila baca novel yang terakhir,saya mula mengerti,kenapa dia sangat benci pada budak spek mata bulat tue.Sebabnya?haa..kamu kena baca,okeh.Nanti tak surprise..hehe.Snape tak jahat seperti yang disangkakan.Oh,saya menangis sewaktu baca bahagian Dumbledore dibunuh oleh Snape..ish..ish..
Harun Yahya
- Saya masih tercari – cari bukunya tentang menolak teori darwinisme.Buku itu sangat kontroversi di barat,dan diharamkan disana.Gereja – gereja dan institusi pendidikan barat,sangat terkejut dan panas hati dengan buku itu.Buku ini tebal,dan saya rasa,harganya juga mesti mahal.Baru –baru ini,ada 2 orang wakil dari Harun Yahya foundation datang ke kampus saya.Tiada rezeki disitu.Saya tak dapat hadir persidangan mereka.InsyaAllah,mungkin lain waktu.Rasa tak ralat sangat.Mungkin sebab bukan Harun Yahya yang datang.Tapi,kalau dia yang datang lain kali,saya akan usahakan untuk datang..cuba,jangan tak cuba.Saya sarankan,anda semua bacalah buku – buku beliau.Sangat bagus.Rasa kekerdilan disisi Allah Taala kuat sangat.
Ada ramai lagi penulis yang saya minat.Contohnya seperti Ustaz Pahrol Mohd Juoi,Ummu Hani Abu Hassan ( orangnya sangat kecil molek ),Jr Tolkien,penulis buku The Lord of The Rings dan lain – lain lagi.Oh,hari itu,saya nak beli buku tentang seseorang pemimpin negara yang kontroversi.Malangnya,harganya tak sepadan dengan duit yang saya ada.Saya nak tahu,kenapa dia suka keluarkan kenyataan yang ‘hot’..ish..ish..
Saya rasa,semua orang ada buku.Samada kita sedari atau tak.Itulah dia, buku amalan kita.Penulisnya,lagi hebat dari kita.Sangat setia.Ikut kita 24 jam.Ke hulu,ke hilir.Cuma,buku kita itu nanti akan ditayangkan apabila hari penghitungan kelak.Tak salah rasanya,kalau anda menjadi penulis buku untuk diri anda sendiri.Anda bantulah ‘sahabat’ anda itu catatkan amalan yang baik – baik.InsyaAllah.Semoga ganjaran yang baik menanti kita nanti.
No comments:
Post a Comment