Monday, February 28, 2011

Filipina dan Salamat Po'


Saya belajar subjek Politik Asia Tenggara semester ini.Alhamdulilah,subjek ini sangat seronok.Saya belajar tentang sistem politik dan pemerintahan di Asia Tenggara.Kena ingat pemimpin setiap negara Asean dan peristiwa – peristiwa yang berlaku di negara tersebut.Kami belajar semua negara Asean,tetapi tidak melibatkan Malaysia.

Sebabnya?

Kami ada subjek lain untuk Malaysia.Iaitu,subjek struktur,politik dan pemerintahan di Malaysia.Pensyarahnya subjek ini ada 3 orang.Antaranya,Encik Roslan Zainuddin.Kalau siapa yang ambil sejarah masa tingkatan 6,nama ini tentu tidak asing buat kamu semua.Dia penulis buku sejarah Malaysia tingkatan enam, warna hijau kulit bukunya.
Berbalik kepada subjek Politik Asia Tenggara.Pensyarahnya adalah Dr.Abu Bakar Ebi Hara.Dia dari Indonesia dan memang ‘superb’ dalam bidang nie..huhu.Kami baru sahaja belajar tentang negara Filipina.Bila sahaja belajar tentang negara ini,saya teringat satu benda.TELENOVELA!.

Ya,Filipina memang terkenal dengan telenovela –telenovela yang mantop * pinjam perkataan Ustaz Zamri *.Mesti antara kalian yang pernah menonton drama ‘Pangako Sa Yo’,’Sanay Walang Nang Wakas’,dan sebagainya.


Filipina


Dulu,memang banyak drama dari negara itu ditayangkan di tv rumah kita.Saya suka tengok dramanya sebab,konsep ‘jujur’ yang ditekankan dalam cerita itu.Jarang jumpa,cerita yang menampilkan kisah orang – orang kaya dan kehidupan mewah dari awal cerita hingga akhir.Selalunya,latar belakang tempat adalah di kawasan orang miskin.

Kebanyakan cerita – cerita sekarang suka memaparkan kisah orang kaya.Jika bercerita tentang golongan kurang mampu,kadang – kadang saya tersenyum sendiri.Masakan orang miskin tinggal di rumah kayu yang cantik rumahnya!tak patut..tak patut..




kenal tak?=)

 Bagi saya,andainya sesebuah cerita itu menampilkan jalan cerita yang menarik,tak mustahil andainya rating naik mendadak.Cuma sejak kebelakangan ini,telenovela dari Filipina jarang disiarkan di kaca tv.

Saya teringat sewaktu cerita Pangako Sa Yo hot di Malaysia satu ketika dahulu,hero dan heroin cerita itu juga sama-sama popular..hehe.Jericho Rosales dan Krisitin Hermosa.

Orang Filipina,cantik-cantik,ok.Kulit mereka halus dan putih.Saya pernah terbaca dalam majalah Anis,mereka memakai sejenis bedak,saya pun kurang pasti bedak apa.Bedak itu,diperbuat daripada sejenis tumbuhan.Maka,jadilah kulit mereka semua gebu – gebu belaka.Eee,boleh saya cubit pipi gebu kamu tak?hehe...

Selain itu juga,Filipina pernah dijajah oleh Sepanyol dalam tempoh yang lama.Kalau saya tak silap,kira – kira 200 tahun.Jadi,berlakulah perkahwinan campur dikalangan rakyat tempatan.Kesan daripada penjajahan itu juga,meninggalkan kesan budaya dikalangan rakyat Filipina.Berlaku asimilasi disitu.Kebanyakan daripada mereka menggunakan nama berbaur Sepanyol sedikit,malahan makanan dan budaya mereka juga mengalami keadaan yang sama.

Kalau kita perasan,bahasa mereka juga hampir sama.Majoriti rakyat negara itu beragama Kristian,dan kira – kira 8% sahaja penduduk dibahagian selatan Filipina beragama Kristian.Mereka menukar agama ketika penjajahan.Sangat sedih.Penduduk bahagian selatan itu antaranya seperti puak Mindanao.Pensyarah saya ada yang berasal dari selatan Filipina.

Haa,siapa –siapa yang nak belajar main bola keranjang,belajarlah dengan orang Filipina.Kebanyakan dari mereka handal bermain permainan ini..^_^


Imelda Marcos dan kasut -kasutnya.

Belajar tentang Filipina juga mengingatkan saya pada Imelda Marcos,isteri kepada bekas presiden Ferdinand Marcos.Apa yang menarik tentang bekas wanita pertama ini ialah,dia mempunyai koleksi kasut yang sangat banyak,dan mempunyai bilik khas untuk menyimpan kasut – kasut tersebut.Haa,siapa – siapa yang tidak ada kasut,apa kata anda pergi minta pada dia…hehe..Emelda bukan sahaja mempunyai koleksi kasut yang banyak (beribu – ribu mungkin),dia juga suka mengumpul mutiara.

Rentetan daripada sikap borosnya itu,rakyat Filipina bangkit menentang kerajaan.Dan sekarang,tindakan rakyat menentang kerajaan bukanlah satu perkara baru.

Belajar tentang negara luar mengingatkan saya,supaya lebih bersyukur tinggal di Malaysia.Walaupun,sejak akhir –akhir ini,keadaan agak berkocak dengan perkara panas,tetapi,Alhamdulilah,setakat ini keadaan terkawal.Tiada apa yang saya harapkan,selain berdoa,semoga keamanan ini berpanjangan.Ameen.

-      Salamat po’ bermaksud  ‘terima kasih’.Saya belajar dari telenovela – telenovela Filipina…hehe..^_^



No comments: