Monday, March 14, 2011

Cik 'M' datang ziarah

Assalamualaikum

Sudah masuk bulan Mac rupanya.Sekejap sahaja masa berlalu.Pejam celik,pejam celik,waktu semakin pantas meninggalkan kita.Saya hampir terlupa,ada blog yang perlu dikemaskini.Walaupun setakat ini,blog saya masih rahsia dikalangan kawan – kawan,saya cuba nak kemaskini selalu.Seronok sebenarnya bila kita tulis blog.Dapat merehatkan badan.Sambil bersantai – santai,tangan ligat menulis apa yang terlintas di fikiran.Sungguh,dari dulu lagi saya nak buat blog.Yalah,tengok ‘industri’ blog berkembang pesat,macam cendawan tumbuh lepas hujan.Kemudian,bila saya fikir – fikir semula,saya risau kalau cik M datang ganggu.Tapi,bila diingatkan – ingatkan kembali,kenapa saya tak cuba lawan sahaja cik M kan.Dia bukan besar sangat pun,selagi hati saya kuat dan kental nak lawan dengan dia.Hiaaahhh – macam silat pula -..hehe..

Tengok tak tajuk kat atas tue? “M” itu untuk Mac.Kalau dalam bahasa Perancis,bulan ini dipanggil ‘Mars’.Masa saya mula – mula dengar pensyarah sebut,saya ingatkan planet mars ( marikh )..hehe..pardon monsieur!
Banyak aktiviti yang saya sertai bulan ini.Dan yang terbaru hari Jumaat   lalu.Hari itu memang cipta banyak  sejarah dalam diari kampus saya.Bayangkan,saya hadiri 3 majlis dalam masa 1 hari!pagi,petang dan malam.2 daripadanya,saya jadi AJK,untuk program malamnya,saya hadir sebagai peserta.Itu pun,kalau tidak jadi AJK.Oh,kepenatan sungguh,tapi saya puas.

Pagi Jumaat yang barakah,kami di Bukit Kachi ini,menyambut Maulidurasul.Alhamdulilah,penyertaan sangat menggalakkan.Khamis malam Jumaat sebelumnya,ada pertandingan banner.Blok saya menang.yeayy!.Saya rasa faktor menang itu mungkin disebabkan tulisan khat yang ditulis di kain rentang tersebut.Saya rasa macam nak belajar tulisan khat la bila cuti sem nanti.Dulu saya pernah belajar,tapi tak mendalam pembelajarannya.Kali ini,saya akan cuba untuk bersifu sungguh – sungguh.Sebabnya?saya tengok,kadang – kadang kami disini kekurangan ‘tukang mahir’ khat.Niat saya,nanti bolehlah tulis di bilik,atau di DPP.InsyaAllah.

Oh,selain itu,tahu sejarah apa lagi tercipta?saya jaga P.A sistem dan audio dewan!wah,masa mula – mula jadi bidan terjun,terkejut jugalah.Kata kawan saya,dalam sejarah,muslimat pegang bahagian itu.Kalau Allah izinkan,semua boleh jadi.Tak begitu,Farhana?Alhamdulilah,semuanya ok.Rata – rata tetamu suka dengan video yang  dipaparkan.Cuma,saya tak sempat nak tayang video tentang sejarawan Islam.Masa bahagian awal dipaparkan,ada suara kata dari bawah “tak fahamm”..hehe.Sebabnya,video itu dalam English.Nanti saya kongsikan video itu di blog ini.InsyaAllah.Video itu best,cuma kalau tengok awal – awal ,mesti agak itu video ‘omputih’ vs Islam.Tapi bukan sebenarnya.Saya risau juga,apa lah agaknya di fikiran ustaz – ustaz yang tengok video itu waktu maulidurasul tempoh hari.Maklumlah,ada ‘minah salleh’.Minta ampun,ustaz..

Alhamdulilah,majlis berjalan dengan lancar.Walaupun,pada awalnya,banyak rintangan yang berlaku.Paling mencemaskan buat saya ialah,tiada MAKANAN VIP keesokan majlisnya.Bayangkan,agak pening jugalah.Saya doa dalam hati,semoga Allah permudahkan urusan.Kerana kecintaan pada Rasulullah,saya lakukan dengan bersungguh – sungguh.Saya nak syafaat baginda di akhirat nanti.InsyaAllah.

Bila majlis selesai,tengok muka tetamu senyum meleret ( barangkali kerana dapat hamper..hehe ),saya pun tumpang gembira.tapi gembira tak lama.masih ada 2 program lagi ye,cik husna..hehe..

Nanti saya ceritakan pada entri lain.InsyaAllah.clue nya,tentang kanak – kanak riang..=).
Dengan saya sekali jadi kanak – kanak semula.hehe..
·          
- Perkara yang berkaitan dengan M,semua ada di entri ini.Perasan tak?
Wassalam.





No comments: