Saturday, July 30, 2011

Masa rehat + masa kecederaan = Gollll...!






Kalau kita tengok perlawanan bola sepak,mesti ada masa rehat,masa kecederaan atau masa tambahan yang diberikan kepada pemain-pemain.

Ibarat peluang yang terbuka di depan mata.Siapa tahu,diantara masa-masa yang dinyatakan tadi,pemain sempat menyumbat satu gol dan memberi mata tambahan kepada pasukan masing-masing.

Jika masa tambahan yang diberikan adalah 10 minit,maka bertungkus lumuslah pemain berusaha untuk meledakkan gol.

Ke depan,ke belakang,bek pertahanan perlu diperkuatkan,jangan sampai lawan termasuk ke kotak penalti.Alamat menggigit jari lah tuan rumah.

Manakala penjaga gol barangkali,menajamkan lagi penglihatannya.Mencari dimana bola berada,pada pemain siapa.Dikhuatiri bola terlepas ke dalam gawang yang di jaga.

Senang cerita,masa yang diberi itu,sangat-sangat berharga.

Sangat-sangat berguna.

Kalau tidak dimanfaatkan elok-elok,nanti muka pemain bisa berubah kelat kemudiannya.

Siapa mahu kalah?

Malu nanti.

Refleksi pula pada diri kita.

Adakah kita menggunakan masa tambahan,masa kecederaan yang diberikan oleh Allah didunia ini?

Masa tambahan itu ibarat pintu taubat yang senantiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.Allah sentiasa menunggu dan menerima rintihan dan pengampunan daripada hambaNya.HambaNya ini sering lalai mengingatiNya,bahkan kadang kala alpa dengan nikmat yang diberi.Membuat sesuatu kadang kala tidak memikirkan ada  mata yang memerhati,hatta ketika berbisik sekalipun di telinga kawan,ada yang sedang mendengar.

Pabila diberi masa kecederaan,barulah tersedar.Dia baru teringat,sepanjang hidupnya,dia tidak pernah keseorangan.Dia sentiasa ditemani,ada yang sedang menunggu didalam setiap 5 waktu.Dia baru dikejutkan dari mimpi yang lena.Dia bimbang andai taubatnya itu tidak diterima dalam masa kecemasan ini.Kerana dia terleka sewaktu masa tambahan yang diberikan tadi.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Dia tidak pernah melupakan hambaNya.

Pada mereka yang benar-benar bijak menggunakan masa tambahan yang Allah berikan,digunakan ia untuk mencari keredhaanNya.Manakala ketika waktu kecederaan,hatinya tidak berkeluh kesah.Menerima dengan redha dan pasrah,kerana dia mengerti Allah mengujinya melalui kesanggupan diri yang ada padanya.

Ketika menerima serangan bertubi-tubi dari pihak lawan,yakni nafsu dan syaitan sepanjang kakinya mengelecek di bumi Allah,dia tidak putus-putus memberi pertahanan yang terbaik.Dia bimbang jikalau gawangnya dibolosi lagi.

Dia tidak sanggup.Lalu dia berusaha untuk membawa bola ke pintu gol.

Dan gol nya adalah kehidupan yang abadi,yakni jannatul Firdausi yang menanti.

InsyaAllah.

** teruskan berjuang Harimau Malaya..! =_=

Wednesday, July 27, 2011

" Burung diatas lagi pening,ayah.."





Petang yang damai.Suasana yang redup.

Saya dan Dina sedang menanti makanan yang dipesan di gerai makan ala carte.Saya memilih nasi goreng kampung,manakala Dina dengan mee gorengnya.

Keadaan Bukit Kachi bila waktu petang,jarang sekali sunyi.Inilah masa terluang yang digunakan oleh penghuninya untuk beriadah.Ada yang menunggang basikal berduet..hehe,ada yang berjoging.Saya dan Dina memilih untuk mengisi perut.Berpandukan sunah nabi,makan sebelum maghrib.

Sambil menunggu menu yang dipesan,kami berbual-bual sambil menghirup ABC aiskrim.Sedapnya..aiskrim peppermint tue..=)

Anak Cik Yah datang menghampiri kami.Gerai ibunya,terletak bersebelahan dengan gerai makan ala carte tersebut.

Dina mengusik pipi dia.Comel!geram sungguh kami melihat si kecil itu.

Ibunya,Cik Yah datang menyertai kami.Bercerita dengan kami pelbagai perkara.

“Ibu,adik nak makan nasi goreng kampung,letak telur mata..”

“Haa,p la habaq kat cik nak makan nasi goreng tue..”

Terkedek-kedeklah si kecil itu pergi memesan makanan yang dipinta.
Cik Yah pun membuka cerita.

“Ada sekali tue,dia p ikut ayah dia ke pekan.Bawa burung dalam sangkaq.Sepanjang perjalanan tue,ayah dia nie naik hairan,pasai apa la burung nie diam ja dalam sangkaq.Pening ka.Kot la angin kuat,pastue pening time naik moto.”

Melihat muka ayahnya kehairanan,si kecil itu menjawab,

“Burung yang kat atas tue lagi pening,ayah.Angin kat atas lagi kuat..”jawab si kecil,merujuk burung-burung yang terbang di udara.

Kami berdua yang khusyuk mendengar cik yah itu bagaikan terkejut bercampur kagum dengan jawapan si kecil itu.

“Pandai nie,pandai..”.Cik Yah mengusap kepala si kecil itu.

Ya,si kecil itu memang pandai.
Menu sudah siap.Sambil menyuap rezeki ke mulut,saya terfikir.

Sedangkan si kecil yang berusia 5 tahun itu,boleh memberi jawapan yang unik,yang boleh mendekatkan rasa takjub pada kuasa Allah,yang boleh menambah ilmu tasauf,sedang saya kadang-kala ‘lalai dan cuai’ yang memberi jawapan sedemikian rupa.

Boleh jadi jawapan itu menjentik hati supaya mengingatkan tiada yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu melainkan dengan izinNya.

Boleh jadi juga jawapan itu menyentuh hati seorang manusia bukan Islam mencari cinta dan hidayah yang hakiki,abadi.

Si kecil kepunyaan Cik Yah itu menyuap nasi goreng kampung dan telur mata.Sambil itu,mulutnya tidak henti-henti bercerita itu dan ini kepada kami.
Suara dia sangat comel..memang comel..=)




Meninggalkan Mall Kachi menuju ke rumah Allah,saya memandang ke langit.Kelihatan burung-burung sedang terbang di dada langit.Mahu pulang ke sarang.

Ya,burung-burung tersebut tidak pernah pening.Walau angin kuat macamana sekalipun.Dan angin tidak pernah tiup sehala.Kadang kala ke barat,timur,utara atau selatan.Tetapi manusia,jarang sekali meniupkan ‘angin perubahan’ didalam dirinya.Selesa berada di takuk yang lama.

Yang dicari,rumah besar,kereta besar dan duit yang banyak.Bukan itu yang dicari sebenarnya,tetapi dia mencari emosi apabila memiliki harta terbabit.
Daripada duit seringgit,ia boleh menjadi seratus ringgit,kalau ditambah.Ibarat iman,daripada nipis,ia bisa menjadi tebal andai ditiup ‘angin perubahan’ didalam hati.

InsyaAllah ,kita boleh.Umat Islam boleh.

terima kasih adik kerana membuka pintu hati akak...^_^



Monday, July 25, 2011

Hamster atau hamper?







Ayah baru pulang dari outstation di sebuah negeri pantai timur.

Bila nampak kenderaan ayah masuk ke halaman rumah,Fatimah melompat kegembiraan.Maklumlah,lama juga ayah pergi berkursus.Tak henti-henti dia bertanya,itu dan ini.Macam penyiasat pula cik Fatimah tue..hehe.

Ayah membawa pulang keropok,serta barang-barang yang lain.

“Kaklong,kaklong,ayah bawa balik hamster.Tengok nie,cepat!”.

Haa,hamster?

Biar betul.Hairan.

Saya terus keluar ke halaman rumah,untuk mengambil barang.

Mana hamsternya?yang saya lihat,Fatimah sedang membawa sebuah hamper.

“Besar kaklong,hamster ini..”

Laa,hamper rupanya.

“Bukan hamster la,Fatimah.Hamper.Hamster tue,binatang yang kecil,berbulu.Ia seakan-akan tikus.Ini hamper.berisi makanan,minuman..”

“Oohhh..kita tersalah la,kaklong..
“Takpe,sekarang dah tahu kan?”

Fatimah menganggukkan kepala sambil mengunyah biskut.

Half done to teach her.Alhamdulilah..!

eden geli pegang,tengok makhluk ini..=_=

Sunday, July 24, 2011

Ikan tongkol atau Ikan aye?






Bila sebut sahaja nasi dagang,saya mesti teringat kenangan ketika di tingkatan enam atas dahulu.Jumlah kami semua tak ramai.Dalam 22 orang sahaja.Pelajar lelakinya 8 orang,manakala selebihnya pelajar perempuan.

Macam-macam ragam,macam-macam fiil.Bila sudah meninggalkan bangku persekolahan,terpandangkan sesuatu,automatik fikiran akan mengimbau kenangan lalu.Walhal,bila waktu sekolah dahulu,masing-masing sudah terbayang suasama bila menamatkan persekolahan nanti.

Rindu suasana itu.Rindu dengan gelagat masing-masing yang havoc,dan kini masing-masing mengemudi kapal sendiri.Bertebaran seluruh negara.

                          **************

Nasi dagang.

Ikhsan,budak kelas saya,seorang yang periang.Yang menarik mengenai Ikhsan ialah,dia tidak membahasakan dirinya ‘engkau,aku’.Dia bahasakan dirinya ‘Esan’.Itu yang uniknya budak kelas saya ini.

Boleh kata setiap hari,Ikhsan akan mengambil order nasi dagang dari kawan-kawan sekelas.Kata dia, makciknya sendiri menjual nasi dagang.Jadi,ia lebih memudahkan.

Suatu pagi yang damai.Waktu pagi di kelas tingkatan enam saya,biasanya sunyi.Maklum,masing-masing belum ada feel lagi.Ikhsan datang membawa nasi dagang yang dikirim.

Dia membahagikan nasi tersebut kepada rakan sekelas.Sambil mengutip ufti dari mereka..hehe..

Biasanya,nasi dagang akan dibungkus dengan daun
pisang.

Aduhai,baunya….mantop!

Antara pelanggan setia ikhsan adalah Syed.

Syed membuka nasi dagang tersebut.

Dia terus bertanya pada ikhsan,
“Ikhsan,nasi dagang ni gulai ikan tongkol ke,ikan aye?”

Saya yang ketika itu sedang duduk di bahagian belakang kelas 
tercengang.Kawan sekelas yang lain juga begitu.Masing-masing seolah-olah memandang Ikhsan dan Syed.

..betul ke apa yang aku dengar nie?..”

Setahu saya,ikan tongkol dan ikan aye adalah ikan yang sama.Cuma namanya sahaja yang lain.

Jawapan Ikhsan kemudiannya yang membuatkan seisi kelas menjadi gamat.
(gelak besar)

He..he..he..

“Ikhsan rasa macam nak sepok je si Syed nie..”

Hehehehe..

Pecah derai kami ketawa pagi itu.

Syed terkulat-kulat sambil tersenyum..hehe..

Pie dan Suhairi yang berada di belakang kelas,tergelak besar mereka!

Dan setiap kali terpandang nasi dagang,gulainya,saya akan teringat kenangan ini.


** Nota:
-      Sepok itu loghat kampung saya.Bunyinya seakan ‘sepak’,slang Terengganu..=)

Thursday, July 7, 2011

Datanglah wahai Cik Motivasi...

Kadang kala,bila sudah selalu membuat perkara atau benda yang sama,automatik motivasi itu akan menurun..

Daripada 360 darjah zuupp ke 180?90? atau,45 darjah..
Alahai..sayangnya kalau tinggal 45 darjah..+_+

Sungguh,kita bukan insan yang sempurna.

Iman turun naik.macam lif..
Sekali ditekan up,naik la ke tingkat berapa yang kita mahu.
Bila ditekan ground,kita benar-benar di bawah.

Sedang Allah tidak pernah jemu untuk menunaikan permintaan hambaNya yang tidak pernah cukup setiap kali.

Sedang kita sebagai hambaNya sukar kadangkala menunaikan haknya sebagai khalifah di muka bumi ini.

Mari ke mari cik motivasi,saya perlukan anda.

InsyaAllah Husna boleh,bukankah Husna mahu ke sini satu hari nanti?
Mahu menimba ilmu Allah dengan keredhaanNya.

InsyaAllah..



 Dan ini yang paling dirindui setiap kali..





Monday, July 4, 2011

Berpagi-pagilah kamu






Emak memang cukup tak berkenan kalau anak-anaknya bangun lambat dari tidur.Pukul 8 pagi itu sudah dikira lambat,ibarat pukul 10 pagi,kata emak.Pesannya,kalau bangun lambat,rezeki sudah diambil oleh orang lain.Semuanya akan lewat,makan lewat,kerja yang dilakukan akan lewat dibuat dan lambat siap.Ia akan menjadi tidak sempurna.

Tok long yang berjiran dengan kami,sudah membuka gerainya seawal pagi.
Dan siapa yang bangun lambat,alamat kempunan nak makan nasi lemaknya yang mantop itu..

Rugi!

Jika bangun lambat,sakit kepala akan mudah menyerang.Badan akan menjadi lemah dan fikiran akan terganggu.Seseorang boleh menjadi pemarah pada hari itu.

Dari sudut kesihatan.

Di dalam Islam,tidur selepas subuh akan menjauhkan rezeki seseorang.Ketika makhluk-makhluk lain seperti burung,dan haiwan yang lain sudah 2 3 kali turn mendapat rezeki,kita masih enak lagi di tempat beradu.

Sayangnya!

Seusai bangun subuh,biasanya emak akan membuka tingkap rumah seluas-luasnya.Pesannya lagi,supaya udara bersih dapat masuk ke dalam rumah,dan seisi keluarga akan sihat.Alhamdulilah,ia tips yang sangat berguna.

Saya teringat cerita seorang guru.Orang dulu,kalau hendak merisik seorang suri untuk dipadankan dengan anak teruna,mereka akan mengintip rumah si suri tersebut pada waktu pagi.Jika dilihatnya si suri sedang berada di dapur,pulanglah pengintip tadi dengan hati yang tenang.Sudah tahu rutinnya pada pagi hari.Lapang hati mereka.Kemudian baru di pinang si suri.

Tambah cikgu lagi,cuba dibandingkan dengan suasana hari ini.Mungkin keadaan sebaliknya akan berlaku.Suri-suri hari ini masih enak beradu walau matahari meninggi.

Adoiyai……

Atok pernah berpesan pada saya,kalau mahu muka sentiasa berseri,bangunlah pagi-pagi.

Apabila bangun pagi,buatlah sedikit regangan.Kemudian,minumlah air suam supaya sistem pencernaan akan bertambah lancar.InsyaAllah,muka akan berseri-seri.Antara sunah Rasululah yang boleh kita amalkan ialah membaca Al Quran terlebih dahulu pada waktu pagi sebelum melihat perkara lain.

Sesungguhnya waktu pagi itu menyimpan rahsianya.

Mari lakukan ini.

Selepas menunaikan solat subuh,cuba duduk di luar rumah.Perhatikan,bagaimana hari mula beransur-ansur pagi,makhluk-makhluk Allah mula keluar mencari rezeki,rumput yang masih dilitupi embun pagi yang sejuk.Pijaklah diatas rumput tersebut.

Suasana yang cukup harmoni.

Pandanglah ke langit,lihat bagaimana warna langit bertukar dari gelap ke ungu,kemudian ke kuning-kuningan.Matahari akan mula menyinar dengan terang.

SubhanaAllah.

Sangat cantik.

Berpagi-pagianlah kita agar tidak terlepas peluang yang ada.