Monday, July 4, 2011

Berpagi-pagilah kamu






Emak memang cukup tak berkenan kalau anak-anaknya bangun lambat dari tidur.Pukul 8 pagi itu sudah dikira lambat,ibarat pukul 10 pagi,kata emak.Pesannya,kalau bangun lambat,rezeki sudah diambil oleh orang lain.Semuanya akan lewat,makan lewat,kerja yang dilakukan akan lewat dibuat dan lambat siap.Ia akan menjadi tidak sempurna.

Tok long yang berjiran dengan kami,sudah membuka gerainya seawal pagi.
Dan siapa yang bangun lambat,alamat kempunan nak makan nasi lemaknya yang mantop itu..

Rugi!

Jika bangun lambat,sakit kepala akan mudah menyerang.Badan akan menjadi lemah dan fikiran akan terganggu.Seseorang boleh menjadi pemarah pada hari itu.

Dari sudut kesihatan.

Di dalam Islam,tidur selepas subuh akan menjauhkan rezeki seseorang.Ketika makhluk-makhluk lain seperti burung,dan haiwan yang lain sudah 2 3 kali turn mendapat rezeki,kita masih enak lagi di tempat beradu.

Sayangnya!

Seusai bangun subuh,biasanya emak akan membuka tingkap rumah seluas-luasnya.Pesannya lagi,supaya udara bersih dapat masuk ke dalam rumah,dan seisi keluarga akan sihat.Alhamdulilah,ia tips yang sangat berguna.

Saya teringat cerita seorang guru.Orang dulu,kalau hendak merisik seorang suri untuk dipadankan dengan anak teruna,mereka akan mengintip rumah si suri tersebut pada waktu pagi.Jika dilihatnya si suri sedang berada di dapur,pulanglah pengintip tadi dengan hati yang tenang.Sudah tahu rutinnya pada pagi hari.Lapang hati mereka.Kemudian baru di pinang si suri.

Tambah cikgu lagi,cuba dibandingkan dengan suasana hari ini.Mungkin keadaan sebaliknya akan berlaku.Suri-suri hari ini masih enak beradu walau matahari meninggi.

Adoiyai……

Atok pernah berpesan pada saya,kalau mahu muka sentiasa berseri,bangunlah pagi-pagi.

Apabila bangun pagi,buatlah sedikit regangan.Kemudian,minumlah air suam supaya sistem pencernaan akan bertambah lancar.InsyaAllah,muka akan berseri-seri.Antara sunah Rasululah yang boleh kita amalkan ialah membaca Al Quran terlebih dahulu pada waktu pagi sebelum melihat perkara lain.

Sesungguhnya waktu pagi itu menyimpan rahsianya.

Mari lakukan ini.

Selepas menunaikan solat subuh,cuba duduk di luar rumah.Perhatikan,bagaimana hari mula beransur-ansur pagi,makhluk-makhluk Allah mula keluar mencari rezeki,rumput yang masih dilitupi embun pagi yang sejuk.Pijaklah diatas rumput tersebut.

Suasana yang cukup harmoni.

Pandanglah ke langit,lihat bagaimana warna langit bertukar dari gelap ke ungu,kemudian ke kuning-kuningan.Matahari akan mula menyinar dengan terang.

SubhanaAllah.

Sangat cantik.

Berpagi-pagianlah kita agar tidak terlepas peluang yang ada.

2 comments:

Nur Amira said...

salam kak..
subhanallah.betul2.mak kata,xmnis ank dara tdo smp tghri.tp kte slalu gk bt,haaha...tma ksh unt n3 yg mnguatkn smgt unt bgun pg tnpa tdo blik lps subuh.jom sm2 praktik! insyaAllah..ana musytaqun ilaiki ya ukhti..=)

Husna said...

amira jangan buat lagi tau..tahan mata pakai batang mancis,macam mr bean buat..hehe..akk rindu kamu..=)