Saturday, July 30, 2011

Masa rehat + masa kecederaan = Gollll...!






Kalau kita tengok perlawanan bola sepak,mesti ada masa rehat,masa kecederaan atau masa tambahan yang diberikan kepada pemain-pemain.

Ibarat peluang yang terbuka di depan mata.Siapa tahu,diantara masa-masa yang dinyatakan tadi,pemain sempat menyumbat satu gol dan memberi mata tambahan kepada pasukan masing-masing.

Jika masa tambahan yang diberikan adalah 10 minit,maka bertungkus lumuslah pemain berusaha untuk meledakkan gol.

Ke depan,ke belakang,bek pertahanan perlu diperkuatkan,jangan sampai lawan termasuk ke kotak penalti.Alamat menggigit jari lah tuan rumah.

Manakala penjaga gol barangkali,menajamkan lagi penglihatannya.Mencari dimana bola berada,pada pemain siapa.Dikhuatiri bola terlepas ke dalam gawang yang di jaga.

Senang cerita,masa yang diberi itu,sangat-sangat berharga.

Sangat-sangat berguna.

Kalau tidak dimanfaatkan elok-elok,nanti muka pemain bisa berubah kelat kemudiannya.

Siapa mahu kalah?

Malu nanti.

Refleksi pula pada diri kita.

Adakah kita menggunakan masa tambahan,masa kecederaan yang diberikan oleh Allah didunia ini?

Masa tambahan itu ibarat pintu taubat yang senantiasa terbuka untuk hamba-hambaNya.Allah sentiasa menunggu dan menerima rintihan dan pengampunan daripada hambaNya.HambaNya ini sering lalai mengingatiNya,bahkan kadang kala alpa dengan nikmat yang diberi.Membuat sesuatu kadang kala tidak memikirkan ada  mata yang memerhati,hatta ketika berbisik sekalipun di telinga kawan,ada yang sedang mendengar.

Pabila diberi masa kecederaan,barulah tersedar.Dia baru teringat,sepanjang hidupnya,dia tidak pernah keseorangan.Dia sentiasa ditemani,ada yang sedang menunggu didalam setiap 5 waktu.Dia baru dikejutkan dari mimpi yang lena.Dia bimbang andai taubatnya itu tidak diterima dalam masa kecemasan ini.Kerana dia terleka sewaktu masa tambahan yang diberikan tadi.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Dia tidak pernah melupakan hambaNya.

Pada mereka yang benar-benar bijak menggunakan masa tambahan yang Allah berikan,digunakan ia untuk mencari keredhaanNya.Manakala ketika waktu kecederaan,hatinya tidak berkeluh kesah.Menerima dengan redha dan pasrah,kerana dia mengerti Allah mengujinya melalui kesanggupan diri yang ada padanya.

Ketika menerima serangan bertubi-tubi dari pihak lawan,yakni nafsu dan syaitan sepanjang kakinya mengelecek di bumi Allah,dia tidak putus-putus memberi pertahanan yang terbaik.Dia bimbang jikalau gawangnya dibolosi lagi.

Dia tidak sanggup.Lalu dia berusaha untuk membawa bola ke pintu gol.

Dan gol nya adalah kehidupan yang abadi,yakni jannatul Firdausi yang menanti.

InsyaAllah.

** teruskan berjuang Harimau Malaya..! =_=

No comments: