Friday, August 19, 2011

Kenangan Ramadhan


buku yang dikhatamkan sepanjang ramadhan ini.insyaAllah.

Ketika prasekolah.

“Kaklong puasa tak hari nie?” emak bertanya pada saya.

“Puasa..”,balas saya.

“Tadi kat sekolah makan ubat cacing kan?batal dah puasa tue…kaklong”

“..hah,batal?”terkejut kot.

Itu kenangan ketika saya berumur enam tahun..hehe.Bila ingat-ingat balik peristiwa tue,boleh membuatkan saya tersenyum sendiri.Manakan tidak,pagi itu,ada pegawai kesihatan datang ke kelas prasekolah saya.Kami semua dikehendaki memakan ubat cacing.Saya pun join sama makan.Ingatkan selepas makan ubat cacing tue,nanti puasanya akan disambung semula..hehehe..boleh pula macam tue,Husna,Husna..ish ish..

Sudah batal rupanya.Jadi la tahun itu saya berpuasa 29 hari sahaja.Itu pun sudah dikira baik.

***********
Darjah  dua.

“Aik,lamanya duduk dalam bilik air?” ayah kehairanan..

“Hehehe…” saya menyeringai.

Kalaulah ayah tahu,bahawa anaknya ini telah membasahkan kepalanya ke dalam besen mandi untuk menyejukkan badan,agaknya mesti dia geleng kepala..hehe..

Patutlah keluar dari bilik air,segar-bugar..hehe..

***********
Tingkatan satu.

Seingat saya,tahun itu merupakan kali pertama,kami semua berpuasa di Gembut.Kami berpindah ke rumah baru.Alhamdulilah.Mulanya agak kekok sedikit,lama kelamaan sudah tegal.Setiap petang,adik-adik merangkap hero akan menghantar makanan ke rumah jiran.

Kadang-kala mencecah sehingga 13 buah rumah..

Yang seronoknya,pernah juga jiran-jiran seolah-olah berpakat tema juadahnya.Kalau rumah nie menghantar mee goreng,yang lain juga akan menghantar tema yang sama.Kalau tak mee goreng,mungkin mee bandung,mee hailam.Begitulah.Macam bazaar Ramadhan pun ye juga..hehe..

Alhamdulilah kerana mendapat jiran-jiran yang baik sekali.

**********
Tingkatan empat.

Cikgu Rosdi,guru kelas menjemput saya dan rakan-rakan berbuka puasa dirumahnya.Petang itu,sebelum berbuka,kami semua menyinsing lengan dan rewang menolong acik di dapur.Acik adalah gelaran untuk isteri dia.

Siap bakar ikan lagi.Bau dia,alamak ai,sedap..^_^

Menunggu waktu berbuka,kami berbual sesama sendiri.Macam-macam cerita.

Tak lama kemudian,

“Assalamualaikum..”

Alahai,Nash rupanya.Penyanyi lefthanded tue.Dia turut berbuka puasa bersama-sama dengan kami.

Selepas makan,kami semibahyang maghrib.Saya pun ambillah gambar dengan Nash..hehe..ambil ramai-ramai.

Sebelum pulang,Nash yang membahasakan dirinya uncle sempat menghulurkan duit raya kepada kami.

“Uncle,kalau kahwin nanti,jangan lupa jemput kiteorang..”

“InsyaAllah..”

************
Tingkatan lima.

“Assalamualaikum warahmatullah..”

Kami pelajar aspuri baru selesai menunaikan solat tarawih.Rakaat ke 12.

Menoleh ke belakang,alamak..biar betul apa yang saya lihat nie..+_+

Jemaah perempuan tinggal 4 orang sahaja.Hikmah,kawan saya tersengih-sengih dibelakang..hehe.

“Takpelah Husna,teruskan je..lepas siap sembahyang nie, boleh buat LK sama-sama..” Pikah,kawan saya mengingatkan.

Nak tergelak pun ada sebenarnya. Budak aspuri sembahyang tarawih 20 rakaat jemaah bersama-sama.Bermula dengan suara yang kuat membaca selawat seusai habis solat,perlahan-lahan suara bertukar mendatar.
Rupa-rupanya,jemaah hanya tinggal 4 orang.

Maka,kedengaranlah suara mantop Hikmah membaca selawat.

Menyempreng kata orang-orang jowo..^_^

*********
Tingkatan enam.

“Kaklong,tolong tutup tingkap,hujan lebat nie..”

Saya bergegas menutup tingkap.Angin diluar rumah kencang.Kilat sambar menyambar.Alhamdulilah,hujan.Sejuk sikit.

Ketika sedang menutup tingkap,ada benda terjatuh di kaki.Sejuk.Saya cuba menguis benda tersebut dengan kaki.Bentuknya kecil-kecil.Keadaan yang gelap membataskan penglihatan saya untuk melihat benda tersebut.

Pabila saya membawa ‘benda’ tersebut ke tempat yang cerah sedikit,subhanaAllah,rupa-rupanya ia adalah hujan batu!

Ia jatuh bertimpa-timpa ke halaman rumah.Pertama kali dalam hidup, saya melihat hujan batu didepan mata sendiri.

Sejuknya seperti ais.Kecil-kecil bentuknya.Jatuhnya seperti salji.

*********
Tahun 2009.

Pertama kali berjauhan beribu-ribu batu dari keluarga.Setiap kali berbuka puasa,saya mesti teringatkan keluarga di rumah.Juadah apalah agaknya mereka makan hari itu.Sebelum ini,apabila duduk di asrama,saya tidaklah rindu sangat,sebab masakan asrama lebih kurang sama dengan rumah.Masih didalam negeri sendiri lagi.

Di tempat orang,saya berbuka puasa dengan kakak-kakak senior di masjid.Kadang-kala dengan kakak roommate yang comel,kak jue..hehe..
Cuma bila di tempat orang,setiap kali berbuka puasa,saya mesti teringat air kathira,murtabak Singapura,mee rebus,mee bandung dan mee sedili.

Orang cakap,tempat jatuh lagikan dikenang.Inikan pula tempat bermain.
Kelebihan berpuasa di perantauan ialah waktu sahurnya lambat habis.Sebaliknya untuk waktu berbuka pula.

*************
Tahun lalu,2010.

Saya diserang demam panas.Kepala rasa sakit,badan pula lemah.Kak Jue membawa saya ke klinik dengan menumpang kereta Kak Mas.Mungkin akibat cuaca.Setiap malam,saya menjaram kepala dengan tuala basah.Atie,jiran di depan bilik sudi membelikan makanan untuk berbuka.Terima kasih banyak-banyak Kak Jue,Kak Mas,Atie,Jah dan Nadia yang banyak membantu.

Tidak ketinggalan Ain yang memberi bubur nasi untuk dimakan.

Jazakallah.

Melihat akaun facebook,saya meneliti status yang dipaparkan di profil sepupu.

“Doakan atok cepat sembuh..’’

Emak memaklumkan pada saya,atok demam panas sebelum itu.Ya Allah,semoga atokku cepat sembuh.Kami akan menyambut Syawal tidak lama lagi.Rasanya tidak bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Petang 27 Ramadhan.Adik menghantar mesej.

                                        Atok dah meninggal.

Saya baca mesej itu berkali-kali.Kuatnya dugaan Mu ini.Terbayang-bayang wajahnya,susuk tubuhnya,kata-katanya yang berbekas dihati.
Atok meninggalkan kami semua dengan kenangan abadi.Buat saya dan adik-adik,kami sudah tiada lagi atok dan nenek.


merinduinya setiap masa.


****************
Tahun ini,2011.
Alhamdulilah,Allah masih memanjangkan usia untuk menikmati bulan barakah ini.Agak menggembirakan juga,kerana saya berpeluang berpuasa bersama-sama keluarga pada tahun ini.

Bersahur,berbuka together..^_^/

Dan,puasa kali ini juga sebagai seorang blogger kesekian kalinya.Ketika entri ini ditulis,Ramadhan mula menghampiri penghujungnya.

Misi utama adalah memburu malam 1000 bulan.Ayuh,mari lipat gandakan amalan kita.InsyaAllah kita berusaha.

Semoga Allah memberkati umur ini untuk menikmati Ramadhan seterusnya.

Ameen.



tenang dan damai.




No comments: