Tuesday, August 23, 2011

Seorang tua di kaki gunung







Sasterawan negara,Azizi Abdullah meninggal dunia pada 21 Ogos yang lalu.

Meninggalkan Tuk Ya didalam novel ‘seorang tua di kaki gunung’ keseorangan.

Meninggalkan ‘memoir seorang guru’ didalam hati peminat-peminatnya.Semoga Allah menempatkan Allahyarham dikalangan orang yang beriman dan mengampuni dosa-dosanya.

InsyaAllah.

Teringat kali pertama membaca novel seorang tua di kaki gunung.Ketika sedang mengemas ,terjumpa sebuah buku.Tebal dan berat.Kulitnya hampir dimakan oleh anai-anai.

“Tebalnya buku nie..buku sapa mak?”

“Buku busu awak..masa dia belajar tingkatan enam kalau tak silap..”.Emak menjawab.

Pantang jumpa buku.

Sejak itu,mula membaca perlahan-lahan.Awalnya,susah juga memahami laras bahasa novel tersebut.Lama-lama jadi ralit dan seronok pula.Sedih  pabila tiba bab Tuk ya terhempap.Semata-mata mahu memenuhi kehendak anak cucunya.

Sejak itu,saya mula mengenali novelis ini.

Semoga Allahyarham tenang bersemadi di alam sana.Berilah maghfirahMu padanya,Ya Allah.Amin.