Monday, August 22, 2011

Madrasah Ramadhan






Ramadhan semakin tiba di penghujungnya.Pantas  benar masa berlalu.Pejam celik,pejam celik,sudah sampai kita ke 10 hari terakhir.

Didalam 10 hari-hari terakhir ini,terdapat satu malam yang sangat rahsia.Hanya kekasihNya yang ikhlas bisa membongkar dan mencari rahsia itu.
Malam rahsia itu,jika gigih mencari,ganjarannya sangat hebat.Memang Dia menyayangi kekasih-kekasih hatiNya.

Kita tidak dapat menjangkakan adakah kita dapat mencapai sehingga umur 83 tahun.Tetapi,dalam satu malam,amalan yang dilakukan mencapai tarafnya sehingga umur tersebut.Sesungguhnya Dia Maha Pemurah.

Ramadhan itu ibarat sebuah madrasah.Pengetuanya Iman.Guru penolong kanannya adalah hati.Guru-gurunya adalah anggota badan ,yang menggerakkan segala amalan.Seperti guru yang menggerakkan sebuah madrasah atau sekolah.Jika pengetuanya hebat,tidak mustahil,madrasahnya juga akan sama-sama hebat.Pengetua iman juga yang memandu guru penolong kanannya supaya bersatu mengembleng bersama-sama anak-anak buah.

Di dalam madrasah ramadhan ini,exam finalnya adalah 10 malam terakhir.Didalam waktu ini,kita cuba mengexplore lailatul qadar.Di manakah dia,bilakah ia datang.Setelah kita membuat homework 20 hari yang lalu dengan bersungguh-sungguh,tentunya kita tidak mahu failed didalam exam final ini.

Dan resultnya,pabila malam aidilfitri kelak.Seperti seorang pelajar yang bercucuran air matanya kerana mendapat result yang cemerlang,tak mustahil kita sebagai pelajar yang mendaftar masuk ke madrasah ramadhan menangis juga.Menangis kegembiraan kerana  cemerlang ujian.Menangis juga kerana kita sudah tamat belajar untuk sesi persekolahan.Menangis juga kerana tidak tahu,adakah untuk tahun akan datang,ramadhan sudi menerima kita sebagai pelajarnya……

walaupun lagu-lagu raya sudah mula kedengaran,tetapi telinga masih terngiang-ngiang lagu ini..