Monday, November 28, 2011

Alahai Cik Mah..!

Ayub dan Fatimah.Once they quarrell,both are them are surrender..!
 
Pagi awal Muharram.Kelihatan seorang hamba Allah sedang menghadap lappy nya.Hatinya bagai kuat mengatakan ada orang di rumah yang akan menelefonnya pagi itu.Dipandangnya handset didalam laci.

Kadang-kadang telahan hatinya tidak pernah silap.Sixth sense barangkali?

Benar seperti yang dijangkakan.Telefonnya bordering.Bila dilihat di skrin,tersengihlah dia.”My House” terpapar disitu.

Dia pun menjawab panggilan.

Dia: Hello.Assalamualaikum..apa khabar?tengah buat apa semua?

Kedengaran suara budak-budak saiz M menjawab panggilannya.

“Kaklong..tengah buat apa?nie Ayub nak cakap..”

Dia terdengar suara di belakang budak saiz M tue.

“Eh mana ada.Tadi kan Fatimah yang nak cakap..”

Alahai.Dia mula menggaru kepala yang tidak gatal.Siapa yang mahu bercakap sebenarnya?

“Kaklong nakcakap dengan mak tak?”

“Jangan,mak tengah buat sarapan..”

Adui..apakah?

Lalu si dia berkata,

“Takpelah mak.Nanti telefon lain kali..insyaAllah.Mak tengah busy tue..huhu..”

Dia meletakkan telefonnya.Macam-macam hal bebudak saiz M di rumahnya.Ish ish.

Tidak lama kemudian,dia menelefon kembali bondanya.Berbual-bual panjang,bercerita itu dan ini dengan pengarang hatinya.Bercerita tentang masa depannya barangkali..oppss..;)

Tentang belajar.Fikir positif,fikir positif..:-)

Dia: Mak,betul ke hari tue Cik Mah dapat hadiah akhir tahun?

Bonda: Agaknya kot..dia tak bagitahu mak..muka dah la comel masa ambik hadiah tue..hehe..

Dia: Dia cakap dengan kaklong,dia dapat nombor satu dalam kelas..

Bonda: Yelah tue agaknya.Cikgu dia kata dia dapat hadiah penolong ketua kelas,kedudukan dalam kelas dengan hadiah membaca dengan cepat..

Mendengar bondanya bercerita begitu,dia tidak dapat menahan ketawa.hehe.Cik Mah,Cik Mah.Geram betul dengan si kecik tue..

Menyambung perbualan.

Bonda: Nie dia dah mintak mak belikan buku tahun satu.Nak buku English dengan Math katanya..sementara semua ada kat umah nie,boleh ajar dia subjek darjah satu..

Wohaa..bagusnya adik..!

Aiseh..rindunya kat Cik Mah..!tahu,sepanjang cuti mid sem yang lepas,saya kenalkan dia dengan lagu dibawah nie.hehe.





Again.You are naughty Husna.dush,dush..

Setiap kali buka lagu di laptop,lagu nie la yang jadi halwa telinganya.Dan satu benda yang menyebabkan saya ternganga kot,waktu dia menghantar saya pulang,dia nyanyi lagu nie,tanpa lirik.Alamak..!

Erkk..cepatnya dia hafal..!

Fatimah kata dia suka dengar suara budak kecil dalam lagu nie..:-)

Cik Mah adalah panggilan saya padanya kadang-kadang.Bunyinya macam klasik kan.hehe.Berdekatan dengan rumah kami,ada seorang atok tue.Kami panggil dia,Tok Ngah Sidah.Atok tue lagi best kot.Dia panggil Fatimah,

“Cik Fatimah..mari sini..”

Mana la si Fatimah tue tak pernah miss nak berurut dengan dia.Atok tue kerjanya mengurut orang.hehe.Kadang Fatimah takda la teruk seliuh atau lukanya,tetapi suka benar berurut dengan Tok.Ish ish..sepanjang mengurut tue,Tok ceritalah macam-macam.Si Cik Mah nie sudah macam orang ‘besar-besar’ bila duduk dengan Tok.hehe.

Macam-macam hal.

Macam-macam kisah.

Among the persons become my motivation.

Cik Mah.Kakakmu ini rindu padamu.Peace!


oh,kecomelan dia menambat hati..hehe..!

Sunday, November 27, 2011

Awal Muharam 1433H



Salam maal Hijrah.Berusaha untuk menjadi mukminah yang lebih baik.Cuba untuk menjadikan tahun ini tahun kurang dosa,tahun tambah pahala.Mudah-mudahan Allah redha.

Saturday, November 26, 2011

Dr Rei dan Radio Taiso


 
Pagi semalam,sewaktu kelas Nasionalisme,saya tertinjau-tinjau (erk,betulkah tatabahasaku ini?) kaki Dr Rei.Wohhaa,mesti kalian tertanya-tanya apakah yang menyebabkan saya jadi begitu.hehe.Oh,jangan salah faham,saya masih tidak melanggar undang-undang universiti.Malah AUKU sekalipun..:-P

Sejak minggu lepas,Dr Rei sudah buat satu kelainan yang menyebabkan saya saya dan rakan-rakan berkata,

“Oh,kenapa,kenapa,kenapa?”

Sebabnya,Dr Rei memakai kasut disebelah kaki kanan,dan selipar disebelah kaki kirinya.Hmm,kenapa jadi begitu ea?mulanya saya tak perasan,kemudian Izzati yang berada disebelah mencuit saya.

“Husna,ce try tengok kaki Dr Rei.Kenapa lain-lain ye?”

Masa tue saya tak berapa dengar apa yang diberitahu oleh Izzati.Habis saja kelas Nasionalisme,barulah saya perasan.Ish ish ish..memang benar,dia memakai kasut tanpa pasangannya.

Kemudian….jeng jeng jeng.Rupa-rupanya kaki kiri Dr Rei berbalut.huhu.Mungkin sebab dia cedera.Saya bagitahu Izzati,nie mesti kes jatuh kuda.Dr Rei sangat suka menunggang kuda,dan dia ada kudanya sendiri disini.Namanya Sakura.

Sweet..;)

Tapi saya tabik juga sebenarnya.Dia sangat ‘selamber’ bila memakai kasut yang berlainan.hehe.Kalau saya,mesti malu juga kan?mesti orang tengok pelik.hehe.Kalian macamana?mesti sekutu dengan saya..wohoo..

Semoga kakinya cepat sembuh.InsyaAllah.

Belajar dengan seorang pensyarah Jepun,memberi motivasi yang tinggi pada saya.Walaupun,sejujurnya saya pernah mengalami sesuatu perkara yang tak best dengannya,tapi saya cuba berfikir positif.Mungkin ada hikmah di kemudian hari.Dan saya sangat suka belajar dengan Dr Rei.Dia seorang yang baik,rajin.And off course,she is a caring lecturer.

Jalannya bukan macam kita,err,maksudnya saya.Lenggang Mak Minah.Dia berjalan dengan pantas,dan setiap kali dia melangkah,rambutnya juga akan beralun sama.
Haa.Tak ke semangat kalau kita tengok sifu kita macam tue?kan,kan?;)

Semalam juga,kami belajar tentang nation state,atau negara bangsa,didalam bahasa ibunda kita.

Bila bercerita tentang nation state,automatik kita akan teringat negara kita kan.Habis saja kelas Nasio,saya usik cik kecik,Intan.

“Intan,homeland can make homesick kan?”

Tersengih makcik tue.hehe.


cik sushi dan geng-geng dia.hehe..

Ok.kalau kamu belajar dengan saya semalam,kamu akan nampak betapa GEMBIRANYA  Dr Rei bercerita tentang tanah kelahirannya,Jepun.Dia tunjukkan pada kami gambar gunung Fuji,kimono,musim sejuk di Jepun,sushi.Oh,matanya bersinar-sinar okeh.hehe.Jelas keterujaanya.hehe.



Gunung Fuji.Misteri tue..

Cerita Dr Rei,bila kapal terbang hendak mendarat di Tokyo,petugas kapal akan memberitahu penumpang supaya melihat disebelah kanan mereka.Kerana disitu terletaknya Gunung Fuji.Dan berduyun-duyunlah orang Jepun ke bahagian kanan untuk melihat gunung tersebut,walaupun kata Dr Rei,mereka meninggalkan Jepun dalam tempoh masa yang singkat.

Waktu dia bercerita tue,kami semua didalam kelas..

‘Wow…”.

Mujur kapal terbang tak senget sebelah.Dush dush,you are naughty Husna!

Ya,bila kita berjauhan dengan tanah air,baru kita merasai nikmat tinggal di Malaysia kan?baru terasa rindu pada nasi lemak,sawah padi,suasana di Malaysia,walaupun bila kita duduk disini,kita tak senang kadangkala dengan keadaan sekeliling.

Memang betul.Homeland can make homesick.

___________________________________

Radio Taiso.

Sesi radio Taiso

 
Satu benda yang menarik diceritakan oleh Dr Rei adalah perihal radio Taiso.Mulanya saya ingatkan radio itu seperti radio-radio yang terdapat di Malaysia.Yang putarkan lagu,inform kalau ada apa-apa maklumat.Pelik juga kenapa Dr Rei beritahu kami,radio Taiso merupakan salah satu ikon di Jepun.Oh,sangat salah tanggapan saya.

Kata Dr Rei,orang Jepun akan bangkit pada awal pagi.Kemudian,pukul 6:30 pagi (highlight pukul 6:30 tue..hehe),mereka akan membuka radio Taiso untuk mendengar muzik kalau saya tak silap,dan mereka akan bersenam mengikut alunan muzik tersebut.

Berdisplinnya mereka,sehinggakan tidak pernah meninggalkan amalan ini setiap pagi.

Menarik,sangat menarik.Kadangkala mereka akan bersenam seorang diri,atau beramai-ramai.Kalau di syarikat besar,contohnya seperti Honda,Toyota,Mistubishi,meraka akan bersenam dengan kawan sekerja di kilang.

Saya pernah terbaca,pekerja Mistubishi biasanya,sebelum memulakan kerja,mereka akan melaungkan “AKU JUARA”sebanyak 20 kali.MasyaAllah.Tidak hairanlah bangsa Jepun boleh maju walaupun dibom dan negara mereka musnah sama sekali.

Mitsubishi masa depan?
 
Bagus kan?

Tambah Dr Rei lagi,radio Taiso bagaikan sinonim dengan orang Jepun.Mereka seolah-olah statik dihadapan radio tersebut.Cerita Dr Rei lagi,pelajar sekolah yang berjaya memperolehi cop yang mencukupi selepas sesi senaman tersebut,mereka akan memperolehi pensil,pemadam atau alat tulis yang lain.

Ayahnya tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak dulu lagi.Dan sekarang ayahnya telah berusia 70 tahun lebih.Tetapi,masih berupaya memanjat pokok dan menguasahakan tanaman.

Mak aihh..ok,speechless.Dr Rei siap joking lagi dengan kami.Dia kata,dia malu dengan ayahnya.Lebih sihat daripada dia.huhu.

Apa perasaan anda selepas membaca cerita ini?

Kagum kan?ya,saya pun turut merasakan benda yang sama.Bayangkan seawal 6:30 pagi,mereka sudah bangkit dan bersedia untuk bekerja.Saya teringat ayah pernah cerita dulu,

“Kita kadangkala malu dengan orang Jepun dan Korea.Company dyorang semuanya start keja pukul 7 pagi..kemudian habis bila waktu malam..bila bekerja,mereka akan buat dengan bersungguh-sungguh..bila tak dapat perform yang terbaik,dyorang akan rasa bersalah..”

Benar cerita ayah.

Kadang kala,kita sebagai orang Islam,sering terbabas subuhnya.Jangankan 6:30 pagi,pukul 7 pun kadangkala kita sedang enak dibuai mimpi yang indah.Benarlah pesan Rasullulah yang menyeru kita supaya berpagi-pagian,kerana disitu terletaknya keberkatan rezeki kita.InsyaAllah,mari kita lakukan ia.Ingatan buat diri saya dahulu.
Disisi yang lain,saya sangat bersyukur kerana dapat belajar dengan Dr Rei.Dia banyak membuka mata saya,betapa masa itu sangat berharga.Selain dari kegigihannya.
Berdisplin,rajin,kuat berusaha,berilmu.Ya Allah,semoga berinspirasi.

p/s:selepas basuh baju tadi,tercium pelembut yang digunakan.Baunya seperti baju mak.Sama.Tiba-tiba teringat bonda kesayangan.Adakah ini ikon rumahku?homeland can make homesick……..

Selamat mendengar sambil baca entri.Nak belajar main piano satu hari nanti.Moga Allah izinkan.Ameen..=)



Thursday, November 24, 2011

Winter di Sintok?




beginilah kami sekarang..:)

Hujan turun awal pagi semalam,sejak subuh.Alhamdulilah,syukur pada Allah yang menurunkan rahmatNya.Bila saya terjaga pukul waktu pagi,ia sedang renyai-renyai.Tatkala azan subuh berkumandang,ia semakin lebat.MasyaAllah.Keadaan sangat kebekuannn..huhu..

Apa-apa pun,I love rainy day..!hehe..

Masa kelas propaganda semalam,saya menggigil kebekuan.Sungguh,ia sangat-sangat menyentuh ke tulang sum-sum.Walaupun telah memakai kot,kesejukan itu masih dirasai.Ayinu,rakan sekelas kami masuk dengan belakang bajunya basah.Kesian dia.

“Ayinu,your back is very weat..”

Ayinu berasal dari Turki.Dia sangat cantik.hehe.Saya suka tengok muka dia.

“Oh yeah.It’s heavy rain outside there..”

Kami pun bercerita.Kata Ayinu,kalau di negaranya,biasanya musim hujan akan tiba sebulan sebelum musim sejuk.

Wohhoo..hujan selama sebulan?SubhanaAllah.

“But you know what, during winter come, there are peoples died because they cold and didn’t wear proper cloth..”

“Last year,two womens from Malaysia died because they can’t stand..”

Oh,agak terkejut juga mendengar ceritanya.

“Which part of Turkey you come from,Ayinu?”

“Istanbul..”

“Wow,Istanbul..Constatinople,right?”

“Yes..that’s it..”teringat program Al Fateh yang saya sertai minggu lalu.Pasti Ayinu kenal pejuang Islam itu dan Aya Sofia.

Hujan diluar masih turun dengan lebatnya.Kabus mula meliputi bilik kuliah kami.Kawasan Sintok tempat saya belajar memang sangat cantik dan mendamaikan hati.Kelilingnya diapit oleh gunung ganang.Jadi bila hujan turun,suasana akan berubah dengan kabus meliputi gunung-gunung tersebut.Sejuk?sampai sekarang saya masih failed menahannya.Grrrr..walaupun hampir tiga tahun disini.Hampir untuk menamatkan pengajian.

Sebelum pulang ke Kachi,saya beritahu pada Ika,classmate kelas propaganda.

“Ika,balik Kachi nie korang berdiri ramai-ramai tepi kolej Kachi tue,biar Husna ambil gambar.Pastue hantar kat salam perantauan..hehe..”

Gelak besar dia dengan Chaq.hehe.

Kadang kala dalam hati ada juga memasang niat untuk memegang salji.Warna putihnya begitu menggoda.hehe.Tapi bila difikir-fikirkan semula,sedangkan musim hujan kadang kala saya alah,inikan pula bila musim sejuk bermula.


SubhanaAllah..cantik kan?

Teringat cerita Dr Rei Nakamura.Dia cerita,kalau di Jepun,suhu ketika musim sejuk kadangkala mencecah hingga -11˚.Mak aih.Takat beku kot.


snow in Japan.wohaaa..
 

Bersyukur masih diberi kesempatan tinggal di Malaysia.Semua cuacanya saya fleksibel.Alhamdulilah.Suka,suka.Tetapi dalam hati yang kecil ini,masih menyimpan angan-angan budak kecil – ingin merasai negara empat musim-.InsyaAllah.

Wednesday, November 23, 2011

Silent Word





 
Sejak akhir-akhir ini saya mula menyedari diri ini menjadi semakin pendiam.Kadang kala,bila bersama teman-teman sekalipun,saya lebih senang memerhatikan mereka bercakap dan meluahkan rasa masing-masing.Kalau benda yang diceritakan itu adalah bahan jenaka,saya hanya bisa tersenyum sahaja.

Bunyi macam mementingkan diri,kan?huh..

Apa yang terjadi pada saya sebenarnya?kemana hilangnya mood-mood yang super duper suka merespon sebelum ini?

Saya cuba mengkaji semula,apa yang terjadi sebenarnya.Wohhoo,mengkaji sifat sendiri amat sukar okeh.Melainkan ada orang-orang dikalangan kita yang memberitahu perkara sebenarnya.Walau benda itu kita tidak berapa gemar,mahu atau tidak,kita harus menerimanya.

Mungkin dengan kerja yang meninggi menyebabkan saya jadi begini.Baru saya perasan,kalau saya mempunyai tugasan yang mengelilngi seperti bulatan gembira,saya sering memikirkan bagaimana kerja-kerja tersebut harus diselesaikan secepat yang mungkin.

Memikirkan sampai menjadi pendiam?mungkin itulah saya..huhu..

Kalau menurut Dr Fadzilah Kamsah,antara karakter bulan kelahiran saya adalah.

“Seorang yang pendiam,kecuali telah dirangsang”.

Ya,saya akui,faktor persekitaran memainkan peranan.Jika orang-orang disekeliling saya seorang yang periang,banyak merespon dan memberi feed back yang baik serta mengerti tentang semua perkara,barangkali tidak mustahil karakter saya juga turut terikut sama.


Silent is the best thing..


Mengertilah,saya sukakan suasana yang riang ria.Saya juga sukakan suasana yang aktif.Bila ditanya tentang sesuatu perkara,bisa memberikan respon yang baik,dan tahu tentang perkara itu.

Entahlah,kadang kala saya tak tahu nak tafsirkan macamana.Saya akan mati kutu bila berhadapan dengan seseorang yang tidak tahu apa-apa.Bila ditanya tentang isu semasa,dia menggaru kepala dan menjawab dengan jawapan 
keramat,”NTAH..”

Maaf cakap,kadang kala kita selalu bercerita tentang itu dan ini apa-apa yang berkaitan dengan agama.Namun bila ditanya tentang apa yang terjadi di Syria,Iraq waima Amerika Syarikat sekalipun,jawapan yang diterima saya tak tahu nak tafsirkan macamana.

Tak salah kalau kita ambil tahu tentang apa yang berlaku disekelililng kita.

Ya Allah,siapalah saya untuk menghukum orang.Saya pohon keampunan Mu,Ya Allah.

Mungkin dengan sebab-sebab yang dinyatakan tadi tadi,saya berubah karakter.Tidaklah 360˚,mungkin 150˚ barangkali.

Saya sedar,ia harus diubah secepat mungkin.Tahu apa kawan saya cakap?

“Husna nie,diam-diam mesti banyak ilmu nie..”

Adha pun pernah cakap benda yang sama pada saya.

“Husna,ko nie pendiam kan kadang-kadang.Aku segan dengan ko..”

Oh,takda maknanya.wohaa..

Cuma bila kurang bercakap,saya senang memerhatikan sikap orang sekeliling.Menjadi pemerhati tak rasmi.

Namun sebenarnya saya bersyukur.Bila habit ini mula bercambah,ia menjadi pendinding diri.Saya bersyukur pada Allah.

Sekurang-kurangnya saya terlepas dari sesi menganyam ketupat.huhu.Makan ketupat takdak rendang.Makan gitu ja.he he he..tak kenyang.

Sepatah kata Prof Muhaya,kurang bercakap boleh menambah pahala.Mungkin kita boleh berzikir,berselawat atau beristighfar.

Ya Allah,saya nak cuba.saya nak cuba lakukan ia.

Cuma kadang kala,sikap ini memakan diri juga.Pernah satu ketika,saya dan seorang kawan keluar untuk berziarah ke rumah kawan yang lain.Nak dijadikan cerita kami tersesat.Keadaan waktu itu sudah Maghrib dan membataskan penglihatan untuk melihat papan tanda dan yang sewaktu dengannya.Kami pergi dengan seorang senior.Puaslah kami pusing mencari rumah kawan saya tue.Hmm,senior saya tue terus tegur,

“Husna,kita tak boleh duduk membatu.Kita kena membantu..”

Baik ,saya cakap.Saya bagitahu apa yang saya nampak sepanjang perjalanan tadi.Saya nampak tanda yang dikatakan oleh kawan saya tue.Tapi macamana saya nak bagitahu pada senior kalau waktu tue dia tengah kalut kepeningan mencari jalan.Suasana memang agak genting.




Balik dari perjalanan,saya refleksi diri.Aku tak boleh bersikap begini lain kali.Ada kalanya aku kena bercakap,ada kalanya aku kena diam.Getus hati saya.

Kepada teman-teman yang terasa dengan sikap ini,saya minta maaf banyak-banyak.Saya memang nak berkata-kata,cuma kadangkala saya tak boleh nak ‘masuk’ dengan conversation anda.huhu.InsyaAllah saya cuba untuk membaikinya perlahan-lahan.

Cuma,begitulah.Saya akan berkata yang perlu.

Berfikirlah sebelum bercakap.Jangan bercakap apa yang terfikir.Bercakap yang perlu adalah lebih baik daripada bercakap apa yang kita mahu.

Orang kata,kalau seseorang itu menulis entri blognya panjang,dia adalah seorang pendiam.

Manakala jika seseorang itu menulis entri blognya pendek,dia seorang yang sebaliknya.

Benarkah?

Erkkk….

Tuesday, November 22, 2011

Akademi Kepimpinan Al Fateh

Al Fateh
 

Assalamualaikum..

Maaflah,sebab sudah agak lama tidak update blognya.huhu.Marah saya tak?wohaa..ada ke yang baca blog nie?hehe..last entri pun masa nak balik ke rumah bulan 10 ari tue.hehe.Kadang-kadang memang rasa nak menulis,tapi mood nak keluarkan idea tue takda pula.Mengada-ngada kan?huhu..

Alhamdulilah,baru-baru nie saya berkesempatan join satu program sangat superb.Bagi diri saya lah.Dan tak mustahil buat peserta lain juga.Sebab masing-masing mukanya menunjukkan muka kanak-kanak riang..hehe..err,entri kali nie saya guna bahasa yang biasa-biasa eh.Minta ampun!berbalik kepada cerita program tadi.Baru je berlangsung hari Khamis dan Jumaat lepas,17 dan 18 November.Namanya,

AKADEMI KEPIMPINAN AL FATEH

Sangat-sangat bagus dan menyesal kalau tak pergi.Sungguh,saya berani jamin.ehem ehem..banyak program kepimpinan yang saya pergi,saya rasa ini antara yang terbaik.*tabik spring kat ustaz Syaari*..hehe..


Pagi Jumaat yang indah..SubhanaAllah..


Dalam program ni,saya incharge bahagian makanan.Saya pasti,kalau ada program apa-apa,orang mesti mensukarelakan diri mereka untuk menjaga bahagian ini.hehe.Part makanan sangat seronok.Mungkin sebab makan kot..eheh.

Allah permudahkan urusan kami sepanjang program.Alhamdulilah,syukur banyak-banyak pada Dia.Walaupun kami agak kalut pada mulanya, kata orang utagha.Manakan tidak pagi sebelum program berlangsung,saya dapat information dari Farhana,

“Husna,ustaz excident..!”

“What..!” dalam hati saya..”Masya Allah…kesiannya”

Dalam fikiran saya sudah tergambar keadaan fizikalnya semua-semua.Farhana kata dia excident motor.Saya ingatkan excident bas.Maklum,ustaz datang ke sini dengan menaiki bas.Kalau yang itu,memang saya tak dapat bayangkan macamana.Pengsan tengok darah..

Bila ustaz sampai,sedih pula saya melihatnya.Walaupun dalam hati macam tak percaya tengok ustaz depan mata.Penulis bestseller tue..huhu.Ustaz jalan perlahan-lahan,terhincut-hincut.Sebaknya.Hanya Allah yang tahu.Sangat-sangat bersemangat,bermotivasi,sehinggakan saya berjanji pada diri saya waktu tue,

“Kalau ustaz yang sakit macam nie boleh datang program,walaupun tidak boleh berjalan dengan baik,inikan pula aku yang takda apa-apa segar bugar sepanjang masa..kena bagi tumpuan lebih untuk program nie..!”

Yeahhh..saya beriltizam!!


Pusat Islam

 
Part yang paling saya suka dalam program nie adalah bila para peserta main sepit.hehe.Sangat-sangat comel keadaan mereka waktu..eheh..*comel ke?*..ok la,ok la.Saya ganti dengan sweet.Ya,memang sweet..!

Sebelum permainan tue bermula,ustaz ada tunjukkan rekod dunia ok,peserta-peserta sebelumnya.Siapa yang tak rasa excited kalau masa yang diambil hanya 43 saat dan mereka semuanya adalah budak tadika???
 
 

ini rekod mereka..hebat kan?


Bayangkan..malu kan kalau kalah dengan depa..dush dush dush..

Permainannya nampak mudah,tetapi kena cekap dan pantas.Para peserta kena cari kumpulan masing-masing berdasarkan warna sepit yang ada dibelakang mereka.Syaratnya,mereka tak boleh mengeluarkan suara walau sedetik pun.Kena guna bahasa isyarat.Hmm,mesti ada yang kata.

“Senang je tue..”

Memang nampak senang.Tapi,akan ambil masa yang lama.Tambahan pula kalau pesertanya ramai.Sedangkan kami yang berjumlah 36 orang semuanya mengambil masa sehingga 1 minit lebih,inikan pula jikalau pesertanya hampir beratus-ratus orang.Ini kerana,masing-masing teruja nak cipta rekod baru.Ustaz siap bagi motivasi lagi..hehe.Ustaz kata gini,

“Kalau awak menang dan cipta rekod baru,nama kamu semua akan harum seantero dunia…”

Wooooooooahhhhh..sebabnya,lepas nie ustaz nak fly ke Dublin,Ireland.Bestnya..!

ustaz Syaari dengan encik YDP Amer

Maka,berusahalah peserta-peserta tue.Macam-macam strategi yang dibuat.Dan akhirnya,alhamdulilah,alhamdulilah,alhamdulilah..sila tengok dibawah…



ini rekod kami..alhamdulilah..

Setiap aktiviti yang kami lakukan,semuanya ada kaitan dengan Al Fateh,sebaik-baik pemimpin yang disebut oleh Rasulullah dikalangan umatnya.

Contohnya permainan sepit tue,saya dapat lihat macamanana seorang demi seorang memberi idea untuk mencepatkan masa membentuk kumpulan.Kemudian bila sesi mix and match berlangsung,saya perhati sikap peserta yang menolong mengatur kawan-kawan mereka didalam kumpulan yang sama.Dalam hati saya terdetik,

“Barangkali begini agaknya Al Fateh ketika mencari idea dalam peperangan dan menyusun tenteranya di medan perang..”

Kagum.Itu yang dapat saya katakan.Malam tue boleh tidur lena sambil senyum simpul.ehehe..

Seusai habis program,masing-masing semua melahirkan rasa tak puas hati.Alamak ai,kenapa pula nie,dalam hati saya..

Rupa-rupanya,masing-masing mahu program nie diadakan lagi sem depan.InsyaAllah.Menurut kata cik Pengarah,mem Farhana,kalau tiada aral melintang dan bergolek,program akan diadakan lagi.Kali nie publisiti akan dibuat besar-besaran dan cuba menarik sebanyak mana peserta.huhu.InsyaAllah.Masing-masing sudah berjanji,kalau ada program nie lagi sekali,mereka nak tarik kawn-kawan mereka ramai-ramai.Syukur Alhamdulilah..

Kami
Apa-apa pun,saya pulang ke DPP dengan rasa puas.Semangat motivasi yang sudah terbang melayang-layang sebelum nie,sudah kembali.Alhamdulilah.Syukur banyak-banyak pada Allah.Merasakan diri ini malu dengan Al Fateh,sudah ada jawapan untuk menghadap Allah kelak.Tetapi saya……

Aish..sebut pasal Al Fateh,saya rindu pada Rasulullah.Betapa hebatnya baginda kerana menggariskan hadis 800 tahun sebelum kelahiran Al Fateh.Maha Hebat Allah Taala kerana mencipta kedua-dua insan ini untuk dijadikan teladan buat kita.

InsyaAllah.Kita boleh.Yang penting kata ustaz,be positive.Jom lompat setinggi yang boleh..hehe.

Saya nak lagi program macam nie..!saya mendambakan motivasi.Sungguh…


kami lagi..;)