Tuesday, November 22, 2011

Akademi Kepimpinan Al Fateh

Al Fateh
 

Assalamualaikum..

Maaflah,sebab sudah agak lama tidak update blognya.huhu.Marah saya tak?wohaa..ada ke yang baca blog nie?hehe..last entri pun masa nak balik ke rumah bulan 10 ari tue.hehe.Kadang-kadang memang rasa nak menulis,tapi mood nak keluarkan idea tue takda pula.Mengada-ngada kan?huhu..

Alhamdulilah,baru-baru nie saya berkesempatan join satu program sangat superb.Bagi diri saya lah.Dan tak mustahil buat peserta lain juga.Sebab masing-masing mukanya menunjukkan muka kanak-kanak riang..hehe..err,entri kali nie saya guna bahasa yang biasa-biasa eh.Minta ampun!berbalik kepada cerita program tadi.Baru je berlangsung hari Khamis dan Jumaat lepas,17 dan 18 November.Namanya,

AKADEMI KEPIMPINAN AL FATEH

Sangat-sangat bagus dan menyesal kalau tak pergi.Sungguh,saya berani jamin.ehem ehem..banyak program kepimpinan yang saya pergi,saya rasa ini antara yang terbaik.*tabik spring kat ustaz Syaari*..hehe..


Pagi Jumaat yang indah..SubhanaAllah..


Dalam program ni,saya incharge bahagian makanan.Saya pasti,kalau ada program apa-apa,orang mesti mensukarelakan diri mereka untuk menjaga bahagian ini.hehe.Part makanan sangat seronok.Mungkin sebab makan kot..eheh.

Allah permudahkan urusan kami sepanjang program.Alhamdulilah,syukur banyak-banyak pada Dia.Walaupun kami agak kalut pada mulanya, kata orang utagha.Manakan tidak pagi sebelum program berlangsung,saya dapat information dari Farhana,

“Husna,ustaz excident..!”

“What..!” dalam hati saya..”Masya Allah…kesiannya”

Dalam fikiran saya sudah tergambar keadaan fizikalnya semua-semua.Farhana kata dia excident motor.Saya ingatkan excident bas.Maklum,ustaz datang ke sini dengan menaiki bas.Kalau yang itu,memang saya tak dapat bayangkan macamana.Pengsan tengok darah..

Bila ustaz sampai,sedih pula saya melihatnya.Walaupun dalam hati macam tak percaya tengok ustaz depan mata.Penulis bestseller tue..huhu.Ustaz jalan perlahan-lahan,terhincut-hincut.Sebaknya.Hanya Allah yang tahu.Sangat-sangat bersemangat,bermotivasi,sehinggakan saya berjanji pada diri saya waktu tue,

“Kalau ustaz yang sakit macam nie boleh datang program,walaupun tidak boleh berjalan dengan baik,inikan pula aku yang takda apa-apa segar bugar sepanjang masa..kena bagi tumpuan lebih untuk program nie..!”

Yeahhh..saya beriltizam!!


Pusat Islam

 
Part yang paling saya suka dalam program nie adalah bila para peserta main sepit.hehe.Sangat-sangat comel keadaan mereka waktu..eheh..*comel ke?*..ok la,ok la.Saya ganti dengan sweet.Ya,memang sweet..!

Sebelum permainan tue bermula,ustaz ada tunjukkan rekod dunia ok,peserta-peserta sebelumnya.Siapa yang tak rasa excited kalau masa yang diambil hanya 43 saat dan mereka semuanya adalah budak tadika???
 
 

ini rekod mereka..hebat kan?


Bayangkan..malu kan kalau kalah dengan depa..dush dush dush..

Permainannya nampak mudah,tetapi kena cekap dan pantas.Para peserta kena cari kumpulan masing-masing berdasarkan warna sepit yang ada dibelakang mereka.Syaratnya,mereka tak boleh mengeluarkan suara walau sedetik pun.Kena guna bahasa isyarat.Hmm,mesti ada yang kata.

“Senang je tue..”

Memang nampak senang.Tapi,akan ambil masa yang lama.Tambahan pula kalau pesertanya ramai.Sedangkan kami yang berjumlah 36 orang semuanya mengambil masa sehingga 1 minit lebih,inikan pula jikalau pesertanya hampir beratus-ratus orang.Ini kerana,masing-masing teruja nak cipta rekod baru.Ustaz siap bagi motivasi lagi..hehe.Ustaz kata gini,

“Kalau awak menang dan cipta rekod baru,nama kamu semua akan harum seantero dunia…”

Wooooooooahhhhh..sebabnya,lepas nie ustaz nak fly ke Dublin,Ireland.Bestnya..!

ustaz Syaari dengan encik YDP Amer

Maka,berusahalah peserta-peserta tue.Macam-macam strategi yang dibuat.Dan akhirnya,alhamdulilah,alhamdulilah,alhamdulilah..sila tengok dibawah…



ini rekod kami..alhamdulilah..

Setiap aktiviti yang kami lakukan,semuanya ada kaitan dengan Al Fateh,sebaik-baik pemimpin yang disebut oleh Rasulullah dikalangan umatnya.

Contohnya permainan sepit tue,saya dapat lihat macamanana seorang demi seorang memberi idea untuk mencepatkan masa membentuk kumpulan.Kemudian bila sesi mix and match berlangsung,saya perhati sikap peserta yang menolong mengatur kawan-kawan mereka didalam kumpulan yang sama.Dalam hati saya terdetik,

“Barangkali begini agaknya Al Fateh ketika mencari idea dalam peperangan dan menyusun tenteranya di medan perang..”

Kagum.Itu yang dapat saya katakan.Malam tue boleh tidur lena sambil senyum simpul.ehehe..

Seusai habis program,masing-masing semua melahirkan rasa tak puas hati.Alamak ai,kenapa pula nie,dalam hati saya..

Rupa-rupanya,masing-masing mahu program nie diadakan lagi sem depan.InsyaAllah.Menurut kata cik Pengarah,mem Farhana,kalau tiada aral melintang dan bergolek,program akan diadakan lagi.Kali nie publisiti akan dibuat besar-besaran dan cuba menarik sebanyak mana peserta.huhu.InsyaAllah.Masing-masing sudah berjanji,kalau ada program nie lagi sekali,mereka nak tarik kawn-kawan mereka ramai-ramai.Syukur Alhamdulilah..

Kami
Apa-apa pun,saya pulang ke DPP dengan rasa puas.Semangat motivasi yang sudah terbang melayang-layang sebelum nie,sudah kembali.Alhamdulilah.Syukur banyak-banyak pada Allah.Merasakan diri ini malu dengan Al Fateh,sudah ada jawapan untuk menghadap Allah kelak.Tetapi saya……

Aish..sebut pasal Al Fateh,saya rindu pada Rasulullah.Betapa hebatnya baginda kerana menggariskan hadis 800 tahun sebelum kelahiran Al Fateh.Maha Hebat Allah Taala kerana mencipta kedua-dua insan ini untuk dijadikan teladan buat kita.

InsyaAllah.Kita boleh.Yang penting kata ustaz,be positive.Jom lompat setinggi yang boleh..hehe.

Saya nak lagi program macam nie..!saya mendambakan motivasi.Sungguh…


kami lagi..;)

No comments: