Wednesday, November 23, 2011

Silent Word





 
Sejak akhir-akhir ini saya mula menyedari diri ini menjadi semakin pendiam.Kadang kala,bila bersama teman-teman sekalipun,saya lebih senang memerhatikan mereka bercakap dan meluahkan rasa masing-masing.Kalau benda yang diceritakan itu adalah bahan jenaka,saya hanya bisa tersenyum sahaja.

Bunyi macam mementingkan diri,kan?huh..

Apa yang terjadi pada saya sebenarnya?kemana hilangnya mood-mood yang super duper suka merespon sebelum ini?

Saya cuba mengkaji semula,apa yang terjadi sebenarnya.Wohhoo,mengkaji sifat sendiri amat sukar okeh.Melainkan ada orang-orang dikalangan kita yang memberitahu perkara sebenarnya.Walau benda itu kita tidak berapa gemar,mahu atau tidak,kita harus menerimanya.

Mungkin dengan kerja yang meninggi menyebabkan saya jadi begini.Baru saya perasan,kalau saya mempunyai tugasan yang mengelilngi seperti bulatan gembira,saya sering memikirkan bagaimana kerja-kerja tersebut harus diselesaikan secepat yang mungkin.

Memikirkan sampai menjadi pendiam?mungkin itulah saya..huhu..

Kalau menurut Dr Fadzilah Kamsah,antara karakter bulan kelahiran saya adalah.

“Seorang yang pendiam,kecuali telah dirangsang”.

Ya,saya akui,faktor persekitaran memainkan peranan.Jika orang-orang disekeliling saya seorang yang periang,banyak merespon dan memberi feed back yang baik serta mengerti tentang semua perkara,barangkali tidak mustahil karakter saya juga turut terikut sama.


Silent is the best thing..


Mengertilah,saya sukakan suasana yang riang ria.Saya juga sukakan suasana yang aktif.Bila ditanya tentang sesuatu perkara,bisa memberikan respon yang baik,dan tahu tentang perkara itu.

Entahlah,kadang kala saya tak tahu nak tafsirkan macamana.Saya akan mati kutu bila berhadapan dengan seseorang yang tidak tahu apa-apa.Bila ditanya tentang isu semasa,dia menggaru kepala dan menjawab dengan jawapan 
keramat,”NTAH..”

Maaf cakap,kadang kala kita selalu bercerita tentang itu dan ini apa-apa yang berkaitan dengan agama.Namun bila ditanya tentang apa yang terjadi di Syria,Iraq waima Amerika Syarikat sekalipun,jawapan yang diterima saya tak tahu nak tafsirkan macamana.

Tak salah kalau kita ambil tahu tentang apa yang berlaku disekelililng kita.

Ya Allah,siapalah saya untuk menghukum orang.Saya pohon keampunan Mu,Ya Allah.

Mungkin dengan sebab-sebab yang dinyatakan tadi tadi,saya berubah karakter.Tidaklah 360˚,mungkin 150˚ barangkali.

Saya sedar,ia harus diubah secepat mungkin.Tahu apa kawan saya cakap?

“Husna nie,diam-diam mesti banyak ilmu nie..”

Adha pun pernah cakap benda yang sama pada saya.

“Husna,ko nie pendiam kan kadang-kadang.Aku segan dengan ko..”

Oh,takda maknanya.wohaa..

Cuma bila kurang bercakap,saya senang memerhatikan sikap orang sekeliling.Menjadi pemerhati tak rasmi.

Namun sebenarnya saya bersyukur.Bila habit ini mula bercambah,ia menjadi pendinding diri.Saya bersyukur pada Allah.

Sekurang-kurangnya saya terlepas dari sesi menganyam ketupat.huhu.Makan ketupat takdak rendang.Makan gitu ja.he he he..tak kenyang.

Sepatah kata Prof Muhaya,kurang bercakap boleh menambah pahala.Mungkin kita boleh berzikir,berselawat atau beristighfar.

Ya Allah,saya nak cuba.saya nak cuba lakukan ia.

Cuma kadang kala,sikap ini memakan diri juga.Pernah satu ketika,saya dan seorang kawan keluar untuk berziarah ke rumah kawan yang lain.Nak dijadikan cerita kami tersesat.Keadaan waktu itu sudah Maghrib dan membataskan penglihatan untuk melihat papan tanda dan yang sewaktu dengannya.Kami pergi dengan seorang senior.Puaslah kami pusing mencari rumah kawan saya tue.Hmm,senior saya tue terus tegur,

“Husna,kita tak boleh duduk membatu.Kita kena membantu..”

Baik ,saya cakap.Saya bagitahu apa yang saya nampak sepanjang perjalanan tadi.Saya nampak tanda yang dikatakan oleh kawan saya tue.Tapi macamana saya nak bagitahu pada senior kalau waktu tue dia tengah kalut kepeningan mencari jalan.Suasana memang agak genting.




Balik dari perjalanan,saya refleksi diri.Aku tak boleh bersikap begini lain kali.Ada kalanya aku kena bercakap,ada kalanya aku kena diam.Getus hati saya.

Kepada teman-teman yang terasa dengan sikap ini,saya minta maaf banyak-banyak.Saya memang nak berkata-kata,cuma kadangkala saya tak boleh nak ‘masuk’ dengan conversation anda.huhu.InsyaAllah saya cuba untuk membaikinya perlahan-lahan.

Cuma,begitulah.Saya akan berkata yang perlu.

Berfikirlah sebelum bercakap.Jangan bercakap apa yang terfikir.Bercakap yang perlu adalah lebih baik daripada bercakap apa yang kita mahu.

Orang kata,kalau seseorang itu menulis entri blognya panjang,dia adalah seorang pendiam.

Manakala jika seseorang itu menulis entri blognya pendek,dia seorang yang sebaliknya.

Benarkah?

Erkkk….

No comments: