Fatimah baru selesai membaca majalah
Q&A.Tentang Taufiq dan Hidayah.Seusai dia habis membaca,nampak mukanya
berkerut-kerut.Agaknya tak faham kot.Lagipun dia baru darjah 1.Baca majalah
untuk orang dewasa. Ish ish..
Dia pun pergi kat ayah.Buat soal
jawab.Konon-kononnya.
Fatimah : Ayah,apa beza Taufiq dengan Hidayah
ea.
Erk.Terkejut sekejap bila dia tanya macam tue
pada ayah.
Tetapi jawapan ayah saya merubah
segala-galanya.Ayah jawab,
“Taufiq tue
lelaki.Hidayah tue perempuan..”
Ya Allah,nak
tergelak saya dengar jawapan tue.Emak yang berada disebelah menggeleng
kepala.Bertuah betul !
Emak
terus menerangkan perbezaan antara Taufiq dan Hidayah pada adik.Kami adik
beradik mengekek ketawa.
Ayah,ayah.Macam-macam hal.
*****
Ayah hendak ke bilik air.Nak
mandi,sebelum maghrib menjelma.Tak semena-mena,Fatimah tiba-tiba datang pada
ayah,cucuk perut dan terus cabut lari.
Ayah kaget.Terkejut.haha.
Kata ayah,”nasib baik tak bocor
perut ayah..”
Haha..macam-macam hal.Aishah yang
berada ditempat kejadian pun tergamam tengok Fatimah buat macam tue.
Kih..kih..
****
Fatimah mengadu pada emak.Katanya,
“Penat jadi budak sekolah nie.Pagi
kena pegi sekolah rendah.Petang kena pegi sekolah agama.Pastue kena buat keja
sekolah sume.”
Emak yang baik bagitahu dia,kalau
nak pandai,memang kena macam tue.Kena belajar betul-betul,sungguh-sungguh.
Selepas habis dia membuat sesi
kaunseling dengan emak,terus dia membuka tvIQ.Favourite channel la tue katanya.
Emak pun tanya,
“Yang tue tak penat pula,Fatimah?”
Jawab si kecil,
“Nie kita tengah rehatkan fikiran..”
-_-
:: Cubit pipi tue nak,Fatimah?macam-macam hal..^_^ ::
2 comments:
hahaha...lawaklah adik husna...comel dia.geram tengok dia,,, nak cubit pipi fatimah...fatimah bijak...yang paling lawak time dia kata: nie kita tengah rehatkan fikirkan...hehhehe
geram la kat dia,tiah.loyar buruk je.hehe.
bila duduk jauh,rindu sangat kat dia.mulut dia pot pet selalu..:)
:: Rindu tiah!.sangat2 ::
Post a Comment