Musim peperiksaan semakin hampir.InsyaAllah
kalau tiada halangan,esok akan bermulanya imtihan di Sintok ini.Sana sini saya
perhatikan,student tak lepas dengan nota di tangan.Tadi,sewaktu menelefon
bonda,saya terperasan blok ini semakin sunyi.
Samada sunyi kerana orang semakin
ramai pulang ke kampung (baca : sebab exam mereka lambat lagi) atau pun sunyi
kerana masing-masing tengah khusyuk menatap nota.Di tepi mesin basuh pun mereka
ralit membaca nota,sambil menunggu baju siap dibasuh!
Allah.Bimbang,risau dan gementar.Saya mula
merasai aura peperiksaan.
Sejujurnya,saya sangat menyukai
peperiksaan.hehe.Bila lihat orang kesana kemari dengan nota disisi,rasa semangat
untuk belajar itu meninggi.Sangat sukakan suasana itu.Rasa ‘eager’ itu
menjadi-jadi.ahah.
Saya terperasan juga,ramai yang mula memenuhi
masjid.Ada yang study berkumpulan,ada yang keseorangan.Penat belajar,mereka
ambil wudhuk dan buat solat sunat 2 rakaat.Allah,syahdunya.Pada Allah jualah
kita sandarkan harapan.
Terserempak dengan Amirah dengan Yana di masjid
semalam.Masing-masing khusyuk menatap pada nota yang diletakkan atas rehal
besar.Waktu tue di masjid sudah agak sunyi,selepas isyak.Yana akan memulakan
peperiksaannya hari Khamis depan.Paper ‘Tanah’ katanya.Cerita Yana,subjeknya
menarik,nak memahamkan itu agak pening sedikit.Belajar tentang tanah,dan ianya
memang ada kaitan dengan kehidupan kita seharian.Bahkan kita sendiri berasal
darinya!
Sementara adik kesayangan pula,si Amirah akan
mula menduduki peperiksaan esok.Subjek Pengantar Sains Sosial.Wah,subjek yang
nampak senang.Tapi agak payah untuk skor!soalannya agak keliru sedikit,sebab
banyak jawapan yang hampir serupa.
Kepada Yana dan Amirah,selamat menjawab
peperiksaan dengan baik.InsyaAllah,moga Allah membantu kalian menjawab kelak.
Pada sahabat-sahabat yang lain,semoga berjaya
didalam peperiksaan akhir ini.
Man jadda wa jadda.
Maafkan kalau saya ada salah silap dengan
kalian.Sesungguhnya saya insan lemah dan kerdil,yang tidak pernah terlepas
dengan salah dan silap.Halalkan segala-galanya dunia akhirat.
Ya Allah,berilah kami kefahaman para
Nabi,ingatan para Rasul dan ilham para malaikat.
Terangkanlah hati kami,tajamkanlah fikiran
kami,lapangkanlah dada kami.
# Hati terasa sebak dua tiga bulan ini.Kawan-kawan
seperjuangan akan menamatkan pengajian.Kuatkan hatiku menatap wajah-wajah mereka,Ya
Allah.Sungguh,betapa manisnya ukhuwah ini.Akan merinduinya dikala sepi #
3 comments:
assalam kakakku syg..
sedih.tharu.
syukran ats doanya.
mg pjalanan ke selatan dirahmati,salam unt si kecil fatimah,si pair-pari gigi yg comeyy.hehe
cpt2 blik ke utara,ya kak! salam unt mak dgn ayh akak jgk ^^
mira,akak merinduimu!:)
akak da blik kan
hehe.rindu kak husna!!!!
Post a Comment